Tuesday, April 27, 2010

PRK Hulu Selangor : Super Boneka Tetap Menang

Tahniah Waris Pahang ucapkan buat BN kerana menang di PRK Hulu Selangor. Walaupun pembangkang menghadapi kemelut dalaman yang melanda jentera pilihan rayanya tetapi mereka tetap memberi tentangan yang sengit.
PKR mendapati jentera pilihan raya parti berkenaan tidak bergerak sepenuhnya sejak hari penamaan calon sehingga menyebabkan PAS mengambil alih pengurusan jentera pilihan raya. Malahan bukan itu sahaja, Super Boneka, Nik Ajis juga turut turun membantu walaupun baru pulang dari menunaikan umrah.
Bagi Waris Pahang, walaupun BN menang tetapi Nik Aziz tetap menang dengan kata-kata ini :
"Allahu Akbar, kita azan, ini politik. Mengajak orang ramai pergi ke masjid, ini politik... Ini kerja-kerja saki baki ajaran penjajah barat yang mengasingkan ajaran agama dan politik... Ini adalah ajaran karut yang ditinggalkan oleh Inggeris yang diterima oleh manusia Muslim. (Saya) rasa dukacita," katanya.

Kata-kata ini menghina Titah Tuanku Sultan Selangor yang melarang berpolitik di dalam masjid. Memang pembangkang saki baki penjajah kerana hanya penjajah yang mahu lucutkan kuasa Sultan sebagaimana yang dilakukan oleh penjajah melalui Malayan Union.
Nik Aziz tetap menang kerana tiada orang yang berani mengambil tindakan ke atasnya. Kalau kita perhatikan banyak kenyataan beliau yang mengelirukan sehingga dilabel Parti Ajaran Sesat (PAS) sebelum ini tetapi tiada siapa yang mahu mengambil tindakan ke atasnya. Sebab itu beliau banyak mengeluarkan kenyataan yang 'nyanyuk' sehingga pembangkang sendiri kecewa dengan kata 'melalut' seorang yang bergelar Tok Guru.
Satu ketika kemenangan buat BN bagaikan sudah diduga namun bukan mudah menganalisa sokongan sikap pengundi di kawasan lubuk pembangkang. Cuma Waris Pahang harap BN perlu berkerja keras lagi untuk menarik sokongan pengundi dan janganlah terlalu syok sendiri dan berada dalam zon selesa pula.
Waris Pahang cukup kecewa dengan Nik Ajis yang bersedia menjadi "kuda tunggangan kepada PKR dan DAP" sehingga sanggup menghina raja. Hanya rakyat yang dapat menghukum Anwar dan Nik Ajis.

7 comments:

Waris Pahang said...
This comment has been removed by the author.
Waris Pahang said...

Kehadiran Nik Aziz Nik Mat di saat akhir juga jelas semakin memburukkan keadaan.
Sungguh biadapnya Nik Ajis dan Hasan Ali kerana mengingkari titah Sultan yang melarang politik di Masjid malah mengaitkannya dengan saki baki fahaman penjajah.

Waris Pahang said...

Jadikan PRK Ijok sebagai pengajaran?.

nalapambu said...

Sedarkah anda bahawa kaum cina tidak menyokong BN di HS?

Cuba letak kan calun melayu dari UMNO pula, pasti kaum india pula akan lari menyokong PKR.

Lihat bertapa rapuh nya kedudukan UMNO hari ini.

Ujian sebenar bagi BN ialah di P212 Sibu Sarawak. Jika BN pula yang tumbang, pasti kerajaan BN akan turut tumbang pada PRU13 nanti.

Perentas masa said...

hasil keputusan tersebut walaupun BN menang ternyata banyak menimbulkan berbagai persoalan,
1.undi pkr tetap tidak jatuh bermakna
mereka masih ada pengaruh.
2.apakah janji2 prk ini mampu ditunaikan sebelum pru13
3.kenapa undi cina merosot agak teruk
4.bagaimana kedudukan umno disana
jikalau dilihat undi org muda cenderung mengundi pkr adakah pendekatan mendekati golongan ini gagal
apa pun tahniah kepada BN tetapi kena kerja keras kerana memburu kemenangan lebih mudah berbanding mempertahankanya
itu cuma pendapat saya mungkin tuan ada pendapat yg lebih bernas
untuk dikongsikan

orangkampung said...

Marilah UMNO dan Pas bersatu. Ini bukan masa kita jatuh menjatuh...jangan jadi ketam dalam baldi..

Kenapa susah sangat nak bersatu????

Ini bukan masa kita berbalah....tengok cina dalam diam-diam mereka ada agenda tersendiri iaitu nak menguasai jajaran dari Singapura hingga ke Perak..

Wahai pemimpin UMNO dan Pas jangan tidur lagi...jangan kau jual bangsa dan agama Islam tercinta.. bangun bangun bangkit...

Waris Pahang said...

UMNO Melayu bila-bila masa mahu bersatu tetapi PAS/PKR Melayu yang termakan dengan DAP sangat sukar mahu bersatu.

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP