PAS akan mengharungi zaman gelap suatu masa nanti. Ceramah-ceramah PAS di merata tempat dijangka tidak mendapat sambutan. Rakyat tidak lagi berminat menyertai PAS kerana dilabelkan 'parti tua' atau 'parti lebai' sahaja. Dalam erti kata lain PAS tersasar dari slogan 'Harapan Baru'.
Pengaruh DSAI dikatakan mula menular di dalam kepimpinan PAS. Mereka amat percaya DSAI akan menjadi Perdana Menteri ke 6 suatu masa nanti. Mac 2009 adalah bulan yang amat mendebarkan Pakatan Pembangkang. Maka tidak mustahil selepas Pilihan Raya Kecil P.036 Kuala Terengganu, Pakatan Pembangkang akan serang habis-habisan.
Golongan profesional PAS yang bukan berpendidikan agama merasakan mereka tidak boleh maju di bawah kepimpinan ulama. Maka wujudlah orang dalam PAS yang 'Klon PKR'. Mereka juga mempunyai cita-cita peribadi mahu memegang jawatan tinggi sebagai menteri atau timbalan menteri sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya menawan Putrajaya.
Kumpulan ini juga sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan beberapa nama besar dalam PAS. Kebangkitan golongan ini membangkitkan kerisauan dan kebimbangan dikalangan ahli setia dan pemimpin-pemimpin ulama dalam PAS. Kumpulan ini sudah mula berani memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin utama PAS dan menyanggah saranan yang diberikan oleh pucuk pimpinan parti itu.
Kini giliran PAS pula merasai peluasan kuasa DSAI. Mereka sudah mula memasang 'orang'nya dari dalam untuk menjajah PAS . Strategi seperti ini pernah digunakan oleh DSAI ketika berada dalam UMNO dahulu.
Nampaknya kini PAS lebih jelas terpecah kepada 2 kumpulan iaitu golongan ulama yang menyokong Hj. Hadi Awang dan golongan profesional yang pro DSAI. PAS kena lancarkan slogan 'Selamatkan PAS' kalau tidak seorang demi seorang akan melompat ke PKR.
Kini PAS pula menerima akibatnya apabila berkawan dengan DSAI. UMNO telah merasai jerit perihnya ketika DSAI bersama UMNO. Adakah PAS akan terus membenarkan DSAI meluaskan penguasaanya di dalam PAS sehingga suatu hari nanti PAS akan diambil alih sepenuhnya?.
(Kata Waris Pahang :
- Benarlah kata orang, PAS kini parti kelas ketiga.
- PAS akan pupus suatu hari nanti jika tidak mengekang pengaruh DSAI.
- Golongan ulama dalam PAS pula hanya akan tinggal dalam lipatan sejarah politik tanahair.
- Ahli PAS yang klon PKR mempunyai agenda peribadinya. Mereka boleh guna dua flatform iaitu PKR dan PAS untuk mencapai cita-cita peribadinya.)
No comments:
Post a Comment