Friday, July 3, 2009

Manik Urai : Sesemak Babi Selemak Babi

Chef Teressa Sedang Ajar Masakan Daging Panggang 'sesuatu'?.
Siapa Berminat Bolehlah Minta Resepi Dengannya.
Apakah Lima Ekor 'Sesuatu' Ini Bermaksud
Lima Negeri Yang Dimenangi Pakatan Rakyat?.

DAP Kedah memutuskan untuk keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star.

Sebelum itu, pada jam 3.30 petang petugas Majlis Bandaraya Alor Star menjalankan operasi merobohkan pusat penyembelihan tersebut.

Berikutan itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su dan penyokongnya cuba menghalang operasi tersebut tetapi tidak berjaya.

DAP negeri kemudiannya mengadakan satu mesyuarat tergempar untuk membincangkan insiden tersebut.Dan pada kira-kira jam 5 petang tadi, Thomas mengumumkan keputusan dan DAP Kedah/Perlis untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

Sementara itu, difahamkan ibupejabat DAP di ibungara akan mengadakan mesyaurat tergempar esok untuk membincangkan perkara tersebut.Baca berita penuh. Sumber : Malaysiakini.

(Kata Waris Pahang :

-Kecoh satu Malaysia apabila kisah babi timbul kembali ketika kita berhadapan dengan serangan penyakit selsema babi.

-Satu pihak anggap pusat penyembelihan babi adalah semak dan satu pihak lagi anggap babi adalah lemak. Maka bergaduhlah mereka macam laki bini sehingga mahu bercerai.

-Kini kisah babi mula meniti di bibir pengundi Manik Urai. Maka pucat lesi pemimpin pakatan rakyat untuk menjawab isu ini yang sudah terlepas di Manik Urai.

-Ada kewajarannya MB Kedah bertegas tentang isu tidak benar Chin Peng pulang ke Malaysia dan isu tentang babi ini.

-Babi adalah haiwan yang paling kotor kerana memakan apa sahaja termasuk najisnya. Kita sengaja buat lupa bahawa babi pembawa Virus JE dan selsema babi.

-Babi juga mempunyai cacing yang tidak boleh dihapuskan malahan disahkan oleh saintis dan termaktub dalam Al Quran.

-Barangkali slogan 'babi didahulukan dan tanah digadaikan' hanya menjadi slogan kepada mereka yang boneka DAP sahaja.
-Semoga pengundi Manik Urai tidak lupa dengan deretan kisah babi semenjak pakatan rakyat memerintah beberapa negeri).

4 comments:

SaKa AdiWangsa said...

Maybe ni gimik untuk PAS meraih sokongan orang Melayu yang main pudar pada parti mereka di Manek Urai, pAS pun dah pandai beropera Cina sejak Nizar tau kuntau!

poyosede said...

ha...ha masalah babi lagi. Kalau dulu JE la ni selsema babi opsss..H1N1.@ selsema khinzir. Ape kate PAS ye..kaum kerabatnye makan babi orang lain pula yang dapat penyakit..basmi babi..keh..keh

Anonymous said...

Setuju dengan Saka Adiwangsa! Tak perlu diberi perhatian kerana ini skrip sensasi untuk drama PAS tarik undi di Manek Urai. Dia telah banyak tersasar hingga orang melayu cop dia sudah tunduk pada DAP! Helah di Kedah ini tak datangkan apa2 sebab DAP Pusat dan Ketua Umum selaku Bapak Ayam akan mainkan watak "hero" untuk "selesaikan" sengketa yang dibuat2 dikalangan "anak-anak ayam" nya.

Panglima Perang Cyber said...

syabas kepada Pas Kedah yang berani mengambil langkah tegas tersebut. jika kali ini Pas berlembut maka Pas perlu menunjukkan kelakiannya dengan menggertak Pkr dan Dap agar jangan menyangkal tindakan mereka.Jika tidak kita akan melihat perbuatan merobohkan pusat penyembelihan hanyalah sekadar gimikk bukan perjuangan.

Rakyat perlu mengajar Pas dengan mengelakkan dari mengundi parti yang sudah dipengaruhi oleh Pkr Dap sekarang ini.

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP