Friday, July 17, 2009

Manik Urai : Pas Menang Rakyat Bengang

PAS Menidurkan Manek Urai
UMNO teruskan agenda pembangunan Kelantan ~ Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 15 Julai - UMNO akan meneruskan agenda pembangunan di Manek Urai dan Kelantan walaupun calonnya tewas pada pilihan raya kecil di kawasan itu semalam.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed berkata, walaupun Kerajaan Negeri Kelantan tidak sehaluan dengan Kerajaan Pusat namun UMNO akan terus menyediakan bantuan infrastruktur di negeri itu.

''Memang kerajaan membuat janji semasa pilihan raya dan banyak permintaan diterima daripada rakyat dan antaranya (permohonan) bantuan baiki rumah, bantuan kebajikan masyarakat. (Baca Sini)

(Kata Waris Pahang :

-Waris Pahang banyak baca blog pembangkang selepas mereka menang tipis sahaja. Apa yang menghairankan ialah pembangkang kini menuntut supaya BN menunaikan pembangunan di Manek Urai?. (Baca Sini)

-Persoalannnya siapa yang menang dalam pilihan raya kecil Manek Urai, PAS atau BN?. Mengapa pula pembangkang desak BN membangunkan Manek Urai.

-Andainya PAS rasa tidak mampu membangunkan Manek Urai, rasanya eloklah kita adakan pilihan raya kecil semula.

-Rakyat Kelantan tidak perlu mengundi PAS lagi kerana mereka hanya pandai berpolitik untuk mendapatkan kuasa dan mengutamakan kepentingan parti bukan mendapatkan kuasa untuk membangunkan kawasan dan menyelesaikan masalah penduduk.

-Pemimpin PAS tidak berhak meminta bantuan dari kerajaan pusat untuk meneruskan projek pembangunan di kawasan Manik Urai.

-Walaubagaimanpun kerajaan pusat akan menunaikan janji pilihan raya dan tidak akan mengabaikan penduduk Manek Urai mengikut kemampuan yang ada.

-Penduduk Manek Urai tidak sepatutnya dihukum kerana gagal memberi sokongan kepada BN walaupun mereka sedaya upaya mahu menukar pemerintahan di Manek Urai.

-Apa yang penting, walaupun BN kalah di Manek Urai tetapi ada sinar dan peluang bagi BN di hujung terowong untuk membawa harapan dan memanik semula impian yang terburai kepada rakyat Kelantan).

4 comments:

PawanaMelati said...

Sesuatu yang telah di takdirkan oleh Allah SWT pasti tidak dapat diubah lagi.Begitu juga dengan keputusan pilihanraya Manek Urai tempuhari. Persoalanya sekarang adakah rakyat di sana REDHA akan ketentuan ini ?

Di antara tanggungjawab pemerintah baik Kerajaan Negeri maupun Kerajaan Pusat tidaklah sama. Ia banyak bergantung kepada kemampuan kewangan Kerajaan Negeri itu sendiri. Sedangkan Kerajaan Pusat sepatutnya memberi peruntukan yang adil kepada setiap negeri-negeri tanpa mengira siapa yang memerintah kerajan negeri.

Di Manek Urai sendiri walau pun di dakwa ketinggalan pembangunan ,sepatutnya Kerajaan Pusat melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar boleh memberi perhatian tanpa pilih kasih. Sebabnya itu satu amanah. Yang menjadi masaalah sekarang sesetengah keadaan , pihak berkaitan tidak dapat membezakan di antara politik dengan tanggung jawab kerajaan itu sendiri kepada rakyat. itulah masaalahnya.

WARIS PAHANG said...

Kerajaan Pusat tidak akan mengabaikan penduduk Manek Urai.

Kerajaan Pusat akan meneruskan agenda pembangunan di negeri Kelantan.

Bantuan yang bakal disalurkan itu bersesuaian dengan kemampuan Kerajaan Pusat.

Kerajaan Negeri buat apa ye?.

Anak Lenggong said...

kerajaan negeri cuma tau buat ceramah maki hamun di seluruh negara setiap masa dengan menyatakan bahawa kerajaan pusat tidak memberi bantuan kepada kerajaan negeri..sepatutnya ceramah politik hanya dilakukan diwaktu pilihanraya sahaja..sebaik sahaja habis musim pilihanraya sepatutnya kerajaan negeri memberi tumpuan menjana ekonomi rakyat..

WARIS PAHANG said...

Betul tu Anak Lenggong, Minggu depan PAS buat roadshow ke seluruh Pahang berhubung kemenangan PRK Manek Urai.

Tak tahulah PAS ni, asyik2 ceramah,ceramah, ceramah.........

Apa boleh buat, bagi Pakatan Pembangkang : "Ceramah Didahulukan Tabung Diutamakan".

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP