Saturday, August 22, 2009

Nik Aziz Tuhan Ala Firaun?

Minta maaf tersalah gambar

Isu masuk syurga: Transkrip kenyataan Nik Aziz

KUALA LUMPUR 20 Ogos – TV3 malam ini menyiarkan rakaman audio Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika sidang akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos lalu.
Berikut ialah transkrip rakaman audio yang disiarkan oleh Buletin Utama:

‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.

‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’

(Sumber : Utusan Malaysia)

(Kata Waris Pahang :

-Nik Aziz mengakulah kesilapan anda dan bertaubat kerana mendakwa penyokong UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam yang palsu.

-Nik Aziz ini sungguh luar biasa kerana tahu amalan umat Islam palsu atau tidak dan ikhlas atau tidak. Kita mahu tanya, siapa Nik Aziz sebenarnya, nabi atau tuhan?.

-Hanya Allah sahaja yang tahu keikhlasan umatnya, Nik Aziz ini sudah melebihi kuasa tuhan?.

-Barangkali Nik Aziz rasa dia tidak perlu bertaubat kepada tuhan kerana mengeluarkan kenyataan itu sebab beliau rasa sudah confirm masuk syurga?.

-Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Datuk Abdul Shukor Husin berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa penyokong UMNO tidak akan masuk syurga adalah menyeleweng daripada ajaran Islam.

-Kalau sudah menyeleweng maknanya sesat lah. Memang PAS patut digelar Parti Ajaran Sesat.

-Astagfirullah, ketentuan seseorang Islam memasuki syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah bukan Nik Aziz. Itupun mamat cabuk ni nak kena ajar Tok Guru ke?.

-Kenyataan Nik Aziz bukan sahaja bertentangan dengan keputusan majlis fatwa bahkan bercanggah dengan undang-undang syarak serta menjejaskan akidah.

-Inilah akibatnya kalau dicampur adukkan antara tujuan politik dengan hukum dan agama.

-Apa pandangan anda tentang pandangan orang ramai bahawa PAS : Pengkhianat Agama,
PKR : Pengkhianat Bangsa dan DAP : Pengkhianat Negara?).

27 comments:

Lebai Mangkuk said...

YAB DSNTR sebagai Perdana Menteri Malaysia harus segera bertindak menghapuskan petualang2 negara yang sedang bermaharajalela. Petualang2 negara ini sudah menjadi terlampau biadap dan berani bertindak ikut suka hati mereka.

Saban hari mereka menabur fitnah dan mem buruk2 kan kerajaan yang memerintah. Terutamanya di lama2 blog yang pro Pakatan Rakyat. Ceramah2 yang mereka anjurkan juga telah banyak menghasut rakyat membenci kerajaan. Perbuatan mereka ini sudah melampaui batas. Jika tidak dibendung dengan segera, keselamatan negara akan terancam.

Perdana Menteri sepatutnya tidak membiarkan ianya terus berlarutan sehingga ketahap yang tidak boleh dikawal lagi. Ini akan menjadikan negara jadi huru-hara dan kacau-bilau. Yang mendapat susah ialah rakyat jelata yang tidak berdosa.

Tindakan utama yang patut di buat oleh kerajaan ialah 'mengharamkan ceramah2 politik', keduanya mengawasi blog yang anti-kerajaan. Mereka yang bertanggung-jawab mesti dihukum mengikut undang2 ISA kerana mengancam keselamatan negara.

Segeralah bertindak sebelum terlambat.

WARIS PAHANG said...

"Tindakan utama yang patut di buat oleh kerajaan ialah 'mengharamkan ceramah2 politik', keduanya mengawasi blog yang anti-kerajaan. Mereka yang bertanggung-jawab mesti dihukum mengikut undang2 ISA kerana mengancam keselamatan negara".

* Ada orang cadang haramkan sahaja PAS kerana mencemar nama Islam, apa pandangan lebai-mangkuk?.

YANG GAMBI said...

Salam,

Ini cara kader-kader komunis menjalankan dakwah untuk menarik hati orang-orang Melayu.

Begitu juga apabila puak-puak syi'ah mendabik dada keislaman mereka, kesemua bentuk Islam diperturuti tetapi lebih mengagungkan sambutan hari wafatnya Syaidina Hussin daripada kelahiran Rasullullah SAW...

PUTRA MERDEKA said...

salam sdr,
dalam hidup tetap akan ada dugaan, walaupun siapa waima nabi dan rasul tetap didatangkan dengan dugaan dan cabaran bagi menilai kekuatan Iman.
cuma tahap dugaan itu sesuai dengan tahap awam atau ahlinya seseorang hambanya... jadi bagi seorang MB, ulama dalam semak, tok guru bertaraf mur'shit', wakil rakyat tentunya cabaran dan dugaan yang datang akan lebih mencabar.
yang jelas akhirnya nik aziz memperlihatkan dirinya yang sebenar bahawa beliau bukanlah orang yang layak dan bertanggung jawab menggalas amanah dalam'jawatan' yang diatas.
Beliau hanya seorang politikus murahan yang melacurkan agama demi kelangsungan dan kerakusan nafsu politik dek kerana kenikmatan fana yang beliau rasa rugi kalau kehilangannya.
terima kasih bro

WARIS PAHANG said...

"Ini cara kader-kader komunis menjalankan dakwah untuk menarik hati orang-orang Melayu"-yanggambi.

Bahaya sungguh cara Melayu PAS/PKR, buat apa sahaja org tak marah dan tetap beri sokongan.

Sehingga Chin Peng, Anwar sokong dan Islam dipermaikan sehingga menjejaskan akidah dan sesat.

WARIS PAHANG said...

"Beliau hanya seorang politikus murahan yang melacurkan agama demi kelangsungan dan kerakusan nafsu politik dek kerana kenikmatan fana yang beliau rasa rugi kalau kehilangannya"-PUTERA MERDEKA.

Bukan kita sahaja yang menilai beliau bukan ulama tetapi ahli politik, jutaan lagi rakyat Malaysia termasuk org PAS pening kepala dengan kenyataan Nik Aziz

hilbert said...

Salam W@P,

Hari tu ramai yang pergi ke ibu pejabat parti PAS untuk memohon borang "masuk ke Syurga" bila dah siap diisi semua butir-butir peribadi minta sign atau tandatangan daripada Nik Aziz hehehe.. saya pun nak ambik borang tu..

Chef Engineer said...

Anda rasa UMNO mengamalkan ISlam dengan cara yang sebenarnya? Tidak melarang/mencegah pemimpinnya daripada melakukan kemaksiatan yang jelas. Pemimpin perlu menunjukkan teladan yang baik serta bertaqwa, pandai dalam hal beragama. Kalau PAS/Nik Aziz dah salah serta menyimpang daripada ajaran ISlam sebenar, UMNO perlu menampil tokoh pemimpin yang lebih bertaqwa serta mahir dalam pentadbiran / urusan dunia. UMNO kena tunjukkan yang terbaik dan diredhai ALLAH.. Bukankah begitu yang sepatutnya?

PEJUANG CYBER said...

Undi PAS Masuk Syurga!


Isu syurga neraka bukan merupakan perkara baru yang dimainkan PAS apabila berlaku pilihan raya baik pilihan raya kecil mahupun pilihan raya umum. Pemimpin PAS khususnya Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah antara yang paling kerap membuat kenyataan tersebut. Namun malangnya status Tok Guru yang diberikan kepadanya seolah-olah menjadi lesen untuk beliau terus membuat kenyataan yang mengguris hati umat Islam khususnya ahli-ahli dan penyokong UMNO. Walaupun pelbagai rintihan dan teguran dibuat, Nik Aziz tidak pernah berusaha untuk meperbetulkan keadaan jauh sekali meminta maaf.

Salam Hurmat...

Jumayatara said...

UMNO jahane.....pilih calon bermasalah di Permatang Pasir.

WARIS PAHANG said...

"Hari tu ramai yang pergi ke ibu pejabat parti PAS untuk memohon borang "masuk ke Syurga" bila dah siap diisi semua butir-butir peribadi minta sign atau tandatangan daripada Nik Aziz hehehe.. saya pun nak ambik borang tu".- Hibertmontel

Tak payah isi borang, asalkan ahli PAS walaupun tak sembahyg boleh masuk syurga, agaknya?.

He he he, camne ngan org lain kat negara lain sbb dia mrk tak masuk PAS? Adakah mrk tak boleh macuk syurga?.

WARIS PAHANG said...

"Kalau PAS/Nik Aziz dah salah serta menyimpang daripada ajaran ISlam sebenar, UMNO perlu menampil tokoh pemimpin yang lebih bertaqwa serta mahir dalam pentadbiran / urusan dunia. UMNO kena tunjukkan yang terbaik dan diredhai ALLAH.. Bukankah begitu yang sepatutnya?"-Chef Engineeer

Sokong kenyataan chef, kepimpinan melalui teladan.

WARIS PAHANG said...

"Malangnya status Tok Guru yang diberikan kepadanya seolah-olah menjadi lesen untuk beliau terus membuat kenyataan yang mengguris hati umat Islam khususnya ahli-ahli dan penyokong UMNO. Walaupun pelbagai rintihan dan teguran dibuat, Nik Aziz tidak pernah berusaha untuk meperbetulkan keadaan jauh sekali meminta maaf".-Pejuang Cyber

Kalau dah pegang lesen ulama haram maka tunggulah saat kejahilan akan tempelak semula.

WARIS PAHANG said...

"UMNO jahane.....pilih calon bermasalah di Permatang Pasir".-Tok Mudim

Tunggu pendedahan tentang Salleh Man di blog ini nanti.

Jumayatara said...

Aku sokong dedah sampai londeh


UMNO bodoh...pilih calon bermasalah jika pilih calon bersih dah tentu menang besor....Bodoh Punya UMNO

WARIS PAHANG said...

Aku ada dengar juga, tapi mahu dengar lagi, betul atau tidak.

Yg pasti salleh man mmg calon bermasalah,

Aku juga sokong dedah sampai londeh tapi aku nak tahu dulu apa pembangunan yang PAS akan bawa di Permatang Pasir.

Frodo Baggins said...

huhuhuhuhuhu ~ amal ibadat kita semua dinilai oleh Allah bukan TGNA, DSN / DSAI ....


Walau bnyak manapun amal ibadat kita, adakah ia mencukupi untuk melayakkan kita menjatuhkan hukuman yg org itu masuk sini & org sana masuk sana??


Sedarlah ....


selamat berpuasa tok mudim 'jahane' >>> boleh x pgl cam tu jugak?? kpeimpinan melalui tauladan, x gitu tok mudim? xoxoxoxo belasah arrr

Anonymous said...

SLM BRO..MUNGKIN PAK AJIS TENAT MEMIKIRKAN HALA TUJU PAS MAKIN MENYIMPANG AKIBAT FATWA MERAPU DIA SENDIRI SELAMA NI. APE TAKNYE..KITAB AYAH PIN PUN DIA SELAK! KEHKEHKEH ADOIYAII

WARIS PAHANG said...

"Walau bnyak manapun amal ibadat kita, adakah ia mencukupi untuk melayakkan kita menjatuhkan hukuman yg org itu masuk sini & org sana masuk sana??"-The Hobbit Prodo

Aku sokong pendapat di atas, slps ini kita dengar lagi pendapat atau fatwa corner baring Nik Ajis.

He he he, pandai engko mengelak2 yer Nik Ajis

WARIS PAHANG said...
This comment has been removed by the author.
WARIS PAHANG said...

"MUNGKIN PAK AJIS TENAT MEMIKIRKAN HALA TUJU PAS MAKIN MENYIMPANG AKIBAT FATWA MERAPU DIA SENDIRI SELAMA NI"-jeffry.

Fatwa songsang lagi sesat, sama teruk dgn ayah pin, kawanlah lagi dgn DAP dan B.A.B.I

Kuda Perang said...

Nasionalisme adalah perjuangan yang tidak selari dengan Syariat Islam.

Sabda Rasulullah SAW:
Bukanlah daripada golongan kami (golongan umat Islam) barangsiapa yang menyeru kepada perkauman, dan bukanlah daripada golongan kami (golongan umat Islam) barangsiapa yang berjuang demi kerana perkauman, dan bukanlah daripada golongan kami (golongan umat Islam) barangsiapa yang mati kerana perkauman.
-Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan An-Nasa'ie.
Nasionalisme=perkauman sempit=kepentingan kaum sendiri=takut kepada kaum lain.
Sepatutnya takut kepada Allah kerana tidak memartabatkan Islam.
Semua bangsa, suku kaum, etnik apa sekalipun akan selamat apabila Islam dimartabatkan.

Renung kembali Sejarah Gemilang Islam, Negara Islam Madinah tegak dengan Islam menjadi tunjang negara (bukan sekadar sebagai agama rasmi), maka semua umat manusia di sana muslimin, yahudi, nasrani dan majusi hidup aman, makmur, selamat, sejahtera dan berkebajikan. Begitu juga yang berlaku dibawah pentadbiran Empayar2 Islam selepasnya spt Empayar Islam Umawiyyah, Abbasiyyah, Turki Uthmaniyyah dll. Tamaddun Islam mula runtuh hanya apabila umat Islam mula berpecah belah di atas dasar perkauman bukan atas dasar persamaan akidah. Masing2 menuntut hak dan kepentingan atas dasar persamaan suku kaum masing2 sahaja, maka bermula dari situ hinggalah sekarang sebahagian besar umat Islam yang ada hari ini masih mewarisi perjuangan semangat perkauman yang serupa, dek kerana itulah tamaddun Islam di seluruh dunia masih belum dapat bangkit semula. Umat Islam dihina dicaci dipersenda dibunuh dan sebagainya.

Oleh itu marilah kita umat Islam di Malaysia sama bersatu di bawa satu panji iaitu Panji Islam di atas satu dasar iaitu Dasar Islam, buangkan lah dasar perjuangan yang hanya berlandaskan ketakutan perkauman semata-mata kerana dasar mementingkan kaum sendiri dan takut kepada kaum lain tidak akan membawa kita ke mana melainkan ke tempat yang tidak baik di akhirat kelak...wal'iyazubillah.

Kalau dah dasar perjuangan tak betul, tak ikut kehendak syariat, nabi tak mengaku ummat, boleh ke masuk syurga Allah SWT???
Saya rasa boleh...




Boleh jika bertaubat dan kembali kepada Islam sebenar...

malaysia.suarademokrasi said...

Sama-sama kita doakan rakyat permatang pasir sedar dan memberi undi pada BN,...satu-satunya cara membela nasib Islam dan Melayu di Malaysia adalah dgn mengundi calon UMNO,... Kita doakan kemenangan BN selasa ini di permatang pasir,..AMIN Ya ALLAH

http://sd-malaysia.blogspot.com/2009/08/gempar-calon-pas-alami-krisis-keyakinan.html

WARIS PAHANG said...

"Kalau dah dasar perjuangan tak betul, tak ikut kehendak syariat, nabi tak mengaku ummat, boleh ke masuk syurga Allah SWT???
Saya rasa boleh...
Boleh jika bertaubat dan kembali kepada Islam sebenar..."-Kuda Perang

*Malang sekali PAS telah menyeleweng, bertaubatlah.

Inilah susahnya bila nama Islam diletak pada parti kerana anggapan PAS itu Islam dan Islam itu PAS masih lagi menebal agaknya?.

Kononnya parti Islam tetapi bekerjasama dgn DAP yg menolak Islam.

Kita cabar PAS buang perkataan Islam dari parti jika masih mahu bekerjasama dgn DAP

WARIS PAHANG said...

"Sama-sama kita doakan rakyat permatang pasir sedar dan memberi undi pada BN,...satu-satunya cara membela nasib Islam dan Melayu di Malaysia adalah dgn mengundi calon UMNO"-Malaysia Suarademokrasi

*Tiada cara lain menyelamatkan Umat Islam dan Melayu kecuali mengundi BN.

*Minta org Penang siasat penyelewengan wang zakat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang jika ada?. Alhamdulilah Selangor kita telah berjaya selamatkan.

PEJUANG CYBER said...

Salam Hurmat...

Tiga Soalan untuk Pakatan Pembangkang

1.Pertama sekali, isu pengundi hantu di pilihanraya kecil

2.Kedua, PAS dan DAP masing-masing tidak lagi dapat menjawab persoalan mengapa PAS tidak mendapat kerusi Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang meskipun Kerajaan Negeri ini dilabel sebagai "Kerajaan Pakatan Rakyat"?

3.Ketiga, sudahlah calon PAS di DUN Permatang Pasir ini tidak diberi penghargaan sewajarnya oleh DAP, rakyat Permatang Pasir ini pun seolah-olah tidak diendahkan. Dalam kempen PRK ini,langsung tak mendengar sebarang rancangan atau pelan pembangunan buat rakyat sekiranya calon PAS menang menjadi wakil rakyat.

WARIS PAHANG said...

jwplah pakatan pembangkang

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP