Calon BN : Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman, 38, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, 25 Ogos ini.
Pemilihan Rohaizat diumumkan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dihadapan ribuan penyokong BN di Pusat Operasi BN di Taman Bukit Merah di sini hari ini.
Turut hadir Naib Presiden UMNO yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Rohaizat menerima pendidikan awal di Sekolah Agama Al-Mashoor Pulau Pinang sebelum melanjutkan pengajian dan menerima Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sehingga tahun 1995.
Sebaik tamat pengajian, Rohaizat mula melibatkan diri dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selain aktif dalam program-program komuniti termasuk menjadi Setiausaha Kelab Sukan Komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.
Rohaizat juga merupakan Pengerusi Koperasi Gerakan Desa Wawasan (GDW) Mengkuang Berhad sejak tahun 2004 selain menjadi Exco Persatuan Homestay Malaysia sejak tahun 2003 dan pernah menjawat Pengarah Penerbitan Direktori Wakil Pilihan Rakyat.
Selain itu, beliau juga dilantik Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) sejak tahun 2003.
Rohaizat mula bergiat dalam politik dengan memegang jawatan Ketua Pemuda Cawangan Mengkuang Titi sejak tahun 1996 sebelum menjadi Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh dari tahun 1999 hingga 2002. (Sumber : Utusan Malaysia).
-------------------------------------------------
Calon PAS : Salleh Man, 52, merupakan graduan Universiti Malaya (UM) dan pernah bertanding dalam enam pilihan raya termasuk pilihan raya umum lalu, tetapi tewas kepada calon BN, Datuk Jasmin Mohamed dengan majoriti 535 undi bagi kerusi DUN Sungai Dua.
Pada pilihan raya umum 2004, beliau bertanding di DUN Pinang Tunggal tetapi tewas kepada calon BN Datuk Roslan Saidin dengan majoriti 6,288 undi dan turut tewas di kerusi itu pada pilihan raya umum 1999 kepada calon BN, Yahaya Hamid.
Pada pada pilihan raya umum 1995, Salleh tewas kepada calon BN, Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad dengan majoriti 12,651 undi.
Kerusi DUN Permatang Pasir kosong berikutan kematian penyandangnya Mohd. Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada Pas akibat sakit jantung, pada 31 Julai lepas.
Pada pilihan raya umum Mac 2008, Mohd. Hamdan yang menyandang kerusi itu sejak tahun 1999, memperoleh 11,004 undi menewaskan calon BN Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. (Sumber : Utusan Malaysia)
(Kata Waris Pahang :
-Pasti ramai yang terkejut kerana calon PAS Ustaz Salleh Man di pilih sebagai calon DUN Permatang Pasir sedangkan beliau telah 6 kali bertanding dalam pilihan raya.
-Beliau bukan sahaja dianggap tamak dan gila kuasa malah beliau seperti masuk bakul dan angkat sendiri.
-Hal ini membuktikan PAS ketandusan calon atau PAS sengaja memberi laluan kepadanya kerana dia Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.
-Ke mana perginya Mat Sapu yang disebut-sebut tu?. Adakah dia disejuk bekukan dengan tugasnya berceramah sahaja atau beliau diberi jawatan lain di peringkat pusat?.
-Seorang lagi calon yang disebut-sebut iaitu Ustaz Mutalib tetapi kenapa beliau tidak disenaraikan.
-Adakah kerana kesibukan Ustaz Mutalib berkuliah di sekitar Permatang Pasir menyebabkan namanya disingkirkan oleh syura dan pas kawasan Permatang Pauh?.
-Atau adakah beliau tidak digemari oleh orang Cina dan India atau Lim Guan Eng tidak berkenan dengan keperibadiaannya yang Islamik menyebabkan nama beliau dibuang dari senarai nama calon?.
-Barangkali Salleh Man ini mudah di kawal oleh Lim Guan Eng kerana mereka telah saling mengenali sebelum ini.
-Namun begitu sudah ada kedengaran bahawa Salleh Man bukan anak tempatan Permatang Pasir, betulkah begitu?. Sedangkan penduduk mahukan wakil rakyat daripada anak tempatan.
-Ada orang kata Salleh Man adalah orang Anwar sebab itulah beliau terpilih maka mudahlah di cucuk hidung oleh DAP).
7 comments:
Salam,
Calon PAS bukan setakat akan mudah dicucuk hidung, tetapi kalau perlu akan dicucuk buntut juga - huhu ~ bRAVEhEART
Salam,
Kerja puak-puak PAS memang macam tu, angkat bakul sendiri...
Mengaku alim, memgaku amanah, mengaku bijak memerintah tapi tidak kuarng macam lanun-lanun yang kerjannya merompak kekayaan negara bila diberi kuasa...
SLM BRO..KLU BTUL LAH DIA NI BIASE KENE CUCUK TANG SANA TANG SINI, PASTI SKRG NI DH BOCOR PEROT DIA DAN TAK MUSTAHIL BN AKAN BEROLEH KEJAYAAN..INSYALLAH!! YEZEEKKKK
salam bro,
salleh man ni orang Penaga,
betullah PAS tak de calon, 6 kali kalah, tewas, gagal dan akan mengulangi track rekod kekalahan yang ke 7 InsyaAllah...
Hidup UMNO!
Mati PAS!
SALAM
PAS SELAGI DIA TAK TAUBAT SELAGI TULAH MEREKA AKAN SEPERTI BEGINI
SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN INI SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MEMOHON MAAF ATAS KEKASARAN BAHASA SEMASA MEMBERI ULASAN KEPADA SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN
SEMOGA RAMADHAN INI DAPAT MENYATUKAN HATI UMAT ISLAM DI MALAYSIA INI...
SALAM SEJAHTERA
Saya setuju. calon PAS angkat bakul tapi calon Umno/BN naik lif... Cepat ooo....
calon umno....hehehehe...no komen..
Post a Comment