Sunday, August 30, 2009

Merdeka : Tentang Pengkhianat Selamatkan Negara

Perpaduan 1Malaysia
TANGGAL 31 Ogos 2009 nanti, genaplah selama 52 tahun Malaysia mengecap kemerdekaan.
Sejarah pembinaan sebuah negara Malaysia yang aman dan makmur yang kita nikmati hari ini telah meniti ranjau dan duri yang sangat hebat.

Biarpun lakaran sejarah itu telah mencatat bahawa kemerdekaan yang kita peroleh daripada penjajah Barat bukan bermandikan darah atau dengan mengangkat senjata, tetapi implikasi serta halangannya sangat besar.

Kita telah berperang dan berjuang dalam usaha membentuk kesepakatan dan perpaduan antara kaum.

Perjuangan ini sangat sukar kerana rakyat kita masih belum sebati acuannya ketika itu sehinggakan rasa kurang percaya masih bertapak di dalam diri.

Pengaruh komunis dan dakyah penjajah yang ditinggalkan, kemudian dimarakkan lagi dengan isu perkauman begitu sukar dileraikan dalam diri rakyat yang akhirnya mencetuskan detik hitam 13 Mei 1969.

Namun begitu, titik hitam itu semakin hari semakin terpadam kerana rakyat negara ini semakin bertamadun dan sofistikated. Tahu menilai baik buruk dan implikasi yang akan ditanggung jika mengabaikan dasar ini.

Asas-asas perpaduan demi menjaga kepentingan negara dan rakyat sebenarnya telah pun diusahakan dan dijayakan oleh Tunku Abdul Rahman yang memimpin barisan perpaduan ketika itu.

Usaha-usaha itu diteruskan pula oleh Perdana Menteri atau pemimpin-pemimpin seterusnya hingga ke hari ini di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jika dahulu kita disajikan dengan konsep perpaduan kaum atau integrasi nasional, tetapi hari ini “Satu Malaysia” adalah pengukuhan kepada dasar-dasar yang relevan yang dibentuk dan diamalkan selama 52 tahun itu.

Pengalaman menikmati kemerdekaan sehingga hari ini yang diasaskan berpandukan prinsip perbincangan atau musyawarah yang dipupuk bersama nilai kesefahaman dan kesepaduan antara kaum atau ras negara ini yang berbeza budaya, agama dan asal usul sedikit demi sedikit mula memperlihatkan hasilnya.

Prinsip toleransi dan perpaduan merupakan acuan yang terbaik sehingga negara ini telah diiktiraf sebagai “role model” kepada negara-negara membangun seluruh dunia.

Pemupukan perpaduan kaum akan terus menjadi agenda dalam pembangunan negara dan matlamat terakhir kerana masyarakat yang bersatu padu penting untuk memantapkan lagi kestabilan negara dari aspek sosio-politik di samping mengekalkan pembangunan ekonomi.

Dasar-dasar pembangunan yang dirangka oleh kerajaan telah menetapkan satu paradigma ke arah membolehkan negara mencapai taraf sebuah negara maju.

Sebagaimana terkandung dalam Wawasan 2020 daripada semua sudut keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kemajuan sains dan teknologi, kecekapan pentadbiran kerajaan dan kecemerlangan ekonomi.

Rakyat Malaysia pada hari ini seharusnya membuang jauh-jauh perasaan prasangka sebaliknya menganggap bahawa diri mereka adalah bangsa Malaysia.

Sudah tiba masanya rakyat menunjukkan komitmen dan semangat “Satu Malaysia” dengan memberi tumpuan terhadap tugas serta tanggungjawab dengan penuh iltizam, keazaman, keyakinan dan bertekad demi kepentingan pembangunan dan kemajuan negara. (Sumber : Utusan Malaysia)
(Kata Waris Pahang :
-1Malaysia adalah tema bagi Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 52. Kita tengoklah nanti bagaimana reaksi pembangkang dan apakah erti Kemerdekaan dari pandangan pembangkang.
-Mereka bukan mahu menyatu padukan rakyat sebaliknya mahu pecahkan perpaduan rakyat mengikut dasar penjajah "Pecah Dan Perintah".
-Perpaduan dalam pakatan pembangkang sememangnya diakui goyah kerana mereka berlainan ideologi, matlamat, perjuangan dan penuh dengan buruk sangka.
- Parti PAS, PKR dan DAP kadang-kadang menjadi parti 'melukut di tepi gantang' seperti PAS di Pulau Pinang dan DAP di Kedah.
-Mereka sedaya upaya berebut dan berlumba-lumba menambah keahlian kerana dikhuatiri parti pakatan yang lain akan kuat. Sebab itu PAS dengan 'muka hidung tak mancung pipi tersorong-sorong' menubuhkan kelab penyokong PAS. Barangkali suatu hari nanti orang bukan Islam boleh menjadi ahli PAS.
-Paling menggerunkan orang Melayu, PAS dan PKR telah bergabung dalam Pakatan Rakyat bersama DAP yang dikenali sebagai pencetus peristiwa 13 May 1969.
-DAP juga menanamkan semangat kesamarataan antara penduduk Malaysia tanpa ada status bumiputra, sebenarnya ia merupakan salah satu ideologi kominisme yang telah diserapkan ke dalam parti tersebut.
-DAP juga dengan sikap biadap dan kurang ajar telah berani mempertikaikan Islam sebagai agama rasmi di negara ini.
-Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 52, timbul persoalan dalam diri kita, adakah kaum bumiputra atau penganut Islam sedar akan keadaan ini?.
-Pakatan Pembangkang hanya mementingkan parti, mahukan kuasa dan merealisasi cita-cita peribadi Anwar mahu menjadi PM.
-Lantaran itu mereka sanggup menjadi pengkhianat kepada agama, bangsa dan negara sebagai pertaruhan dan berkemungkinan untuk menjajah dalam bentuk baru.
-Selamatkan Malaysia demi masa depan anak cucu cicit kita, "Merdeka, Merdeka, Merdeka").

5 comments:

YANG GAMBI said...

Ada seorang Melayu yang suka sangat melihat Malaysia daalm keadaan huru hara, suka sangat ajak bangsa lain sama-sama buat kacau.

Dia apa susah, bila huru hara sahaja negara, dia dah bersedia pindah ke Israel, inilah talibarut yahudi yang berwajah Melayu.....

Nasionalis1982 said...

Salam Kemerdekaan

Menjelang 31 Ogos : Wajib tonton 1957 Hati Malaya

http://nasionalis1982.blogspot.com/2009/08/menjelang-31-ogos-wajib-tonton-1957.html

ajijasin said...

salam alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN!!!
MARHABAN YA RAMADHAN!!!

MALAM KE SEPULUH RAMADHAN!!!
MALAM SEPULUH PERTAMA TERAKHIR RAHMAT ALLAH UNTUK HAMBANYA!!!

DAN SALAM MERDEKA!!!

MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!

Relevan said...

Salam merdeka weh..Merdeka3!!

mat yen said...

Salam,

Sepatutnya semua kaum di negara ini perlu bersatu padu dalam negara
ini, jangan cum pandai merosakkan perpaduan yang ada.
Kerana inginkan kuasa sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita di dalam negara.Negara akan hancor sikap yang mengajar rakyat memberontak dan berarak-arak dijalanan di dalam negara ini. Sedarlah bangsaku terus bersatu di bawah konsep 1 Malaysia.

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP