Wednesday, April 1, 2009

BN Jamin Kesejahteraan Rakyat

NILAI 31 Mac - Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM13.7 bilion tahun ini bagi menambah baik kemudahan penjagaan kesihatan bagi rakyat Malaysia termasuk membina lebih banyak hospital, klinik dan kuarters, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata, peruntukan itu akan digunakan untuk membeli peralatan baru, meningkatkan bekalan ubat-ubatan, pembangunan sumber manusia, aktiviti penyelidikan dan penguatkuasaan.

Menurutnya, pada tahun lepas, kerajaan telah membelanjakan kira-kira RM11 bilion dan angka itu meningkat setiap tahun sejak 1983.

"Masalah penyakit seperti kencing manis dan kanser semakin meningkat. Mengambil kira kedua-duanya, peningkatan ini menyebabkan pembiayaan penjagaan kesihatan sektor awam melonjak naik sejak dua dekad lepas," katanya semasa berucap pada majlis pecah tanah Bandar Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Bandar Enstek hari ini.

Abdullah berkata, Malaysia telah berjaya melangkah keluar daripada kepompong kesihatan cara lama dengan memperkasakan sektor itu dalam kaedah lebih maju ke hadapan sejak dua dekad lalu.

"Kita telah berjaya meletakkan jenama kesihatan dikagumi dengan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan bertaraf dunia, selain mempunyai satu tenaga kerja yang terlatih dan berkelayakan,'' katanya.

Beliau menambah, daripada segi operasi dan pengurusan hospital, negara ini mempunyai tenaga pakar yang semakin mendapat pengiktirafan dunia.

"Lebih membanggakan, pemilikan dan operasi hospital Malaysia kini diperluaskan ke negara seperti Indonesia, India, Vietnam dan negara lain," katanya.

Menurutnya, dengan segala kepakaran yang ada dan pelaburan yang bijak itu, kepercayaan negara lain terhadap perkhidmatan kesihatan di negara ini akan meletakkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan perubatan serantau.

Sumber : Utusan Malaysia

(Kata Waris Pahang :

- Langkah kerajaan menyediakan RM13.7 bilion membuktikan komitmen kerajaan untuk meningkatkan tahap penjagaan kesihatan rakyat.

- Langkah ini juga selaras dengan penekanan dan kesedaran ke arah mempertingkatkan kesejahteraan hidup rakyat dalam usaha kita muncul sebagai negara maju.

- Kita kagum dengan kemudahan dan prasarana kesihatan serta tenaga kerja yang terlatih yang disediakan oleh kerajaan dalam bidang tersebut.

- Waris Pahang harap kita sama-samalah menjaga kesihatan apatah lagi dalam musim yang tidak menentu ini kekadang panas dan kekadang sejuk / hujan lebat.

-Waris Pahang sempat meninjau di sebuah klinik dan mendapati ramai yang demam, selsema dan batuk. Bagi mereka yang berada di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai jangan sampai demam dan pening-pening mahu pangkah mana satu, pangkah aje BN yang menjamin kesejahteraan rakyat.

-Pakatan Pembangkang hanya pandai menabur janji manis dan mempermainkan isu sahaja dan rakyat tidak mendapat apa-apa).

6 comments:

Syed @ Don said...

Kenapalah agaknya duit billion-billion ini tidak tiba kepada hospital di Raub. Sedih betul sbb dengar banyak sgt kes disini. Sampai ada yang meninggal menunggu untuk diperiksa doktor. Upahlah lebih ramai doktor. Bukan kanser yang boleh bawak mati, dekat hospital sini, sakit kuning pun buleh mati. Bahaya betul. Sehinggakan kalau ada yang sakit tenat di rumah, warga Raub akan hantar ke KL ataupun Temerloh kerana kalau hantar hospital Raub, ambulannya akan hantar ke sana jugak.

Waris Pahang said...

Terima kasih atas maklumat berguna yang diberikan oleh tuan ini.

Insyaallah saya akan panjangkan isu ini ke pihak atasan.

geecantik@blogspot.com said...

Tahniah Kerajaan BN.Teruskan perjuangan memajukan umat terutama dalam menjaga kesihatan rakyat.dalam hadis pun ada menyebut akal yang sihat datangnya dari tubuh badan yang sihat.Saya sangat bersyukur dilahirkan sebagai rakyat Malaysia kerana lahirnya saya kedunia ini telah diberikan suntikan vaksin percuma untuk mencegah penyakit sehingglah saya berumur 12 tahun. semuanya free of charge. Saya amat terkejut apabila saya membawa anak ke klinik swasta untuk suntikan vaksin harganya mencecah RM 100 ringgit keatas... barulah saya tahu betapa pentingnya Hospital Kerajaan kepada Rakyat..

azlinJamlus said...

semoga kita anak-anak pahang akan terus membangunkan Pahang...
Satu ledakan baru tentang e-learning akan berlaku di Pahang, cepatlah sahabat2 ku waris Pahang menjadi yang terawal bakal pelapis dan agen...peluang perniagaan dengan modalRM4000 disediakan...keuntungan kita akan kita bersama-sama membantu NEGERI PAHANG....
http://anakpahangberjaya.blogspot.com/
http://www.danamodal.com/azlinjamlus

tiger said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,a片,AV女優,聊天室,情色

黃立行Stanly said...

That's actually really cool!AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,做愛,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP