Friday, July 31, 2009

Tragedi ISA 1 Ogos?

(Kata Waris Pahang :

-Hanya tinggal beberapa jam daripada sekarang akan berlaku pertembungan dua kelompok penunjuk perasaan “pro dan anti” ISA pada 1 Ogos ini.
-Ramai yang beranggapan demonstrasi 1 Ogos ini tidak sewajarnya berlaku namun kedegilan mereka nampaknya cuba mengatasi undang-undang dan arahan polis yang mengharamkan perhimpunan ini.
-Cuba bayangkan apa akan berlaku sekiranya dua kumpulan ini bertembung, bukan sahaja kerosakan harta benda yang bakal berlaku tetapi adalah tidak mustahil peristiwa yang lebih teruk dan tidak diingini akan menjadi lipatan sejarah negara.
-Rata-rata rakyat Malaysia menyokong ISA malah mereka faham dan sedar bahawa ISA baik untuk mereka dan negara. Namun segelintir ahli politik menjadikan rakyat sebagai alat untuk menentang ISA.
- Akta itu bukan menahan individu tertentu berlandaskan fahaman politik sebaliknya lebih kepada pendekatan melindungi keselamatan negara dan ketenteraman awam.
-Biarpun ancaman komunis sudah berakhir, kita masih memerlukan ISA bagi menangani ancaman keselamatan kumpulan pengganas atau militan, pelampau agama atau yang boleh menggugat ketenteraman awam sehingga menjejaskan ekonomi.
-Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 29/07/2009 memaparkan terdapat satu ceramah terbuka yang amat berbahaya.
"Mereka mengadu-dombakan mengenai isu penghapusan ISA ini. SMS yang dihantar oleh seorang rakan itu berbunyi lagi: Ramai penduduk di sekitar kawasan yang tidak dapat lari daripada mendengar apa yang diucapkan... yang kesemuanya berbentuk tohmahan, hasutan dan kecaman terhadap orang Melayu sama ada secara terus atau tidak, jelas hanya menjemput masalah".

-‘‘DAP dan PKR patut ingat hak orang Melayu yang menduduki sekitar kawasan tersebut. Bukan semuanya terdiri daripada penyokong mereka. Mereka berasa tersinggung kerana yang diperlekeh adalah bangsa Melayu, pemimpin Melayu dan kerajaan pimpinan Melayu.’’
-Jelas di sini DAP memainkan sentimen perkauman dan kaum masing-masing kini mahu menunjukkan kekuatan.
-ISA masih relevan dan sememangnya penting untuk menghentikan ketegangan kaum dan ancaman lain.

-Kita berharap pihak berkuasa dapat bertegas dengan perkembangan yang tidak sihat ini.
-Wahai penunjuk perasaan atau pedemontrasi jalanan, ingatlah kepada keluarga anda yang tersayang. Janganlah kamu berada di lokasi terbabit pada 1 Ogos 2009).

Thursday, July 30, 2009

Siapa Lembu Angkat Tangan

Amaran polis jika berhimpun ISA

KUALA LUMPUR 28 Julai - Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menyertai perhimpunan di ibu negara, Sabtu ini, sama ada untuk memansuh atau menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman ketika mengeluarkan amaran itu mengingatkan, kedua-dua perhimpunan yang dianjurkan oleh dua kumpulan berbeza adalah haram dan tidak mendapat permit daripada polis.

Katanya, setakat ini terdapat dua kumpulan yang merancang untuk berhimpun antaranya di Masjid Jamek, Pasar Seni, Padang Merbok, Kompleks Sogo dan kemudiannya berarak ke Istana Negara.

"Selaku Ketua Polis Kuala Lumpur, saya beri amaran keras kepada kedua-dua pihak (penganjur) supaya menghentikan segera hasrat mereka tersebut.

"Ia (perhimpunan dan perarakan) boleh mengundang suasana tidak tenteram dan mengancam keselamatan orang awam," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah Muhammad Sabtu, pihaknya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada individu tertentu yang merancang perhimpunan itu, Sabtu ini. (Sumber : Utusan Malaysia)
(Kata Waris Pahang :
-Penduduk Kampung Buah Pala Pulau Pinang melepaskan lembu ke jalan raya kerana membantah tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
-Ini bermakna lembu pun demontrasi juga. Memang lembu sesuai berdemontrasi sebab dia tidak pakai otak dan jalan raya memang tempat lepak dia.
-Pakatan Pembangkang termasuk orang yang tidak pakai otak dan sanggup menjadi seperti lembu yang mahu melepak di jalan raya.
-Kita tengok lah siapakah 'lembu-lembunya' dan yang menariknya lembu ini lain daripada yang lain kerana mereka ada nama.
-Kalau mereka mahu buat perhimpunan dan kekacauan tanpa permit maka eloklah ditangkap siang-siang lagi sebelum keadaan berlaku menjadi parah.
-Kita rakyat Malaysia sangat dukacita dengan pembangkang yang suka menimbulkan huru-hara sehingga menganggu kehidupan harian kita dan keamanan negara kita kurang stabil).

Nik Aziz : Ada Auta Disebalik Serban

Nik Aziz ketika menjelaskan secara mendalam maksud 'salam' yang dihulurkannya Sabtu lalu, berkata, ia hanya melibatkan Kerajaan Kelantan dan Kerajaan Pusat.

''Salam ini bukan di antara UMNO dengan Pas tetapi antara Kerajaan Kelantan dan Pusat, tak timbul masalah UMNO ini, pergi jahanamlah UMNO,'' kata Nik Abdul Aziz.

Nik Aziz tidak ikhlas jalin kerjasama

KOTA BHARU 28 Julai - UMNO Kelantan menyifatkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak ikhlas untuk menjalinkan kerjasama dengan Kerajaan Pusat yang ditunjangi parti itu sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata yang tidak manis.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, ia jelas kerana Nik Abdul Aziz hanya mahu mendapatkan wang hasil daripada kerjasama yang dijalinkan dan bukannya atas prinsip perpaduan dan kepentingan umat Islam.

Beliau berkata, perkataan 'jahanam' yang digunakan oleh Nik Abdul Aziz tidak mencerminkan sifatnya sebagai seorang alim ulama dan ia seolah-olah sengaja disebut kerana ingin menjatuhkan maruah saudara seagama.

''Nampak macam tak ada keikhlasan, hendak berbaik kerana nak duit dan projek saja... tetapi parti soal lain, tak tahukah Perdana Menteri Kerajaan Pusat itu juga adalah Presiden UMNO, hendak berbaik dengan Pusat tetapi kata pergi jahanam UMNO, ini satu cela terhadap parti.

''Tidak munasabah langsung kata-kata ini datang daripada seorang tok guru... mulutnya bagi saya agak dahsyat. Kalau tidak puas hati dan tak suka pun takkanlah sampai kata pergi jahanam.... kita orang Melayu, orang Islam ada maruah,'' katanya. (Sumber : Utusan Malaysia)
(Kata Waris Pahang :
-Pemimpin PAS hairan melihat Nik Aziz yang tiba-tiba bercakap tentang 'perpaduan'. Sedangkan dulu jelas kemarahannya sampai kemuncak sehingga meminta Nasharuddin keluar parti dan sertai UMNO.

-Keikhlasan Nik Aziz boleh dipertikai bahawa sebenarnya beliau mahu berbaik dengan Kerajaan Pusat adalah untuk mendapatkan dana membangunkan Kelantan. 'Ada auta di sebalik serban'.

-Elok kita HENTIKAN serta-merta cerita tentang kesediaan Nik Aziz mahu jalin perpaduan.
-Berwaspadalah, selepas PAS menang tipis di Manek Urai maka baru itulah hendak berbaik dengan UMNO pula.
-Ini strategi politik beliau untuk meraih simpati rakyat bagi menghadapi PRU 13 nanti.
-Kita cukup hairan kerana setelah sekian lama UMNO menghulur tangan tapi tidak disambut oleh Pas kerana kononnya tangan UMNO berlumuran najis, tiba-tiba Pas mahu bersalam.
-Jangan lupa PAS kini dikuasai oleh Nik Aziz semata-mata 'ala diktator' dan segala cakap dan arahannya mesti dipatuhi dan ditaati?. Jelas sekali Presiden PAS hanya boneka.

-Kini penghormatan orang ramai terhadap Nik Aziz yang bergelar Tok Guru atau ulama amat rendah sekali dan bakal hilang begitu sahaja.
-"Beringatlah wahai insan yang bergelar Tok Guru...janganlah sampai kebencian terhadap sesuatu kaum/kumpulan itu menyebabkan Tok Guru menggadaikan prinsip ukhuwah dan mahabbah sesama Islam dan menutup pintu dakwah kepada hamba-hamba Allah yang memerlukannya".

-Ketaksuban ahli dan pemimpin PAS terhadap Nik Aziz juga bakal berakhir kerana beliau tunduk kepada DAP dan Anwar).

Tuesday, July 28, 2009

Sarawak Tolak Pakatan Pembangkang

Haji Hadi telah membuat kenyataan "...semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusanya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat pakai yang molek, undi PAS," katanya. (Sumber : Malaysiakini)

(Kata Waris Pahang :

-Haji Hadi kata beliau bukan bertujuan menghina tetapi lihatlah ayat-ayat terakhir perenggan di atas.

-Masalahnya 'terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya'. Buruk padahnya beerti orang tidak akan sokong Pakatan Pembangkang lagi.

-Kenyataan beliau memang jelas menunjukkan yang beliau bertujuan menghina orang Sarawak kerana marah Jawah Gerang (PKR) kalah ketika pilihan raya kecil DUN Batang Ai di Sarawak.

-Haji Hadi tidak perlu mohon maaf secara terbuka kerana hati orang Sarawak telah terluka di atas keceluparan Haji Hadi.
-Rakyat Negeri Pahang wajar menolak pembangkang sebagaimana yang dilakukan oleh Orang Sarawak kerana pembangkang terkenal dengan mulut celuparnya).

Monday, July 27, 2009

Manik Urai : Orang Muda Cairkan Pembangkang


PAS, PKR Dan DAP Dicairkan Oleh
Sinar Baru Orang Muda

Salah satu punca kemerosotan undi yang diperolehi calon PAS di Manek Urai adalah kerana pengundi muda di beberapa saluran menyokong BN, kata Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim.

"Saluran (mengundi) orang tua menyokong kita, manakala saluran yang ramai muda, kita gagal di situ," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai semalam, calon PAS Mohd Fauzi Abdullah menang tipis untuk mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti 65 undi sahaja.
Beliau mendapat 5, 348 undi manakala calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Mohd Zaki berkata, pengundi muda tidak mempunyai sikap politik yang jelas, yang mudah disogok dengan janji-janji BN."Sikap politik orang muda tidak sama dengan sikap politik orang tua yang menyokong PAS," katanya. (Sumber : Malaysiakini)
(Kata Waris Pahang :
-Kenyataan Mohd Zaki bahawa pengundi muda 'tidak mempunyai sikap politik yang jelas' seperti menganggap orang muda 'jahil dalam berpolitik'.
-Beliau juga menganggap orang muda 'mudah disogok dengan janji-janji BN' seolah-olah 'orang muda gila kebendaan atau meterialistik'.
-Tun Faisal Ismail Aziz, Pengerusi Unit Media Baru berkata keputusan pilihan raya Manek Urai membuktikan BN mendapat kemenangan moral, nampak orang muda yang beri sokongan kepada BN dan Manik Urai adalah satu tempat kita bermula.
-Apa yang penting kini kita kena dengar denyut nadi orang muda, ke arah mana mereka mahu tuju, kenalpasti apa yang diminati mereka, beri bimbingan kerana mereka masih mencari identiti dan orang muda mesti dirapati bukan dijauhi).

Saturday, July 25, 2009

Pegang Lilin : 3 Hukum Mana Betul?.

Tindakan memegang lilin oleh masyarakat Islam sebagai tanda memprotes dan mengingati orang mati adalah satu perbuatan haram di sisi agama, kata Tan Sri Harussani Zakaria.
Datuk Husam Musa berpendapat tindakan terbabit boleh dilakukan sebagai tanda protes.(Sumber : Sinar Harian).

Perhimpunan menyalakan lilin sebagai memperingati si mati bukan amalan keagamaan dan hanya dianggap sebahagian budaya masyarakat bukan Islam. Berikutan itu, orang Islam yang turut hadir pada perhimpunan seumpama itu, hanya sekadar memberi sokongan moral dan tidak salah di sisi agama, kata Timbalan Mufti Kedah.
Dewan Ulama PAS menyifatkan majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lalu yang turut disertai oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin sebagai meragukan.
(Kata Waris Pahang :

-Tiga keratan akhbar di atas menunjukkan tiga hukum yang berbeza bagi satu isu. Majlis Fatwa Kebangsaan mesti mengeluarkan fatwa terhadap isu tersebut yang mengelirukan umat Islam ini.
-Pelbagai lagi hukum dijangka akan dikeluarkan oleh pelbagai pihak jika Majlis Fatwa Kebangsaan tidak mengeluarkan hukum.
-Apabila hukum telah dikeluarkan maka semua pihak mesti menerimanya secara terbuka dan jangan dipolitikkan.
-Malaysia mempunyai masyarakat majmuk dan latar belakang agama yang pelbagai. Masing-masing mempunyai amalan agama, adat, budaya dan tradisi yang berbeza.
-Kita sebagai rakyat Malaysia tidak boleh mempertikaikan amalan agama yang dilakukan oleh penganut agama lain demi menjaga keharmonian dan keamanan.
-Contohnya Umat Islam tidak dibenarkan membinkan anak luar nikah dengan sipolan bin sipolan. Tetapi agama lain boleh seperti anak mendiang Beng Hock yang sedang dikandung oleh tunangnya, jika boleh bagi agama lain teruskan.
-Rakyat Malaysia tidak boleh sesuka hati mempertikai upacara nyalaan lilin bagi memperingati simati. Itu adalah amalan bagi penganut agama tertentu.
-Namun kita boleh pertikaikan jika ada umat Islam yang terlalu menampilkan keterbukaan dengan orang bukan Islam sehingga sanggup melakukan amalan kaum lain dan melanggar batas-batas agama Islam.
-Situasi PAS/PKR kini dilihat bukan sahaja liberal tetapi tersasar dari perjuangan Islam yang sebenarnya. Golongan berketayap atau berserban menjadi longlai semata-mata mahu menawan hati bukan Islam dan meraih simpati politik.
-Benteng kubu PAS/PKR semakin longgar dan DAP bagaikan anai-anai berjaya merobohkan sedikit demi sedikit kekuatan jati diri Melayu Islam ahli PAS/PKR).

Friday, July 24, 2009

Isu Lilin : Anwar Dan Azmin Lebih Dahsyat?.

Masyarakat Kaum Cina Triang Pahang memegang lilin
bagi memperingati kematian Beng Hock

Kenapa Anwar dan Azmin tunduk?.

Nizar pegang lilin, Ulama PAS terus membisu.

(Kata Waris Pahang :

- Nizar telah mewujudkan kegusaran dikalangan umat Islam dan mewujudkan salah faham apabila memegang lilin (lihat gambar).
-Namun selepas itu Anwar dan Azmin dilihat lebih dahsyat kerana tunduk bagi memberi penghormatan di atas kematian Teo Beng Hock.
-Nizar, Anwar dan Azmin sepatutnya tidak perlu mengikut amalan yang dilakukan oleh penganut agama lain. Kehadiran mereka sebenarnya sudah merupakan satu penghormatan.
-Apa yang dilakukan ini berkemungkinan kerana terlalu hormat atau mencari poplariti demi kepentingan diri dan politik.
-1Malaysia tidak menghalang mana-mana penganut agama mengamalkan ajaran agama mereka berdasarkan kepada perlembagaan Malaysia bahawa agama Islam adalah agama rasmi persekutuan dan agama lain boleh diamalkan dalam keamanan dan harmoni.
-1Malaysia bukan beerti tiada lagi agama, semua agama disatukan dan mengatasi perlembagaan.
-Kita sebagai orang yang beragama Islam tidak sewajarnya mengikut amalan penganut agama lain. Pembelaan ke atas Beng Hock kini disambut dengan upacara nyalaan lilin sangat mengejutkan umat Islam dan ulama mesti mengeluarkan fatwa supaya amalan ini tidak menjadi budaya baru umat Islam.
-Nizar, Anwar dan Azmin mesti bertaubat).

Thursday, July 23, 2009

Suruhanjaya Di Raja : Dulu Minta Sekarang Takut?.

Najib umum penubuhan Suruhanjaya Di Raja

Kuala Lumpur 22 Julai - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Di Raja dengan terma-terma tertentu untuk mengkaji peraturan soal siasat yang digunapakai oleh SPRM semasa melakukan soal siasat terhadap mendiang Teoh Beng Hock.

Najib juga mengarahkan supaya inkues terhadap kematian Teoh dimulakan minggu depan untuk menentukan punca sebenar kematian mendiang.(Sumber : Utusan Malaysia).

(Kata Waris Pahang :

-Apa agaknya alasan Anwar Ibrahim (penasihat PKR), Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor-PKR) , Ronnie Liu (Exco Selangor-DAP) , Ean Yong Hian Wah (exco Selangor-DAP) apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak setuju menubuhkan Suruhanjaya Di Raja.

-Adakah mereka akan terus mengadakan demontrasi atau menyalakan lilin?. Adakah mereka akan terus menghukum SPRM?. Adakah saksi penting pembangkang akan bertindak membantu untuk beri keterangan kepada Polis?.

-Pembangkang sebelum ini berjaya mengalih pandangan masyarakat daripada isu dalaman mereka tetapi kini orang ramai akan kembali semula mengikuti perkembangan masalah dalaman pembangkang.

-Sebagaimana kita sedia maklum, Anwar Ibrahim, kerajaan Selangor dan DAP Selangor dilanda kemelut dalaman.

-Anwar dengan kes liwatnya, Khalid Ibrahim dengan kecaman sesama sendiri (Azmin Ali), DAP Selangor pula dengan penyelewengan dan kongsi gelap, kini semuanya 'terhenti' dengan matinya seorang Setiausaha politik exco Selangor bernama Teoh Beng Hock).

Permata Pahang Wira Negara


Farizal Marlias membuktikan dia adalah penjaga gawang harapan. Aksi berani Farizal dapat dilihat sejak perlawanan pertama, Sabtu lalu sebelum meneruskan permainan cemerlang Isnin lalu. (Sumber : Utusan Malaysia)

Mohd Farizal Marlias (lahir pada 29 Jun, 1986) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain sebagai penjaga gol. Dia merupakan anggota pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dan pasukan bawah 23 tahun Malaysia.

Pada Piala AFF Suzuki 2008, Farizal dipilih sebagai penjaga gol nombor tiga Malaysia menggantikan Badrulzaman Abdul Halim yang tercedera sebelum kejohanan

Nama penuh : Mohd Farizal Marlias
Tarikh lahir : 29 Jun 1986 (umur 23)
Tempat lahir : Pahang, Malaysia
Posisi : Penjaga gol
Kelab semasa : Perlis
2006-2008-2009- Shahzan MudaPerlis
Pasukan kebangsaan 2007-2008- Malaysia B-23Malaysia
(Kata Waris Pahang :
-Rakyat Malaysia terhibur dengan aksi cemerlang pasukan negara begitu juga warga luar dari pasukan MU turut kagum dengan kemajuan pasukan bolasepak negara.
-Kehadiran mereka telah mewarnai semula perkembangan bolasepak negara dan memeriahkan perlawanan itu.

-Syabas Malaysia! dan Farizal kerana berjaya membuktikan kecemerlangan dan mengembalikan keyakinan rakyat negara ini terhadap skuad kebangsaan).

Wednesday, July 22, 2009

Wacana : Perjuangan Belum Berakhir

Usia Tun Mahathir 84 Tahun Tetapi Seperti 48 Tahun ,
Masih Semangat Berjuang
Untuk Agama, Bangsa Dan Negara.
KAKI DALAM KASUT

1. Di forum anjuran Gempita dan UMNO bertajuk Kedudukan Raja-Raja Melayu dan Orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia di Zaman Liberalisasi dan Globalisasi, saya ditanya oleh seorang pensyarah Melayu dari UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) apakah saya pernah fikir untuk meletak diri saya di tempat orang bukan Melayu (put yourself in the shoes of a non-Malay) bersabit dengan diskriminasi terhadap mereka di negara ini.

2.Saya percaya penyoal berpendapat orang bukan Melayu berasa amat tertekan dan kecewa dengan "ketidakadilan" terhadap mereka di Malaysia (oleh Kerajaan yang dikuasai oleh orang Melayu).

3. Saya tidak tahu samada penyoal ini pernah bertanya kepada tokoh bukan Melayu soalan yang sama iaitu perasaan orang Melayu akan keadaan di negara nenek moyang mereka yang mereka sudah jadi kaum yang secara relatif termiskin dan masih ketinggalan.

4. Jika beliau bertanya dan tokoh tersebut menjawab secara ikhlas, beliau akan dapati bahawa orang Melayu amat kecewa dengan kemiskinan relatif mereka sehingga terpaksa meminta-minta sepanjang masa dan juga ketinggalan dalam pelbagai bidang.

5. Mereka cuba yakin mereka adalah tuan di negara mereka tetapi mereka tahu sebenarnya mereka bukan tuan. Orang bukan Melayu yang menjadi tuan yang sebenar.

6. Kerana mereka rela berkongsi negara mereka dengan kaum lain, kaum yang berasal dari tamadun yang lebih tua (4,000 tahun) dan lebih berjaya, hari ini yang sedikit yang ada pada mereka pun hendak dipisah dari mereka.

7. Fikirkan hanya berkenaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Agihan kekayaan korporat dalam DEB ialah sebanyak 30% bagi bumiputra (walaupun mereka adalah 60% dari penduduk) dan 40% bagi kaum lain serta 30% bagi orang luar. Tetapi setelah diusahakan selama 39 tahun bahagian yang terdapat bagi mereka ialah 20%, sedangkan yang terdapat bagi kaum lain ialah hampir 50%, walaupun mereka hanya 26% dari jumlah penduduk.

8. Nilai harta milik bumiputra pula berjumlah 15% sedangkan yang baki dimiliki oleh bukan bumiputra disebabkan harta di bandar bernilai lebih tinggi dari di luar bandar.

9. Tokoh bukan Melayu yang cuba duduki tempat Melayu (in the shoes of the Malays) jika ikhlas, akan rasa kekecewaan Melayu melihat hampir semua perniagaan dan perusahaan serta kekayaan yang diperolehi darinya dimiliki oleh bukan Melayu. Segala estet rumah mewah juga diduduki oleh bukan Melayu. Sikit benar orang Melayu yang tinggal di estat mewah ini. Lebih ramai yang tinggal di kawasan setinggan.

10. Mungkin semua ini disebabkan kesalahan orang Melayu sendiri. Mereka tidak guna peluang yang disediakan bagi mereka. Ada yang salahguna peluang-peluang ini pun. Tetapi jika seorang pengayuh beca diberi sejuta Ringgit, apakah ia akan dapat berniaga dan berjaya dalam bidang ini.

11. Social engineering bukan hanya dilakukan oleh orang Melayu sahaja. Sosialisme dan Komunisme juga merupakan sejenis social engineering untuk mengurang atau menghapus jurang antara yang miskin dengan yang kaya. Mereka juga tidak berjaya sepenuhnya walaupun mereka mengguna kekerasan yang dahsyat. DEB dilaksanakan dengan berhati-hati tanpa kekerasan, tanpa rampasan dan sering dipinda apabila menghadapi tentangan dari bukan Melayu. Apakah persepsi orang Melayu terhadap DEB?

12. Lihat sahaja sejarah perjuangan Melayu. Pada Pilihanraya 1955, diwaktu mereka menguasai 82% dari kawasan-kawasan pilihanraya, mereka rela memberi sejumlah yang tidak kecil dari kawasan - kawasan mereka kepada kaum lain dan mengundi calon dari kaum-kaum ini sehingga menang melawan calon Melayu lain (PAS).

13. Kemudian mereka anugerahkan satu juta kerakyatan tanpa syarat biasa kepada kaum lain sehingga peratusan rakyat Melayu jatuh dari 82% kepada 60%. Siapakah yang lain yang pernah lakukan yang sedemikian?

14. Pada ketika itu nama rasmi negara ialah Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Semenanjung Tanah Melayu dicantum dengan Singapura, Sarawak dan Sabah, perkataan "Tanah Melayu" digugur dan cantuman negeri - negeri ini dinamakan Malaysia. Dengan itu hilanglah identiti Melayu dalam nama negara sendiri. Tidak pula mereka tuntut nama-nama lain digugur.

15. Tidak seperti di negara-negara yang membenar hanya bahasa kebangsaan mereka sahaja untuk semua sekolah nasional, orang Melayu bersetuju bahasa Cina dan Tamil dijadikan bahasa pengantar di sekolah bantuan Kerajaan. Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) tidak menjadi bahasa kebangsaan seperti di negara-negara jiran dan di Eropah, Australia dan Amerika.

16. Dan banyaklah lagi korban yang dibuat oleh orang Melayu supaya kaum lain mendapat apa sahaja yang dituntut oleh mereka, demi keamanan dan perpaduan rakyat dan negara.

17. Apakah gamaknya perasaan tokoh yang meletak diri di tempat orang Melayu, terhadap semua korban ini? Apakah dia masih fikir yang orang Melayu harus korban segala-gala yang dituntut daripada mereka?

18. Dengan rencana ini saya tetap akan di cap sebagai racist oleh racist bukan Melayu. Tetapi kalau mereka sanggup menerima yang benar, mereka boleh banding korban orang Melayu pemilik asal negara ini dengan korban mereka untuk kepentingan negara ini.

19. Saya berpendapat jika negara ini hendak aman dan maju, agihan kekayaan dan kualiti hidup semua kaum hendaklah adil (fair) walaupun tidak sama (unequal). Janganlah hendaknya mana-mana pihak atau kaum tanggung beban kemiskinan yang keterlaluan, sementara kaum lain hidup mewah. Mengumpan sokongan dengan mengambil hak satu kaum untuk diberi kepada kaum lain bukanlah caranya - lebih-lebih lagi mengambil dari yang kurang berada untuk diberi kepada yang sudah lebih berada. (Sumber : Blog Chedet)

(Kata Waris Pahang :

-Saya telah menghuraikan isu yang di perkatakan oleh Tun Mahathir sebaik sahaja waktu rehat Program Wacana : Kedudukan Institusi Beraja Dan Melayu Dalam Perlembagaan Persekutuan Dari Perspektif 1Malaysia di PWTC anjuran GEMPITA dengan kerjasama UMNO beberapa minggu yang lalu (baca sini).

-Kenyataan Tun ini sungguh menyentuh hati orang Melayu dan dilema yang dihadapi oleh orang Melayu masih belum padam. Namun masih ramai orang Melayu yang belum sedar.

-Paling menyentuh hati dan perasaan apabila Tun berkata "jika dicabut bangunan-bangunan yang ada di bandar Kuala Lumpur ini maka boleh dikira jumlah bangunan milik orang Melayu".

-Seingat saya Tun mengulas panjang berhubung soalan yang menarik dan amat berguna daripada seorang pensyarah wanita Melayu yang bertugas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

-Orang Melayu tidak pernah pertikai keistimewaan kerakyatan yang diberikan kepada bukan Melayu menjadi warganegara Malaysia.

-Namun apabila Orang Melayu mempertahankan hak keistimewaan dianggap rasis sedangkan mereka mempertahankan hak mereka sahaja sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

-Namun amat malang pada hari ini kerana ada orang Melayu yang malu untuk mempertahankan hak mereka sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

-Malahan mereka mengikut telunjuk orang bukan Melayu mempertikaikan Hak Keistimewaan Melayu dan menganggap tindakan mempertahankan ini adalah rasis atau perkauman.

-Jangan kita biarkan pengkhianat Melayu bermaharajalela, kita pulaukan dan jangan menyokong mereka jika mereka menggugat Hak Keistimewaan kita).

Mahfuz Politikkan Bola Sepak Negara

Apa Kata Mahfuz :
"Saya juga berharap (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) tidak menyatakan mutu bola sepak di negara ini sudah dipulihkan dan meningkat. Maklumlah, bila Barisan Nasional (BN) kalah tipis di Manek Urai baru-baru ini, Najib mendakwa kekalahan tipis itu membuktikan keyakinan rakyat kepada BN sudah dapat dipulihkan..."

"Oleh kerana pasukan Malaysia memakai jersey biru ketika bertemu MU semalam, Mahfuz berharap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mendakwa bahawa sudah terdapat petanda kebangkitan semula "gelombang biru" melanda sukan bola seluruh dunia ketika ini..."

"Jangan pula kekalahan tipis itu menyebabkan para pemimpin Umno mendakwa bahawa pasukan bola Malaysia sudah memasuki era baru sehingga menyatakan pengurus dan pemain MU tidak lagi relevan serta tidak lagi sesuai dengan kemajuan serta perubahan semasa permainan bola sepak pada masa ini...".(Sumber : Harakahdaily)

(Kata Waris Pahang :
-Pertamanya tahniah kepada pasukan negara kerana kalah tipis 3-2 pada perlawanan pertama dan 2-0 pada perlawanan kedua.

-Sesiapa sahaja yang baca kenyataan Mahfuz (PAS) ini pasti akan rasa marah. Seorang yang bergelar wakil rakyat sepatutnya memberi nasihat dan peransang bukan mempersendakan pasukan negara.

-Kita kagum dengan pasukan negara yang bertungkus lumus memperbaiki mutu permainan untuk meningkatkan lagi prestasi di masa-masa hadapan walaupun pada hakikatnya kita tahu MU bukan setaraf untuk berlawan dengan kita.

-Sir Alex Ferguson sekali lagi memuji skuad kebangsaan sambil mengakui Manchester United terpaksa bergelut sebelum menang 2-0 dalam perlawanan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

- Sebagai wakil rakyat, Mahfuz sepatutnya mengucapkan tahniah dan bukan bercakap seakan menghina pasukan kebangsaan yang mempunyai jutaan peminatnya. Apatah lagi dikaitkan dengan politik.

-Contohi Najib kerana beliau mengucapkan sekalung tahniah dari perantauan berdasarkan persembahan untuk perlawanan pertama.

-Kita hairan dengan pembangkang sekarang ini, sudahlah orang mati dipolitikkan, hinggakan prestasi bola sepak pun nak dipolitikkan.

-Inilah susahnya kalau wakil rakyat yang dipilih menang kerana populariti di pentas ceramah dan bukan pemimpin yang berkualiti. Mereka hanya tahu berpolitik sahaja.

-Jangan kerana takut bayang-bayang sendiri sehingga mengeluarkan kenyataan yang kosong, kotor dan busuk hati).

Tuesday, July 21, 2009

Manik Urai : PAS Belum Boleh Tersenyum

BN mungkin hantar petisyen cabar keputusan

KUALA LUMPUR 19 Julai – UMNO mengkaji kemungkinan menghantar petisyen pilihan raya bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan, yang dimenangi oleh Pas dengan majoriti kecil 65 undi.

Ketua Penerangannya, Ahmad Maslan berkata, parti itu kini sedang memperhalusi langkah tersebut bersama Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohamed Hafarizam Harun.

‘‘Saya tidak menolak kemungkinan itu (petisyen), tetapi perkara ini akan diputuskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

‘‘Saya tidak mahu mendahului pemimpin tertinggi UMNO, tetapi Barisan Nasional (BN) masih mempunyai waktu untuk berbuat demikian dan kita sedang memperhalusi perkara tersebut,’’ katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Memperkasakan Perpaduan Melalui Penerangan di sini hari ini.

Ahmad diminta mengulas dakwaan wujudnya sedikit keraguan terhadap keputusan pilihan raya di Manek Urai apabila beberapa pihak mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tersilap mengumumkan keputusan undi bagi kawasan Manek Urai Lama.

Desas-desus wujud keraguan keputusan pengiraan di peti undi Manek Urai Lama timbul apabila BN sepatutnya dikatakan menang dengan majoriti 289 undi, tetapi hanya diumumkan 189 undi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Perkara itu disahkan oleh bekas Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Wan Zaid Wan Abdullah baru-baru ini.

Keputusan itu dikatakan memberi kesan yang besar sehingga menyebabkan BN kalah pada pilihan raya kecil Selasa lalu, sedangkan jika mengambil kira undi 289 di Manek Urai Lama dan undi pos, BN menang kira-kira 42 undi.

(Sumber : Utusan Malaysia, Baca Lagi)

(Kata Waris Pahang :

- Nampaknya BN masih ada harapan untuk menang PRK Manik Urai, ingatkan Manik sudah kemas diurai oleh PAS di Manik Urai.

-Jika sekiranya kemenangan memihak kepada BN pula, apakah PAS akan redha dengan keputusan ini?. Jika redha maka mereka percaya kepada Qadha' Dan Qadar.

-Apakah akan berlaku satu episod bantahan demontrasi lagi?. Adakah orang PAS akan baring di atas jalan raya memegang bendera palestine bagi menghalang kenderaan raja sebagaimana yang berlaku di Perak.

-PAS mesti mencontohi BN yang redha dengan keputusan PRK Manik Urai baru-baru ini. Tidak ada demontrasi jalanan diadakan bagi membantah keputusan tersebut walaupun kalah tipis sahaja.

-Demontrasi jalanan boleh mengancam keselamatan negara dan awam. Jika PAS mengadakan juga demontrasi tersebut bermakna PAS berfikiran pendek.

-Kita tunggulah bagaimana perkembangannya nanti).

Tamparan Hebat PAS Ditegur

Jika pas sudi mendengar

Oleh kerana nama Islam disebut dalam nama Pas, maka parti itu hendaklah menghentikan sikap suka mencerca dan memaki hamun orang lain yang berbeza pendapat dengan mereka.

Pemimpin tertinggi parti tersebut hendaklah menasihati ahli-ahli mereka terutama dalam laman-laman web mereka, agar berakhlak dengan orang lain.

Apakah setiap kali berbeza pendapat mereka perlu mencerca pihak yang mereka tidak suka?! Mereka seakan lupa bahawa perkataan dan tulisan cercaan mereka itu akan dibawa ke mahkamah Allah di akhirat.

Sebahagian mereka menghalalkan cercaan itu dengan menyatakan 'orang lain' lagi teruk. Apakah jika orang lain anda anggap teruk, maka anda boleh melakukannya juga?

Apakah akan terjadi kepada masa depan negara jika kita mengajar budaya 'jangan berbeza pendapat dengan pemimpin kami, jika tidak awak kami maki"!! Maka rosaklah kebebasan bersuara dan berfikir.

Apatah lagi jika isu agama dimasukkan. Sehingga kepada sesama sendiri, dicerca dan dihina. Mereka hina dan mencerca pemimpin sendiri apabila berlaku perbezaan dalam isu 'Kerajaan Perpaduan'.

Mereka maki Tan Sri Harussani apabila mereka sudah tidak sebulu lagi dengannya. Dulu, mereka juga memaki saya. Lihatlah selepas kenyataan ini dikeluar, sebahagian mereka akan menyambutnya dengan makian dalam blog-blog mereka.

Saya bukan bermusuh dengan Pas, tapi saya memberi teguran sebagai seorang Muslim kepada mereka, seperti mana banyak perkara saya memberi pandangan kepada UMNO juga.

Generasi muda dan terpelajar makin mampu menilai. Budaya politik maki hamun dan carut marut kerana perbezaan pendapat bukan akhlak Islam, juga bukan kematangan politik masa depan.
(Sumber : Petikan Kata-Kata Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ialah bekas mufti Perlis).
(Kata Waris Pahang :
-Teguran Bekas Mufti Perlis ini satu tamparan hebat buat PAS. Dr. Asri juga menceritakan beliau pernah dimaki oleh PAS.
-PAS hanya merasakan diri mereka sahaja betul. Pandangan dan nasihat Dr. Asri digunapakai untuk kepentingan parti sahaja.
-Kata Ketua Pemuda PAS : "Biarpun agak pahit , langkah pertama saya memilih untuk bersetuju terlebih dahulu terhadap apa yang diluahkan oleh Dr Asri dengan sedikit teguran saya kepada beliau bahawa luahan itu tidak boleh dipukul rata melainkan hanya dirujuk kepada individu - individu terbabit dan kepada kes - kes tertentu".
-PAS mempunyai modul tarbiyyah dan penerangannya tetapi masih longgar pentarbiahannya sehingga ahli PAS tidak berdakwah dengan berhikmah.
-Kata Ketua Pemuda PAS : "PAS tidak pernah mendidik dan mengajar apalagi mempunyai skima dan modul khas untuk pemimpin dan anggotanya mencaci dan mencerca siapa sahaja yang berbeza pendapat".
-Namun tindak tanduk, tutur kata dan perilaku PAS jelas menunjukkan PAS sengaja berkelakuan tidak bermoral bertujuan meraih simpati orang ramai kononnya kerajaan dan pemimpin zalim.
-Lakonan PAS ini sama sahaja sejak dahulu lagi dan rakyat Malaysia sudah muak dengan kata-kata maki hamun dan kata-kata kesat yang dilemparkan oleh penceramah PAS di pentas ceramah PAS).

Monday, July 20, 2009

PKR : Parti Kecewa Rakyat

Chua Jui Meng umum sertai PKR

KUALA LUMPUR 18 Julai - Bekas Naib Presiden MCA dan Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng hari ini mengumumkan secara rasmi menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Di hadapan 800 hadirin dan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jui Meng turut mengisytiharkan keluar daripada parti MCA.

"Hari ini saya membuat keputusan penting dalam hidup saya, meninggalkan MCA dan menyertai PKR serta melepaskan jawatan saya sebagai Ketua MCA Bahagian Bakri selama 23 tahun," katanya.

Beliau berkata demikian pada forum anjuran PKR di Bandar Sunway di sini hari ini.
Turut mengikuti langkah Jui Meng ialah bekas Ahli Parlimen Lumut pada penggal 1995-1999, Datuk Dr. Yap Yit Thong dan bekas Ahli Dewan Negara, Datuk David Yeoh.

(Kata Waris Pahang :

-Chua salah pertimbangan, pakatan pembangkang sebenarnya semakin lemah dan goyah. Mereka bukan lagi tidur sebantal tapi mimpi lain-lain sebaliknya tidur dengan bantal dan mimpi masing-masing.

-BN tidak perlukan pembelot dan mereka yang tidak berpegang kepada prinsip parti. Memang parti pembangkang sesuai digelar parti orang kecewa).

Nizar Buat Apa Tu?.

APA DAH JADI YEOP NIZAR KOME???


Surah AlImraan ayat 118Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.
Surah Al-Imraan ayat 78Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada (Ketua-ketua ugamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu. Dan mereka pula berkata: "(bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah", padahal ia bukanlah dari sisi Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).

Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.

ASTARGHFIRULLAHHAL'AZIM, apa ke hel nye yeop Nizar kome ni. Tau ler kepola otak dah mereng, tapi takkan nak jual agama semata-mata nak ngikut kater Ngeh dan Nga. Sampe sanggup berlilin-lilin macam paderi Kristian.
Amalan "vigil" ni amalan orang Kristian, kalau yer pun nak tarik pengaruh orang Kristian takkan nak mengamalkan amalan agama mereka. Rasullulah pernah bersabda orang Nasrani dan Yahudi takkan puas hati sehingga orang Islam ikut cara mereka.
Nampaknya Nizar dah ikut cara Kristian. Malah Mufti Tan Sri Harun Sani pun dah cakap amalan ini bertentangan dengan ajaran Islam. Takkan nak tinggalkan cakap mufti ikut cakap Nga dan Ngeh.
Inilah sebenarnya Nizar bertopengkan agama. Kita nak tengok apa kata pemimpin PAS tentang amalan ahli jawatankuasa pusat PAS yang dapat undi tertinggi dalam pemilihan parti itu.
(Sumber : Blog selamatkanperak).

(Kata Waris Pahang :
-Hari ini umat Islam bertanya kepada para ulama, adakah Nizar sudah sesat atau sudah jatuh murtad?.
-Umat Islam bertanya adakah sudah terjejas akidah Nizar?. Barangkali Nizar tidak rasa bersalah sebab semuanya halal belaka asalkan dapat undi?.
-Masih kita ingat masa Sambutan Rumah Terbuka yang dianjurkan oleh kerajaan, PAS bermati-matian mengatakan kita sesat mengamalkan ajaran agama lain.
-Sedangkan kita cuma meraikan dan bertemu suai kenal sahaja, kita bukan mengamalkan ajaran mereka sebagaimana yang dilakukan oleh Nizar.
-Nik Aziz pernah berkata Saiful bersumpah macam orang kristian pegang kitab. Tapi kini orang kuat PAS sendiri yang amal macam ikut cara Kristian.
-Barangkali kalau perlu bakar colok dan calit dahi dilaksanakan asalkan dapat undi?. PAS juga telah membuka kelab penyokong PAS bagi bukan beragama Islam, pelikkan?.
-Dulu sibuk kafirkan UMNO, sekarang upacara menyalakan lilin macam amalan mereka pun dia orang ikut.
-Semoga mana-mana para Ulama dan Mufti buatlah teguran dan keluarkan fatwa berhubung isu menyalakan lilin ini).

Sunday, July 19, 2009

Manik Urai : Keliru Doa Nik Aziz

Ya Allah, ya Rahman,

Wahai Tuhan kami, Janganlah Engkau gelincirkan hati- hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami dan kurniakanlah bagi kami rahmat daripada-Mu, Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sediakanlah petunjuk bagi kami dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami, Bukakanlah kebenaran di antara kami dan kaum kami,kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,Tolonglah akan kami di atas menghadapi golongan-golongan yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami, kepada Engkaulah kami berserah dan kepada Engkaulah kami bertaubat dan kepada Engkaulah tempat kembali.

Wahai Tuhan kami, Janganlah Engkau jadikan kami fitnah (terpengaruh atau tunduk) bagi orang-orang kafir ( PAS BERDOA SUPAYA TAK TERPENGARUH DENGAN ORANG KAFIR. TAPI YANG PAS PI IKUT TELUNJUK DAP WAT PE. PAS SOKONG ELIZ BOGEL. PAS TAKUT KES BABI DI KEDAH. BUKANKAH INI NAMANYA PAS BERMAIN DALAM BERDOA PADA ALLAH? DAN PAS SENDIRI MENGHINA ALLAH DALAM DOANYA?) dan ampunilah bagi kami wahai Tuhan, sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami, Berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim, Kurniakanlah kemenangan kepada kami demi menegakkan agamaMu dan menebarkan keadilan serta kebenaran.

Politik Durian Minah Asli

Sekarang ini musim durian, ramai orang di sana sini perkatakan tentang durian dan makan durian.

Anak-anak yang duduk di bandar pun sibuk nak balik kampung ketika musim durian kalau tidak batang hidung pun susah nak lihat.
Kebun-kebun durian pun terang benderang ditebas kalau tidak tuan kebun sendiri pun takut nak masuk ke kebunnnya.
Ini kisah seorang Minah Orang Asli yang melucukan. Beliau sedang mengandung dan pergi ke klinik kesihatan untuk membuat pemeriksaan.
Lalu nurse pun menegur Minah Asli tersebut kerana tidak pergi ke klinik kesihatan pada minggu lepas sebagaimana janji temu yang sepatutnya.
Nurse : Kenapa awak tak pergi klinik minggu lepas?.
Minah Asli :Saya balik kampung suami saya.
Nurse pun buat pemeriksaan darah tinggi.
Nurse : Darah awak naik ni, awak makan apa?
Minah Asli : Saya makan durian.
Nurse : Banyak ke awak makan durian sampai naik darah ni, bahaya!.
Minah Asli : Saya makan sebiji sahaja durian.
Nurse : Saya tak percaya, mesti awak makan banyak, takkan awak makan sedikit dekat kebun durian suami awak.
Minah Asli : Macamana saya nak makan sedikit sebab anak saya yang dalam perut nak makan banyak durian!.
Nurse : Kah! Kah! Kah!.
Nurse dan orang yang mendengar perbualan tersebut keras perut ketawa.

Saturday, July 18, 2009

Manik Urai : Ingatlah Pesan Pak Kaduk

Pesan Pak Kaduk

Tuan Yang Berhormat
menang ayam kerana taji
menang tuan kerana undi
menang hamba jangan diulang
menang sorak di tengah gelanggang
sedang tanah diambil orang.

Tuan Yang Berhormat
jangan ulangi bodoh hamba
tamakkan habuan yang cepat
termakan pujuk terbelit muslihat
kurang ilmu buta hakikat
tumpul akal tidak melihat
kalah orang kalah mendapat.

Silap Pak Kaduk bertukar ayam
maka tergadai kampung halaman
silap tuan bertolak ansur
maka tercagar nasib keturunan.
Menang Pak Kaduk tidak bertanah
menang tuan tidak bertuah
kalau menunduk pada yang kalah
menang suara jangan kalah digertak
menang budaya jangan kehilangan watak
menang sorak jangan kalah sabungan
menang kerusi jangan hilang perjuangan.
(Hasil Nukilan : Zurinah Hasan)
(Kata Waris Pahang :
-Ingatlah pesan Pak Kaduk yang menyesal dalam hidupnya kerana kalah bersabung. Dulu orang sabung ayam kini orang lumba F1, boleh dikatakan sama sahaja kecuali bersabung ada unsur perjudian.
-Pekik sorak adat pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah. Menang sorak pula hanya seketika, 'apa guna menang kalau orang lain derita'.
-Penyabung menang mendapat harta dan yang kalah pulang derita. Lumba F1 jauh berbeza kerana pelumba akan pulang ke negara masing-masing, berbeza dengan bersabung ayam kerana tanah dijadikan pertaruhan.
-Kini tanah diperjudikan dan dijadikan pertaruhan kerana gila kuasa dan nak menang suara, 999 tahun tanah digadaikan umpama harta datuk nenek dia yang punya (kepala hotak kau!).
-Pak Kaduk mengaku tersilap langkah kerana termakan pujuk dan rayu serta kurang ilmu. Biarpun DAP kurang menang kerusi tetapi berlagak macam kuasai semua negeri.
-Bisikan DAP melonglaikan Melayu (PAS/PKR), apa yang dihajati ditunaikan segera termasuk sanggup 'derhaka' kepada raja.
-Suara kecil DAP menjadi besar dan mampu peroleh apa yang dihajati dari Melayu (PAS/PKR) yang 'tumpul kerisnya'.
-Silap Melayu bertukar parti dari UMNO kepada PAS dan PKR, orang Melayu buat tak reti kerana 'termakan kata-kata orang yang busuk hati'.
-Menang PAS di Manik Urai bukan bertuah kalau menunduk kepada DAP dan PKR. Cadangan Kerajaan Perpaduan Melayu Islam dihancurkan kerana takut kepada DAP/PKR bukan takut kepada yang esa.
-Menang PAS bukan boleh dibanggakan kerana main kotor menghina bangsa Melayu sendiri dianggap menate, komunis dan sesat macam Ayah Pin.
-Rakyat Malaysia naik hairan dengan parti yang mendakwa perjuangkan Islam tetapi berakhlak buruk macam 'orang tidak pernah jumpa tikar sembahyang'.
-Adat pertandingan ada menang dan kalah, pesan Pak Kaduk "menang kerusi jangan hilang perjuangan" untuk agama, bangsa dan negara).

WACANA : Lagi Kes Hina Raja

Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada

Wacana yang dianjurkan oleh GEMPITA di PWTC baru-baru ini menjadi hangat apabila seorang budak muda bangkit menanyakan soalan ketika sessi soal jawab berhubung "raja-raja tidak berperanan dalam membangunkan rakyat dan negara".

Soalan tersebut menyebabkan para hadirin tidak rasa selesa dan marah. Maka seorang yang bergelar doktor bangkit bangun mempertikaikan soalan tersebut.

Budak muda tadi pula bangun mempertahankan soalannnya dan mengatakan soalan tersebut adalah apa yang didengarinya datang dari pertuturan remaja-remaja sekarang dan bukan datang darinya kerana beliau taat kepada raja.

Doktor yang tidak puas hati tadi sempat mencelah sebelum Prof. Dr. Ramlah Adam menjawab, "budak muda tadi baru tidak mengaku soalan tersebut datang darinya" kata doktor.

(Kata Waris Pahang :

-Semenjak pembangkang ghairah mahu menguasai tampuk pemerintahan, kita dapati banyak insiden-insiden penghinaan terhadap institusi raja-raja Melayu.

-Raja Melayu adalah lambang kedaulatan sesebuah negara, simbol kekuatan warga dan payung mahkota Negara.

-Tanpa kita sedari Raja-Raja Melayu sentiasa memayungi Negara dengan meletakkan Negara sentiasa berada dalam keadaan aman damai dan kepentingan rakyat diutamakan.

-Kita amat kesal kerana keputusan Pilihan Raya Umum ke 12 telah memberi ruang dan peluang kepada pembangkang untuk mencabar perlembagaan persekutuan dan institusi raja-raja Melayu.

-Apa yang menyedihkan bangsa Melayu sendiri mengikut telunjuk orang lain untuk ‘derhaka’ kepada raja-raja Melayu dan akhirnya menjadi 'dalang' utama.

-Kita kena lihat dan tahu sejarah bagaimana Revolusi Indonesia berlaku, orang Melayu Indonesia bangkit menentang Belanda tetapi mereka juga bunuh raja-raja Melayu di Acheh.

-Negara Nepal menolak sistem beraja dan Raja Nepal terpaksa turun daripada tahta apabila 2/3 sidang parlimennya menolak pemerintahan beraja.

-Kita mesti menjadikan sejarah sebagai panduan dan kita menolak 'ketuanan rakyat' yang diperjuangkan pembangkang kerana mengurangkan kuasa pemerintahan raja-raja Melayu, menghina, mempersenda dan menanam kebencian terhadap institusi beraja.

-'Ketuanan Rakyat' adalah langkah awal dalam gerakan menghapuskan institusi beraja kepada pemerintahan rebuplik atau diketuai Presiden. Seterusnya identiti asal negara bangsa turut akan hilang.

-Sistem pemerintahan berteraskan Kesultanan Melayu yang wujud lebih 600 tahun, berjaya membangunkan budaya dan tamadun yang agung.

-Kita mengalu-alukan langkah pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana warga Malaysia yang menghina raja-raja Melayu.
-Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku).

Friday, July 17, 2009

Manik Urai : Jambatan Sempit PAS Tersepit

Abe Uji dulu pemborong ikan kini bergelar YB. Persoalannya apa yang Abg Uji boleh buat untuk membina jambatan?.

Apakah YB akan menaikkan harga ikan bagi mengutip wang membina jambatan?. Atau YB bina jambatan sekerat-sekerat dulu?.
Di mana YB mahu cari duit sebanyak 7 juta untuk bina jambatan?. Bila agaknya jambatan tersebut akan dibuat dan boleh digunakan?.
Rakan karib PKR dan DAP tak janji dan tidak mahu bantu ke?. Barangkali bagi mereka daripada bantu PAS baik mereka guna duit untuk kuatkan parti masing-masing.
Adakah pengundi Manek Urai tidak perlukan jambatan tersebut?. Kalau berani YB pergilah tanya sendiri kepada penduduk kawasan YB.
Kalau PAS kata kita tidak janji jambatan tapi kita janji syurga, adakah penduduk Manek Urai masih percaya lagi kepada PAS.
Barangkali pengikut PAS akan sahut dengan laungan takbir tetapi selepas penceramah balik barulah terkebil-kebil dan rasa habuk pun tarak.

Barangkali selepas ini PAS malu bertemu pengundi kerana menang 65 undi sahaja. PAS tidak boleh berlagak sombong seperti dulu. Manek Urai kini boleh dikatakan sebelah kaki PAS dan sebelah kaki UMNO.
PAS memang angkuh kerana masih mendabik dada kononnya "PAS kuat sebab itu dapat mempertahankan kerusi Manek Urai" kata Tuan Ibrahim Tuan Man di satu ceramah PAS di Raub semalam.

Tetapi kenapa selepas keputusan diumumkan PAS menunding jari menyalahkan orang lain, ini membuktikan sokongan PAS semakin merosot dan lemah.

Antara sebab kekalahan PAS ialah masalah dalaman PAS berhubung dengan Kerajaan Perpaduan. Kini wujud PAS Terengganu (sokong Haji Hadi) dan PAS Kelantan (sokong Nik Aziz).(Baca Sini).

Angka 65 kini menghantui fikiran ahli PAS dan Pakatan Pembangkang. Menang tipis PRK Manek Urai umpama PAS kalah pilihan raya.

Manik Urai : Pas Menang Rakyat Bengang

PAS Menidurkan Manek Urai
UMNO teruskan agenda pembangunan Kelantan ~ Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 15 Julai - UMNO akan meneruskan agenda pembangunan di Manek Urai dan Kelantan walaupun calonnya tewas pada pilihan raya kecil di kawasan itu semalam.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed berkata, walaupun Kerajaan Negeri Kelantan tidak sehaluan dengan Kerajaan Pusat namun UMNO akan terus menyediakan bantuan infrastruktur di negeri itu.

''Memang kerajaan membuat janji semasa pilihan raya dan banyak permintaan diterima daripada rakyat dan antaranya (permohonan) bantuan baiki rumah, bantuan kebajikan masyarakat. (Baca Sini)

(Kata Waris Pahang :

-Waris Pahang banyak baca blog pembangkang selepas mereka menang tipis sahaja. Apa yang menghairankan ialah pembangkang kini menuntut supaya BN menunaikan pembangunan di Manek Urai?. (Baca Sini)

-Persoalannnya siapa yang menang dalam pilihan raya kecil Manek Urai, PAS atau BN?. Mengapa pula pembangkang desak BN membangunkan Manek Urai.

-Andainya PAS rasa tidak mampu membangunkan Manek Urai, rasanya eloklah kita adakan pilihan raya kecil semula.

-Rakyat Kelantan tidak perlu mengundi PAS lagi kerana mereka hanya pandai berpolitik untuk mendapatkan kuasa dan mengutamakan kepentingan parti bukan mendapatkan kuasa untuk membangunkan kawasan dan menyelesaikan masalah penduduk.

-Pemimpin PAS tidak berhak meminta bantuan dari kerajaan pusat untuk meneruskan projek pembangunan di kawasan Manik Urai.

-Walaubagaimanpun kerajaan pusat akan menunaikan janji pilihan raya dan tidak akan mengabaikan penduduk Manek Urai mengikut kemampuan yang ada.

-Penduduk Manek Urai tidak sepatutnya dihukum kerana gagal memberi sokongan kepada BN walaupun mereka sedaya upaya mahu menukar pemerintahan di Manek Urai.

-Apa yang penting, walaupun BN kalah di Manek Urai tetapi ada sinar dan peluang bagi BN di hujung terowong untuk membawa harapan dan memanik semula impian yang terburai kepada rakyat Kelantan).

Wednesday, July 15, 2009

Manik Urai : Adakan Pilihan Raya Kecil Lagi

Agaknya Apa Yang Sedang Difikirkan Oleh Mereka
Selepas Pembangkang Menang Tipis 65 Undi,
Mungkin Ini Yang Diperkatakan Oleh Mereka.
JIS : Ambo Nok Letok Jawate, MU Hampi Kaloh
WAR : MU Kalah Tak Pe, Jgn Aku Kalah Kat Mahkamah
LIM: PAS Dan PKR Dah Tak Boleh Pakai!
Petanda angin perubahan
TRONOH 14 Julai - Kekalahan tipis calon Barisan Nasional (BN) kepada calon Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai hari ini menunjukkan angin perubahan daripada rakyat bertiup kuat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kejayaan mengurangkan majoriti Pas pada pilihan raya umum lepas yang melebihi 1,200 undi merupakan satu isyarat jelas bahawa rakyat mahukan pembaharuan.

''Saya rasa bersyukur walaupun kita kalah 65 undi. BN berjaya kurangkan majoriti tetapi malangnya kita tidak dapat undi yang boleh meletakkan kita dalam keadaan menang.

''Saya rasa kita tidak harus kecewa kerana keputusan ini menunjukkan ada peningkatan sokongan yang cukup jelas kepada BN," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis tilawah al-Quran peringkat kebangsaan kali ke-52 di Universiti Teknologi Petronas di sini malam ini.

Muhyiddin mengulas mengenai kegagalan BN merampas kerusi DUN Manek Urai selepas calonnya tewas kepada Pas dengan majoriti tipis 65 undi.

Pas mengekalkan kerusi DUN Manik Urai setelah calonnya, Mohd. Fauzi Abdullah mengalahkan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, keputusan itu juga menunjukkan petanda rakyat sudah mula memahami dan boleh menilai kepimpinan berwibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membawa pembaharuan kepada negara.

Justeru katanya, pemimpin dan penyokong BN tidak harus berasa terlalu kecewa malah perlu menjadikannya sebagai pendorong untuk bekerja lebih keras agar angin perubahan itu terus berlaku. (Sumber : Utusan Malaysia)

(Kata Waris Pahang :

-Tahniah kepada Calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah yang diisytiharkan menang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat dengan memperoleh majoriti 65 undi.

-Mohd Fauzi memperoleh 5,348 undi manakala Tuan Aziz mendapat 5,283 undi.

- PAS masih lagi bermegah dan angkuh dengan kemenangan nyawa-nyawa ikan ini walaupun menang tipis.

-Masihkah kau ingat 3 PRK yang lalu :
i. PRK KT ,DUN Wakaf Mempelam calon pas Abd Wahid Endut hilang undi Melayu di kawasan kuatnya.
ii. Nizar hilang 5000 undi Melayu dalam PRK Bukit Gantang.
iii.Abe Uji hilang 1287 lebih undi Melayu di Manek Urai.

-Manek Urai telah memberi amaran awal pada PAS jangan lagi cakap sombong tuduh orang tak Islam dan undi BN kononnya masuk neraka.

-Bagi Abe Uji kamu bagaikan tabung uji PAS, mereka meletakkan kamu sebagai bahan experimen samada kepimpinan ulama masih relevan atau sebaliknya.

-Nampaknya Abe Uji mestilah sahut harapan rakyat yang mahukan pembangunan Manik Urai kerana ketinggalan dari arus perdana.

-PAS tidak boleh salahkan BN jika Manik Urai ketinggalan kerana PAS telah perintah Kelantan hampir 20 tahun.

-Inilah akibatnya kalau PAS sibuk "Ceramah Didahulukan Tabung Diutamakan" untuk perkukuh PAS bukan membantu rakyat dan memakmur kawasan.

-PAS menang nyawa-nyawa ikan seperti ikan di atas darat ('zai samak fil ard' - bahasa arab ni). Kekalahan PAS ini sudah pasti memberi kesan kepada kawasan-kawasan lain.

-Kita naiklah dulu bahtera Abe Uji ke mana dia nak bawa kita di lautan luas. Sungguh sayang seribu kali sayang kerana kita membuang nakhoda bahtera (Tuan Aziz) yang berilmu dan berpengalaman luas.

-Selamat Berjuang Pengundi Kelantan Darul Naim, Angin Perubahan Bertiup Kencang Di Negeri Kelantan. "Ukur Baju Di Badan Sendiri, Jika Sudah Tidak Sesuai, Kita Tukar Sahaja").

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP