Pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Umno, Tuan Aziz Tuan Mat dengan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah.
Calon Umno, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, adalah yang pertama menyerahkan borang pencalonannya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini.
Beliau yang juga ketua Pemuda Umno Kuala Krai menyerahkan borang pencalonannya di pusat penamaan calon di SMK Sultan Yahya Petra 1, sejurus selepas ia dibuka pada jam 9 pagi.,Tuan Aziz adalah lulusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan bekas pengurus bahagian pemantauan projek Kesedar.
Sejurus kemudian, calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, 50, seorang pemborong ikan, pula menyerahkan borang pencalonannya. (Sumber : Malaysiakini)
(Kata Waris Pahang :
-Faktor meletakan calon yang tepat adalah satu faktor kemenangan Pilihan Raya. PAS nampaknya mengamalkan budaya letak serban atas kepala maka rasa confirm akan menang.
-Namun PRK Manik Urai bukan satu laluan yang 'kacang' untuk PAS menang selesa dan mudah.
-Calon PAS terpaksa dibayangi Nik Aziz berbanding dengan calon BN kerana kekuatan dan kelebihan yang ada padanya.
-Pengundi Manik Urai berilah peluang dan sokongan kepada Tuan Aziz, anak Kuala Krai. Beliau adalah seorang muda dan berkelulusan serta berpengalaman 12 tahun menjadi pegawai KESEDAR yang membangunkan Manik Urai).
3 comments:
Calon PAS tak ada power memanglah tumpang bayang Nik Najis. Kalau tak tak kan Nik Najis turun bertongkat sampai berpeluh bantu calon dia. Tengok calon BN stedy je.... Kalah pun tak apa sebab PAS main kotor. Tapi kalau menang apa PAS nak kata. Pesan sikit kat Jentera PAS di MU jangan main kotor, kalau anak jantan kita berlaga dalam kandang secara baik.
Salam tuan blog.Saya rasa penulis tidak benar-benar mengenali keperibadian calon pas.Abang uji tak perlu bergantung kepada tokguru untuk meraih sokongan pongundi.menurut maklumat dari orang setempat.Calon Pas kali ini sangat tepat.Beliau sebelum ini menjadi pembantu khas kepada Arwah YB dulu.Orang kampung memang menyukai akhlak Abg Uji kerana mudah mesra dengan rakyat dan selalu mengambil tahu masaalah rakyat.Jadi tidak timbul beliau dibayangi Tokguru.
Tuan Aziz mampu membawa arus perubahan yang besar kepada rakyat N.41 Manek Urai kerana beberapa perkara yang perlu diKETAHUI oleh semua RAKYAT MALAYSIA;-
1. Anak tempatan N.41 Manek Urai
2. Boleh bertutur dalam 3 bahasa (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris & Bahasa Mandarin)
3. Pendidikan awal di SK Sultan Yahya Petra, Kuala Krai & SM Sultan Yahya Petra
4. Pendidikan tinggi sehingga hari ini : Graduan Pengurusan Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia.
5.Pernah berkhidmat sebagai Pengurus Pemantauan & Penyelarasan Projek di KESEDAR pada tahun 1997.
6.Tahun 2005 telah dilantik sebagai CEO KESEDAR Perkilangan Sdn. Bhd.
7.Mantan Naib Pengerusi Majlis Belia jajahan Kuala Krai.
8.Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krai
Selamat Mengundi BN
Post a Comment