JASA UPDATE
05 Jun 2017
1. Penerima bonus Selangor, kira-kira 17,700 orang penjawat awam di Selangor, iaitu hanya 0.28% daripada keseluruhan 6.3 juta rakyat Selangor dan melibatkan perbelanjaan hampir RM58 juta. Penerima BAYARAN KHAS Kerajaan Pusat, 1.6 juta penjawat awam dan 775,000 pesara, 7.49% daripada keseluruhan 31.7 juta rakyat Malaysia, melibatkan peruntukan RM1 bilion. 2.37 juta penjawat awam dan pesara ini juga menerima BANTUAN KHAS AIDILFITRI, melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1 bilion lagi menjadikan perbelanjaan keseluruhan RM2 bilion.
2. Pemberian Kerajaan Pusat kepada seluruh rakyat Malaysia dalam bentuk SUBSIDI dan BANTUAN SOSIAL adalah sebanyak RM22.4 bilion. RM6.8 bilion adalah dalam bentuk BR1M dengan jumlah penerima seramai 7.28 juta orang dan penerima paling ramai adalah di negeri Selangor, iaitu 1,017,403 orang dan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.01 bilion.
3. Penerima manfaat sebenar pemberian Bayaran Khas, Bantuan Khas Aidilfitri dan BR1M dari Kerajaan Pusat adalah rakyat, iaitu 1.6 juta penjawat awam, 775,000 pesara dan 7.28 juta penerima BR1M, di mana penerima teramainya adalah rakyat negeri Selangor. Sedangkan penerima manfaat sebenar pemberian bonus negeri Selangor adalah MB dan Exco Kerajaan Negeri. Gaji Menteri Besar Azmin Ali adalah sebanyak RM29,250 menjadikan dia penerima terbesar pemberian bonus ini, iaitu sebanyak RM73,125, diikuti oleh Exco Kerajaan Negeri, iaitu sebanyak RM50,625 (gaji RM20,250).
4. Perlu diingat, defisit perbelanjaan kerajaan negeri Selangor terus meningkat RM450 juta pada tahun 2015, RM600 juta pada tahun 2016 dan RM900 juta pada tahun 2017. Sedangkan defisit fiskal Kerajaan Pusat semakin berkurangan sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil alih pentadbiran, iaitu -6.7% pada tahun 2009, -5.4% tahun 2010, -4.8% tahun 2011, -4.5% tahun 2012, -3.9% tahun 2013, -3.5% tahun 2014, -3.2% tahun 2015, -3.1% tahun 2016 dan -3.0% tahun 2017.