Saturday, February 22, 2020

Peguam Negara tiada kuasa, kata Muhyiddin


SHAH ALAM - Peguam Negara tidak mempunyai apa-apa kuasa di bawah undang-undang untuk mencampuri urusan yang berada di bawah kuasa Menteri Dalam Negeri, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut beliau, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempunyai asas kukuh mengekalkan penyenaraian Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) sebagai kumpulan pengganas berdasarkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa.
Katanya, kumpulan itu dipercayai masih mempunyai ideologi yang boleh menimbulkan ancaman terhadap ketenteraman awam dan keselamatan negara.
Menurutnya, ia menjadi tanggungjawab pihak berkuasa untuk mengambil tindakan mengikut saluran undang-undang bagi membendung sebarang bentuk penyebaran ideologi dan kegiatan yang berkaitan dengan kumpulan ini.
“Peguam Negara juga turut menggesa saya selaku Menteri Dalam Negeri supaya mengkaji semula kedudukan LTTE sebagai kumpulan pengganas.
“Adalah ditegaskan bahawa menurut Seksyen 668 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, Menteri Dalam Negeri berkuasa untuk menyenaraikan individu atau kumpulan yang terbabit dalam kegiatan keganasan sebagai Entiti Yang Ditentukan (specified entity),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai maklum balas terhadap tindakan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, memberhentikan prosiding undang-undang terhadap 12 lelaki warga tempatan yang berdepan tuduhan menyokong kumpulan pengganas LTTE semalam.
Muhyiddin berkata, penyenaraian entiti berkenaan adalah berdasarkan maklumat perisikan dan keselamatan terkini yang diterima daripada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan lain-lain agensi kawal selia atau pengawasan yang berkaitan.
“Kerajaan Malaysia menyenaraikan LTTE sebagai kumpulan pengganas sejak 12 November 2014.
“Saya ingin menegaskan bahawa penyenaraian LTTE sebagai kumpulan pengganas adalah tertakluk kepada kuasa Menteri Dalam Negeri yang diperuntukkan oleh undang-undang," katanya.
Katanya, untuk rekod, selain Malaysia, beberapa negara lain turut mengisytiharkan dan mengekalkan LTTE sebagai kumpulan pengganas dalam senarai negara masing-masing.
Negara-negara tersebut adalah India, Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Sumber : Sinar Harian

Tuesday, January 28, 2020

1,000 kios jual produk BMF bakal dibuka di masjid


Sebanyak 1,000 kios yang memasarkan produk Muslim bertemakan kempen Beli Produk Muslim (BMF) bakal dibuka di masjid terpilih seluruh negara tidak lama lagi.
Presiden Majlis Pemikir Melayu Muda Kebangsaan (MPMMK), Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant berkata, proses penyediaan prasarana kios BMF itu berjalan lancar, namun masih menunggu kelulusan daripada pihak kerajaan bagi penetapan prosedur operasi standard (SOP) sebelum pelaksanaannya.
Menurutnya, kios yang diwujudkan di masjid akan dikenakan sewaan pada kadar berpatutan kepada peniaga yang berminat.
“Kita sarankan produk yang disediakan oleh peniaga adalah barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula dan tepung termasuk lain-lain produk kesihatan, kecantikan serta aksesori bagi lelaki dan wanita.
“Projek ini fokus kepada peniaga yang tidak diberi ruang oleh pasar raya untuk memasarkan produk mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Syed Mohammad Faiz berkata, pembukaan 1,000 kios BMF di masjid merupakan usaha MPMMK memberi peluang dan membela nasib usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam kalangan orang Islam.
Jelasnya, ini sekali gus membuka peluang kepada PKS untuk menempatkan barangan keluaran mereka selain diharapkan dapat membantu dalam aspek jihad ekonomi Islam.
Syed Mohammad Faiz berkata, masjid perlu menjadi platform peningkatan ekonomi masyarakat setempat seterusnya membantu meningkatkan penguasaan orang Islam dalam bidang tersebut.
“Masjid adalah platform terbaik kerana setiap hari orang Islam solat berjemaah, setiap minggu ada perjumpaan besar iaitu solat Jumaat. Tidak lama lagi bulan Ramadan, ramai orang Islam akan solat Tarawih dan selepas itu solat hari raya Aidilfitri.
“Selepas beribadat, orang Islam boleh mendapat bekalan harian daripada kios BMF yang disediakan. Begitu juga barangan seperti kurma untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan ini,” katanya.
Beliau berkata, sejak MPMMK mengemukakan cadangan pembukaan kios BMF di masjid seluruh negara, projek itu mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada peniaga Islam.
“Peniaga yang berminat menyertai projek ini sudah tidak sabar untuk beroperasi, sekiranya fasa pertama ini berjaya kami rancang memperluaskan lagi ke masjid seluruh negara,” katanya.
Sinar

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP