Thursday, July 30, 2009

Nik Aziz : Ada Auta Disebalik Serban

Nik Aziz ketika menjelaskan secara mendalam maksud 'salam' yang dihulurkannya Sabtu lalu, berkata, ia hanya melibatkan Kerajaan Kelantan dan Kerajaan Pusat.

''Salam ini bukan di antara UMNO dengan Pas tetapi antara Kerajaan Kelantan dan Pusat, tak timbul masalah UMNO ini, pergi jahanamlah UMNO,'' kata Nik Abdul Aziz.

Nik Aziz tidak ikhlas jalin kerjasama

KOTA BHARU 28 Julai - UMNO Kelantan menyifatkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak ikhlas untuk menjalinkan kerjasama dengan Kerajaan Pusat yang ditunjangi parti itu sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata yang tidak manis.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, ia jelas kerana Nik Abdul Aziz hanya mahu mendapatkan wang hasil daripada kerjasama yang dijalinkan dan bukannya atas prinsip perpaduan dan kepentingan umat Islam.

Beliau berkata, perkataan 'jahanam' yang digunakan oleh Nik Abdul Aziz tidak mencerminkan sifatnya sebagai seorang alim ulama dan ia seolah-olah sengaja disebut kerana ingin menjatuhkan maruah saudara seagama.

''Nampak macam tak ada keikhlasan, hendak berbaik kerana nak duit dan projek saja... tetapi parti soal lain, tak tahukah Perdana Menteri Kerajaan Pusat itu juga adalah Presiden UMNO, hendak berbaik dengan Pusat tetapi kata pergi jahanam UMNO, ini satu cela terhadap parti.

''Tidak munasabah langsung kata-kata ini datang daripada seorang tok guru... mulutnya bagi saya agak dahsyat. Kalau tidak puas hati dan tak suka pun takkanlah sampai kata pergi jahanam.... kita orang Melayu, orang Islam ada maruah,'' katanya. (Sumber : Utusan Malaysia)
(Kata Waris Pahang :
-Pemimpin PAS hairan melihat Nik Aziz yang tiba-tiba bercakap tentang 'perpaduan'. Sedangkan dulu jelas kemarahannya sampai kemuncak sehingga meminta Nasharuddin keluar parti dan sertai UMNO.

-Keikhlasan Nik Aziz boleh dipertikai bahawa sebenarnya beliau mahu berbaik dengan Kerajaan Pusat adalah untuk mendapatkan dana membangunkan Kelantan. 'Ada auta di sebalik serban'.

-Elok kita HENTIKAN serta-merta cerita tentang kesediaan Nik Aziz mahu jalin perpaduan.
-Berwaspadalah, selepas PAS menang tipis di Manek Urai maka baru itulah hendak berbaik dengan UMNO pula.
-Ini strategi politik beliau untuk meraih simpati rakyat bagi menghadapi PRU 13 nanti.
-Kita cukup hairan kerana setelah sekian lama UMNO menghulur tangan tapi tidak disambut oleh Pas kerana kononnya tangan UMNO berlumuran najis, tiba-tiba Pas mahu bersalam.
-Jangan lupa PAS kini dikuasai oleh Nik Aziz semata-mata 'ala diktator' dan segala cakap dan arahannya mesti dipatuhi dan ditaati?. Jelas sekali Presiden PAS hanya boneka.

-Kini penghormatan orang ramai terhadap Nik Aziz yang bergelar Tok Guru atau ulama amat rendah sekali dan bakal hilang begitu sahaja.
-"Beringatlah wahai insan yang bergelar Tok Guru...janganlah sampai kebencian terhadap sesuatu kaum/kumpulan itu menyebabkan Tok Guru menggadaikan prinsip ukhuwah dan mahabbah sesama Islam dan menutup pintu dakwah kepada hamba-hamba Allah yang memerlukannya".

-Ketaksuban ahli dan pemimpin PAS terhadap Nik Aziz juga bakal berakhir kerana beliau tunduk kepada DAP dan Anwar).

No comments:

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP