Wednesday, December 31, 2008

Liwat : Saiful tuntut keadilan

Bahagian 1

Kita sebenarnya enggan membesarkan-besarkan isu liwat kerana ia adalah isu 'dalam kain' yang sangat mengaibkan. Isu ini adalah isu peribadi yang perlu diselesaikan menerusi perbicaraan di mahkamah dan tidak sepatutnya membabitkan kerajaan.

Walau bagaimanapun, PDO membangkitkan semula isu liwat ini bertujuan membesarkan isu ini untuk menjadikannya isu rakyat dan berusaha mendapat simpati rakyat di seluruh Negeri Pahang.

Kenyataan Saiful dalam blog beliau bahawa tempoh enam bulan itu adalah "paling mencabar dalam hidupnya".

Bagi insan yang bernama Saiful sudah tentulah mengalami tekanan perasaan yang amat sangat. Berbanding dengan DSAI yang bebas ke sana sini menemui orang ramai dan media.

Kata PDO : "Sungguh memualkan benar bila melihat si Saiful ini berbicara soal penghijrahannya. Kononnya beliau kini sudah berhijrah dan hanya mampu berusaha untuk meyakinkan mereka, tetapi katanya yang boleh mengubah hati seseorang itu hanya Allah s.w.t. Beliau kononnya hanya mampu berdoa dan berserah kerana dalam tempoh enam bulan ini terpaksa menghadapi pelbagai pengalaman dan pelajaran untuk mengubah dirinya".

Kita sepatutnya besyukur kerana ada insan yang mahu berhijrah. Terlalu banyak hikmah disebalik hijrah. Tiap-tiap satu penghijrahan itu pasti ada kebaikkanya yang tersendiri, samaada keuntungan dalam hal rezeki, penambahan ilmu pengetahuan, penambahan pengalaman, dan yang paling bernilai sekali ialah penambahan iman dan taqwa dan kematangan pemikiran dan kebijaksanaan.

Barangkali PDO belum tanam azam untuk berhijrah kerana pemikiran telah dibekukan oleh DSAI.

Menurut Saiful lagi "Ia bagaikan mutiara hidup yang dapat saya kumpul sebagai bekalan di masa hadapan dan di akhirat kelak. Antaranya, saya benar-benar dapat menghayati konsep pengorbanan dan konsep penyerahan diri kepada Allah s.w.t.," katanya lagi. Dalam konteks hijrah katanya beliau telah berhijrah daripada seorang yang takut untuk menegakkan kebenaran kepada seorang yang berani untuk menegakkan kebenaran. Hijrah selalunya dihubung kait dengan risiko dan pengorbanan. Baginya jika seseorang itu berhijrah kepada jalan yang lebih baik dan tidak lari dari ajaran Islam, Insya-Allah pertolongan dari Allah s.w.t akan tiba,".

PDO pula berkata : "Bukan main manis lagi kata-kata dan madah yang diunggapkan oleh beliau. Namun, sebenarnya kami yakin bahawa semuanya itu adalah bukannya dilakukan oleh beliau sendiri. Segala tulisan di blognya itu adalah datang daripada "insan" lain yang diupah oleh beliau. Saiful tidak perlu melatah akan perkara ini. Kononnya beliau berkorban untuk kebenaran?. Namun kebenaran apa yang mahu dicari dan dipertahankan"?

Bagi kita, tiada cacat cela daripada kenyataan Saiful. Perkara yang menghairankan kenapa PDO berasa takut sangat dengan kenyataan Saiful tersebut. Sepatutnya Saiful disokong kerana beliau menuntut 'keadilan'.

Pengakuan bekas pembantu DSAI bahawa beliau telah diliwat oleh DSAI sesuatu yang amat memalukan dan menjatuhkan maruah, bukan sewenang-wenangnya untuk diakui secara umum jika bukan kerana menuntut keadilan.

Bersambung..............

Tuesday, December 30, 2008

Liwat : Rakyat Belum Lupa

"Pertuduhan terhadap Anwar Ibrahim"

Bahawa kamu, pada 26 Jun 2008, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang di alamat Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, No 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Mohd Saiful Bukhari bin Azlan dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya; dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

"Hukuman"

Sekiranya disabitkan menurut seksyen 377B Kanun Keseksaan, kamu hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebatan.

Sunday, December 28, 2008

AL FATIHAH : Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan mangkat

SEREMBAN 27 Dis. – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman, 86, mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini kira-kira pukul 11.45 pagi.
Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Norzam Mohd. Nor ketika membuat pengumuman itu di HTJ tengah hari ini memberitahu, Tuanku Ja'afar berada dalam keadaan tidak sihat pagi ini selepas mengadu sakit kepala dan tidak selesa.

``Saya ingin memaklumkan, Tuanku Ja'afar telah mangkat pada pukul 11.45 pagi di HTJ. Kebawah Duli Tuanku mengadu kurang sihat dan sakit kepala pada pukul 8.10 pagi.

``Pihak HTJ telah dihubungi dan dua Pakar Perunding Kanan HTJ, Datuk Dr. Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr. K. Sree Raman telah bergegas ke Istana Hinggap di Seremban untuk memberikan rawatan kepada Tuanku,'' kata beliau pada sidang media khas mengumumkan kemangkatan baginda di Bilik VIP HTJ hari ini.

Smber : Utusan Malaysia

Wednesday, December 24, 2008

Rujuk MTN : Jangan jadi bodoh

Keputusan kerajaan untuk menghalang keputusan kerajaan negeri Perak berhubung kes pemilikan tetap tanah diberi kepada penduduk Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) dan Kampung Baru."Urusan tanah perlu mendapat khidmat nasihat dan kelulusan dari Majlis Tanah Negara (MTN)."

Timbalan Perdana Menteri Dato' Sri Najib menegaskan bahawa :"Dasar Tanah Negara menetapkan pegangan tanah secara kekal hanya boleh diberi bagi maksud kegunaan Kerajaan Persekutuan, awam dan keadaan istimewa yang terhad.

"Berhubung kepada keputusan kerajaan persekutuan ini, jelas, bahawa Pakatan Rakyat di Perak lebih suka bersikap populis tanpa memikirkan kesan jangka panjang kepada warisan tanah terutamanya kepada kaum asal dan majoriti di Perak iaitu Melayu.

Biarpun MTN belum lagi membuat sebarang keputusan, tindakan kerajaan persekutuan menangguhkan cadangan ini dan membawa masalah ini kepada tanggungjawab MTN, ia adalah satu perjuangan membela hak Melayu.

Hakikatnya di Perak, pemimpin Melayu hanyalah boneka DAP dan selama 5 tahun memerintah Perak ini, sedikit demi sedikit tanah negeri Perak akan dikaut oleh DAP.

DAP akan mainkan isu tanah dan tanah dan tanah sehinggalah tamat mandat rakyat untuk memerintah Perak selama 5 tahun.. Kesudahannya Melayu merempat di tanah sendiri.

PAS gagal pertahan Hudud dalam Pakatan Rakyat

Nampaknya media pembangkang dan lidah utama mereka Harakah Daily senyap dan berdiam diri sahaja mengenai hukum Hudud yang pernah satu ketika dulu pernah menjadi senjata mereka berdepan dengan UMNO...

Nampaknya kali ini senjata makan tuan....Hudud yang dilaung-laungkan kini terbukti hanya penipuan semata-mata...

Hudud tiba-tiba senyap dan berhenti diukir di Media PAS... ada ramai yang mempertahankan Husam dan ramai juga yang menghentam Husam

Semuanya gara-gara Husam yang terlepas cakap mengenai Hudud semasa program wacana Perdana.... walaupun ada yang berpendapat bahawa soalan tersebut adalah soalan bodoh oleh Khairy Jamaludin... nampaknya yang jawap juga bodoh iaitu saudara Husam...

Penyokong PAS tidak patut salahkan UMNO kerana yang menyanggah kenyataan Hudud PAS adalah DAP... bukannya UMNO... peliknya penyokong PAS tetap salahkan UMNO.... sedangkan DAP yang menentang Hudud PAS... jadi patut PAS kenalah hentam DAP balik yang menentang PAS... teringat ceramah Datuk Ismail Kamus dahulu "ini bukan adil, ni bangang namanya"..

DAP pula secara automatik nampaknya terus bangkit dan menentang hasrat PAS itu sama ada Lim Kit Siang mahupun Lim Guan Eng sama sahaja anak-beranak ni... atas alasan Hudud tidak terdapat dalam manifesto Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum yang lalu.....

Pakatan Rakyat mahukan negara sekular...Tapi itulah.. nampaknya isu UMNO tolak hudud , UMNO tolak negara Islam, isu UMNO sekular kini tidak boleh diguna lagi...

Nampaknya Hudud PAS semakin kabur dan bakal berkubur... kerana bukan sahaja tidak dapat dilaksanakan bahkan hendak dimasukkan di dalam manifesto Pakatan Rakyat pun tidak boleh...

Bukan kerana UMNO hendak 'kuburkan' Hudud PAS, tetapi PAS sendiri yang 'kuburkan Hudud.Penyokong PAS tidak wajar menyalahkan UMNO kerana PAS gagal meletakkan Hudud dalam manifesto Pakatan Rakyat.

Jadi apakah manifesto PAS di Kuala Terengganu ini... adakah Hudud termasuk dalam manifesto ataupun tidak.....

Hudud: Husam sudah 'corner baring'

Oleh Mohd Sayuti Omar

BELUM sampai 36 jam atau kalau tanam kacang belum sempat kulit arinya pecah, Naib Presiden Pas, Husam Musa telah memperbaiki kenyataannya berhubung perlaksanaan hukum hudud yang dibuat ketika berwacana bersama Khairy Jamaluddin dan Abdul Aziz Bari di Balai Islam malam Sabtu lalu.

Semasa respon kepada provokasi Khairy Jamaluddin yang ingin tahu apakah Pas akan laksanakan hudud kalau Pakatan Rakyat menang, Husam menegaskan Pas akan melaksanakan hukum hudud sekiranya Pakatan Rakyat memerintah."Iya kita akan laksanakan," begitulah jaminan Husam apabila diasak lebih dua kali oleh Khairy.

Kurang diketahui pula MB Kelantan dalam penantian itu sedar atau tidak ketika beliau mengeluarkan kata-kata itu.Tetapi hari ini Husam telah membuat pembetulan ke atas persetujuannya semalam.

Katanya perlaksanaan itu akan ditangguhkan dan ia akan dimaklumkan kepada DAP dan Keadilan terlebih dulu.

Kononnya pemberitahuan itu kerana Pakatan Rakyat telah menandatangani dasar Pakatan itu Ogos lalu? Kata Husam pihaknya tidak akan membuat keputusan secara uniteral sebalik akan membuat secara multiultra.

Barang kali baik juga kalau isi kandungan perjanjian itu didedahkan kepada umum untuk ketahui apakah semangat dan roh perjanjian itu.

Kenapa Husam nampak gelabah dengan jaminannya malam kelmarin itu? Mungkin dia tahu ia bakal menjadi isu dan polimek dalam Pakatan Rakyat seperti mana yang saya jangkakan sebelum ini.

Dugaan ini ternyata benar apabila DAP sudah kelam kabut dengan kenyataan itu sehingga mahu rujuk kepada Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim.

Media kroni pula sudah tentu sedang menyusun untuk mengeksploitasikan isu itu di Kuala Terengganu nanti.

Justeru pada saya penegasan Husam malam itu kurang berhemah dan memakan diri!Sebenarnya Husam tidak payah membuat pembetulan atas kenyataan itu.

Kenyataan beliau malam tadi mendapat sambutan hangat dan itulah yang diharapkan. Langkah beliau membetulkan kenyataan itu menyebabkan ia akan mengelirukan penyokong Pas dan orang Islam sendiri serta mereka yang rindukan hudud.

Pembetulan itu juga menjadikan orang akan pertikaikan pengakuan Husam itu sebagai bersifat politik semata-mata.

Dengan kenyataan pembaikian itu Husam melakukan dua kali kesilapan dalam satu masa.Apa yang beliau tegaskan kelmarin (ketika menegasnya siap dengan mengangkat telunjuk ke langit), sudah tepat dan satu kebenaran yang dibanggakan.

Sebagai orang Islam, pemimpin parti Islam sewajarnya agenda melaksanakan hudud itu diletakkan di atas. Segala unsur dan usaha mengenepinya perlu ditentang habis-habisan.

Hukum hudud tidak boleh dikorbankan atas maslahat politik atau ia ditangguhkan atas dasar menghromati orang lain.

Saya rasa orang Pas lain juga cukup senang dengan jaminan Husam itu. Golongan ulama yang selama ini berjuang bermati-matian untuk melaksanakan hudud merasakan mereka mendapat semangat baru apabila ia disanggupi sendiri oleh seorang pemimpin bertaraf Naib Presiden yang profesionalis dan dianggap bijak.

Ketika dipersoalkan oleh Khairy, Husam ada menjelaskan Kelantan merayakan hari memperingati hudud setiap tahun.

Dengan penuh bangga beliau memaklumkan itu kepada audience. Tetapi sesudah sehari penegasan itu menerawang masuk ke rongga kepala rakan bukan Islam Husam semacam gelabah pula. Kenapa?

Sebagai pemimpin yang meletakkan taqwa sebagai syarat orang untuk menjadi Perdana Menteri, Husam tidak perlu takut sebenarnya.

Beliau juga tidak perlu merasa malu dan gerun kalau tidak popular dari kalangan bukan Islam kerana menjadi juara hudud.

Bila beliau mengubah dan meralatkan kenyataannya ini menyebabkan orang boleh mengatakan Husam tidak istiqamah dalam iltizamnya.

Sepatutnya ia tidak perlu dibimbangkan Husam, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah membela Husam mengenai kenyataannya tentang hudud itu.

Kata Nik Aziz hudud bukan hak Pas tetapi hak Islam. Katanya fungsi atau martabat hudud sama dengan sembahyang, kalau sembahyang wajib boleh buat kenapa hudud yang juga wajib tidak boleh dibuat?

Jadi apabila tuan guru sudah memberi isyarat dan beranalogi begitu nah, teruskan saja.Tidak patut dan wajar kalau Husam bermain sorong tarik dengan hukum hudud dan qisas ataupun aspirasi Islam lainnya.

Beliau juga sesungguhnya tidak perlu bimbang dengan penerimaan bukan Islam mengenai penegasannya itu.

Bukankah beliau sendiri mengatakan bahawa kefahaman Islam dari kalangan bukan Islam termasuk DAP dan orang seperti Pengerusi Kelab Penyokong Pas dari kalangan orang Cina itu lebih baik berbanding dengan Umno atau Khairy Jamaluddin.

Jadi apa yang nak dibimbangkan lagi laksanakan Islam yang menjadi cita-cita dan matlamat perjuangan Pas itu? / msomelayu.blogspot.com

Husam longlai digertak DAP isu hudud

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berdolak-dalik untuk melaksanakan undang-undang hudud apabila ditekan DAP walaupun beriya-iya berbuat demikian, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

"Dicabar ke kanan, digertak ke kiri. Inilah yang saya lihat tentang YB Datuk Husam. "... belum pun sempat hilang panasnya bara ketetapan dan jawapan beliau untuk melaksanakan hukum hudud di Malaysia, (beliau) terus tersungkur dan menyerah kalah pada gesaan DAP," kata naib ketua Pemuda Umno.

"Akibat pukulan dan desakan DAP ini, Datuk Husam yang tampak berani dan bersemangat tinggi semasa majlis wacana di Balai Islam tiba-tiba pula menjadi ikon transformasi politik layu, dengan longlai dan lesunya tunduk kepada gertakan DAP.

"Beliau mengulas pendirian terbaru ahli politik Kelantan itu selepas bertegas untuk melaksanakan hudud sewaktu berdebat dengannya dengan judul 'Wacana Transformasi Politik Malaysia' di Kota Bharu, Sabtu lepas.

Menulis dengan nada sinis dalam coretan 'Transformasi Politik Husam' di blognya hari ini, Khairy berkata pemimpin PAS itu beberapa kali menegaskan kesediaan parti itu untuk melaksanakan perundangan Islam jika berjaya menguasai Malaysia.

"Beliau menjawab dengan jelas 'kita akan buat.' "Saya selanjutnya meminta beliau jelaskan sekali lagi jawapannya dan beliau menegaskan sekali lagi bahawa 'kita akan buat' sambil mengangkat jari dan tangan menandakan kesungguhan jawapan beliau," coretnya lagi.

Semalam, Husam mengakui pelaksanaan hudud dan qisas yang menjadi asas perjuangan PAS selama ini terpaksa ditangguhkan kerana ia memerlukan persetujuan rasmi dua rakan Pakatan Rakyat, PKR dan DAP.

Beliau dilaporkan berkata tiga parti itu telah menandatangani perjanjian Ogos lalu bahawa sebarang perubahan dasar perlu dibuat dengan persetujuan ketiga-tiga parti tersebut.

"PAS tidak akan mengambil langkah unilateral. Semua perkara akan diambil secara multilateral," katanya seperti dilaporkan.

Terdahulu semalam, DAP membantah hasrat Husam."Hukum hudud bukan dasar Pakatan Rakyat dan tiba giliran Husam menjelaskan apa yang dimaksudkannya," kata tokoh popular parti Lim Kit Siang hari ini.

"Jika gagal dijelaskan, kenyataan Husam boleh menimbulkan rasa tidak senang, serba salah dan bantahan bukan sahaja di kalangan 11 peratus pengundi Cina di pilihanraya kecil Kuala Terengganu, tetapi juga kepada semua pengundi di seluruh Malaysia.

" DAP, tambah Lim, kekal dengan pendiriannya untuk mempertahankan wajah sekular bangsa dan negara Malaysia seperti dipersetujui dalam kontrak sosial oleh pengasas kemerdekaan negara 51 tahun lalu.

Khairy, calon ketua Pemuda Umno, juga dilaporkan bersetuju untuk melaksanakan hudud dalam perdebatan tersebut tetapi cepat-cepat menafikan pernah berkata demikian semalam.

"Kenyataan 'U-turn' Datuk Husam dalam tempoh yang amat pendek sekali memberikan kita satu lagi contoh di mana PAS terpaksa tunduk kepada desakan parti DAP," kata menantu perdana menteri itu.

"Di manakah prinsip PAS yang dikatakan oleh Datuk Husam semasa beliau bentangkan mukadimahnya di wacana tersebut yang mana antara 'P' penting yang disebut adalah prinsip? "Takkan prinsip boleh dibuang begitu mudah sahaja?"

Tetap tidak setuju hudud, qisas

KUALA LUMPUR: DAP tetap dengan pendirian dulu bahawa parti itu tidak akan bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang hudud dan qisas di negara ini.

Pengerusinya, Karpal Singh, berkata DAP akan terus berpegang dengan pendirian itu dan akan membantah usaha melaksanakan undang-undang berkenaan di negara ini.

“Sukar untuk DAP bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang ini. Pendirian kita, ia tidak harus dilaksanakan... ini pendirian dari dulu dan kita akan berpegang kepadanya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, berkata Pas akan tetap melaksanakan undang-undang hudud dan qisas sebaik saja Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pimpinan negara melalui pilihan raya umum.

Beliau mengulangi janji parti itu selepas dicabar Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengenai pelaksanaan hudud berikutan isu itu dilihat tenggelam dan tidak lagi dilaungkan pemimpin PAS selepas pilihan raya umum Mac lalu.

“Kita akan buat,” kata Husam pada wacana perdana bertajuk “Transformasi Politik Malaysia” di Balai Islam di Kota Bharu, Kelantan.

Karpal berkata, DAP akan berbincang dengan Pas dan akan bertemu dengan Husam untuk mendapatkan penjelasan dan apa sebenarnya yang diperkatakan Naib Presiden Pas itu.

“Kita pun tak pasti apa sebenarnya yang dia cakap,” katanya.Sementara itu, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua, berkata PKR tidak mahu memberi reaksi terlalu awal mengenai apa yang dikatakan Husam itu sebelum mendapat penjelasan daripadanya.

DAP Bantah Rancangan Pas Laksana Hudud

PULAU PINANG, 22 Dis (Bernama) -- DAP hari ini menyatakan pendiriannya membantah cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang berjaya memerintah negara pada masa akan datang.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata pelaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac lepas."DAP tidak bersetuju dan membantah cadangan itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata beliau akan menghubungi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.

Akhbar hari ini melaporkan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata parti itu tidak pernah melupakan dasar perjuangannya untuk menegakkan pemerintahan Islam di negara ini termasuk melaksanakan hukum hudud.

Katanya kerajaan PAS Kelantan terus mengadakan perayaan Hari Hudud setiap tahun kerana tidak berupaya melaksanakan undang-undang Islam itu disebabkan kuasa mutlak berada pada Kerajaan Persekutuan.

Sementara itu, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata sekiranya PAS ingin melaksanakan cadangannya itu, parti itu perlu merujuk pandangan daripada rakan sekutunya sebelum membuat keputusan."PAS perlu merujuk kepada semua parti komponen yang berada di bawah Pakatan Rakyat. Tak eloklah sekiranya mereka membuat keputusan sendiri," katanya dan menurutnya kenyataan Husam itu berkemungkinan hanya pendapat peribadi beliau dan bukannya pendirian PAS.

Pesuruhjaya PAS negeri Salleh Man berkata PAS Pulau Pinang akan akur dengan sebarang keputusan pucuk pimpinan parti.

Di KOTA BAHARU, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tiada masalah untuk PAS melaksanakan undang-undang Hudud dan Qisas kerana halangannya hanya terletak pada pemikiran mereka yang kurang memahami undang-undang itu.

Jika hukuman gantung boleh dilaksanakan kepada pengedar dadah maka tidak jadi masalah untuk rakyat menerima hudud yang antara lain menguatkuasakan hukuman bunuh kepada pembunuh dan hukuman potong tangan kepada pencuri, katanya."Hudud ini bukan dibawa PAS tetapi dibawa oleh Islam sejak dari zaman Nabi Muhammad lagi, jadi bagi orang Islam yang mentadbir negara adalah wajib bagi mereka melaksanakan hudud," katanya kepada pemberita.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata pemimpin PAS seperti beliau hanya mampu menggubal undang-undang Hudud dan Qisas itu tetapi pelaksanaannya akan diadili oleh mahkamah dan hakim berdasarkan bukti dan fakta."Jika tidak cukup bukti, hakim tidak akan jatuhkan hukum hudud ke atas pesalah itu. Sama seperti undang-undang yang ada sekarang," katanya.

Ditanya mengenai penerimaan parti komponen Pakatan Rakyat seperti DAP dan PKR, Nik Abdul Aziz berkata PAS sedia berbincang dengan mereka mengenai hukum hudud."Jika mereka tidak mahu menerima, mereka perlu ada alasan kenapa tidak boleh menerimanya...Islam memberikan peluang kepada semua untuk berbincang," katanya.-- BERNAMA

Monday, December 22, 2008

FAHAMI KONTRAK SOSIAL

Sambungan.......................

5. Apa itu alam budaya?

Menurut Kamus Dewan, Edisi Keempat, alam bermaksud lingkungan yang meliputi golongan atau kumpulan orang atau hidupan lain yang tertentu atau sejenis.

Budaya pula bermaksud tamadun atau peradaban. Maka alam budaya bolehlah difahami sebagai lingkungan yang meliputi golongan atau kumpulan orang dalam sesebuah tamadun.

6. Apakah hubung kait antara alam budaya dengan istilah bumiputera dan imigran?

Hampir semua manusia dalam dunia ini ada mengalami proses berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Perpindahan dalam alam budaya yang sama tidak menjadikan seseorang itu imigran tetapi tetap bumiputera di kawasan itu.

Seseorang itu menjadi imigran apabila dia berpindah keluar dari alam budayanya yang asal dan menetap dalam alam budaya yang baru. Sebagai contoh, orang Melayu di Malaysia dianggap sebagai bumiputera kerana mereka merupakan penduduk asal negara ini manakala yang berpindah itu datangnya dari gugusan pulau-pulau Melayu.

Ini menunjukkan bahawa mereka berpindah dalam alam budaya yang sama iaitu alam budaya Melayu walaupun mereka datang dari tempat yang berbeza. Orang Cina dan India pula dianggap sebagai imigran kerana mereka telah berpindah dari alam budaya yang lain iaitu dari alam budaya Cina dan India kepada alam budaya Melayu.

Sunday, December 21, 2008

FAHAMI KONTRAK SOSIAL

Sambungan.....................

3. Apa yang dimaksudkan dengan bumiputera dan imigran?

Menurut Kamus Dewan, Edisi Keempat, bumiputera membawa maksud anak negeri atau peribumi manakala imigran bermaksud orang yang masuk ke negeri asing untuk menetap.

4. Kenapa orang Melayu dianggap bumiputera dan orang bukan Melayu dianggap imigran?

Orang Melayu dianggap sebagai bumiputera kerana di sinilah tanah tumpah darah mereka sejak turun temurun. Manakala orang bukan Melayu dianggap sebagai imigran kerana mereka berasal dari tempat-tempat lain dan telah berpindah ke sini.

Bersambung........................

Friday, December 19, 2008

FAHAMI KONTRAK SOSIAL

Sambungan..................

2. Apakah perkara yang perlu difahami dalam kontrak sosial?

Rakyat Malaysia perlu memahami bahawa kontrak sosial dicapai melalui proses muafakat dan musyawarah. Permuafakatan itu telah mendapat sokongan rakyat sebagaimana yang terbukti melalui kemenangan Parti Perikatan dalam pilihan raya 1955. Kontrak sosial harus difahami tentang hubung kaitnya dengan empat perkara utama iaitu perlembagaan, kemerdekaan, hubungan kaum dan sistem pemerintahan negara.

Sebahagian masyarakat bukan Melayu menganggap kontrak sosial sebagai sesuatu yang dikaitkan dengan kewarganegaraan. Ia suatu pemberian yang diberikan kepada mereka yang pada masa itu merupakan imigran atau keturunan imigran. Oleh kerana masyarakat bukan Melayu diberikan kewarganegaraan atas syarat-syarat tertentu maka masyarakat bumiputera pula diberikan perlindungan melalui fasal-fasal dalam perlembagaan tentang hak istimewa orang Melayu.

Tanpa kontrak sosial ini kemungkinan negara kita tidak dapat mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957. Kontrak sosial adalah kunci kepada hubungan kaum sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan dan ia juga merupakan asas kepada sistem pemerintahan yang menjadikan kita negara demokrasi berparlimen raja berperlembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan.

Bersambung...................

Thursday, December 18, 2008

FAHAMI KONTRAK SOSIAL

1. Apa yang dimaksudkan dengan kontrak sosial?

Kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin Melayu, Cina dan India. Pemeterian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang diwakili oleh mereka iaitu UMNO, MCA dan MIC.

Persefahaman atau perjanjian antara kaum ini menetapkan kaum bukan bumiputera yang layak akan diberi kewarganegaraan dan mereka bebas mengamalkan agama mereka serta mempelajari bahasa ibunda masing-masing. Pada masa yang sama, kaum bumiputera pula berhak mendapat beberapa pertimbangan istimewa dalam bidang pekerjaan, bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi ialah bahasa Melayu, agama persekutuan adalah agama Islam dan institusi kesultanan dikekalkan.

Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat bangsa dan negara Malaysia.

Bersambung.............

Wednesday, December 17, 2008

PRO DSAI JAJAH PAS

PAS yang memonopoli politik pembangkang negara sejak sekian lama terpaksa melupakannya pada masa akan datang. Kisah wujudnya kumpulan pro DSAI dan klon PKR bukan omong-omongan kosong lagi.

PAS akan mengharungi zaman gelap suatu masa nanti. Ceramah-ceramah PAS di merata tempat dijangka tidak mendapat sambutan. Rakyat tidak lagi berminat menyertai PAS kerana dilabelkan 'parti tua' atau 'parti lebai' sahaja. Dalam erti kata lain PAS tersasar dari slogan 'Harapan Baru'.

Pengaruh DSAI dikatakan mula menular di dalam kepimpinan PAS. Mereka amat percaya DSAI akan menjadi Perdana Menteri ke 6 suatu masa nanti. Mac 2009 adalah bulan yang amat mendebarkan Pakatan Pembangkang. Maka tidak mustahil selepas Pilihan Raya Kecil P.036 Kuala Terengganu, Pakatan Pembangkang akan serang habis-habisan.

Golongan profesional PAS yang bukan berpendidikan agama merasakan mereka tidak boleh maju di bawah kepimpinan ulama. Maka wujudlah orang dalam PAS yang 'Klon PKR'. Mereka juga mempunyai cita-cita peribadi mahu memegang jawatan tinggi sebagai menteri atau timbalan menteri sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya menawan Putrajaya.

Kumpulan ini juga sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan beberapa nama besar dalam PAS. Kebangkitan golongan ini membangkitkan kerisauan dan kebimbangan dikalangan ahli setia dan pemimpin-pemimpin ulama dalam PAS. Kumpulan ini sudah mula berani memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin utama PAS dan menyanggah saranan yang diberikan oleh pucuk pimpinan parti itu.

Kini giliran PAS pula merasai peluasan kuasa DSAI. Mereka sudah mula memasang 'orang'nya dari dalam untuk menjajah PAS . Strategi seperti ini pernah digunakan oleh DSAI ketika berada dalam UMNO dahulu.

Nampaknya kini PAS lebih jelas terpecah kepada 2 kumpulan iaitu golongan ulama yang menyokong Hj. Hadi Awang dan golongan profesional yang pro DSAI. PAS kena lancarkan slogan 'Selamatkan PAS' kalau tidak seorang demi seorang akan melompat ke PKR.

Kini PAS pula menerima akibatnya apabila berkawan dengan DSAI. UMNO telah merasai jerit perihnya ketika DSAI bersama UMNO. Adakah PAS akan terus membenarkan DSAI meluaskan penguasaanya di dalam PAS sehingga suatu hari nanti PAS akan diambil alih sepenuhnya?.

(Kata Waris Pahang :

- Benarlah kata orang, PAS kini parti kelas ketiga.

- PAS akan pupus suatu hari nanti jika tidak mengekang pengaruh DSAI.

- Golongan ulama dalam PAS pula hanya akan tinggal dalam lipatan sejarah politik tanahair.

- Ahli PAS yang klon PKR mempunyai agenda peribadinya. Mereka boleh guna dua flatform iaitu PKR dan PAS untuk mencapai cita-cita peribadinya.)

Serang Hendap "Demo Bogel".

Rakyat Malaysia pening memikirkan seorang hamba Allah yang mahu demontrasi bogel di hadapan DSAI secara serang hendap setelah tempoh berbincang dengan Abdul Khalid secara ‘berpakaian’ tamat Jumaat lepas.

"Datuk Seri Anwar mesti bertanggungjawab terhadap apa yang Tan Sri Khalid lakukan dalam menindas dan menzalimi rakyat negeri Selangor," kata Ramlan Abu Bakar (Presiden Gerakan Reformis Rakyat Malaysia).

Beliau akan bertindak demikian kerana kecewa dengan kegagalan kerajaan PKR negeri Selangor membela rakyat miskin negeri itu. Apa yang menariknya DSAI berhadapan dengan protes secara terbuka dari orang-orangnya sendiri yang sudah hilang keyakinan kepada kepimpinannya.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara angkuhnya menganggap ancaman demontrasi bogel terhadap beliau bukanlah satu isu yang perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan negeri.

Keangkuhan Abdul Khalid ini membangkitkan lagi perasaan marah rakyat Selangor yang berpendapatan rendah. Mereka mempersoalkan di mana janji Pakatan Pembangkang yang memperjuangkan ‘Negara Kebajikan’.

(Kata Waris Pahang :

- MB Selangor pejam sebelah mata permasalahan dan tuntutan kaum Melayu.

- Sekiranya kaum Cina yang mengemukakan permasalahan dan tuntuan sudah pasti lama telah diselesaikan oleh kerajaan Negeri.

- Kaum Melayu : Anak Tiri, Kaum Cina : Anak Emas.
- Negeri Pahang tidak pernah berlaku macam ini. Percayalah lagi Pakatan Pembangkang!.)

Tuesday, December 16, 2008

CAMRY : RAKYAT KELIRU?

Kerajaan Perak menggemparkan rakyat Malaysia amnya dan rakyat Negeri Perak khususnya kerana meluluskan pembelian sebanyak 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Tindakan ini dianggap tidak patriotiK oleh rakyat Malaysia malahan penggunaan kereta import juga bererti kerajaan negeri sanggup mengalirkan wang ke luar negara untuk membeli kereta-kereta berkenaan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kos membaiki serta menyelenggara Proton Perdana yang begitu tinggi dan sering mengalami kerosakan.

Kerajaan Perak sebenarnya telah 'mengkhianati' negara dan seolah-olah memperlekehkan kereta buatan tempatan yang dianggap tidak layak menjadi kenderaan rasmi kerajaan negeri.
Sepatutnya kerajaan negeri lebih mengutamakan penggunaan kereta nasional sebagai satu langkah untuk memartabatkan lagi kereta buatan tempatan.

(Kata Waris Pahang :

- Tindakan Kerajaan Perak yang tidak mahu menerima pandangan rakyat menunjukkan keangkuhan mereka.

- Pemimpin kerajaan Perak sepatutnya menjadi contoh kepada rakyat dengan menggunakan kenderaan buatan tempatan.

- Apabila pemimpin kerajaan menggunakan kenderaan buatan luar, ia juga mendorong rakyat untuk tidak menggunakan kenderaan buatan tempatan.
-Barangkali ada rakyat yang mahu ikut pakai Camry macam Kerajaan Perak. Namun mereka pakai Camry buatan sendiri seperti gambar di atas kerana tidak mampu.

Monday, December 15, 2008

Wira Iraq cipta sejarah


Dunia hari ini dikejutkan dengan peristiwa President George W Bush dibaling dengan sepasang kasut oleh seorang pemuda bernama MUNTAZER AL- ZAIDI.

Beliau ialah seorang wartawan The Al-Baghdadia Channel yang berpusat di Cairo. President George W Bush ketawa sahaja dan memberi respon ringkas : "Aku tak kisah. Kalau kamu semua nak tahu dia (Zaidi) baling pada aku kasut Saiz 10".

Tindakan Muntazer al-Zaidi bukanlah bertujuan mendapat populariti murahan tetapi beliau mahu menyampaikan mesej yang jelas dan mudah difahami oleh President George W Bush. Peristiwa yang mengejutkan ini sudah pasti membuatkan umat Islam amnya dan rakyat Iraq khususnya tersenyum dan bersorak gembira.

Muntazer al-Zaidi dianggap wira Islam yang berani, anak Iraq sejati dan keturunan yang tidak takut mati.

Apakah nasib Muntazer al-Zaidi selepas ini belum diketahui setelah beliau ditangkap serta merta oleh Pasukan Keselamatan.

(Kata Waris Pahang :

- Perjuangan rakyat Iraq belum selesai untuk membebaskan diri dari penjajah.

- Perjuangan rakyat Malaysia belum selesai untuk membebaskan diri dari dijajah 'versi baru' oleh Pakatan Pembangkang).

Barang Naik : Siapa Zalim?

Harga minyak diturunkan kali ke-7, namun peniaga, pembekal dan pemborong dilihat masih berdegil kerana tidak turunkan harga barang.

Kini kerajaan perlu tegas menangani harga barang yang masih ditahap yang tinggi akibat kedegilan peniaga dan pembekal. Pengguna perlu bangkit mendesak peniaga dan pembekal untuk turunkan harga barang dengan segera. Jika mereka enggan maka pengguna wajar memulau premis terbabit.

Penurunan harga minyak kali ke 7 membuktikan kerajaan mengotakan janji dan sekaligus membantu menurunkan kos pengangkutan yang ditanggung oleh peniaga, peruncit dan pemborong. Oleh yang demikian, sepatutnya tidak ada lagi alasan mereka kononnya terpaksa menanggung kos pengangkutan yang tinggi sebagaimana yang berlaku sebelum ini.

Desakan supaya peniaga, peruncit dan pemborong menurunkan harga barang mestilah dilakukan secara bersepadu oleh semua pengguna dan KPDN&HEP. Mereka tidak sewajarnya mengaut keuntungan dari kesengsaraan orang lain.

(Kata Waris Pahang :

- Terbukti kini selepas penurunan harga minyak kali ke 7, peniaga dan pembekallah yang menzalimi rakyat Malaysia.)

PENURUNAN HARGA MINYAK KALI KE 7

Harga minyak turun lagi 10 sen seliter berkuatkuasa tengah malam ini. Terima kasih kepada kerajaan kerana mengotakan janji. Ini kali ketujuh harga minyak diturunkan. Kali keenam harga minyak diturunkan ialah pada awal disember 2008.

Dengan pengumuman terbaru ini petrol RON97 dikurangkan daripada RM1.90 kepada RM1.80. Petrol RON92 pula turun dari RM1.80 kepada RM1.70 dan Diesel juga turun dari RM1.80 ke RM1.70.

Kenaikan mendadak harga minyak di pasaran dunia yang berlaku sebelum ini hendaklah dijadikan pengajaran kepada semua rakyat Malaysia. Kita mestilah sentiasa bersedia menghadapi pasang surut ekonomi global yang tidak menentu.

Kini harga minyak telah jatuh akibat krisis ekonomi global . Maka tidak mustahil harga minyak akan melonjak lagi ke paras US 75 setong. Sehubungan dengan itu ekonomi negara perlu diurus dengan lebih baik dan teratur untuk jangka masa pendek dan panjang.

(Kata Waris Pahang :

i. Dulu rakyat marah sebab kenaikan harga minyak jadi sekarang mestilah berterima kasih. Kerajaan naikkan harga minyak dulu pun sebab kenaikan harga bahan api itu di pasaran dunia.

ii. Terima Kasih di atas keperihatinan kerajaan kerana mengotakan janji.

iii. Jelas sekali di sini pembangkang cuba menangguk di air yang keruh. Sepatutnya susah senang kita bersama hadapinya. Pakatan Pembangkang bila mahu tunaikan janji "Negara Kebajikan".?

iv. Kerajaan telah turunkan harga minyak lebih daripada 50 sen. Lebih daripada harga yang DSAI mahu turunkan.

v. Pakatan Pembangkang semakin resah dengan kebangkitan suara rakyat di seluruh negara yang sudah mual dengan sikap bacul dan boneka PKR dan PAS kepada DAP).

PDO tidak berperikemanusiaan dan biadap!

Laporan PDO tentang kemalangan yang meragut nyawa Allahyarham Dato Haji Abdullah bin Rahmat, Setiausaha Kerja Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang amat mendukacitakan kita semua.

Apatah lagi keluarga allahyarham dan rakan-rakan arwah masih dalam suasana sedih dan pilu dengan kehilangan beliau. Tindakan biadap PDO sukar dimaafkan oleh rakan-rakan yang mengenali beliau.

Artikel tersebut menggambarkan 'niat jahat’ PDO dan menghina keluarga allahyarham. PDO sungguh tidak berperikemanusiaan.

(Kata Waris Pahang :

- PDO telah menghina keluarga Allahyarham Dato’ Hj Abdullah Rahmat dengan dahsyatnya.

- Terpulang kepada keluarga arwah samaada mahu menyaman atau sebaliknya).

Wednesday, December 10, 2008

Papan Tanda Pelbagai Bahasa?


Pakatan Pembangkang Perak telah mencetuskan kontroversi apabila berhasrat menukar papan tanda dalam Bahasa Melayu (Malaysia) kepada papan tanda pelbagai bahasa.

Tindakan tidak bijak ini tidak mengambil kira sensitiviti kaum Melayu. Apakah mereka ini penjajah versi baru? Di mana PKR dan PAS, kenapa tidak bersuara?. Apakah mereka sudah hilang semangat patriotisme?

Sedarlah PKR dan PAS, mereka sudah semakin berani sekarang malahan kurang ajar!. Menghina Bahasa Malaysia samalah dengan menghina dan mempertikai kontrak sosial, perlembagaan, hak semua kaum, kedudukan raja-raja dan status agama Islam.

Dulu mereka lakukan perkara yang sama di Pulau Pinang atas alasan kemudahan pelancung. Kini di Perak pula tetapi atas alasan apa? Untuk makluman, kawasan yang mahu ditukar papan tanda di Perak adalah bukan kawasan pelancungan.

Ini bermakna mereka sengaja menguji kesabaran orang Melayu, menghina Bahasa Melayu dan mencari populariti dengan isu tersebut.

Apakah yang menguntungkan PKR dan PAS daripada tindakan DAP ini. Barangkali PKR dan PAS masih 'berbulan madu' kerana menang banyak kerusi semasa pilihan raya yang lalu sehingga tindakan DAP satu persatu dianggap kata-kata yang manis.

Rakyat di luar sana sudah muak dengan PKR dan PAS kerana menjadi boneka dan mengikut telunjuk mereka. Lebih malang lagi DAP memperjuangkan nasib kaum Cina tetapi PKR dan PAS sebaliknya. Apa yang dikesalkan sedikit demi sedikit hak-hak orang melayu telah ditarik dan dinafikan oleh mereka.

(Kata Waris Pahang :

i. Tindakan Pakatan Pembangkang ini menggugat keharmonian yang kita kecapi selama ini dan bercanggah dengan keputusan Majilis Raja-Raja.

ii. Janganlah kita benarkan ahli politik pelampau ini bertindak keterlaluan sehingga memecah belahkan negara yang amat kita sayangi ini.

iii. Ingatlah! Rakyat Pahang akan menolak Pakatan Pembangkang dalam Pilihanraya Umum Ke 13. Kami telah beri peluang tetapi lain yang kamu lakukan dan menghiris perasaan kami).

Monday, December 8, 2008

Al Fatihah

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Semua yang berlaku adalah takdir dan ada hikmah disebalik kejadian tersebut.

Negara kita Malaysia bertuah kerana mempunyai ramai rakyat yang mempunyai nilai murni dan suka bantu membantu di antara satu sama lain.

Tidak lupa juga sekalung ucapan syabas kepada pasukan keselamatan, NGO dan orang perseorangan yang bertungkus lumus tidak kira siang atau malam membantu mangsa tragedi tanah runtuh tersebut.

(Kata Waris Pahang :

i. Biarlah pihak polis membuat siasatan terhadap kes kecurian barangan mangsa tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.

ii. Harus difahami pihak polis bukan sahaja menjaga keselamatan harta awam tetapi juga menjaga keselamatan diri.

iii. Orang yang wajar kita kutuk ialah perompak yang tidak berhati perut mengambil kesempatan daripada tragedi tersebut.

iv. Orang yang perlu kita kutuk juga ialah orang yang suka mencari kesalahan orang. Apa sumbangan penulis blog pahangdaily membantu mangsa tragedi tersebut? Mereka hanya pandai menyalahkan orang dan mahukan rakyat berpecah belah.

v. Budaya suka menyalahkan orang lain adalah perbuatan yang amat hina dina).

Dr. Hasan Ali tertekan?


Kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Hassan Mohamad Ali mengejutkan banyak pihak dan menimbulkan rasa kurang senang pihak tertentu. Kenyataan ikhlas beliau ini menimbulkan pelbagai persepsi masyarakat samaada beliau tertekan sehingga mendedahkannya kepada media massa atau Pakatan Rakyat sudah menjadi Pakatan Rapuh.

Jika diteliti senario politik PAS sejak kebelakangan ini bolehlah kita katakan ada sesuatu yang tidak kena. Dr. Hasan Ali berkata, beliau sudah tidak boleh tahan lagi. Siapakah yang menekan beliau, rakyat atau perasaan cita-citanya sendiri?

Hassan membuat pengakuan bahawa pihaknya (Pas) sukar untuk mentadbir Selangor disebabkan kerana perbezaan ideologi politik dengan PKR dan DAP. Ini menyebabkan Pas tidak dapat melaksanakan aspirasi orang Melayu di negeri itu.

Utusan Malaysia mendedahkan, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali dilaporkan mengakui kadang-kala terpaksa melupakan matlamat perjuangan utama parti itu untuk menegakkan syiar Islam ketika membuat sesuatu keputusan berkaitan pentadbiran kerajaan negeri semata-mata mahu mengambil hati PKR dan DAP.

Kenyataan beliau ini membuktikan Pakatan Rakyat sedang bergelora dan tidak padu? Masalah dalaman mewarnai Pakatan Rakyat dan menggambarkan Pas tidak 'ngam' dengan PKR dan DAP.

(Kata Waris Pahang,

i. Kami rakyat Malaysia merasakan Dr. Hasan Ali telah tersilap langkah, kembalilah semula berkhidmat kepada majoriti rakyat Malaysia.

ii. Kami masih merindui suara mu, kepetahan mu dan kebijaksanaan mu di pentas Forum Hal Ehwal Perdana.

iii. Marilah kita sama-sama menolak Pakatan Pembangkang kerana mereka hanya memperjuangkan kepentingan politik sempit mereka semata-mata).

P.36 Kuala Terengganu :Tok Mun mahu bertanding?



Kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar pada Jumaat 5 Dis 2008 yang lalu berhubung " calon bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Maimun Yusof, 89, yang hilang wang pertaruhan pada PRU Mac lalu, dibenar bertanding pada pilihan raya kecil kawasan itu 17 Januari depan bukanlah satu penghinaan sebaliknya menggambarkan proses demokrasi di Malaysia.


Kedapatan juga masyarakat yang pandang sinis semangat Tok Mun. Walaubagaimanapun ramai juga rakyat Malaysia yang kagum semangat Tok Mun untuk bertanding lagi. Keputusan Tok Mun mahu bertanding lagi adalah lahir dari hati nuraninya.

Apa sebenarnya perjuangan Tok Mun, hanya beliau yang tahu. Jika Tok Mun berpeluang menyebarkan manifestonya, maka tidak mustahil kerusi P.36 Kuala Terengganu menjadi miliknya.

Rakyat Malaysia secara keseluruhannya mengalu-alukan jika beliau berhasrat mahu bertanding lagi.Tok Mun tidak wajar dipersendakan sebagai seorang yang layak digelar opah (nenek) dan tidak mampu mewakili penduduk Bandaraya Warisan Persisir Air. Keazaman beliau bertanding lagi membuktikan beliau masih sihat untuk memberi khidmat kepada masyarakat.

(Waris Pahang Kata :

i. Persoalannya kenapa ada pihak yang takut sangat dengan Tok Mun?.


ii. Parti yang takut dengan Tok Mun beerti parti tersebut lemah.

iii. Demi demokrasi, kita tidak boleh menghalang hak Tok Mun untuk bertanding lagi).

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA,
MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Sunday, December 7, 2008

P.36 Kuala Terengganu : Hari Besar Negeri Terengganu

Kuala Terengganu masih lagi tenang walaupun SPR telah mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian. Walaubagaimanapun rata-rata rakyat Terengganu tidak terlepas daripada membincangkan tentang 'hari besar' yang akan tiba juga pada masa dan saatnya.

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu bakal menjadi rebutan dua parti utama BN dan PKR namun beberapa nama calon bebas dijangka mewarnai Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu. Antara yang berminat ialah Parti AKIM dan Maimun Yusof (Tok Mun).

BN dilihat mempunyai lebih banyak peluang yang cerah untuk mempertahankan kerusi tersebut kerana BN mempunyai ramai tokoh berwibawa, berpengalaman luas, berpendidikan tinggi dan berwawasan. Manakala PAS dilihat ketandusan pelapis baru kerana 'orang lama' sentiasa cuba monopoli kerusi Parlimen atau DUN.

Satu pengorbanan yang PAS terpaksa akur satu masa nanti dalam pilihanraya umum ke 13 ialah memberikan sebilangan kerusi kepada PKR. Namun sejauh mana PKR diterima oleh rakyat Terengganu. Hakikatnya PKR sudah 'berani' minta kerusi di Terengganu.

PAS selama ini mengasah rakyatnya agar mencintai PAS secara total. Namun selepas kelahiran pakatan pembangkang yang dinamai Pakatan Rakyat, sebilangan ahli PAS dan kepimpinannya masih merasa sangsi dengan pakatan pembangkang kerana ideologi parti PKR, DAP dan PAS adalah berbeza.

Mereka juga ragu-ragu dengan DSAI dan tidak mempercayainya seratus peratus. Ahli PAS juga masih kecewa dengan penubuhan PKR, bagi mereka PKR tidak perlu diwujudkan sebaliknya parti PAS sahaja dijadikan wadah perjuangan untuk menentang BN.

Adakah slogan "Menuju Putrajaya" akan dilagukan semula?. Gelombang Permatang Pauh sudah pasti menjadi pertaruhan pembangkang pada pilihanraya kecil ini bertujuan merampas satu lagi kerusi BN. Namun Kuala Terenganu tidak sama dengan Permatang Pauh kerana Kuala Terengganu di bawah pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional.

Namun begitu gelombang dalam PAS sendiri sekarang ini masih belum reda. Satu demi satu kepimpinan PAS mendedahkan rasa tidak puashati terhadap pakatan pembangkang. Masalah dalaman PAS juga tidak kurang hebatnya sehingga ada pihak menafikan kemampuan Mohamad Sabu menawan P.36 Kuala Terengganu.


Barangkali ada pihak dalaman PAS yang anti Mohamad Sabu sehingga menganggap beliau bukanlah calon yang bersih. Apa-apa pun yang berlaku, PAS tetap akan meletakkan calonnya pada hari penamaan calon 6 Disember 2008.

(Waris Pahang Kata,

i. Waris Pahang baru sahaja pulang dari Kuala Terengganu yang aman damai dan indah. Negeri ini juga terkenal dengan insan yang mesra dan ramah tamah.

ii. Rakyat Kuala Terengganu bakal menerima tetamu dari seluruh Malaysia, pesan Waris Pahang kekalkan lah budaya ketimuran dan adab Islam sebagaimana yang diamalkan sekarang.

iii. Rakyat Kuala Terengganu jangan mudah terpengaruh 'orang luar' (pembangkang) yang bersikap agresif dan ganas untuk meraih sokongan pengundi sebagaimana yang berlaku di Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh).

Friday, December 5, 2008

Kembara politik Mat Sabu bakal berakhir?


- Pemimpin PAS secara terang-terangan kini tidak lagi menghormati Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mencadangkan Mat Sabu sebagai calon PRK Kuala Terengganu kerana ketokohan dan kepetahannya berhujah.

- Mursyidul am PAS amat kagum dengan kepetahan Mat Sabu dan Nik Aziz sendiri tidak mampu lakukan seperti Mat Sabu.

- Khabarnya Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa akan mengetuai jentera pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

- Adakah ini bermakna Datuk Mustafa Ali akan menjadi calon PAS? Jika sebaliknya maka kembara politik beliau untuk menjadi calon PAS juga turut berakhir.

- Kenyataan beliau mengenai peristiwa 16 September telah mencetuskan rasa tidak puashati kepimpinan pakatan pembangkang.

- Beliau dianggap tidak senada dengan pucuk pimpinan PAS pusat sehingga Nik Aziz terpaksa panggil beliau?

- Nasharuddin enggan mengulas sama ada nama Datuk Mustafa Ali turut tersenarai sebagai calon atau tidak.

- Sehingga kini banyak beberapa cadangan nama yang dikemukakan sehingga boleh kita dilabelkan ‘percaturan nama’. Antaranya calon PAS dalam pilihanraya umum Mac lalu, Mohamad Sabu, bekas MP Kuala Terengganu, Syed Azman syed Ahmad Nawawi dan timbalan pesuruhjaya PAS Terengganu, Wan Mutalib Embong.

- Dewan Pemuda PAS Negeri, Azman Shapawi Abdul Rani pula mencadangkan seorang calon yang berkelulusan doctor falsafah (PhD) dan dikurniakan Profesor Madya.

(Kata Waris Pahang,

- Simpati pulok rasanya kat Mat Sabu kerana ada orang mahu bunuh karier politiknya.

- Adakah zaman kegemilangan politik beliau berakhir di sini?

- Lebih malang lagi orang dah tak hormat kat Tuan Guru Nik Aziz.

- Mungkin ada kuasa lain yang menidakkan keupayaan Mat Sabu.

- Barangkali dalam PAS sekarang banyak team-team sehingga tidak sekata dan senada lagi?.

- Jika demikian maka 6 Januari 2009 (penamaan calon), Mat Sabu akan ‘disapu’.

- Ketika itu hanya tuhan yang tahu betapa sedihnya orang yang bernama Mat Sabu kerana beliau seolah-olah dihina, diketepikan, dibesarakan dan dibuang serta tidak diperlukan lagi oleh PAS.

- Segala jasa beliau mengangkat mertabat parti seperti dipadamkan dari ingatan ahli.

- Bak kata pepatah “penyu menangis siapalah tahu)”.

Thursday, December 4, 2008

DSAI sindir UMNO banyak politik wang



Waris Pahang dapat tahu dari kawan-kawan bahawa politik wang zaman DSAI semasa dalam UMNO lebih teruk, kalau tuan/puan tahu tolonglah cerita sikit!.

Wednesday, December 3, 2008

Datuk Zaid Ibrahim sengaja tempah dipecat?

Datuk Zaid Ibrahim telah menghadiri perhimpunan parti pembangkang minggu lalu menunjukkan bahawa beliau sengaja mencabar UMNO agar mengambil tindakan terhadap apa yang beliau lakukan.
Lembaga Disiplin UMNO telah mengambil keputusan untuk memecat bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Datuk Zaid Ibrahim sebelum ini :

i. Menyertai majlis anti-ISA anjuran Pakatan Rakyat di Parlimen.

ii. Meletak jawatan sebagai menteri kabinet kerana membantah tindakan kerajaan menggunakan ISA terhadap ahli Parlimen Teresa Kok, penulis blog Raja Petra Kamarudin dan wartawan Sin Chew Tan Hoon Cheng, September lalu.

iii. Beliau juga turut melepaskan jawatan senator.

iv. Menulis sepucuk surat terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menggesa beliau supaya memansuhkan ISA.

v. Mempersoalkan status orang Melayu.

vi. Menghadiri Kongres Nasional Tahunan PKR.

Kata Waris Pahang :

- Apa yang Datuk Zaid Ibrahim mahu sebenarnya?


- Persoalan sekarang kapal mana yang Datuk Zaid akan naik, Kapal PAS atau PKR ? Jika Datuk Zaid tidak mahu naik kapal PAS, apa alasannya?

- Mampukah PAS menarik Datuk Zaid di depan pintu PKR?
- Adakah PKR berhasrat menghapuskan PAS sedikit demi sedikit?

Harga minyak turun lagi buat kali ke 6.

Minyak sudah turun 10 sen lagi seliter berkuatkuasa tengah malam semalam. Terima kasih di atas keperihatinan kerajaan. Ini membuktikan kerajaan mengotakan janji.
Ini kali keenam harga minyak diturunkan sejak ogos 2008 lalu sejajar dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran dunia ini berlegar pada kadar AS$47.64 (RM172.93) setong.

Dulu rakyat marah sebab kenaikan harga minyak jadi sekarang mestilah berterima kasih. Kerajaan naikkan harga minyak dulu pun sebab kenaikan harga bahan api itu di pasaran dunia.

Kata Perdana Menteri "Oleh kerana harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, Kerajaan telah membuat keputusan untuk sekali lagi mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya," .

(Kata Waris Pahang :

- Terima Kasih di atas keperihatinan kerajaan kerana mengotakan janji.

- Jelas sekali di sini pembangkang cuba menangguk di air yang keruh. Sepatutnya susah senang kita bersama hadapinya.

-Kerajaan telah turunkan harga minyak lebih daripada 50 sen sebagaimana yang dicadangkan DSAI.

- Banyak janji-janji yang ditaburkan oleh Pakatan rakyat tetapi semakin hari rakyat semakin marah kerana mereka memungkiri janji Pilihan Raya.)

Monday, December 1, 2008

Pakatan Rakyat tidak hormat dan persenda Sultan Pahang?

Baru-baru ini dalam Kongres Nasional Tahunan PKR, Anwar menegaskan bahawa PKR sentiasa bersedia untuk memulihkan sistem beraja yang sebenarnya berlandaskan Perlembagaan negara.

Mungkin DSAI sudah sedar bahawa PR sering mempersenda Raja-Raja dan Ketua Menteri. Contohnya DAP pernah pulau majlis angkat sumpah di Istana Perak, ADUN Pulau Pinang tidak memakai pakaian rasmi istiadat di istana dan banyak lagi.
Perkara tidak hormat kepada raja juga berlaku di Negeri Pahang, seperti khutbah Jumaat yang dibaca oleh khatib tidak dibacakan doa untuk Sultan Pahang sebagaimana yang berlaku di Masjid Keratong 4 baru-baru ini.
Sebenarnya, walaupun membaca doa untuk Sultan bukan salah satu daripada rukun khutbah tetapi apa salahnya kita sertakan bacaan doa untuk pemerintah dan umat Islam.
Kedegilan PAS untuk membaca doa ini sudah lama dikesan tetapi mereka jawab "Bacaan doa untuk muslimin dan muslimat, beerti telah masuk sekali doa untuk Sultan Pahang".
Hari semalam kawan Waris Pahang di Kelantan memberitahu khutbah Jumaat di negeri bawah pemerintahan PAS di Kelantan ada doa untuk Sultan Kelantan.
Nah!!!!!!!!!!, Terkejut besar Waris Pahang dibuatnya,
OOOOOOO!!!!!!!!!!!!!!!, Selama ini mereka anti Sultan Pahang lah yer!.
Pantang kami Anak Jati Pahang, orang menghina Sultan kami.
Sumpah taat setia kami : "Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada".
Terbaru Waris Pahang kesan mereka persenda Sultan Pahang melalui laman blog pahangdaily. Mula-mula isi gambar Sultan Pahang bertanjak selepas itu tidak bertanjak pula. Ape ni! jangan hina sultan kami.
Gambar Terbaru
Gambar Sebelum
(Kata Waris Pahang :
- Jangan hina Sultan kami!
- Elok kita lupakan ajer Pakatan Rakyat (PKR,DAP,PAS)

Saturday, November 29, 2008

Nizam tegur kepimpinan Pakatan Rakyat sombong


TAHNIAH! Ahmad Nizam kerana menegur sikap segelintir individu yang diberi hak sebagai wakil rakyat samada Ahli Parlimen mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri agar lebih jujur dan ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Kata Ahmad Nizam, ada YB Adun yang dijemput tetapi tidak datang dan memberi alasan sibuk.

(Waris Pahang juga pernah mendengar rungutan penduduk yang ditimpa bencana, mereka mengatakan ADUN PR hanya pandai menabur janji itu dan ini tetapi selepas itu lesap tidak muncul-muncul.

Paling malang ADUN tersebut akan diboikot jika bertandang semula ke kampung tersebut.
Kekecewaan rakyat kini membuak-buak kerana ADUN PR yang dianggap pemberi kebajikan tetapi menyorok sembunyi.

"Kami beri peluang sekali sahaja, pertama dan terakhir" kata seorang mak cik yang bercakap sambil mengkacip-kacip giginya.

"Jangan buat kami (penduduk) halau kamu (pakatan rakyat) macam anjing" kata pak cik seorang veteran politik.)

Arak: Dewan Ulama Pas kecewa keputusan Selangor


KOTA BHARU 27 Nov. – Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Mohamed Daud hairan dengan Kerajaan Selangor yang terlalu sukar untuk menerima cadangan parti itu berhubung peraturan membataskan jualan minuman beralkohol di negeri tersebut.

Beliau berkata, cadangan peraturan tersebut hanya melibatkan umat Islam dan tidak timbul masalah dengan masyarakat beragama lain kerana mereka masih bebas mengamalkan cara hidup sendiri.

“Pas tidak mempunyai kuasa ke atas DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun kita sama-sama berada dalam pakatan pembangkang, jadi kita hanya mampu memberikan cadangan dan terpulang kepada kerajaan yang memerintah untuk menerimanya.

“Keputusan berhubung peraturan penjualan minuman keras dan mengurangkan premis judi di lima buah negeri pakatan pembangkang dibuat ketika muktamar tahunan parti Pas baru-baru ini, dan ia memang menjadi hasrat parti untuk melihat negeri-negeri di bawah pakatan untuk melaksanakannya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kerajaan campuran Selangor di bawah pimpinan PKR yang menolak usaha Pas Selangor untuk memperkenalkan peraturan membataskan jualan arak berkuat kuasa Januari depan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberikan alasan keputusan itu terpaksa dibuat kerana penduduk di negeri itu terdiri daripada berbilang kaum dan agama.

Sebelum ini, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) disebut sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Selangor yang meluluskan usul berkenaan yang bakal berkuat kuasa Januari depan.

Bagaimanapun, usaha murni itu dikecam DAP apabila ketua publisitinya, Tony Pua menyifatkan Pas sebagai bongkak dan sukar bekerjasama kerana tidak merujuk terlebih dahulu dengan parti-parti lain dalam pakatan pembangkang.

(Kata Waris Pahang :

i. Masalah arak pun dah kantoi, bagaimana nak tubuh Negara Islam.

ii. PAS terlalu kecil bagi DAP, betullah kata orang, PAS hanya parti menumpang atau parti kelas ke 3.

iii. Hairan! PAS terlalu takut dekat DAP, maknanya PAS dan PKR ni bonekalah ye!.

iv. Kadang-kadang rasa simpati juga dekat PAS sebab setiap usul yang dibawa PAS ditolak oleh rakan kongsi mereka. Kalu macam tu baik chow aje dari Pakatan Rakyat, baru DAP tahu tinggi atau rendahnya langit.

v.Tony Pua menyifatkan "Pas sebagai bongkak dan sukar bekerjasama kerana tidak merujuk terlebih dahulu dengan parti-parti lain dalam pakatan pembangkang". Jelas di sini betapa beraninya DAP tetapi malang bagi PAS kerana penakut.)

Bogel: Polis tidak akan layan permohonan permit

SHAH ALAM 28 Nov. — Polis menegaskan tidak akan melayan sebarang permohonan permit daripada Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) jika mereka bercadang mengadakan demonstrasi berbogel di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar bagaimanapun berkata, pihaknya akan menunggu permohonan permit daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu terlebih dahulu sebelum memberikan sebarang komen.

“Kita tunggu dan lihat permohononan permit bagi mengadakan demonstrasi ini...nak tengok macam bogel mereka nak buat...tak kan lah orang nak memohon semata-mata untuk berbogel.

“Kalau niat mereka semata-mata untuk itu (berbogel di khalayak umum), maka polis tidak akan mempertimbangkan sebarang permohonan daripada mereka... kalau nak bogel, bogellah di bilik rumah sendiri...yang itu boleh,” kata beliau kepada pemberita selepas menerima alat ujian saringan awal air kencing bagi mengesan penyalahgunaan dadah jenis ketamin daripada Persatuan Jaksa Pendamai (JP)Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPPK) Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar baru-baru ini yang mahu meneruskan demonstrasi berbogel itu sebagai tanda bantahan kepada kerajaan negeri yang menaikkan kadar sewa penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) daripada RM124 kepada RM250 sebulan. - Bernama

(Kata Waris Pahang :

i.Demonstrasi berbogel adalah budaya barat, mengapa kita perlu ikut ?.Ianya bertentangan dengan ajaran Islam.

ii. Pakatan Rakyat membohongi rakyat, dulu kata "Negara Kebajikan" tetapi sekarang menaikkan kadar sewa penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) daripada RM124 kepada RM250 sebulan. Lepas ini tidak perlu ikut lagi Pakatan Rakyat!.)

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail meninggal


KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland dekat sini kira-kira jam 6.30 petang tadi.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika dihubungi Bernama hari ini.

Al-fatihah.

(Kata Waris Pahang :

Kecewa sungguh dengan gelagat pembangkang, jenazah belum dikebumikan tetapi mereka sudah sibuk nak pilihan raya kecil. Tidak ada rasa hormat langsung.

Antara kata-kata mereka selepas dapat berita :
i. Kata Halaqahdotnet (sumber : Tranungkite)

Pakat maghi ngempeng weh...
Menangkan semula calon kita.
Habis turun nanti weh.

Friday, November 28, 2008

Demonstrasi bogel 12 Disember: Ramlan




KUALA LUMPUR – Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) akan memohon permit untuk mengadakan demonstrasi bogel yang bakal diadakan pada 12 Disember 2008 ini di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS).

Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar berkata, permit berkenaan dimohon daripada Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor awal Disember ini.

“Permit itu akan kami pohon daripada IPK Selangor 1 Disember 2008 ini dan pada hari itu juga Reformis akan lakukan satu kejutan yang kami tidak akan dedahkan buat masa ini,” katanya kepada pemberita pada sidang media yang diadakan di sini, semalam.

Katanya, Reformis merasakan mereka perlu mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwanya zalim dan menindas rakyat miskin dengan menaikkan kadar sewa rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sebanyak 100 peratus.

Ramlan berkata, Abdul Khalid tidak mengetahui cara terbaik menyelesaikan masalah kesusahan rakyat dan Reformis tidak berniat untuk menimbulkan masalah atau menjatuhkan Pakatan Rakyat (PR) tetapi hanya ingin menegur pemerintahan Abdul Khalid.

“Jika beliau gagal menurunkan kadar sewa rumah PPRT dalam masa terdekat, kami akan mengisytiharkan ‘perang’ dengan beliau dan kami teguh dengan perjuangan kami walaupun ditangkap, dipukul, dizalimi dan sebagainya.

“Kami juga telah mengadakan pertemuan dan menjalinkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang terbabit di Selangor berhubung isu ini. Dengan tindakan drastik kami nanti apabila perang telah diisytiharkan, kerajaan negeri mungkin akan kehilangan hasil sebanyak puluhan juta atau ratusan juta. Ini amaran Reformis,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya permit tidak dikeluarkan, mereka masih mempunyai perancangan lain dan mungkin akan menggunakan khidmat guaman untuk menyelesaikan isu kadar sewa rumah PPRT itu.

Bagaimanapun katanya, mereka sudah mempunyai sekumpulan ahli Reformis yang telah menyatakan kesanggupan berbogel semasa demonstrasi bakal diadakan di hadapan SSAAS 12 Disember ini.

Katanya, Abdul Khalid jangan hanya menyalahkan pemerintahan Kerajaan Selangor yang terdahulu sebaliknya perlu mewujudkan pembaharuan dalam pentadbiran di Selangor.

Sumber : Sinar Harian (Jumaat 28 November 2008)

Kata Waris Pahang :

Dulu Ahli PKR kata "Sedekah Seks" kini nak berbogel pula!.
Hisss... Memang PKR parti tak bermaruah, perosak bangsa dan negara.

PKR dan PAS kini tidak sebulu lagi


PKR dan PAS kini tidak sebulu lagi kerana :

i. Masing-masing berebut untuk tambah ahli baru.

ii. Kurang program bersama antara PKR dan PAS diadakan kini kerana bimbang pihak yang lain lebih popular dan diminati.

iii. Perselisihan faham dan pandangan antara mereka berlaku ditambah lagi dengan karenah DAP.

iv. PAS anggap PKR angkuh kerana mereka bersandarkan kepada DSAI berbanding PAS yang kini menjadi parti pembangkang kelas ketiga.(PKR : Kelas 1, DAP : Kelas 2, PAS : Kelas 3).

v. PKR dan PAS tidak puas hati dengan DAP yang semakin berani menentang arus Pakatan Rakyat.

(Kata Waris Pahang :

i. Barangkali antara PKR dan PAS ada yang sedang menanti perpecahan salah satu parti politik tersebut untuk mendapat ahli "FREE".

ii. Selepas kewujudan Pakatan Rakyat, DAP yang lebih banyak untung.

iii. Jangan import kegawatan masalah yang melanda negeri di kepimpinan Pakatan Rakyat ke Negeri Pahang.)

Orang Melayu Perlu Pertahan Hak Mereka - Tun Mahathir

PUTRAJAYA 19 Nov. - Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu orang Melayu tidak terus mengambil sikap mempertahankan diri apabila hak-hak dan keistimewaan mereka dicabar oleh pihak tertentu terutama selepas UMNO catat prestasi buruk dalam pilihan raya umum lalu.
Sebaliknya bekas Perdana Menteri itu berkata, sudah tiba masanya untuk orang Melayu mengambil sikap 'menyerang' bagi memastikan hak-hak yang dinikmati selama ini dapat dipertahankan.

''Kita lihat sekarang ini ramai orang Melayu cuma mempertahankan diri tetapi tidak menyerang, kita cuma marah dengan kata jangan sentuh hak keistimewaan Melayu dan agama Islam.

''Kita harus mempertahankan kedudukan kita tetapi ungkapan orang Inggeris kata bahawa serangan adalah satu bentuk pertahanan yang paling baik, jadi kita kena serang, itu cara terbaik untuk mempertahankan diri," katanya ketika berucap pada Program Penerangan Isu-Isu Semasa di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Menurut Dr. Mahathir, orang Melayu sejak dahulu mempunyai sikap yang lemah lembut dan ada kalanya tidak mahu mempertahankan diri walaupun tahu diri mereka tidak bersalah selain enggan menuduh orang lain bersalah.

Sebab itu katanya, apabila terdapat pihak mempertikaikan sosial kontrak, orang Melayu hanya mempertahankan diri bahawa mereka mempunyai keistimewaan yang telah ditetapkan dalam kontrak tersebut.

Bagaimanapun jelas beliau, orang Melayu tidak mendedahkan perkara-perkara yang dipersetujui mereka dalam kontrak sosial yang telah dinikmati oleh kaum lain di negara ini.

''Kita cuma pertahankan bahawa kontrak sosial beri keistimewaan tetapi kita tidak kata tentang apa yang kita beri dalam kontrak sosial, kita bagi banyak.
''Tunku (Abdul Rahman Putra) memberikan satu juta kerakyatan kepada orang bukan Melayu tanpa apa-apa soalan, ini ada dalam ucapan Tun Tan Siew Sin.
''Kalau hendak ambil balik hak Melayu, kita juga nak ambil balik hak yang diberikan kepada mereka," katanya.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir menyatakan, selepas pilihan raya umum lalu, banyak pihak menyatakan mereka menolak perkauman tetapi mereka secara terang-terangan mempersoalkan mengapa orang Melayu mendapat begitu banyak hak di negara ini.

''Mereka mahu bahasa mereka digunakan dalam papan tanda dan mempersoalkan Melayu sebagai pendatang yang dikatakan tidak berbeza dengan orang Cina dan India," katanya.
Beliau turut mempertikaikan tindakan sesetengah pihak menyamakan kemenangan Barack Obama sebagai Presiden ke-44 Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini sebagai satu petanda bahawa negara ini juga perlu dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang bukannya dari kalangan orang Melayu.

''Sejak Obama menang, ia jadi masalah pula kepada kita, sedangkan beliau tidak boleh disamakan dengan kita.

''Memang dia berkulit hitam dan ada campuran sedikit tetapi hakikatnya dia menerima budaya dan bahasa di AS yang asalnya dijajah oleh Anglo-Saxon. Dia cukup dengan identiti Amerika," katanya.

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI 2009

LANGKAH DRASTIK RANGSANG EKONOMI NEGARA

(RM7 billion Suntikan Perbelanjaan Kukuhkan Pertumbuhan Ekonomi Hasil Daripada Penjimatan Subsidi Minyak)

Agihan Peruntukan Daripada Penjimatan Subsidi Minyak:-

-RM1.2 billion bagi Pembinaan Kos Rendah dan Sederhana
-RM500 juta bagi menaik taraf, membaik pulih dan menyelenggara balai dan kuarters serta kem dan kuarters tentera
-RM600 juta bagi projek-projek kecil di bawah program Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS)
-RM500 juta bagi menyelenggara dan membaik pulih kemudahan awam; antaranya sekolah, hospital dan jalanraya
-RM500 juta untuk membina, menaik taraf jalan-jalan di luar bandar, jalan-jalan kampung dan jalan-jalan pertanian, termasuk di Sabah dan Sarawak
-RM200 juta bantuan untuk Sekolah Agama, Sekolah Mubaligh, Sekolah Cina dan Tamil
-RM300 juta Dana Program Latihan
-RM500 juta penyelenggaraan dan menaik taraf Pengangkutan Awam
-RM1.5 billion Dana Pelaburan bagi menarik pelaburan swasta
-RM400 juta mempercepatkan perlaksanaan Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi
-RM200 juta bagi program pembangunan modal insane
-RM100 juta program Pembangunan Belia pelbagai kaum
-RM200 juta pemulihan Projek Rumah Terbengkalai
-RM100 juta pembangunan pecan kecil terpilih
-RM200 juta program Permata Negara dan Pra-sekolah

(Kata Waris Pahang :

i. Bukti kebijaksanaan Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Kewangan Malaysia.

ii. Terima kasih kerana rakyat sokong usaha kerajaan membela nasib rakyat.)

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP