Wednesday, July 1, 2009

Manik Urai : PAS Kalah Nik Aziz Bersalah

Komunis tolak agama, Umno asingkan agama - Nik Aziz

KUALA KRAI, 27 Jun (Hrkh) - "Hendak sebut apa lagi kerana Umno benar-benar memisah kan agama dan politik. Umno buat kerja tidak serupa dengan kehendak Nabi Muhammad s.a.w."


"Tidakkah komunis juga tidak percaya kepada agama. Begitu juga dengan Umno yang menolak agama. Tidakkah perumpamaan itu hampir serupa. Serupa satu pun sudah cukup," kata Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAs mengulas tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis terhadapnya berhubung kenyataannya yang menyamakan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan komunis :selanjutnya sini. Sumber : Harakah.

(Kata Waris Pahang :

-PAS menuduh UMNO memisahkan agama dari politik dan mengenepikan agama sejak dari tahun 1978 lagi bertujuan agar rakyat terpengaruh dan tidak menyokong UMNO.

-Sebenarnya tuduhan PAS ini adalah untuk menutup perbuatan mereka yang secara terang-terangan menggunakan agama untuk kepentingan politik.

-UMNO telah banyak melakukan usaha untuk membangun agama dengan lebih berkesan. Adakah PAS sengaja membutakan mata?,

-Pembangunan dan kemajuan Islam yang kita saksikan kini diiktiraf dan dikagumi oleh dunia malahan menjadi contoh kepada negara-negara Islam.

-Ini adalah hasil perjuangan UMNO sejak memerintah negara mencapai kemerdekaan.

-PAS hanya mendabik dada memperjuangkan Islam tetapi tidak menunjukkan bukti-bukti yang jelas ke arah perjuangan itu.

-Tindakan PAS yang bertopengkan Islam ini sebenarnya boleh membantutkan perkembangan Islam kerana PAS sengaja mewujudkan pertelingkahan dan perselisihan agama.

-Negara Islam seperti Malaysia masih mengharapkan hasil-hasil kajian dari para ilmuan untuk kebaikan agama, bangsa dan negara.

-Namun kita disibukkan dengan tohmahan politik yang mengekang minda kita untuk berfikir. Banyak masa kita dihabiskan dengan berpolitik semata-mata.

-Tuduhan yang mengatakan UMNO adalah Komunis dan tidak beragama amat sukar diterima oleh Umat Islam yang waras.

-Orang PAS sudah tentu akan marahkan Nik Aziz kerana tidak setuju dengan label Komunis diberikan kepada UMNO kerana dalam keluarga orang PAS sendiri ada yang menyokong UMNO.

-Adakah ibubapa, saudara mara, abang, kakak dan adik orang PAS yang menyokong UMNO adalah Komunis?.

-Pengundi Manik Urai yang sebelum ini menyokong PAS beralih angin akan menyokong BN kerana tidak sanggup menyokong PAS yang mengecop keluarga mereka sebagai Komunis).

4 comments:

poyosede said...

Ya Allah, ape dah nak jadi ngan Nik Aziz neh.. koi tak sangka sampai begitu sekali bencinya die kepada UMNO.Jangan sampai pintu taubat dah tak sempat....Dosa pada Allah kau boleh minta ampun dosa ngan manusia macam mane nak gi cari semua ahli UMNO mampuih kau...

kelambuharimau said...

Nama jer tok guru..tok guru apa jika benci bangsa sendiri yop! bangsa lain disanjung,
orang UMNO islam juga lah?mana ada orang tahu amalan kita diterima tuhan atau tidak.

Waris Pahang said...

laporan dari utusan malaysia 27 Jun 2009:
Nik Aziz makin keterlaluan – Mustapa

Anggota jentera Pemuda melaungkan slogan gempur pada majlis pelancaran jentera Pemuda UMNO bagi Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai, di Manek Urai Baru,Kuala Krai, semalam.

KUALA KRAI 26 Jun – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semakin keterlaluan dalam berpolitik mungkin kerana terlalu lama memimpin negeri ini sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang mengguris perasaan umat Islam.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed berkata, kenyataan yang menyamakan UMNO dengan komunis dan ajaran sesat ‘Ayah Pin’ adalah fitnah yang amat jelas.

Katanya, kenyataan tersebut amat bertentangan dengan dasar perjuangan parti itu yang dikatakan bergerak atas landasan Islam.

Tegasnya, Nik Abdul Aziz perlu ingat bahawa kerajaan yang dipimpin oleh UMNO telah berjuang berhabis-habisan menghapuskan ancaman komunis di negara ini dan memerangi unsur-unsur yang boleh menjejaskan pegangan umat Islam.

“UMNO yang berjuang untuk menghapuskan komunis di negara ini, UMNO juga yang bermati-matian mempertahankan tanah air ini, kalau tidak kerana UMNO yang mengharamkan komunis Nik Abdul Aziz pun belum tentu lagi hidup di Malaysia.

“Kita sama sekali tidak menyokong perjuangan komunis atau Chin Peng, yang menyokong Chin Peng adalah rakan sekutunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan bekas pemimpin parti itu dibawa masuk ke negara ini,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan jentera Pemuda BN di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.

Program itu dihadiri kira-kira 2,000 jentera Pemuda BN dari seluruh negeri ini termasuk exco Pemuda UMNO.

Isnin lalu, ketika berceramah di Padang Awam Laloh, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyamakan UMNO dengan ajaran sesat Ayah Pin dan pengganas komunis kerana menolak Islam.

Pada sidang akhbar, Mustapa yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil Manek Urai berkata, beliau tidak terkejut dengan kenyataan Nik Abdul Aziz itu kerana pemimpin-pemimpin Pas sentiasa marahkan UMNO walaupun tidak mempunyai sebab yang kukuh.

“Nik Abdul Aziz selalu marah-marah bukan perkara baru, dia marah sejak beberapa tahun lalu dan meluahkan pelbagai kata-kata serta mengeluarkan dakwaan yang tidak berasas.

‘‘Kita rasa ini satu reaksi seorang pemimpin yang lama sangat memimpin di Kelantan dan mungkin beliau sudah terlalu lama dan letih,” katanya.

Menurutnya, telah tiba masanya untuk BN bekerja keras menghapuskan keangkuhan pemimpin pembangkang yang semakin menjadi-jadi selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

“Kita mahu menang di Manek Urai, kita akan mulakan kerja di sini untuk Pilihan Raya Umum Ke-13, kemenangan ini bukan saja untuk Manek Urai tetapi untuk pilihan raya umum akan datang,’’ katanya.

Oleh itu, tegasnya, Pilihan Raya Kecil Manek Urai akan menjadi penanda aras untuk BN pada pilihan raya umum akan datang.

‘‘Manek Urai akan menjadi titik perubahan kepada Kuala Krai, Kelantan dan negara,” katanya.

hujan emas said...

Biasalah orang gedebe, dia nak kata dia kata, tak fikir dan baik buruknya.

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP