Thursday, April 29, 2010

Nizar Pilih Maaf, Tanjung Rambutan Atau ISA?

Fitnah Lebih Dahsyat Dari Membunuh

Bila orang kata pembangkang buat ‘kilang fitnah’ maka melenting sakan lah mereka.

Tetapi bila Nizar memfitnah Najib berupa hasutan jahat, maka tiada seorang pun ulama-ulama dan lebai pembangkang yang membantahnya, barangkali mereka setuju dan bersubahat.

Ucapan Nizar di Kg Baru Kalumpang,Hulu Selangor 17/4/2010 benar-benar mengejutkan orang Melayu bahkan kaum Cina sendiri kerana mereka tahu Najib tidak pandai menabur kata-kata begitu apatah lagi Najib perjuangkan 1Malaysia.

Nizar dan pakatan rakyat mesti membuktikan tarikh, masa dan tempat Najib membuat kenyataan ' KITA MESTI BASAHKAN KERIS INI DENGAN DARAH CINA' dan " BANJIRKAN PEKAN KUALA LUMPUR DENGAN DARAH CINA".

(Kata Waris Pahang :

1. Kenyataan fitnah Nizar sangat berat dan boleh menimbulkan rusuhan dan menggugat keselamatan negara.

2. Nizar mesti rehat dari politik sementara sama ada rehat di Tanjung Rambutan atau ISA kerana mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan.

3. Nizar tidak wajar dilepaskan begitu sahaja sebaliknya mesti memohon maaf secara terbuka kepada Najib kerana menyebarkan fitnah.

4. Nizar juga perlu mengemukakan bukti yang Najib pernah mengeluarkan kata-kata perkauman sedemikian rupa.

5. Jika Nizar tidak mahu maka marilah kita sama-sama membuat laporan polis terhadap Nizar dan Pakatan Pembangkang.

6.Waris Pahang sangat sedih kerana ada orang Melayu seperti Nizar sanggup diperkudakan oleh DAP dan Anwar untuk mencapai cita-cita politik mereka

Wednesday, April 28, 2010

YB Kuantan Bakal Di Boo

Wanted
Sudah Lama Menghilang?.

Kerajaan BN telah berusaha menyelesaikan masalah ketiadaan pengangkutan awam di Bandar Kuantan. Sebuah Syarikat Cityliner Sdb Bhd bersetuju untuk beroperasi di 20 laluan di sekitar Bandar Kuantan bermula Ogos 2010.

Keputusan ini melegakan penduduk Kampung Selamat, Bukit Setongkol, Chenderawasih, Bukit Bay Route, Taman Pasdec Aman dan Teluk Chempedak. Kebanyakan mereka terpaksa menaiki teksi yang harga tambangnya mahal sehingga mencecah RM 20 pergi balik.

Penduduk juga merungut kerana pondok bas wujud tetapi tiada perkhidmatan bas henti-henti.

(Kata Waris Pahang :

-Mana perginya Ahli Parlimen Kuantan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipilih oleh penduduk Kuantan dalam PRU 12?.

-Ahli Parlimen Kuantan ini hanya pandai berjanji sahaja dalam PRU 12 untuk menyelesaikan masalah pengangkutan awam ini.

-Sekarang janji tinggal janji dan penduduk Kuantan sudah naik benci dengan YB ini. Eloklah YB ini bertanding di Johor sahaja kerana beliau berasal dari Negeri Johor atau bertanding di Selangor kerana beliau mempunyai rumah di Kajang Selangor.

-Waris Pahang sebenarnya sudah malas nak tulis tetang YB Hamper ini yang jarang turun kawasan dan kalau turun pun asyik bagi hamper sahaja.

-Namun disebabkan rakyat Pahang ditipu hidup-hidup oleh bukan orang Pahang maka Waris Pahang tulislah juga. Mungkin satu hari Waris Pahang akan tulis pula tentang satu lagi parlimen yang jatuh ke tangan pembangkang (PKR) iaitu Indera Mahkota tetapi penduduk kawasan tersebut merasakan seperti tiada wakil rakyat).

Pertikai Sultan Sejarah Berulang?

Orang Melayu sedar dan membantah tindakan Sir Harold Mac Michael
yang memaksa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan
sebagai persetujuan pelaksanaan pentadbiran Malayan Union
bertujuan menghapuskan kedaulatan dan kuasa raja-raja Melayu.

ADUN Pas pertikai kuasa sultan?

ALOR SETAR 26 April – Tindakan seorang wakil rakyat Pas mengemukakan dua soalan kontroversi pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini dilihat sebagai seolah-olah cuba mempertikai kuasa Sultan selaku Ketua Agama Islam di negeri ini.

Perbuatan itu dapat dilihat apabila Mohd. Nasir Mustafa (Pas-Kubang Rotan) mengemukakan dua soalan bertulis kepada Dewan iaitu:

*Sejauh manakah bidang kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh Kerajaan Pusat?

*Setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan Kerajaan Negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam?

(Kata Waris Pahang :

-Waris Pahang tidak hairan dengan sesetengah orang Melayu sendiri yang pertikai kuasa Sultan kerana sejak zaman penjajah lagi sudah ada orang Melayu yang sokong penubuhan Malayan Union yang berhasrat menghapus kedaulatan dan kuasa raja-raja Melayu.

-Orang Melayu yang menyokong Malayan Union ialah penyokong Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diketuai oleh Mokhtaruddin Lasso (Ketua Rejimen 10 Melayu Parti Komunis Malaya), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Malaya (BATAS) kononnya bertujuan menyatukan sistem pentadbiran di Tanah Melayu yang tidak berasaskan kuasa raja dan pembesar Melayu.

-Cuma Waris Pahang terkilan dengan cara mereka yang sungguh biadap ini sehingga sanggup pertikai kuasa Sultan dan menderhaka kepada Sultan.

-Cuba bayangkan bagaimana kalau Pakatan dapat perintah negara?. Sedangkan zaman BN perintah pun mereka berani mahu menyeret Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ke mahkamah kerana tidak puas hati dengan perlantikan Datuk Seri Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak, Mempertikai kuasa Sultan di Sidang DUN Kedah dan mempertikai larangan ceramah politik dalam rumah ibadat oleh Sultan Selangor.

-Mereka boleh dikategorikan buta sejarah dan gila kuasa sehingga gagal membezakan antara intan dan kaca dalam erti kata lain mereka terperangkap dalam permainan politik pakatan pembangkang sehingga sanggup kurang ajar dengan Tuanku Sultan Raja-Raja Melayu.

-Barangkali DAP dan PAS/PKR (Berhatikan DAP) sedang bertepuk tangan melihatkan kebodohan pemimpin dan ahli-ahli politik Melayu yang mudah dicucuk hidungnya untuk menyentuh perihal kuasa Raja-Raja Melayu.

-Bagi Waris Pahang, mereka yang pertikai Perlembagaan Persekutuan dan derhaka kepada Raja-Raja Melayu wajar dihadapkan ke mahkamah).

Tuesday, April 27, 2010

PRK Hulu Selangor : Super Boneka Tetap Menang

Tahniah Waris Pahang ucapkan buat BN kerana menang di PRK Hulu Selangor. Walaupun pembangkang menghadapi kemelut dalaman yang melanda jentera pilihan rayanya tetapi mereka tetap memberi tentangan yang sengit.
PKR mendapati jentera pilihan raya parti berkenaan tidak bergerak sepenuhnya sejak hari penamaan calon sehingga menyebabkan PAS mengambil alih pengurusan jentera pilihan raya. Malahan bukan itu sahaja, Super Boneka, Nik Ajis juga turut turun membantu walaupun baru pulang dari menunaikan umrah.
Bagi Waris Pahang, walaupun BN menang tetapi Nik Aziz tetap menang dengan kata-kata ini :
"Allahu Akbar, kita azan, ini politik. Mengajak orang ramai pergi ke masjid, ini politik... Ini kerja-kerja saki baki ajaran penjajah barat yang mengasingkan ajaran agama dan politik... Ini adalah ajaran karut yang ditinggalkan oleh Inggeris yang diterima oleh manusia Muslim. (Saya) rasa dukacita," katanya.

Kata-kata ini menghina Titah Tuanku Sultan Selangor yang melarang berpolitik di dalam masjid. Memang pembangkang saki baki penjajah kerana hanya penjajah yang mahu lucutkan kuasa Sultan sebagaimana yang dilakukan oleh penjajah melalui Malayan Union.
Nik Aziz tetap menang kerana tiada orang yang berani mengambil tindakan ke atasnya. Kalau kita perhatikan banyak kenyataan beliau yang mengelirukan sehingga dilabel Parti Ajaran Sesat (PAS) sebelum ini tetapi tiada siapa yang mahu mengambil tindakan ke atasnya. Sebab itu beliau banyak mengeluarkan kenyataan yang 'nyanyuk' sehingga pembangkang sendiri kecewa dengan kata 'melalut' seorang yang bergelar Tok Guru.
Satu ketika kemenangan buat BN bagaikan sudah diduga namun bukan mudah menganalisa sokongan sikap pengundi di kawasan lubuk pembangkang. Cuma Waris Pahang harap BN perlu berkerja keras lagi untuk menarik sokongan pengundi dan janganlah terlalu syok sendiri dan berada dalam zon selesa pula.
Waris Pahang cukup kecewa dengan Nik Ajis yang bersedia menjadi "kuda tunggangan kepada PKR dan DAP" sehingga sanggup menghina raja. Hanya rakyat yang dapat menghukum Anwar dan Nik Ajis.

Saturday, April 24, 2010

PRK Hulu Selangor : PKR Nazak Tersungkur Awal

PKR umpama sudah tahu keputusan pilihan raya bakal memihak kepada BN malah menang besar pula tu dalam PRK Hulu Selangor.
Kempen PKR yang diadakan sebenarnya hanya syok sendiri sahaja sebab mereka yang hadir adalah petugas pembangkang yang datang dari serata negara, pengunjung bukan pengundi yang datang dari kawasan berhampiran Hulu Selangor dan penduduk/penyokong tegar BN yang hanya mahu perhati gelagat lawak PKR.
PKR mula melatah dengan menyalahkan SPR kononnya telah memindahkan 13,000 nama pengundi berdaftar di parlimen itu secara paksa. Perkara ini sengaja dilakukan bagi menutup malu PKR. SPR telah menjawab isu ini tetapi mereka tetap tidak puas hati sebab mereka takut berhadapan dengan realiti sokongan pengundi terhadap BN.
PKR sebenarnya tidak berpijak di bumi nyata dan tidak akur dengan kelemahan parti dan kepimpinannya.
(Kata Waris Pahang :
1.Anwar Ibrahim mesti dihukum dan dipulaukan kerana meletakkan calon yang silap sehingga menyebabkan satu demi satu ahli PKR hilang kepercayaan kepada parti dan bertindak keluar parti.

2.Semalam TV1 memaparkan luahan rakyat Kelantan yang tidak berpuashati dengan Zaid semasa menjadi Ahli Parlimen Kota Baharu kerana tiada pembangunan yang di bawa semasa menjadi wakil rakyat. Wah! kini menabur janji manis pula di Hulu Selangor?.

3.PKR semakin nazak dan batu nisannya telah pun disiapkan oleh orang dalam PKR sendiri. Orang akan tidak peduli lagi dengan PKR setelah kalah PRK nanti.

4.Yang paling malang lagi, PKR dan Pakatan Pembangkang mendapat Ketua Pembangkang yang terumbang ambing dengan pelbagai kontroversi dan kes. Bagaimana pembangkang mahu stabil kalau pemimpinnya sendiri tidak stabil.

5.Paling melucukan semalam pembangkang mempersoalkan usul membawa Ketua Pembangkang ke Jawatan Kuasa Hak Dan Kebebasan kerana menyamakan dasar 1Malaysia dengan 1Israel. Kita ingin bertanya "Kalau tak salah kenapa takut"?. Kes ini samalah dengan seruan supaya Anwar bersumpah dulu bagi menafikan beliau tidak meliwat Saiful.

6.Pengundi Hulu Selangor, faham-faham ajelah dengan gelagat pembangkang ini. Mereka semakin terdesak dan tertekan. Mereka semakin nazak menjelang hari pengundian PRK Hulu Selangor dan kadang-kadang orang mereka sendiri mengakui yang mereka akan kalah kali ini).

Friday, April 23, 2010

PRK Hulu Selangor : Gempar Khalid Sabotaj PKR?.

Khalid 'galak' pemimpin, ahli PKR keluar parti

SHAH ALAM 21 April - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara sinis menggalakkan lebih ramai pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar daripada parti itu jika mendapatinya tidak sesuai lagi.

Beliau yang juga Pengerusi PKR negeri bagaimanapun mendakwa, pihaknya tidak bimbang kerana jika ada yang keluar, masih ramai yang ingin masuk parti itu.

"Baguslah mereka nak keluar PKR... kalau di Klang pun tak apa, kita boleh cari orang lain di Klang untuk masuk PKR. Kalau ada pemimpin atau ahli PKR Kuala Selangor pun nak keluar, saya galakkan.

"Saya harap mereka yang keluar parti dapat menggunakan kesempatan itu untuk 'mengiklankan' diri mereka," katanya secara sinis kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini. (Sumber : Utusan Malaysia)

(Kata Waris Pahang :

1. Waris Pahang tergelak dengan lawak bodoh oleh seorang yang bergelar MB Selangor. Ada ke patut dia suruh ahli PKR keluar ramai-ramai dari PKR?. Kan lawak bodoh nama tu, Khalid ni spesis MR. Bean ke?.

2. Jika kita dalam peperangan, maka adalah tidak wajar kita suruh bala tentera kita jadi pembelot. Khalid mesti dihukum oleh kepimpinan PKR. Jika Khalid mahu masuk UMNO janganlah berselindung-selindung, nyatakannya dengan jelas supaya orang dapat tahu kapal mana khalid sebenarnya.

3.Barangkali Khalid masih malu bersuara seperti bekas Bendahari PKR Cabang Hulu Selangor, Datuk Dr. Halili Rahmat, Dr. Chandra Muzaffar, Datuk S.Nalakarupan dan Ezam Mohd. Nor.

4.Semua rakyat Malaysia dapat merasakan kapal PKR bakal karam dan sudah ramai yang meninggalkan PKR setelah menyedari parti pembangkang itu tidak memperjuangkan rakyat tetapi lebih cenderung untuk kepentingan peribadi pemimpinnya.
5.Mahukah pengundi Hulu Selangor menderita 2 tahun lagi setelah 2 tahun tiada pembangunan yang dibawa oleh PKR setelah menang PRU 12.
6.Waris Pahang dapat merasakan penyokong PKR Pahang akan keluar ramai-ramai dari PKR dan membubarkan cabang mereka yang menanti rebah ke bumi. "Baguslah nak keluar PKR - kata Khalid". Orang sudah bagi lampu hijau keluar PKR dan tidak diperlukan lagi oleh PKR, maka eloklah kita pakat ramai-ramai keluar PKR).

Thursday, April 22, 2010

PRK Hulu Selangor : Zaid Tunggang, Tonggek, Tonggeng


Sebelum Penamaan Calon : Nama Zaid disebut-sebut sebagai calon PKR bagi PRK Hulu Selangor. Maka Zaid digelar kuda tunggangan Anwar-PKR demi kepentingan politik Anwar.

Selepas Penamaan Calon : Zaid digelar 'bapa tonggek arak'. Walaupun Zaid mengakuinya namun Zaid masih gagal membersihkan namanya.

Selepas PRK : Zaid bakal digelar 'bapa tonggeng' (frust nonggeng) sebab kalah PRK. Bunga-bunga kekalahan telah nampak apatah lagi dua calon BEBAS menarik diri dari pertandingan dan menyokong penuh BN. Apo Nak DiKato Wahai PKR?.

(Kata Waris Pahang :

-Bagaimana pengundi Hulu Selangor mahu sokong PKR kerana :

i. Orang dalam PKR sendiri tidak puas hati dengan pemilihan Zaid yang dikatakan bukan pilihan dari akar umbi sebaliknya pilihan Anwar demi kepentingan peribadi politiknya.

ii. Satu demi satu kepimpinan dan ahli PKR keluar parti tersebut kerana sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti terutamanya Anwar dan perjuangan parti yang terpesong jauh dari matlamat asal penubuhannya.

iii. Tiada pembangunan yang dibawa oleh PKR selepas menang dalam pilihan raya umum yang lalu. Adakah pengundi Hulu Selangor mahu terima YB yang hanya goyang kaki dan makan gaji buta sahaja? Fikir-fikirkan lah).

Thursday, April 1, 2010

Firaun Kecil, Little Napoleon Dan Tangang Kenit

Choo Keong selar Little Napoleon PKR

KUALA LUMPUR 29 Mac - Parti Keadilan Rakyat (PKR) memang bercelaru walaupun secara konsisten dinafikan. Ironinya, bukan pihak lain yang menghuru-harakan mereka tetapi kalangan mereka sendiri yang berbuat demikian.

Terbaru, Wee Choo Keong (PKR- Wangsa Maju) secara terbuka di Dewan Rakyat hari ini menyatakan perasaan dukacitanya dengan perbuatan Little Napoleon di kalangan pembangkang yang cukup pintar iaitu melempar batu dan cekap pula menyembunyikan tangan.

Segelintir mereka itu, katanya, sanggup melakukan apa sahaja termasuk membuat pelbagai fitnah dan penipuan seperti menipu gambar dengan menggunakan teknik super imposed dan diterbitkan dalam Internet untuk mengaibkan tokoh politik negara.

"Tindakan fitnah ini telah diakui oleh Little Napoleon, tetapi tiada tindakan diambil terhadap dia. Sebaliknya tindakan disiplin diambil terhadap pemimpin lain atas perkara remeh-temeh.

"Jika mereka dibenar melakukan perkara sedemikian atas alasan kepentingan politik, tiada lagi perkara di dunia ini yang akan menghentikan mereka daripada menghancurkan negara ini," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini. (Sumber : Utusan Malaysia)

(Kata Waris Pahang :
1. Wah! dulu Firaun-Firaun kecil yang dibangkitkan oleh Abang Zul Kulim kini Little Napoleons pula dibangkitkan oleh Uncle Wee Choo Keong Wangsa Maju.

2. Waris Pahang tidak kisah sangat apa gelarannya tetapi amalan buruk yang diamalkan oleh mereka tidak boleh diterima langsung oleh rakyat Malaysia yang waras seperti memfitnah sehingga sanggup “baling batu sembunyi tangan”, seolah-olah “tak ada batu sungguh dia orang ni!”.

3. Kini PKR memang sungguh bercelaru dan bukan pihak lain yang menghuru-harakan mereka tetapi kalangan mereka sendiri yang berbuat demikian.

4. Rakyat boleh menilai sendiri keadaan PKR kini. PKR bila-bila masa akan bungkus namun PKR tidak terus roboh tetapi sedang alami azab sedikit demi sedikit sebelum roboh.Maka mereka sedang alami keperitannya.

5. Tembelang PKR dipecahkan oleh orang mereka sendiri bahawa apa yang dilakukan oleh mereka selama ini adalah untuk kepentingan diri Anwar yang mahu menjadi PM.

6. Mereka yang keluar parti tidak mahu bersekongkol menipu dan memfitnah, mereka adalah orang yang berprinsip, ahli-ahli PKR yang lain apa lagi “Moh Kite Keluar PKR”. Tidak mustahil Uncle Wee juga akan keluar PKR satu hari nanti, tahniah atas keberanian menegak kebenaran.
7.Kita cabar Mat Sabu pula dedahkan siapa bang War, Mat Sabu tentu banyak tahu rahsianya kalau tidak beliau tidak melabelkan bang War dengan Al_______. Bang War elok diberi gelaran 'Tangang Kenit' kerana tidak cermin diri tetapi bercita-cita besar).

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP