Friday, April 24, 2009

DUN Penanti Tidak Wajar Dikosongkan


KENYATAAN MEDIA

YB MOHAMMAD FAIRUS KHAIRUDDIN

24 APRIL 2009


Saya dengan penuh tawaduk merakamkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT dengan segala Keagungan dan KebesaranNya yang telah menganugerahkan keadilan dan pembelaan terhadap kebenaran saya.

Pengumuman SPRM yang telah membebaskan saya dari segala tuduhan itu adalah suatu manifestasi kebenaran saya yang telah selama ini saya pertahankan. Ternyata usaha keji pihak-pihak tertentu yang telah menabur fitnah hingga menyebabkan luka terhadap saya, keluarga dan Parti Keadilan Rakyat tidak diizinkan Allah untuk menyanggah kebenaran saya. Syukur, Alhamdulillah. Saya juga telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu-individu, ahli-ahli politik serta media-media tertentu yang telah mengaibkan serta menabur fitnah terhadap saya. Saya dengan ini mengulangi ketegasan saya untuk meletakkan jawatan selaku ADUN N12 Penanti serta menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Parti Keadilan Rakyat di bawah teraju Ketua Umumnya; Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, anugerah Allah SWT yang tidak ternilai ini yang telah memberikan kejayaan kepada saya dalam membela kebenaran saya telah memberi kekuatan baru kepada diri saya sendiri, keluarga dan seluruh pencinta kebenaran dan keadilan. Sesungguhnya bernarlah firman Allah SWT di dalam Al Quran yang mafhumnya berbunyi “…Dan apabila datangnya al Haq(Kebenaran) itu, maka kebathilan pasti akan musnah.”

Salam Perjuangan.

Yang Benar,

MOHAMMAD FAIRUS BIN KHAIRUDDIN.
NO K/P: 760702-07-5413

(Kata Waris Pahang :

-Pilihanraya Kecil bagi kerusi DUN Penanti tidak perlu diadakan kerana alasan meletak jawatan yang diberikan oleh YB. Fairus tidak kukuh. Alasan beliau ialah mahu melanjutkan pelajaran.

-Mana-mana wakil rakyat sebenarnya tidak dihalang melanjutkan pelajaran. Malahan tiada larangan atau sekatan setakat ini untuk menghalang seseorang ADUN untuk bergiat dalam perniagaan.

- Terdapat juga wakil rakyat yang dilihat bebas menjalankan tugas mereka sebagai peguam walaupun tugas hakiki mereka ialah wakil rakyat.

- Oleh yang demikian, kalau mahu menyambung pelajaran, amat digalakan dan tiada halangan serta wajar mengekalkan tugas sebagai wakil rakyat.

- Apatah lagi YB. Fairus kini telah bersih dan tidak terlibat dengan kes salahlaku rasuah.

- Fail siasatan kes YB. Fairus telah ditutup oleh SPRM kerana tiada fakta dan bukti yang sahih untuk mendakwa beliau.

- Tuduhan yang dibuat oleh Ketua Angkatan Muda PKR Bahagian kepala Batas terhadap beliau adalah tidak benar.

-Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan keterangan yang diperolehnya tidak mempunyai asas untuk mendakwa YB.Fairus.

- Pandangan umum masyarakat mengatakan, apakah perlu beliau mengosongkan kerusi DUN yang dimenanginya dalam pilihan raya umum lalu.

- Jika beliau berhasrat meletak jawatan bermakna beliau mengingkari amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh pengundi di DUN Penanti.

- Kita harap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menerima perletakan jawatan YB.Fairus yang secara jelas meletak jawatan sesuka hati tanpa alasan yang kukuh.

- Perletakan jawatan ini akan merugikan rakyat dan negara kerana banyak wang akan dileburkan untuk mengadakan pilihan raya kecil.

-Peruntukan besar untuk mengadakan pilihan raya kecil lebih elok digunakan untuk membantu rakyat yang hidup dalam kemiskinan.

-Apatah lagi negara kita sedang mengalami kegawatan ekonomi dan kedapatan ramai pula yang dibuang kerja.

- YB. Fairus sewajarnya menarik balik keputusanya mahu meletak jawatan dan meneruskan tugasnya sebagai ADUN Penanti.

-Sekiranya YB. Fairus bertegas mahu meletak jawatan juga maka Barisan Nasional diharap tidak meletakan calonnya kerana matlamat pembangkang hanya mahu memastikan partinya sentiasa mendapat perhatian).

No comments:

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP