Wednesday, October 28, 2009

PAS : Aku Atau Mu Letok Jawatan?.

Wajarkah 2 Orang Ini Meletak Jawatan?.
(Gambar Di atas Ditemui Dalam Blog).
Ajis diminta berdepan di dalam gelanggang pada hari esok Rabu, beliau sebelum ini hanya bercakap dengan media dan blognya sahaja.

Ajis dengan pendirian tegasnya mahu pemimpin kanan bermasalah disingkirkan dari kepimpinan PAS kerana didakwa menyulam cinta dengan UMNO melalui 'Kerajaan Perpaduan'.

Persoalannya sekarang siapakah orang di sekeliling Ajis yang akan menyokong keputusan beliau dan siapa pula yang menentang beliau daripada 60 pemimpin parti itu.

Berkemungkinan ramai yang simpati dan menyokong Ajis kerana beliau orang 'tua' dan 'ulama' pula tu tetapi bagaimana kedudukan 3 kerat kepimpinan PAS yang bakal dicantas jawatannya?.

Bagaimana pula kalau Ajis tidak hadir, ke mana dia lari?. Bagaimana pula kalau semua kepimpinan yang hadir setuju tiada kelucutan jawatan dalam PAS. Adakah Ajis akan bertindak meletak jawatan?.

Abg Mus menjemput Ajis untuk beri keterangan terhadap apa yang diluahkan sehingga menimbulkan masalah dalaman bagi PAS.

Ini bermakna siapakah 'nanah dalam tubuh PAS yang mesti dibuang', Ajis atau 3 orang itu?.

Paling memalukan EGM atau Muktamar khas seperti desakan Ajis hanya boleh diadakan dengan 3 syarat berikut :
1. Ia dipanggil oleh presiden parti (bukan Ajis).
2. Satu pertiga daripada 37 anggota jawatankuasa pusat menulis surat memohon mengadakannya.
3. Satu pertiga kawasan-kawasan PAS menulis untuk berbuat demikian.

Aduhai Ajis kenapalah engko jadi begini, elok letak jawatan sahajalah Ajis bagi menutup malu.
Bagi 2 orang itu, mungkin letak jawatan adalah jalan terbaik kerana perletakan jawatan anda adalah bermaruah dan berprinsip kerana PAS di bawah Ajis telah tersasar dan menyeleweng dari landasan Islam yang sebenarnya.

Sunday, October 25, 2009

Kopi Janda Kopi Nyanyuk?.

Waris Pahang masih ingat ketika wujud minuman Tongkat Ali, orang ramai malu-malu mahu minum Tongkat Ali kerana minuman ini mampu meningkatkan tenaga batin.


Pelanggan yang mahu mengorder Tongkat Ali pula meminta secara berbisik tetapi malang peniaga/pelayan menjerit kuat kepada pembuat air katanya "tongkat ali satu hantar kat abang depan ni".

Maknanya kantoilah abang tu sebab satu restoran tahu dia order Tongkat Ali, orang pun menganggap lain lah....................

Baru-baru ni Waris Pahang terkejut kerana ada dua anak dara yang order kopi janda di kantin tempat kerja. Mereka order dengan cara bertempik pulak tu malah mereka ketawa pula selepas tu!.

Samada kopi janda boleh menambahkan tenaga batin atau sebaliknya, Waris Pahang kurang periksa pulak.

Hari ini ramai yang protes kopi itu diberi nama Kopi Janda kononnya mengaibkan janda-janda. Kalau macam itu kita buat satu lagi kopi dan diberi nama kopi nyanyuk kerana ramai ahli-ahli politik yang sudah nyanyuk.

Baru-baru ini Nik Ajis tanpa rasa bersalah telah menjolok sarang tebuan dan mahu singkir pemimpin yang bermasalah dalam PAS melalui EGM.

Barangkali perkembangan ini menimbulkan kemarahan PAS Selangor dan PAS Terengganu kerana orang kuat mereka disentuh.


Kita lihatlah nanti apa jawapan yang dipusing oleh Nik Ajis bila orang ramai menyerangnya.


Kalau mahu singkir juga pemimpin yang didakwa bermasalah itu, jangan lupa singkir Ketua Pemuda PAS sekali.

Saturday, October 24, 2009

Akukah Taksub Tidak Bertempat?.


Taksub membuta tuli merupakan satu perkara yang sangat ditegah oleh Islam kerana ianya sangat tidak baik serta boleh membawa ke arah keruntuhan akhlak dan menjatuhkan maruah umat Islam.

Ia juga boleh membawa ke jalan yang sesat dan kezaliman khasnya kepada diri sendiri serta masyarakat Islam secara umumnya.

Taksub kepada ulama Islam adalah satu sifat yang terpuji kerana Islam sendiri menyeru umatnya supaya memberikan kasih mesra dan penghormatan ikhlas kepada ulama kerana ulama adalah pewaris nabi-nabi.

Ini memberi erti bahawa kedudukan dan taraf ulama adalah wajar dihormati dengan syarat seseorang yang dinamakan atau digelar ulama itu mempunyai sifat sebenar-benar ulama dalam erti kata sebenarnya iaitu ulama yang tinggi ilmunya dan bermanfaat kepada umat manusia.

Sebaliknya jika sesorang yang bergelar ulama tidak mengikut jejak langkah rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda seperti perkataan, perbuatan, kelakuan serta tutur bahasanya tidak bersifat ulama, maka orang-orang yang seperti ini tidak harus, bahkan tidak layak untuk diberikan penghormatan apalagi diberi taksub.

(Kata Waris Pahang :

-Kita sering lihat gambar tokoh-tokoh politik dilekat pada cermin kereta, beg dan baju. Malah kita pernah lihat budak-budak sekolah membawa keychain yang memaparkan gambar tokoh politik.

-Bukan itu sahaja malah gambar tokoh-tokoh politik ditampal di luar rumah untuk menunjukkan mereka terlalu taksub kepada pemimpin tersebut.

-Apa motif sebenar mereka sehingga mereka taksub sedemikian rupa. Adakah kerana menyokong pemimpin yang mabukkan kuasa atau berjasa?.

-Marilah kita bertanya kepada diri sendiri; Akukah Manusia Yang Taksub Tidak Bertempat Terhadap Tokoh Politik Yang Tidak Mempunyai Wawasan?.

- Dato' Seri Najib pernah berkata "Bangsa yang tiada wawasan akan ditewaskan").

Friday, October 23, 2009

Apakah Moral Disebalik Cerita Ini?

Satu hari Waris Pahang menjemput Dr. Uthman Muhammadi di Airport Kuantan, kami singgah di Masjid Negeri untuk sembahyang Asar sebelum menuju ke Hotel MS Garden.

Dr. Uthman Muhammadi dijemput sebagai ahli panel Forum Perdana di Kuantan.
Semasa sampai di Masjid Negeri, beliau bersalam dengan siapa sahaja yang ditemuinya kerana beliau menyedari orang mengenalinya. Peribadi beliau yang mesra dan tidak sombong sangat dikagumi.

Selepas sembahyang, beliau bersalam lagi sehingga menuju ke kereta. Apabila sampai di kereta beliau ingin bersalam dengan seorang yang berjubah hijau yang berada beberapa meter daripada kereta.

Orang yang berjubah hijau tersebut memalingkan badannya. Melihatkan keadaan itu Dr. Uthman Muhammadi terus menaiki kereta.

Waris Pahang kata kepada Dr. Uthman Muhammadi, "ada juga orang yang jenis macam ini". Beliau hanya tersenyum sahaja.

Waris Pahang mengundurkan kereta untuk keluar daripada parking tetapi malangnya laluannya sangat sempit dan memerlukan seseorang bantu sebagai penunjuk untuk keluar dari petak parking tersebut.

Orang yang berjubah hijau tersebut tanpa disuruh membantu sebagai penunjuk. Kami melambai sebagai tanda terima kasih selepas kereta berjaya keluar. Orang yang berjubah hijau tersebut membalas dengan senyuman.

Thursday, October 22, 2009

Tsunami Politik : Melayu Bakal Gigit Jari

Ada Yang Doa Melayu Diranap Tsunami Politik

Kita sering kali mendengar perkataan atau tuduhan 'zalim' dalam mana-mana ceramah parti politik. Tuduh menuduh ini sudahlah tidak baik malah memecah belahkan rakyat Malaysia terutama orang Melayu beragama Islam.

Mari kita selidiki apa yang dimaksudkan dengan orang yang membantu melakukan kezaliman.
Ianya boleh dibahagi kepada tiga bahagian :

1. Membantu atau menyokong mana-mana golongan yang mahu merosak dan meruntuhkan golongan lain samada dari segi perpaduan serta ikatan kasih mesra atau cuba untuk menggagalkan suatu perkara baik yang telah dilakukan oleh golongan-golongan yang baik.

2. Membantu dan menolong individu atau kumpulan tertentu yang sengaja mengatur serta mengemaskini sesuatu langkah untuk merosakkan harta benda orang lain.

3. Membantu, menolong serta menyokong kumpulan manusia dalam menyusun dan mengatur strategi yang tidak baik untuk memecah belahkan perpaduan umat Islam.

Sebagaimana kita maklum perpaduan merupakan perkara yang dituntut oleh agama Islam, bahkan ia juga merupakan perkara yang sentiasa diingatkan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Sebenarnya orang-orang yang inginkan perpecahan umat Islam adalah bersifat seperti golongan Munafikin. Mereka adalah racun kepada masyarakat Islam.

Umat Islam sering alpa dan perkara-perkara seumpama inilah kadangkala tidak mereka sedari. Mereka hanya berseronok mahu menumbangkan kerajaan, mengaibkan orang dan memacak impian untuk berkuasa.

Namun implikasinya sangat besar kerana membawa ke arah keruntuhan atau kemusnahan perpaduan Umat Islam. Sedangkan kerajaan baru yang mereka impikan belum menjanjikan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat dan negara.

Golongan ini sebenarnya amat berbahaya kepada masyarakat dan negara.

Friday, October 16, 2009

Melayu Lupa Lirik 'Bersatu'

Nik Aziz Berdoa Untuk Apa?.

Razali tuduh Nasruddin Hassan penipu

Timbalan ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim mahu Nasruddin Hassan disiasat di bawah Akta Hasutan sekiranya ketua Dewan Pemuda PAS pusat itu, didapati telah menimbulkan huru-hara.

Dalam ucapan penggulungan di perhimpunan Pemuda Umno di PWTC hari ini, Razali mendakwa Nasruddin telah bertindak sedemikian dengan menghantar SMS kepada penyokong PAS, yang mendakwa kumpulan itu telah "diserang" oleh kumpulan Pemuda Umno sewaktu pilihan raya DUN Bagan Pinang.

Razali juga berkata PAS telah menerbitkan gambar yang didakwa sebagai seorang anggota PAS yang dikatakan cedera dalam kejadian tersebut.

"Dia keluarkan gambar kononnya muka pecah, baju koyak tapi badan tak luka pun," kata Razali.

"Kita cakap kepada dia, bawa orang ini ke depan. Kita nak minta maaf kalau kita salah. Sampai hari ini tak ada pun orang yang dikatakan dianiaya oleh penyokong BN.

"Penipu besar Nasruddin Hassan," katanya lagi.

Razali turut mendakwa bahawa anggota pergerakan itu juga telah "diserang."

"Satu malam sebelum buang undi, Pemuda kita diserang hanya kerana orang PAS kena tipu," katanya lagi.

"Kalau dia mati masa tu, memang mati katak sebab dia bukan jihad, dia menipu," katanya lagi.

Razali turut mendakwa bahawa terdapat juga anggota Muslimat PAS yang menipu pengundi dengan memberitahu tarikh membuang undi yang salah.

"Muslimat PAS kerana terdesak, dia pergi ke rumah orang tua beritahu tak jadi buang undi pada 11 Oktober, tapi ditunda kepada 13 Oktober," katanya sambil menambah perkara itu tidak seharusnya dilakukan oleh PAS.

"Umno tak akan sekali-kali menggadai agama Islam untuk kepentingan diri kita," tambahnya. (Sumber : Malaysiakini)

(Kata Waris Pahang :

-Sebagai pemerhati politik, Waris Pahang amat kesal dengan apa yang berlaku dalam politik negara kini. Berlaku tuduh menuduh antara orang Melayu yang satu agama, satu akidah dan satu kiblat ini.

-Apa susah-susah jika ada bukti bawalah kes pergaduhan hingga ke mahkamah dan biarkan mahkamah yang putuskan siapa yang salah dan siapa yang benar.

-Jika dulu adalah juga bunga-bunga ke arah perpaduan antara PAS dan UMNO tetapi kini bukan sahaja hubungan tersebut diracun tetapi dilenyek lumat dengan stremrol.

-Apa gunanya belajar tinggi-tinggi hingga ke seberang laut dan menghafaz banyak ayat-ayat Al Quran kalau kita menolak ayat Al Quran yang menyeru umat Islam bersatu.

-Adakah kita termasuk golongan yang emosional dan mabukkan kuasa sehingga kita lupa bahawa tanggungjawab kita adalah membantu ke arah kebaikan dan memberi tarbiyah.

-Semoga dalam hal ini kebajikan 'rakyat didahulukan' dan selebihnya kita doakan agar amalan kita diredhoi Allah dan mendapat balasan pahala di atas apa yang kita lakukan).

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP