KUALA LUMPUR 19 Julai – UMNO mengkaji kemungkinan menghantar petisyen pilihan raya bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan, yang dimenangi oleh Pas dengan majoriti kecil 65 undi.
Ketua Penerangannya, Ahmad Maslan berkata, parti itu kini sedang memperhalusi langkah tersebut bersama Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohamed Hafarizam Harun.
‘‘Saya tidak menolak kemungkinan itu (petisyen), tetapi perkara ini akan diputuskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
‘‘Saya tidak mahu mendahului pemimpin tertinggi UMNO, tetapi Barisan Nasional (BN) masih mempunyai waktu untuk berbuat demikian dan kita sedang memperhalusi perkara tersebut,’’ katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Memperkasakan Perpaduan Melalui Penerangan di sini hari ini.
Ahmad diminta mengulas dakwaan wujudnya sedikit keraguan terhadap keputusan pilihan raya di Manek Urai apabila beberapa pihak mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tersilap mengumumkan keputusan undi bagi kawasan Manek Urai Lama.
Desas-desus wujud keraguan keputusan pengiraan di peti undi Manek Urai Lama timbul apabila BN sepatutnya dikatakan menang dengan majoriti 289 undi, tetapi hanya diumumkan 189 undi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Perkara itu disahkan oleh bekas Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Wan Zaid Wan Abdullah baru-baru ini.
Keputusan itu dikatakan memberi kesan yang besar sehingga menyebabkan BN kalah pada pilihan raya kecil Selasa lalu, sedangkan jika mengambil kira undi 289 di Manek Urai Lama dan undi pos, BN menang kira-kira 42 undi.
(Sumber : Utusan Malaysia, Baca Lagi)
(Kata Waris Pahang :
- Nampaknya BN masih ada harapan untuk menang PRK Manik Urai, ingatkan Manik sudah kemas diurai oleh PAS di Manik Urai.
-Jika sekiranya kemenangan memihak kepada BN pula, apakah PAS akan redha dengan keputusan ini?. Jika redha maka mereka percaya kepada Qadha' Dan Qadar.
-Apakah akan berlaku satu episod bantahan demontrasi lagi?. Adakah orang PAS akan baring di atas jalan raya memegang bendera palestine bagi menghalang kenderaan raja sebagaimana yang berlaku di Perak.
-PAS mesti mencontohi BN yang redha dengan keputusan PRK Manik Urai baru-baru ini. Tidak ada demontrasi jalanan diadakan bagi membantah keputusan tersebut walaupun kalah tipis sahaja.
-Demontrasi jalanan boleh mengancam keselamatan negara dan awam. Jika PAS mengadakan juga demontrasi tersebut bermakna PAS berfikiran pendek.
-Kita tunggulah bagaimana perkembangannya nanti).
2 comments:
Pas cuma senyum kambing...nanti Raya haji nanti kita korbankan dia...buat kenduri untuk Pengundi Manik Urai.
Salam,
Pagi tadi sahabat dari Gua Musang ada call beritahu BN menang di Manek Urai. Tapi pihak SPR umumkan jumlah undi yang salah.....
Sahabat ini juga ada cerita, dia kesal dengan Jbtn Penerangan yang bertugas banyak menggunakan pegawai-pegawai JASA Kelantan, tetapi JASA tidak diberi peranan oleh Kementerian Penerangan....
Dia pelik, JASA adalah khusus untuk tugas-tugas politik, tapi mengapa diketepikan peranannya....
Post a Comment