Sunday, August 30, 2009

Merdeka : Tentang Pengkhianat Selamatkan Negara

Perpaduan 1Malaysia
TANGGAL 31 Ogos 2009 nanti, genaplah selama 52 tahun Malaysia mengecap kemerdekaan.
Sejarah pembinaan sebuah negara Malaysia yang aman dan makmur yang kita nikmati hari ini telah meniti ranjau dan duri yang sangat hebat.

Biarpun lakaran sejarah itu telah mencatat bahawa kemerdekaan yang kita peroleh daripada penjajah Barat bukan bermandikan darah atau dengan mengangkat senjata, tetapi implikasi serta halangannya sangat besar.

Kita telah berperang dan berjuang dalam usaha membentuk kesepakatan dan perpaduan antara kaum.

Perjuangan ini sangat sukar kerana rakyat kita masih belum sebati acuannya ketika itu sehinggakan rasa kurang percaya masih bertapak di dalam diri.

Pengaruh komunis dan dakyah penjajah yang ditinggalkan, kemudian dimarakkan lagi dengan isu perkauman begitu sukar dileraikan dalam diri rakyat yang akhirnya mencetuskan detik hitam 13 Mei 1969.

Namun begitu, titik hitam itu semakin hari semakin terpadam kerana rakyat negara ini semakin bertamadun dan sofistikated. Tahu menilai baik buruk dan implikasi yang akan ditanggung jika mengabaikan dasar ini.

Asas-asas perpaduan demi menjaga kepentingan negara dan rakyat sebenarnya telah pun diusahakan dan dijayakan oleh Tunku Abdul Rahman yang memimpin barisan perpaduan ketika itu.

Usaha-usaha itu diteruskan pula oleh Perdana Menteri atau pemimpin-pemimpin seterusnya hingga ke hari ini di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jika dahulu kita disajikan dengan konsep perpaduan kaum atau integrasi nasional, tetapi hari ini “Satu Malaysia” adalah pengukuhan kepada dasar-dasar yang relevan yang dibentuk dan diamalkan selama 52 tahun itu.

Pengalaman menikmati kemerdekaan sehingga hari ini yang diasaskan berpandukan prinsip perbincangan atau musyawarah yang dipupuk bersama nilai kesefahaman dan kesepaduan antara kaum atau ras negara ini yang berbeza budaya, agama dan asal usul sedikit demi sedikit mula memperlihatkan hasilnya.

Prinsip toleransi dan perpaduan merupakan acuan yang terbaik sehingga negara ini telah diiktiraf sebagai “role model” kepada negara-negara membangun seluruh dunia.

Pemupukan perpaduan kaum akan terus menjadi agenda dalam pembangunan negara dan matlamat terakhir kerana masyarakat yang bersatu padu penting untuk memantapkan lagi kestabilan negara dari aspek sosio-politik di samping mengekalkan pembangunan ekonomi.

Dasar-dasar pembangunan yang dirangka oleh kerajaan telah menetapkan satu paradigma ke arah membolehkan negara mencapai taraf sebuah negara maju.

Sebagaimana terkandung dalam Wawasan 2020 daripada semua sudut keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kemajuan sains dan teknologi, kecekapan pentadbiran kerajaan dan kecemerlangan ekonomi.

Rakyat Malaysia pada hari ini seharusnya membuang jauh-jauh perasaan prasangka sebaliknya menganggap bahawa diri mereka adalah bangsa Malaysia.

Sudah tiba masanya rakyat menunjukkan komitmen dan semangat “Satu Malaysia” dengan memberi tumpuan terhadap tugas serta tanggungjawab dengan penuh iltizam, keazaman, keyakinan dan bertekad demi kepentingan pembangunan dan kemajuan negara. (Sumber : Utusan Malaysia)
(Kata Waris Pahang :
-1Malaysia adalah tema bagi Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 52. Kita tengoklah nanti bagaimana reaksi pembangkang dan apakah erti Kemerdekaan dari pandangan pembangkang.
-Mereka bukan mahu menyatu padukan rakyat sebaliknya mahu pecahkan perpaduan rakyat mengikut dasar penjajah "Pecah Dan Perintah".
-Perpaduan dalam pakatan pembangkang sememangnya diakui goyah kerana mereka berlainan ideologi, matlamat, perjuangan dan penuh dengan buruk sangka.
- Parti PAS, PKR dan DAP kadang-kadang menjadi parti 'melukut di tepi gantang' seperti PAS di Pulau Pinang dan DAP di Kedah.
-Mereka sedaya upaya berebut dan berlumba-lumba menambah keahlian kerana dikhuatiri parti pakatan yang lain akan kuat. Sebab itu PAS dengan 'muka hidung tak mancung pipi tersorong-sorong' menubuhkan kelab penyokong PAS. Barangkali suatu hari nanti orang bukan Islam boleh menjadi ahli PAS.
-Paling menggerunkan orang Melayu, PAS dan PKR telah bergabung dalam Pakatan Rakyat bersama DAP yang dikenali sebagai pencetus peristiwa 13 May 1969.
-DAP juga menanamkan semangat kesamarataan antara penduduk Malaysia tanpa ada status bumiputra, sebenarnya ia merupakan salah satu ideologi kominisme yang telah diserapkan ke dalam parti tersebut.
-DAP juga dengan sikap biadap dan kurang ajar telah berani mempertikaikan Islam sebagai agama rasmi di negara ini.
-Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 52, timbul persoalan dalam diri kita, adakah kaum bumiputra atau penganut Islam sedar akan keadaan ini?.
-Pakatan Pembangkang hanya mementingkan parti, mahukan kuasa dan merealisasi cita-cita peribadi Anwar mahu menjadi PM.
-Lantaran itu mereka sanggup menjadi pengkhianat kepada agama, bangsa dan negara sebagai pertaruhan dan berkemungkinan untuk menjajah dalam bentuk baru.
-Selamatkan Malaysia demi masa depan anak cucu cicit kita, "Merdeka, Merdeka, Merdeka").

Saturday, August 29, 2009

'Sensasi' Atas Kesedihan Orang


Budaya Khabar Angin
Di Dalam Kotak Pembangkang

Keistimewaan Ismail sebagai pakar ekonomi

YB Senator Prof Datuk Dr. Ismail Md. Salleh meninggal dunia semalam. Penulis sempat bercakap di telefon dengan Dr. Wan Ali Wan Mamat bekas Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia yang juga jiran Allahyarham tentang kematian mengejut beliau.

Menurut Wan Ali, arwah menghembuskan nafas terakhirnya di bahu isterinya ketika dalam penerbangan pulang dari China ke Singapura pagi semalam. Beliau meninggal pada usia 62 tahun.

Allahyarham Ismail telah meninggalkan pelbagai rekod yang sungguh cemerlang sepanjang kerjayanya sebagai seorang ahli akademik dan pakar ekonomi.

Jawatan terakhir beliau adalah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Twintech Holdings dan menjadi Naib Canselor, Twintech International University College dan Pengerusi PPP Resource & Advisory Centre.

Ismail anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan graduan sarjana muda sains dalam bidang ekonomi dan sains politik daripada State University of New York pada 1973.

Beliau kemudian menerima ijazah sarjana sains (ekonomi) pada 1974 dan Ijazah kedoktoran pada 1977 kedua-duanya daripada University of Illinois.

Kerjayanya sebagai ahli akademik bermula di Jabatan Analisa Ekonomi dan Dasar Awam, Fakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia pada Jun 1977 sebelum mengetuai jabatan tersebut pada 1981 selama tiga tahun. (Sumber :Utusan Malaysia).

(Kata Waris Pahang :

-Salam takziah untuk keluarga Senator Profesor Dr Ismail Salleh. Sama-samalah kita sedekahkan Alfatihah.

-Ketika orang ramai bersedih atas pemergian beliau ada pihak yang ambil kesempatan untuk mensensasikannya bertujuan untuk mendapat 'publisiti murahan'.

-Hendak meluat Waris Pahang dengar khabar angin yang mengatakan Ustaz Dato' Ismail Kamus meninggal dunia.

-Ini bukan kali pertama khabar angin tersebut disebarkan sebaliknya ianya pernah disebarkan pada suatu masa dulu yang mengatakan Ustaz Dato’ Ismail Kamus meninggal dunia di hadapan kaabah.

-Lain kali pembangkang siasatlah dulu samada berita yang disebarkan melalui SMS betul atau sebaliknya.

-Begitulah juga perkara-perkara lain, jangan ambil kesempatan untuk kepentingan politik dan parti).

Friday, August 28, 2009

PAS : OTAK KOTOR PERANGAI KOTOR

Perangai PAS sama kotor dengan Along.
Mereka seolah-olah berlumba menampal di mana sahaja.

PAS sanggup buat kotor demi kepentingan parti dan
Along sanggup buat kotor demi menipu orang ramai.

Perbuatan mereka sama sahaja dengan monyet
yang tidak berakal kerana membuat kotor.

Masalahnya manusia yang ada akal (ahli PAS)
tidak menggunakan akal dengan baik.

(Kata Waris Pahang :

- Poster yang ditampal di merata tempat di sekitar bandar Kuantan telah mencemarkan Bandar Kuantan yang bersih.

-PAS sungguh tidak bertanggungjawab kerana menampal poster sesuka hati sahaja kemudian membiarkan poster yang sudah lama ditampal terkulai jatuh.

-Agensi kerajaan/swasta seperti MPK, Alam Flora, JKR, TNB dan lain-lain wajar menyaman pihak yang sesuka hati menampal apa-apa sahaja bentuk kertas tanpa kebenaran dan menyebabkan kekotoran serta menyakitkan mata memandang.

-Hayatilah slogan MPK "Terima Kasih Kerana Anda Sukakan Bandar Kita Bersih" dan "Jangan Buang Sampah Merata-Rata".

-Pembaca blog ini yang tidak berpuashati bolehlah buat aduan kepada MPK, Alam Flora, JKR , TNB dan lain-lain.

-Tindakan kotor PAS ini membuktikan mereka menafikan "Kebersihan Itu Sebahagian Daripada Iman").

Thursday, August 27, 2009

N11 Permatang Pasir : Sokong PAS Samalah Sokong............


Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir telah berakhir dan keputusannya jumlah undi PAS turun walaupun memenangi dengan majoriti 4,551 undi. PAS berjaya memperolehi 9,618 undi manakala BN pula meraih 5,067 undi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke 12, PAS memperolehi 11,004 undi mengatasi BN yang mendapat 5,571 undi. Majoriti pada ketika itu ialah 5,433 undi.

Jika ditolak jumlah majoriti yang diperolehi PAS pada PRK Permatang Pasir iaitu 5,443 undi dengan majoriti yang diperolehi PAS semasa PRU 12 iaitu 4,551 undi, bermakna terdapat turun penurunan sebanyak 882 undi.

Manakala jumlah undi PAS terdapat penurunan sebanyak 1,386 undi jika dibandingkan keputusan PRU 12 mendapat 11,004 undi dan hanya 9,618 undi pada PRK Permatang Pasir.

BN pula mendapat 5,571 undi pada PRU 12 dan 5,067 undi pada PRK Permatang Pasir bermakna penurunan sebanyak 504 undi.

(Kata Waris Pahang :

-Semoga UMNO/BN dan para blogger tidak putus asa dan teruskan perjuangan demi agama, bangsa dan negara.

-Kita tidak mengharapkan pembangkang untuk mempertahan dan memartabatkan agama, bangsa dan negara.

-Ucapan tahniah juga diucapkan kepada petugas BN dan para blogger bagi Pilihan Raya Permatang Pasir kerana TELAH BERJAYA MENGURANGKAN PENGUASAAN PAS DI KAWASAN KUBU KUAT MEREKA.

-Kejayaan ini adalah sesuatu yang amat membangggakan dan jangan lupa perjuangan belum selesai.

-Tahniah juga kepada BN yang berkempen dengan baik berbanding dengan pembangkang yang berkempen penuh dengan fitnah dan tohmahan.

-Sebagai tanda kemenangan PAS, terimalah anak patung BABI (bukan Barbie). Mereka yang berminat bolehlah ambil di pasaraya jika terjumpa dan jangan lupa bayar sendiri sebelum keluar. Sokong PAS samalah sokong ....................).

Wednesday, August 26, 2009

UNDI PASIR DI PERMATANG PASIR

Faktor-Faktor Kekalahan PAS Di Permatang Pasir :

1.Calon PAS Ustaz Salleh Man telah 6 kali bertanding dalam pilihan raya. Beliau umpama barangan 'recycle'.

2. Salleh Man mempunyai watak seorang yang tamak dan gila kuasa atau masuk bakul dan angkat sendiri.

3. Salleh Man bukan anak tempatan Permatang Pasir berbanding dengan calon BN yang sememangnya diakui anak tempatan. Penduduk Permatang Pasir mahukan wakil rakyat daripada anak tempatan.
4. Kenyataan Nik Aziz, penyokong UMNO tidak dapat masuk syurga telah mengecewakan pengundi Permatang Pasir kerana kedapatan ayah, ibu, adik, abang, kakak dan saudara mara orang PAS yang menyokong UMNO.

5. Salleh Man adalah pilihan dari pimpinan atas tetapi bukan pilihan dari bawah iaitu penduduk Permatang Pasir sendiri.

6. Kecaman dan fitnah terhadap calon BN, Rohaizat telah menimbulkan rasa simpati pengundi kepada Rohaizat.

7. Penduduk Permatang Pasir juga simpati kepada keluarga Rohaizat yang malu di atas kebiadaban PAS memburukkan calon BN.

8. Penduduk mahu lihat BN membuktikan janji untuk menjadikan Permatang Pasir sebagai 'Anak Emas'.

9. Calon PAS, Salleh Man tidak menjanjikan apa-apa pembangunan di Permatang Pasir sebaliknya hanya mahu menjadi Yang Behormat sahaja.

10. Ceramah-ceramah pembangkang tidak mendapat sambutan kerana rakyat sudah bosan dengan ceramah sindir dan maki hamun.

11. Mahfuz selaku pengarah pilihanraya kecil permatang pasir begitu agresif menghentam peribadi calon BN mulai hari penamaan calon lagi menyebabkan orang menyampah kepada PAS.

12. Pembangkang bertindak liar macam 'babi hutan melanyak kebun' dengan memotong banner 'anak emas', poster di potong dan dibuang. Pengundi kecewa dengan sikap kurang ajar PAS yang tidak profesional.

13. Pusat hiburan dan penjualan arak secara terbuka berleluasa di dalam DUN Permatang Pasir.

14. Orang Mat Sapu memberi undi kepada calon BN kerana mereka kecewa Mat Sapu tidak dicalonkan.

15. Kaum Cina beralih arah menyokong BN kerana mereka mahukan pembangunan dan bukan cakap-cakap kosong sahaja seperti yang diamalkan PAS.

16. Orang PAS kecewa kerana PAS telah tersasar dari perjuangan asalnya setelah bekerjasama dengan DAP.

17. Pengundi meragui Anwar kerana beliau sedaya upaya ingin menggugurkan kes liwatnya, ramai orang kata "Berani Kerana Benar Takut Kerana Salah".

18. Penduduk kecewa kerana tiada pembangunan yang dibawa oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh semenjak menang pilihan raya kecil.

19. Pengundi kecewa dengan sikap angkuh dan bongkaknya Mafzuh selaku Pengarah Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir mendakwa beliau tahu berapa undi yang PAS akan perolehi dan berapa jumlah pengundi akan keluar.

20. Pengundi muda 'nampak pasir' teringat samaada PAS atau BN yang lebih layak. Ternyata bagi mereka BN lebih layak kerana PAS tidak menjanjikan apa-apa berbanding BN.

Tuesday, August 25, 2009

N11 PRK Permatang Pasir : Peringatan Terakhir Sebelum Mengundi


KENYATAAN AKHBAR KEDUA YUSRI ISAHAK – 23 OGOS 2009

Tujuan saya untuk bertemu pihak media adalah untuk menjelaskan beberapa kekeruhan yang timbul akibat penampilan saya minggu lalu. Saya mendapat banyak reaksi dan spekulasi daripada pelbagai pihak.

Jadi saya tampil untuk menjelaskan bahawa kenyataan akhbar tersebut diadakan dengan iniasiatif saya sendiri dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan ianya dibuat untuk membersihkan nama baik saya dan keluarga. Untuk itu, saya mempertahankan segala kenyataan yang saya buat sebelum ini.

Di pihak saya, saya menganggap kes ini sudah pun selesai. Namun apa yang saya perhatikan, sejak 20 Ogos yang lalu, pelbagai tohmahan telah dilontarkan yang mana menyimpang daripada tujuan asal saya membuat kenyataan akhbar. Keadaan ini membuatkan saya terpanggil untuk membuat sidang akhbar ini kerana saya merasa sedih melihat serangan-serangan peribadi yang dilakukan terhadap Rohaizat.

Secara tidak langsung saya merasa dibabitkan sama di dalam usaha-usaha memburuk-burukkan Rohaizat. Tetapi apabila keadaan semakin buruk dan Rohaizat dikeji sedemikian rupa, saya merasa menjadi tanggungjawab saya untuk menjelaskan kedudukan saya selanjutnya dan juga menyampaikan apa yang saya rasa.

Saya tidak boleh berdiam diri apabila melihat kenyataan saya tempoh hari digunakan tanpa henti terhadap Rohaizat, seorang manusia yang saya kenal secara peribadi adalah seorang yang baik hati.

Saya juga sedar walaupun dia telah melakukan kesilapan, dia telah membetulkannya dan pihak Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang juga telah menarik balik tuntutan mereka terhadapnya. Saya tidak berniat untuk menganiaya atau menyokong sesiapa. Apa yang telah terjadi harus dijadikan tauladan, bukan hukuman.

Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, Rohaizat adalah kawan saya, saya tahu hati budinya dan dia anak jati Permatang Pasir. Dia sendiri telah lama menabur bakti di sini. Jika orang seperti Rohaizat dibiarkan dikeji dan dirosakkan nama baiknya semata-mata untuk kepentingan politik, akan hancurlah hidup seorang lagi manusia yang boleh membawa perubahan yang baik kepada masyarakat setempat.

Semasa saya tampil ke hadapan tempoh hari ialah kerana saya merasa marah dan kecewa kerana saya dijadikan kambing hitam di dalam kes yang membabitkan Koperasi itu. Kerana itu kenyataan terbuka dibuat semata-mata untuk mempertahankan diri saya dan menjelaskan apa yang telah berlaku. Malangnya, usaha saya untuk menjelaskan kedudukan saya di dalam kes itu telah digunakan untuk menghentam dan memburuk-burukkan Rohaizat habis-habisan.

Saya yakin akan timbul tuduhan bahawa saya mendapat ganjaran dan habuan untuk tampil membuat kedua- dua kenyataan akhbar ini. Sebanyak mana wang dan harta dunia sekalipun tidak akan dapat membeli saya untuk menggadai bangsa, agama dan negara saya.

Sebagai seorang Islam dan warganegara yang bertanggungjawab, saya cuma ingin menyatakan apa yang berlaku, tanpa takut atau mengharapkan balasan ataupun dieksploitasikan oleh mana-mana pihak.

Saya percaya rakyat mengharapkan budaya politik yang sihat dan mencerminkan kematangan bangsa yang telah merdeka selama 52 tahun. Pembangunan dan kestabilan negara yang telah dicapai selama ini tidak harus dilupakan begitu sahaja.

Tujuan kenyataan akhbar saya ini bukanlah untuk mendapat publisiti atau untuk mana-mana pihak mengeksploitasi apa yang terjadi. Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyeru semua pihak agar sama-sama bermuhasabah diri dan menghindarkan sengketa sesama kita.

Janganlah kita keji-mengeji, hina-menghina, fitnah - memfitnah sesama Islam kerana ia akan mendatangkan perpecahan yang boleh mengancam kepentingan kita bersama.

Percayalah, di dalam bulan Ramadan yang mulia ini apa yang saya lakukan adalah kerana desakan hati nurani saya.Sekian terima kasih.Yusri Ishak.

(Kata Waris Pahang :

-Terima Kasih pembangkang kerana kecaman yang anda lakukan telah menimbulkan rasa simpati pengundi kepada Rohaizat.

-Permatang Pasir bakal menjadi 'Anak Emas', pengundi mestilah merealisasikannya. Biarlah apa orang kata yang penting masa depan penduduk Permatang Pasir terbela.

-Calon PAS, Salleh Man masih lagi didesak oleh pengundi supaya mengumumkan apakah pembangunan yang akan dibawa di Permatang Pasir. Jika setakat hanya menjanjikan pentas ceramah dan caci maki maka eloklah pengundi beri kemenangan kepada BN sahaja).

Monday, August 24, 2009

N11 PRK Permatang Pasir : Pakat Keluar Pembangkang Belaka

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Seramai 200 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Padang Serai termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh (gambar) hari ini mengumumkan keluar daripada parti itu.

Mohd. Radzhi yang kini menjadi wakil rakyat Bebas serta ahli parti lain mengisytiharkan berbuat demikian setelah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan selain menganggap perjuangan PKR kini tidak lagi seiring dengan matlamat asal penubuhannya. (Sumber : Utusan Malaysia).
(Kata Waris Pahang :
-Hanya tinggal beberapa hari lagi PRK Permatang Pasir akan berlangsung, semakin hangat dan meletup-letup pula di saat-saat akhir ini.
-Tindakan ADUN kawasan Lunas, Kedah, Mohd. Radzhi Salleh mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan melepaskan semua jawatan dalam parti serta mengisytiharkan dirinya menjadi wakil rakyat Bebas perlu dicontohi dan diikuti oleh wakil rakyat lain. Moh ler kita keluar ramai-ramai.
-Beliau bertindak demikian selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti tersebut.
“PKR sudah lari dari perjuangan dan telah lama bersabar dengan karenah PKR…hari ini saya merasa lapang dada dan ringan kepala setelah umum keluar PKR. Beban ini telah terpendam lama dalam diri saya. Mereka sudah tidak peduli kepada perjuangan asal PKR” sambil menjelaskan beliau menjadi ahli PKR sejak tahun 1999.
-Kita semua dapat lihat dengan jelas bahawa 2 parti Melayu (PKR dan PAS) hanya jadi boneka kepada DAP sahaja.

-Akhirnya tembelang Anwar pecah dan semua rakyat Malaysia termasuk pengundi Permatang Pasir ditipu bulat-bulat.
-Anwar lah yang sebenarnya mengarahkan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan membuat kekecohan ketika proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Isnin lalu. Abang Polis jangan lupa saman sama dia.
-Gobalakrishnan, you memang hero Tamil yang bodoh sekali kerana menjadi kuli kepada Anwar. Bagi sini alamat, aku nak kirim oscar sebagai 'pelakon penipu terbaik'.
-Ramai pengundi pilihan raya umum yang lalu kecewa dengan tindakan pembangkang kerana menipu dengan janji-janji pilihan raya.
-Pengundi Permatang Pasir kalau mengundi pembangkang beerti dapatlah 'tipu free' sahaja kerana pembangkang tidak menjanjikan pembangunan).

Saturday, August 22, 2009

N.11 PRK Permatang Pasir : Salleh Man Mesti Jawab

1. calon pas mohd salleh man di saman standart charted kerana tidak membayar hutang. dokumen ini boleh diperolehi melalui bank negara atau kementerian kewangan.semakan boleh dibuat atas nama MOHD SALLEH MAN .KPT 540216 07 5667 ( 4565683)
SAMAN LAGI!!!!!!TAK BAYAR CUKAI..BELUM KIRA TAK BAYAR SAMAN PDRM

2. maklumat ini blogger perolehi daripada sumber yang terdekat dengan bidang percukaian. apabila melakukan semakan, didapati tahun terakhir salleh man di dalam data LHDN ialah pada tahun 2005 iaitu dengan jumlah pendapatan rm 12 000 setahun dan mempunyai sebuah proton wira. salleh mengaku dia seorang peniaga.takkan seorang peniaga sampai sekarang pendapatan rm 12 000 setahun. bukankah pendapatan salleh man sebulan lebih daripada itu. salleh dikenalpasti lari daripada pendapatan perniagaan boleh cukai.
SALLEH MAN PEMBOHONG DAN LARI DARIPADA JIZYAH
SEMUA SEMAK NAMA INI : MOHD SALEH B MAN
KPT 540216 07 5667
4565683 (Sumber : Mutiara Melayu Pulau Pinang)

(Kata Waris Pahang :

-Jika PAS secara terdesak memburukkan peribadi calon BN, kita mencabar pula calon PAS, Salleh Man menjawab dua isu berkaitan beliau yang ditemui dalam blog Mutiara Melayu Pulau Pinang.
-Malam tadi pengundi Permatang Pasir terkejut dengan penemuan POSTER SALLEH MAN YG MENYERU PENGUNDI DI PERMATANG PASIR MENGUNDI BN.
- TERIMA KASIH USTAZ SALLEH, PAS DIKECEWAKAN OLEH DAP LAKNAT, BUAT APA KITA MAHU BERKAWAN DENGAN DIA).

Nik Aziz Tuhan Ala Firaun?

Minta maaf tersalah gambar

Isu masuk syurga: Transkrip kenyataan Nik Aziz

KUALA LUMPUR 20 Ogos – TV3 malam ini menyiarkan rakaman audio Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika sidang akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos lalu.
Berikut ialah transkrip rakaman audio yang disiarkan oleh Buletin Utama:

‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.

‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’

(Sumber : Utusan Malaysia)

(Kata Waris Pahang :

-Nik Aziz mengakulah kesilapan anda dan bertaubat kerana mendakwa penyokong UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam yang palsu.

-Nik Aziz ini sungguh luar biasa kerana tahu amalan umat Islam palsu atau tidak dan ikhlas atau tidak. Kita mahu tanya, siapa Nik Aziz sebenarnya, nabi atau tuhan?.

-Hanya Allah sahaja yang tahu keikhlasan umatnya, Nik Aziz ini sudah melebihi kuasa tuhan?.

-Barangkali Nik Aziz rasa dia tidak perlu bertaubat kepada tuhan kerana mengeluarkan kenyataan itu sebab beliau rasa sudah confirm masuk syurga?.

-Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Datuk Abdul Shukor Husin berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa penyokong UMNO tidak akan masuk syurga adalah menyeleweng daripada ajaran Islam.

-Kalau sudah menyeleweng maknanya sesat lah. Memang PAS patut digelar Parti Ajaran Sesat.

-Astagfirullah, ketentuan seseorang Islam memasuki syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah bukan Nik Aziz. Itupun mamat cabuk ni nak kena ajar Tok Guru ke?.

-Kenyataan Nik Aziz bukan sahaja bertentangan dengan keputusan majlis fatwa bahkan bercanggah dengan undang-undang syarak serta menjejaskan akidah.

-Inilah akibatnya kalau dicampur adukkan antara tujuan politik dengan hukum dan agama.

-Apa pandangan anda tentang pandangan orang ramai bahawa PAS : Pengkhianat Agama,
PKR : Pengkhianat Bangsa dan DAP : Pengkhianat Negara?).

Monday, August 17, 2009

Permatang Pasir : Calon PAS Angkat Bakul

Perbandingan Calon BN dan PAS

Calon BN : Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman, 38, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, 25 Ogos ini.

Pemilihan Rohaizat diumumkan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dihadapan ribuan penyokong BN di Pusat Operasi BN di Taman Bukit Merah di sini hari ini.

Turut hadir Naib Presiden UMNO yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Rohaizat menerima pendidikan awal di Sekolah Agama Al-Mashoor Pulau Pinang sebelum melanjutkan pengajian dan menerima Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sehingga tahun 1995.

Sebaik tamat pengajian, Rohaizat mula melibatkan diri dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selain aktif dalam program-program komuniti termasuk menjadi Setiausaha Kelab Sukan Komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Rohaizat juga merupakan Pengerusi Koperasi Gerakan Desa Wawasan (GDW) Mengkuang Berhad sejak tahun 2004 selain menjadi Exco Persatuan Homestay Malaysia sejak tahun 2003 dan pernah menjawat Pengarah Penerbitan Direktori Wakil Pilihan Rakyat.

Selain itu, beliau juga dilantik Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) sejak tahun 2003.

Rohaizat mula bergiat dalam politik dengan memegang jawatan Ketua Pemuda Cawangan Mengkuang Titi sejak tahun 1996 sebelum menjadi Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh dari tahun 1999 hingga 2002. (Sumber : Utusan Malaysia).

-------------------------------------------------

Calon PAS : Salleh Man, 52, merupakan graduan Universiti Malaya (UM) dan pernah bertanding dalam enam pilihan raya termasuk pilihan raya umum lalu, tetapi tewas kepada calon BN, Datuk Jasmin Mohamed dengan majoriti 535 undi bagi kerusi DUN Sungai Dua.

Pada pilihan raya umum 2004, beliau bertanding di DUN Pinang Tunggal tetapi tewas kepada calon BN Datuk Roslan Saidin dengan majoriti 6,288 undi dan turut tewas di kerusi itu pada pilihan raya umum 1999 kepada calon BN, Yahaya Hamid.

Pada pada pilihan raya umum 1995, Salleh tewas kepada calon BN, Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad dengan majoriti 12,651 undi.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong berikutan kematian penyandangnya Mohd. Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada Pas akibat sakit jantung, pada 31 Julai lepas.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Mohd. Hamdan yang menyandang kerusi itu sejak tahun 1999, memperoleh 11,004 undi menewaskan calon BN Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. (Sumber : Utusan Malaysia)

(Kata Waris Pahang :

-Pasti ramai yang terkejut kerana calon PAS Ustaz Salleh Man di pilih sebagai calon DUN Permatang Pasir sedangkan beliau telah 6 kali bertanding dalam pilihan raya.

-Beliau bukan sahaja dianggap tamak dan gila kuasa malah beliau seperti masuk bakul dan angkat sendiri.

-Hal ini membuktikan PAS ketandusan calon atau PAS sengaja memberi laluan kepadanya kerana dia Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

-Ke mana perginya Mat Sapu yang disebut-sebut tu?. Adakah dia disejuk bekukan dengan tugasnya berceramah sahaja atau beliau diberi jawatan lain di peringkat pusat?.

-Seorang lagi calon yang disebut-sebut iaitu Ustaz Mutalib tetapi kenapa beliau tidak disenaraikan.

-Adakah kerana kesibukan Ustaz Mutalib berkuliah di sekitar Permatang Pasir menyebabkan namanya disingkirkan oleh syura dan pas kawasan Permatang Pauh?.

-Atau adakah beliau tidak digemari oleh orang Cina dan India atau Lim Guan Eng tidak berkenan dengan keperibadiaannya yang Islamik menyebabkan nama beliau dibuang dari senarai nama calon?.
-Barangkali Salleh Man ini mudah di kawal oleh Lim Guan Eng kerana mereka telah saling mengenali sebelum ini.

-Namun begitu sudah ada kedengaran bahawa Salleh Man bukan anak tempatan Permatang Pasir, betulkah begitu?. Sedangkan penduduk mahukan wakil rakyat daripada anak tempatan.

-Ada orang kata Salleh Man adalah orang Anwar sebab itulah beliau terpilih maka mudahlah di cucuk hidung oleh DAP).

Sunday, August 16, 2009

Ngauman Motor Meriahkan Pekan











(Kata Waris Pahang :
-Cuti hujung minggu ini Waris Pahang pergi berjalan-jalan ke Pekan yang diberi gelaran 'Pekan Bandar Diraja'.
-Perjalanan pada hari ini tidaklah sia-sia rupanya kerana ditakdirkan dapat bertemu dengan dua orang penyanyi tanah air iaitu JSham (penyanyi zaman 60 an) dan Amin Spring.
-Apa yang menariknya JSham berkata inilah kali pertama dia diberi kesempatan menyanyi di Pekan semenjak dia bergiat dalam seni suara semenjak zaman 60 an lagi.
-Mungkin beliau tidak sempat ke Pekan agaknya kerana beliau berhenti seketika menyanyi pada tahun 1973 kerana kebangkitan artis-artis baru pada masa itu, seloroh beliau.
-Beliau kagum dengan pembangunan pesat di Bandar Pekan malahan rakyat Negeri Pahang amat bertuah kerana mereka bakal menikmati jalan 4 lorong antara Kuantan ke Pekan apabila siap kelak, kata beliau.
-Amin Spring pula beberapa kali menasihati remaja-remaja supaya tidak terlibat dengan 'merempit'.
-Merempit adalah perbuatan yang sia-sia dan menuruti hawa nafsu semata-mata. Janganlah kita buang masa dan sayangilah keluarga kita.
-Kini Pekan bukan sahaja dikenali dengan Bandar Diraja, Tempat Kelahiran Tun Razak dan Tempat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dibesarkan tetapi Pekan telah dikenali sebagai lokasi sukan antarabangsa.
-Baru-baru ini Pekan menjadi tuan rumah sukan Go Kart Antarabangsa dan pada hari ini (16/08/2009) Pekan telah dipilih sebagai lokasi sukan pemotoran 'Petronas Cub Prix' di Litar Taman Tasik Sultan Abu Bakar.
-Perlumbaan secara tertutup ini adalah perlumbaan yang sihat kerana ianya tidak mengancam nyawa dan keselamatan awam).

Saturday, August 15, 2009

Pembangkang Bantah Hina Islam?

(Klik 2x untuk besarkan gambar)
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai tokoh yang bergelar Tok Guru sepatutnya mempertahankan Islam dan bukannya membiarkan ia dihina oleh sesetengah pemimpin DAP, demikian tegas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang melahirkan rasa terkejutnya dengan sikap Nik Aziz itu juga hairan kenapa Mursyidul Am PAS itu sanggup membuat kenyataan ‘tidak kisah’ dengan penghinaan terhadap Islam oleh pemimpin DAP.

"Saya pun hairan bagaimana seorang yang dianggap sebagai tokoh agama boleh menghalalkan orang lain menghina Islam, ini macam kita jual Islam untuk politik. Saya juga takjub bagaimana Nik Aziz sebagai ketua kerajaan negeri boleh kata, tak pa lah dia tak faham. Tak kan tak faham. Kalau ada orang Islam mencerca agama Kristian kita pun marah. Kita dah lama hidup dan tak mahu mencetuskan huru-hara,'' katanya di Ayer Keroh,Melaka Rabu.

Nik Aziz dalam kenyataannya Selasa berkata, "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam” dan anggap ia tidak mengapa sebab mereka tidak faham Islam". – (Sumber : Agendadaily 13/8/2009).

Selsema Babi : Pahang Catat Korban Ketiga

KUANTAN – Seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) berusia empat tahun menjadi mangsa ketiga selesema babi atau Influenza A (H1N1) yang meninggal dunia di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan Negeri, Datuk Hoh Khai Mun berkata, kanak-kanak yang berasal dari Perkampungan Chengal Lempong Baru 2, Balok, dekat sini meninggal dunia 7 Ogos lalu setelah mengalami sesak nafas dan batuk berkahak sejak 2 Ogos lalu.

Menurutnya, mangsa dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada 6 Ogos lalu oleh Hospital Pakar Kuantan dan disahkan H1N1 pada 9 Ogos lalu. “Kanak-kanak itu meninggal dunia pada 7 Ogos lalu kira-kira jam 4.58 pagi dengan diagnosis pneumonia dan septicaemia.

Sempal diambil pada tarikh kanak-kanak itu meninggal dunia dan disahkan H1N1 hanya pada 9 Ogos lalu kira-kira jam 6 petang,” katanya melalui satu kenyataan media yang difakskan semalam.

Beliau berkata, sehingga semalam, terdapat 190 kes positif H1N1 iaitu 12 kes import dan 178 kes tempatan dengan tiga kematian.

Menurutnya, sebanyak 148 kluster yang disyaki H1N1 dilaporkan berlaku di seluruh negeri ini melibatkan 10 daerah.

Katanya, daripada jumlah itu, 66 institusi (sekolah dan institusi pengajian tinggi) disahkan H1N1 dan 52 institusi sudah pun diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dengan 14 kluster lagi sedang dipantau Pejabat Kesihatan Daerah masing-masing.

“Kuantan mencatatkan bilangan institusi positif H1N1 tertinggi iaitu 31 diikuti Rompin (9), Maran (8) Pekan (7), Raub, Temerloh, Bentong (3), Lipis, Bera (1) manakala Jerantut dan Cameron Highlands masih selamat.

“Sebanyak 15 institusi sudah pun dibuka semula dan tiada kes baru terjadi di institusi tersebut,” katanya (Sumber : Sinar Harian)

(Kata Waris Pahang :

-Takziah diucapkan ke atas keluarga arwah mangsa wabak selsema babi atau influenza A (H1N1). Marilah sama-sama kita sedekahkan Alfatihah.

-Seramai 500 orang umat Islam menunaikan sembahyang hajat serta qunut nazilah selepas sahaja sembahyang jumaat di Masjid Negeri di Kuantan.

-Mereka berdoa minta dijauhkan daripada wabak selsema babi atau influenza A (H1N1) yang kini telah menjadi ancaman serius Negeri Pahang.

-Rata-rata orang ramai, kakitangan kerajaan, swasta, peniaga dan individu disekitar Kuantan dilihat memakai topeng bagi mengelak dijangkiti wabak ini.

-Namun begitu jumlah mereka yang memakai topeng tidaklah begitu ramai mungkin kerana kesedaran tentang bahaya wabak ini kurang atau harga topeng yang agak mahal bagi pengguna.

-Orang ramai juga mesti mengambil langkah pencegahan dengan menjaga kebersihan seperti membasuh tangan dan memakai topeng terutama ketika berada di tempat terbuka.

Info Kes Terkini :
Jumlah Kematian : 51 orang
Jumlah Kes Positif : 2,253
Kedudukan Dunia : Tangga Ke 9).

Friday, August 14, 2009

Tak Faham Boleh Hina Islam?

PAS Umpama Helikopter Tidak Berkipas
Nik Aziz wajar dikenali dengan 'ulama songsang' setelah menggemparkan negara kerana tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam atas alasan parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Mungkin Nik Aziz buat kenyataan itu untuk sedapkan hati sekutu politiknya dan mementingkan politik dari mempertahankan agama? Penghinaan terhadap Islam ini telah melangkau batas politik, ini adalah soal agama.
Adakah kita mahu menyokong kenyataan sebuah laman blog yang komen-komennya mencarutkan Islam?. Laman blog itu didakwa ditulis oleh Ketua Pemuda DAP Loke Siew Fook,( beliau nafikan terlibat dalam laman blog itu).

Nik Aziz seolah-olah menyokong apa yang dilakukan DAP dan sengaja mengalih isu kepada musuh politiknya dengan menyatakan orang Islam yang menolak Islam lebih hina.

"DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," katanya.

Menurut Nik Aziz, PAS sebagai rakan DAP akan memberikan penerangan kepada para pemimpin parti sekutunya itu agar mereka lebih memahami Islam. "Kita mendekati mereka melalui forum, wacana dan perbincangan," katanya.

Tetapi forum apa,wacana apa dan perbincangan apa yang sudah dibuat hingga mereka sudah
‘lembut hati’. Sebenarnya Nik Aziz telah memberi ruang kepada para pemimpin DAP untuk terus mempertikaikan Islam kerana telah diberi lesen ‘tidak faham’ itu.

Apa yang mahu dilakukan oleh PAS untuk menegakkan Islam telah dibuktikan penolakkan nya sekarang. Karpal Singh pernah berkata 'langkah mayatnya dulu jika PAS hendak laksanakan pentabiran Islam', adakah Nik Aziz telah nyanyuk atau terlupa?.
Atas nama politik tiada siapa dikalangan orang PAS mempersoalkan tentang isu Elizabeth Wong bersekedudukan dengan teman lelakinya (PKR) beragama islam yang merakamkan gambar bogel itu?.

Atas nama politik tiada siapa dikalangan orang PAS yang menghalang tunang Teoh mahu mendaftarkan anak luar nikah yang sedang dikandungnya dengan keluarga Teoh. Jika tidak dihalang maka ramailah selepas ini yang mahu mendaftarkan anak luar nikah dengan keluarga teman lelakinya.

Jelas sekali siapa yang menghina Islam sebenarnya. PAS hanya berselindung disebalik nama 'Islam' pada partinya.

Nik Aziz memberi lesen orang lain menghina Islam dan membentuk ahli PAS mempunyai minda mentaliti kelas ketiga yang sukar diubah akibat ketaksuban kepada parti.

Thursday, August 13, 2009

H1N1 : Baca Doa Jangan Sombong

(Klik 2 Kali Untuk Besarkan)
Doa Untuk Keselamatan Dan Kesentosaan Daripada Segala Wabak Dan Penyakit
Caranya : Baca Doa Ini Sebanyak 3 Kali Di Waktu Pagi Dan Petang.
Bismillahirrahmanirrahim.
Aku berlindung kepada Allah tuhan yang maha gagah perkasa dan mempunyai kekuasaan mutlak.
Aku berpegang teguh kepada Allah tuhan yang memiliki kerajaan yang maha agung dan aku berserah diri kepada Allah tuhan yang hidup tidak akan mati.
Ya Allah wahai tuhan kami, jauhilah kami daripada wabak yang datang ini dan peliharalah kami dari segala kejahatan yang merosakkan serta selamatkanlah kami dari segala fitnah dan penyakit taun serta segala bala yang datang dengan kelembutan mu Ya Allah, tuhan yang maha halus dan maha lemah lembut. Wahai tuhan yang maha halus pengetahuannya, engkau maha berkuasa ke atas segala sesuatu.
Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabatnya. Segala puji bagi Allah tuhan pencipta alam semesta.

Wednesday, August 12, 2009

Batu Caves : Bukti Kesetiaan Kaum India

Batu Caves terima lawatan PM selepas 30 tahun

Kali terakhir Batu Caves dikunjungi Perdana Menteri ialah ketika Tun Hussein Onn kira-kira tahun lalu. Bagaimanapun pada Ahad, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meneruskan tradisi itu malah bapanya, juga pernah melawat kawasan kuil Batu Caves.

Namun, lawatan khas Najib lebih kepada membuktikan itulah hasrat dan matlamatnya apabila melancarkan konsep 1Malaysia selepas dilantik Perdana Menteri, April lalu.

Dalam ucapannya di majlis yang ada kaitan dengan konsep itu, beliau menjelaskan kehadirannya ke Batu Caves yang menempatkan kuil utama penganut agama Hindu di negara ini adalah bukti pelaksanaan 1 Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Katanya, mesej itu penting untuk dihormati satu sama lain serta percaya Konsep 1 Malaysia.

Lebih 3,000 orang sebilangan besar masyarakat keturunan Hindu menyambut kehadiran Perdana Menteri dan mereka tidak berganjak untuk mendengar ucapan Najib walaupun hujan gerimis.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan akan membantu membangunkan persekitaran Batu Caves sebagai kawasan pelancongan yang juga jadi simbol pembangunan negara.

Selain itu katanya, kerajaan tidak pernah mengabaikan masyarakat India di negara ini malah baru-baru ini memberikan RM100 juta bagi tujuan pendidikan termasuk membina sekolah Tamil di Batu Caves.

Najib turut berjanji mengunjungi Batu Caves ketika perayaan Thaipusam kelak sama seperti pernah dilakukan arwah bapanya Tun Razak dahulu.

(Kata Waris Pahang :

-Sambutan mengalakkan dan meriah yang diberikan oleh masyarakat kaum India di atas kehadiran Perdana Menteri ke Batu Caves telah menyebabkan pembangkang resah.

-Kedatangan PM tidak sama dengan kedatangan pembangkang kerana kedatangan PM ialah untuk menyatupadukan rakyat Malaysia di bawah konsep 1Malaysia.

-Manakala kedatangan pembangkang ialah menghasut rakyat dan mengajak rakyat berpecah belah melalui demontrasi jalanan.

-Kedatangan PM juga adalah 'kedatangan berisi' iaitu memaklumkan kerajaan telah membelanjakan RM100 juta untuk tujuan pendidikan dan membina sekolah Tamil. Kerajaan juga akan menaik taraf persekitaran Batu Caves sebagai kawasan pelancongan.

-Kedatangan pembangkang hanya menaburkan isu-isu sahaja dan mungkin yang lebih utama bagi mereka 'itu karung kena isi wang lah'.

-Slogan yang sesuai bagi pembangkang "Ceramah Didahulukan Tabung Diutamakan").

Tuesday, August 11, 2009

MSC : Pahang Ke Era Baru


PELANCARAN inisiatif MSC Malaysia Pahang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, membuka era baru dalam pembangunan bidang teknologi komunikasi maklumat (ICT) di Pahang.

Projek tersebut yang turut melibatkan penyediaan perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB), bakal meletakkan Kuantan, sebagai bandar pertama di negara ini yang menikmati kemudahan tersebut.

"Kita mahu rakyat Pahang hidup lebih berjaya dan bergaya. Kita mahu rakyat Pahang lebih maju dan kehidupan mereka lebih bermutu," kata Mohd. Sharkar ketika berucap pada majlis pelancaran tersebut.

Bagi Mohd. Sharkar, Pahang dan Malaysia amnya, perlu menguasai ICT dan sentiasa berada di hadapan, jika mahu terus berada setanding dengan bangsa lain di dunia.

Justeru katanya, Pahang melalui pelancaran MSC Malaysia Pahang, sudah melangkah setapak untuk mendepani kepantasan teknologi yang dinamakan ICT itu.

"Teknologi ICT ini akan dapat menghasilkan sumber ekonomi baru dan mempertingkatkan nilai tambah kepada produk-produk ekonomi negeri sedia ada," katanya.

Namun, sebagaimana diingatkan oleh Mohd. Sharkar, segala usaha yang dilakukan itu, meskipun tampak indah daripada segi perancangannya dan kemas daripada segi penyusunannya, tidak akan berjaya jika semua pihak tidak bersatu hati dan sepakat menjayakannya.

Dalam keadaan ini, jelasnya, apa yang perlu dilakukan ialah semua pihak harus berganding bahu menjayakan misi untuk memajukan rakyat dalam menguasai teknologi ICT. (Sumber : Utusan Malaysia).

(Kata Waris Pahang :

-Bertuah sungguh rakyat Pahang kerana kewujudan MSC akan memberikan keistimewaan dari segi pembangunan ICT seperti MSC Cybercenter Pahang di Kuantan, pembangunan aplikasi dan kandungan serta pembangunan latihan modal insan.

-Sudah menjadi lumrah bagi rakyat Pahang akan bertanya,“apa faedah yang rakyat akan dapat”?.

-Sesungguhnya, pada peringkat awal ini mungkin kita belum dapat lihat kesan daripada kewujudan MSC ini serupalah juga dengan pembukaan MSC Cyberjaya suatu ketika dulu.

-Beberapa tahun selepas itu pembudayaan ICT dalam kehidupan seharian rakyat semakin meningkat dan pelabur berduyun-duyun datang melabur ke negara kita.

- MSC Malaysia Pahang menjadi pelengkap kepada pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), dalam memperkasa pendekatan inovatif untuk membangunkan kawasan luar bandar, memodenkan sektor pertanian dan meningkatkan produktiviti serta nilai tambah sector-sektor terpilih seperti pembuatan dan pelancongan.

-Maka banyaklah faedah yang rakyat Pahang akan dapat dengan pembukaan MSC ini. Apa yang penting Negeri Pahang terus makmur dan rakyat Pahang bukan sekadar menguasai dan celik ICT tetapi mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang ICT).

HINA ISLAM SIASAT SEGERA

Biar sekarang…jangan nanti sudah terlambat

Cacamarba ,mengarut dan sangat membimbangkan.Itu antara komen sebilangan pembaca Agendadaily melihat hu ha antara parti pakatan pembangkang khususnya terbaru PAS dan DAP di Selangor.

Kebanyakan mereka sudah dapat membuat jangkaan bagaimana rupa bentuk gelagat masing-masing jika ditakdirkan seluruh negara ini jatuh dibawah naungan pakatan itu.

Bagi mereka biar semua orang buka mata sekarang dari sudah terlambat.Sekalipun kebelakangan ini pakatan pembangkang cuba untuk gambarkan kononnya dapat berpadu dibawah satu bumbung perbezaan antara PAS dan DAP dan sikap ‘ play safe’ PKR membuka banyak ruang kepada sengketa berlarutan.

Selain isu arak di Selangor apa yang sangat mengejutkan ramai pihak ialah isu kenyataan terlampau dan biadap Ketua Pemuda Kebangsaan DAP yang juga Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook terhadap penceramah bebas Dr Ridhuan Tee Abdullah.

Orang kanan DAP itu itu tidak mungkin berani buat kenyataan seumpama itu jika tidak kerana melihat ia dapat ‘ dapat muka’ dalam kegairahan pakatan pembangkang untuk menarik sebanyak mungkin sokongan dari apa jua isu yang ada.

Apa lagi orang orang PAS masih boleh mampu tersenyum melihat kelibat Karpal Singh sekalipun Pengerusi DAP Kebangsaan itu tidak tarik balik kenyataannya langkah mayatnya jika PAS nak laksanakan pentabiran Islam di negara ini jika berkuasa.

Semua orang tahu tentang tuntutan DAP dan keluarga Teoh Beng Hock kepada kerajaan agar beri keistimewaan iktiraf anak yang kini dalam kandongan tunangnya sebagai anak mendiang dalam surat daftar kelahiran kelak.

Persoalan besar bagaimana nanti jika ramai lagi yang minta keistimewaan seumpama itu.Contohnya teman lelaki yang terbunuh dalam kemalangan jalanraya sedangkan tunang mereka sudah ‘ ter-mengandung’.

Kematian Teoh mungkin satu tragedi yang misterinya belum terjawab.Namun peraturan tetap peraturan.

Sekalipun laman blog http://sjsandteam.wordpress.com/ yang siar kenyataan Loke sudah dimatikan tetapi kenyataan itu tetap satu kenyataan. Mereka yang cuba melayari laman blog itu mendapati ia kini bertulis “The authors have deleted this blog. The content is no longer available.”

Semua ini bermula apabila blog berkenaan menyiarkan kenyataan Loke menuntut Dr Ridhuan memohon maaf kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock.

Sebabnya, Dr Ridhuan dalam tulisannya yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia baru baru ini mempertikaikan langkah menghalalkan "anak luar nikah" yang didakwa kepunyaan mendiang Teoh Beng Hock dengan tunangnya.

Loke mengutuk tulisan Dr Ridhuan yang dianggap menghina keluarga Teoh dan membangkitkan sentimen perkauman yang melampau.

Ekoran kritikan Loke Siew itu, ada beberapa komen disiarkan oleh blog berkenaan yang salah satu daripadanya telah ‘mencarutkan Islam’.

Walaupun blog berkenaan telah ditutup dan artikel berkenaan ditarik balik, mujurlah Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin membuat salinan kenyataan Loke Siew dan komen yang ‘mencarutkan Islam’ di dalam blognya http://zul4kulim.blogspot.com/.

Berbeza dengan sikap pimpinan PKR lain yang gemar main selamat, Zulkifli ini sekalipun beliau Ahli Parlimen PKR,beliau tidak akan berselindung pendirian dalam isu melibatkan Islam. Apa agaknya nak dikata Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Datuk Zaid Ibrahim terhadap gelagat Loke ini?

Mengulas kebidapan itu, Zulkifli memuatkan komen yang ‘mencarutkan Islam’ berkenaan dalam bahasa Inggeris dan menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu.

Memang apabila membaca komen berkenaan, tiada seorang pun umat Islam yang waras boleh mengampunkan kebidapan blog yang menyiarkan komen yang dibuat oleh seorang yang menamakan dirinya Tuhan Chin mengulas kritikan DAPSY terhadap tulisan Dr. Ridhuan.

Malah tidak kurang juga yang menghubungi Agendadaily menyatakan kebiadapan DAPSY yang membuka ruang kepada komen menghina Islam. Mereka menyifatkan umat Islam tidak lagi boleh bertolak ansur dengan kebiadapan berkenaan.

Menurut mereka, jika mereka tidak berpuashati dengan tulisan Dr Ridhuan, kenapa Islam yang dicarutkan dan dimaki hamun.

Bayangkan jika ada yang ‘membabikan” kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan DAPSY itu, sudah tentu ia akan diserang dan akan dianjurkan perhimpunan mendesak tindakan tegas dan kenyataan itu ditarik balik.

Zulkifli yang mengulas perkara itu menuntut Ketua Pemuda DAP itu meminta maaf kepada Dr. Ridhuan khususnya dan umat Islam umumnya.

Beliau juga meminta polis menyiasat segera kenyataan tersebut serta pengendali web tersebut menurut peruntukan sedia ada seperti Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Ini bukanlah kali pertama mereka yang mempunyai kedudukan dalam DAP membangkitkan isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

Ketua Staff Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi baru-baru ini menyifatkan Jemaah Islam Malaysia (JIM) sebuah pertubuhan bukan kerajaan sebagai ‘ekstrimis’ dan di Selangor pula Exco Ronnie Liu campurtangan apabila Majlis Bandaraya Shah Alam merampas minuman keras daripada kedai serbaneka di kawasan kediaman penduduknya majoriti Islam.

MBSA diarahkan memulangkan semua arak yang diramapas kerana alasan yang diberikan Ronnie, bir yang dirampas tidak boleh dikategorikan sebagai minuman keras kerana kandungan akoholnya rendah.

Siapa yang memberikan kuasa kepada Ronnie Liu untuk mentafsirkan sesuatu yang telah jelas haram dalam Islam.

Malangnya Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mencerca UMNO kerana tidak Islamik hanya mengambil sikap tidak mahu campur dalam isu arak di Selangor walaupun terang-terang Ronnie Liu seperti kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mencampuri bidang kuasa orang lain.

Jika masih ada yang ingat, semasa isu seorang lagi Exco Selangor, Elizabeth Wong berbogel “Tok Guru Nik Aziz’ inilah yang membelanya sedangkan gambar itu didakwa dirakam oleh teman lelaki Elizabeth, seorang pemuda Melayu dan Islam.

Apakah Tok Guru tak kisah Elizabeth berbogel depan teman lelakinya yang dikatakan mereka berkesedudukan?

Jawapnya...faham faham sajalah demi politik semua boleh kasi londeh (Sumber : Agendadaily)

(Kata Waris Pahang :

-Tahniah kepada penulis agendadaily yang mengupas isu ini dengan menarik sekali. Ramai umat Islam di Malaysia terkejut kerana kes menghina Islam kini berlaku di negara kita sendiri.

-Kebiasaannya apabila isu penghinaan terhadap Islam dan Nabi berlaku di luar negara maka umat Islam tanpa ideologi politik bangkit memprotes tindakan yang melampau tersebut.

-Ada juga pertubuhan politik yang kononnya memperjuangkan Islam mengadakan demontrasi bantahan tersebut di hadapan masjid terutamanya selepas sembahnyang jumaat.

-Namun dalam kes Ketua Pemuda DAP menghina Islam, kenapa umat Islam sunyi sepi sedangkan kes hina Islam ini berlaku di negara kita.

-Alhamdulillah ada insan yang prihatin bernama Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengarahkan polis untuk menyiasat blog dan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin pembangkang yang 'mencarutkan' Islam dalam komen mereka.

-Menurut Najib, dalam apa-apa pun keadaan, negara mempunyai undang-undang dalam salah satunya Akta Hasutan. "Harap pihak berkuasa siasat dan jika didapati ada kesalahan yang boleh disabitkan maka tindakan perlu diambil terhadap sesiapa pun yang menyebabkan perkara yang dikaitkan dengan hasutan," katanya.

-Menurut Najib, undang-undang seperti Akta Hasutan bukan hanya ditujukan kepada Islam sahaja tetapi untuk semua agama dan juga kaum dalam negara ini. "Kalau kita menghina sesiapa dan penghinaan itu boleh menyebabkan ketegangan kaum maka tindakan boleh diambil disisi undang-undang hasutan negara kita," ujar beliau.

-Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein memberi jaminan jika siasatan mendapati pihak tertentu bertanggungjawab mencarutkan Islam, tindakan tegas tetap akan diambil.

-Tambahnya lagi "ini bukan amaran. Tindakan tegas akan diambil". Beliau juga meminta pihak polis segera menjalankan siasatan bagi mengelakkan tanggapan masyarakat bahawa penguatkuasaan tidak mampu bertindak tegas dalam isu berkenaan.

-Persoalannya apa yang PAS dan PKR buat?. Kenapa diam seribu bahasa di atas kenyataan Ketua Pemuda DAP yang menghina Islam itu.

-Adakah kerana kepentingan politik maka Islam tidak perlu dipertahankan. Eloklah kita lupakan sahaja PAS dan PKR kerana mereka masih bersekongkol dengan DAP).

Mubarak : Tun Mahathir Dedah Kebiadaban LKY

Hari Ini Dalam Sejarah , Pada 09.08.2009 Singapura dipisahkan dari Persekutuan Malaysia.

Kemasukan Singapura ke dalam Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 telah membebaskannya daripada belenggu penjajahan Inggeris.

Pemisahan Singapura daripada Malaysia adalah satu-satunya jalan keluar paling baik demi perpaduan kaum, kestabilan ekonomi dan menghindarkan konflik politik antara Kerajaan Malaysia yang dikuasai Parti Perikatan dengan Parti Tindakan Rakyat yang berkuasa di Singapura. (Sumber : Sinar Harian)

(Kata Waris Pahang :

-Waris Pahang telah menghadiri satu program 'Sejenak Bersama Tun Dr. Mahathir' yang dianjurkan oleh MUBARAK di Dewan Utama Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, Kuantan pada 02.08.2009 (Ahad).

-Tun Dr. Mahathir dedahkan kenapa Lee Kuan Yew tidak mahu bertemu beliau ketika berkunjung ke Malaysia baru-baru ini.

-Tun menceritakan semasa beliau masih menjadi Perdana Menteri, beliau telah mengadakan satu lawatan rasmi ke Singapura tetapi agak mendukacitakan kerana beliau disambut oleh protokol Singapura bukan LKY sendiri yang menyambutnya sebagaimana sambutan biasa pembesar-pembesar negara bila mengadakan lawatan.

-Apabila sampai ke pejabat LKY, beliau diminta pula tunggu di luar pejabat LKY selama 10 minit sebelum dibenarkan masuk bertemu LKY. Dia buat Tun macam orang entah mana-mana mari nak jumpa dia.

-Tun Mahathir membalasnya apabila LKY pula membuat lawatan ke Malaysia. Sememangnya orang yang biadap seperti LKY perlu diajar, padan muka dia.

-Maka sebab itulah agaknya LKY tidak mahu mengadakan pertemuan dengan Tun semasa lawatan LKY ke Malaysia baru-baru ini.

-Kerajaan Negeri Pahang telah menyambut baik kedatangan LKY ke Negeri Pahang sebagai tetamu baru-baru ini.

-Namun perkara yang mendukacitakan ialah kebiadaban pegawai-pegawai dari Singapore, sila baca petikan di bawah dari laman blog http://dongtalk.blogspot.com/

-"Semasa pertemuan rasmi YAB Menteri Besar serta anggota pentadbiran kerajaan negeri dengan rombongan Lee Kuan Yew, kerenah pegawai-pegawai dari Singapore memang sebagai yang diduga. Mereka cuba mengambil alih tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh pegawai-pegawai dari Pahang. Mereka yang membuat kawalan siapa yang boleh menghampiri Lee Kuan Yew dan siapa yang yang boleh masuk ke dalam bilik tempat pertemuan; sehinggalah kesabaran sampai ke batasnya dan saya terpaksa mencampurinya dengan membuat “takeover” daripada mereka pula. Mereka hanya mahu pegawai dari Singapore sahaja yang berada dalam bilik pertemuan secara tertutup itu dan semua yang lain perlu keluar. Saya hanya gunakan kata-kata “You stay I’ll stay, you jump I’ll jump” dalam nada yang amat serious kepada pegawai Cina dari Singapore itu dan beliau mengalah. Maka tinggallah saya dengan seorang pegawai Cina itu didalam bilik pertemuan yang tertutup itu".

-Ini bermakna bukan LKY sahaja biadab malahan anak buahnya juga biadab. Kedatangan LKY ke Negeri Pahang sebenarnya 'membuang tabiat' sahaja).

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP