Saturday, November 29, 2008

Nizam tegur kepimpinan Pakatan Rakyat sombong


TAHNIAH! Ahmad Nizam kerana menegur sikap segelintir individu yang diberi hak sebagai wakil rakyat samada Ahli Parlimen mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri agar lebih jujur dan ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Kata Ahmad Nizam, ada YB Adun yang dijemput tetapi tidak datang dan memberi alasan sibuk.

(Waris Pahang juga pernah mendengar rungutan penduduk yang ditimpa bencana, mereka mengatakan ADUN PR hanya pandai menabur janji itu dan ini tetapi selepas itu lesap tidak muncul-muncul.

Paling malang ADUN tersebut akan diboikot jika bertandang semula ke kampung tersebut.
Kekecewaan rakyat kini membuak-buak kerana ADUN PR yang dianggap pemberi kebajikan tetapi menyorok sembunyi.

"Kami beri peluang sekali sahaja, pertama dan terakhir" kata seorang mak cik yang bercakap sambil mengkacip-kacip giginya.

"Jangan buat kami (penduduk) halau kamu (pakatan rakyat) macam anjing" kata pak cik seorang veteran politik.)

Arak: Dewan Ulama Pas kecewa keputusan Selangor


KOTA BHARU 27 Nov. – Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Mohamed Daud hairan dengan Kerajaan Selangor yang terlalu sukar untuk menerima cadangan parti itu berhubung peraturan membataskan jualan minuman beralkohol di negeri tersebut.

Beliau berkata, cadangan peraturan tersebut hanya melibatkan umat Islam dan tidak timbul masalah dengan masyarakat beragama lain kerana mereka masih bebas mengamalkan cara hidup sendiri.

“Pas tidak mempunyai kuasa ke atas DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun kita sama-sama berada dalam pakatan pembangkang, jadi kita hanya mampu memberikan cadangan dan terpulang kepada kerajaan yang memerintah untuk menerimanya.

“Keputusan berhubung peraturan penjualan minuman keras dan mengurangkan premis judi di lima buah negeri pakatan pembangkang dibuat ketika muktamar tahunan parti Pas baru-baru ini, dan ia memang menjadi hasrat parti untuk melihat negeri-negeri di bawah pakatan untuk melaksanakannya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kerajaan campuran Selangor di bawah pimpinan PKR yang menolak usaha Pas Selangor untuk memperkenalkan peraturan membataskan jualan arak berkuat kuasa Januari depan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberikan alasan keputusan itu terpaksa dibuat kerana penduduk di negeri itu terdiri daripada berbilang kaum dan agama.

Sebelum ini, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) disebut sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Selangor yang meluluskan usul berkenaan yang bakal berkuat kuasa Januari depan.

Bagaimanapun, usaha murni itu dikecam DAP apabila ketua publisitinya, Tony Pua menyifatkan Pas sebagai bongkak dan sukar bekerjasama kerana tidak merujuk terlebih dahulu dengan parti-parti lain dalam pakatan pembangkang.

(Kata Waris Pahang :

i. Masalah arak pun dah kantoi, bagaimana nak tubuh Negara Islam.

ii. PAS terlalu kecil bagi DAP, betullah kata orang, PAS hanya parti menumpang atau parti kelas ke 3.

iii. Hairan! PAS terlalu takut dekat DAP, maknanya PAS dan PKR ni bonekalah ye!.

iv. Kadang-kadang rasa simpati juga dekat PAS sebab setiap usul yang dibawa PAS ditolak oleh rakan kongsi mereka. Kalu macam tu baik chow aje dari Pakatan Rakyat, baru DAP tahu tinggi atau rendahnya langit.

v.Tony Pua menyifatkan "Pas sebagai bongkak dan sukar bekerjasama kerana tidak merujuk terlebih dahulu dengan parti-parti lain dalam pakatan pembangkang". Jelas di sini betapa beraninya DAP tetapi malang bagi PAS kerana penakut.)

Bogel: Polis tidak akan layan permohonan permit

SHAH ALAM 28 Nov. — Polis menegaskan tidak akan melayan sebarang permohonan permit daripada Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) jika mereka bercadang mengadakan demonstrasi berbogel di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar bagaimanapun berkata, pihaknya akan menunggu permohonan permit daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu terlebih dahulu sebelum memberikan sebarang komen.

“Kita tunggu dan lihat permohononan permit bagi mengadakan demonstrasi ini...nak tengok macam bogel mereka nak buat...tak kan lah orang nak memohon semata-mata untuk berbogel.

“Kalau niat mereka semata-mata untuk itu (berbogel di khalayak umum), maka polis tidak akan mempertimbangkan sebarang permohonan daripada mereka... kalau nak bogel, bogellah di bilik rumah sendiri...yang itu boleh,” kata beliau kepada pemberita selepas menerima alat ujian saringan awal air kencing bagi mengesan penyalahgunaan dadah jenis ketamin daripada Persatuan Jaksa Pendamai (JP)Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPPK) Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar baru-baru ini yang mahu meneruskan demonstrasi berbogel itu sebagai tanda bantahan kepada kerajaan negeri yang menaikkan kadar sewa penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) daripada RM124 kepada RM250 sebulan. - Bernama

(Kata Waris Pahang :

i.Demonstrasi berbogel adalah budaya barat, mengapa kita perlu ikut ?.Ianya bertentangan dengan ajaran Islam.

ii. Pakatan Rakyat membohongi rakyat, dulu kata "Negara Kebajikan" tetapi sekarang menaikkan kadar sewa penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) daripada RM124 kepada RM250 sebulan. Lepas ini tidak perlu ikut lagi Pakatan Rakyat!.)

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail meninggal


KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland dekat sini kira-kira jam 6.30 petang tadi.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika dihubungi Bernama hari ini.

Al-fatihah.

(Kata Waris Pahang :

Kecewa sungguh dengan gelagat pembangkang, jenazah belum dikebumikan tetapi mereka sudah sibuk nak pilihan raya kecil. Tidak ada rasa hormat langsung.

Antara kata-kata mereka selepas dapat berita :
i. Kata Halaqahdotnet (sumber : Tranungkite)

Pakat maghi ngempeng weh...
Menangkan semula calon kita.
Habis turun nanti weh.

Friday, November 28, 2008

Demonstrasi bogel 12 Disember: Ramlan




KUALA LUMPUR – Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) akan memohon permit untuk mengadakan demonstrasi bogel yang bakal diadakan pada 12 Disember 2008 ini di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS).

Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar berkata, permit berkenaan dimohon daripada Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor awal Disember ini.

“Permit itu akan kami pohon daripada IPK Selangor 1 Disember 2008 ini dan pada hari itu juga Reformis akan lakukan satu kejutan yang kami tidak akan dedahkan buat masa ini,” katanya kepada pemberita pada sidang media yang diadakan di sini, semalam.

Katanya, Reformis merasakan mereka perlu mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwanya zalim dan menindas rakyat miskin dengan menaikkan kadar sewa rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sebanyak 100 peratus.

Ramlan berkata, Abdul Khalid tidak mengetahui cara terbaik menyelesaikan masalah kesusahan rakyat dan Reformis tidak berniat untuk menimbulkan masalah atau menjatuhkan Pakatan Rakyat (PR) tetapi hanya ingin menegur pemerintahan Abdul Khalid.

“Jika beliau gagal menurunkan kadar sewa rumah PPRT dalam masa terdekat, kami akan mengisytiharkan ‘perang’ dengan beliau dan kami teguh dengan perjuangan kami walaupun ditangkap, dipukul, dizalimi dan sebagainya.

“Kami juga telah mengadakan pertemuan dan menjalinkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang terbabit di Selangor berhubung isu ini. Dengan tindakan drastik kami nanti apabila perang telah diisytiharkan, kerajaan negeri mungkin akan kehilangan hasil sebanyak puluhan juta atau ratusan juta. Ini amaran Reformis,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya permit tidak dikeluarkan, mereka masih mempunyai perancangan lain dan mungkin akan menggunakan khidmat guaman untuk menyelesaikan isu kadar sewa rumah PPRT itu.

Bagaimanapun katanya, mereka sudah mempunyai sekumpulan ahli Reformis yang telah menyatakan kesanggupan berbogel semasa demonstrasi bakal diadakan di hadapan SSAAS 12 Disember ini.

Katanya, Abdul Khalid jangan hanya menyalahkan pemerintahan Kerajaan Selangor yang terdahulu sebaliknya perlu mewujudkan pembaharuan dalam pentadbiran di Selangor.

Sumber : Sinar Harian (Jumaat 28 November 2008)

Kata Waris Pahang :

Dulu Ahli PKR kata "Sedekah Seks" kini nak berbogel pula!.
Hisss... Memang PKR parti tak bermaruah, perosak bangsa dan negara.

PKR dan PAS kini tidak sebulu lagi


PKR dan PAS kini tidak sebulu lagi kerana :

i. Masing-masing berebut untuk tambah ahli baru.

ii. Kurang program bersama antara PKR dan PAS diadakan kini kerana bimbang pihak yang lain lebih popular dan diminati.

iii. Perselisihan faham dan pandangan antara mereka berlaku ditambah lagi dengan karenah DAP.

iv. PAS anggap PKR angkuh kerana mereka bersandarkan kepada DSAI berbanding PAS yang kini menjadi parti pembangkang kelas ketiga.(PKR : Kelas 1, DAP : Kelas 2, PAS : Kelas 3).

v. PKR dan PAS tidak puas hati dengan DAP yang semakin berani menentang arus Pakatan Rakyat.

(Kata Waris Pahang :

i. Barangkali antara PKR dan PAS ada yang sedang menanti perpecahan salah satu parti politik tersebut untuk mendapat ahli "FREE".

ii. Selepas kewujudan Pakatan Rakyat, DAP yang lebih banyak untung.

iii. Jangan import kegawatan masalah yang melanda negeri di kepimpinan Pakatan Rakyat ke Negeri Pahang.)

Orang Melayu Perlu Pertahan Hak Mereka - Tun Mahathir

PUTRAJAYA 19 Nov. - Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu orang Melayu tidak terus mengambil sikap mempertahankan diri apabila hak-hak dan keistimewaan mereka dicabar oleh pihak tertentu terutama selepas UMNO catat prestasi buruk dalam pilihan raya umum lalu.
Sebaliknya bekas Perdana Menteri itu berkata, sudah tiba masanya untuk orang Melayu mengambil sikap 'menyerang' bagi memastikan hak-hak yang dinikmati selama ini dapat dipertahankan.

''Kita lihat sekarang ini ramai orang Melayu cuma mempertahankan diri tetapi tidak menyerang, kita cuma marah dengan kata jangan sentuh hak keistimewaan Melayu dan agama Islam.

''Kita harus mempertahankan kedudukan kita tetapi ungkapan orang Inggeris kata bahawa serangan adalah satu bentuk pertahanan yang paling baik, jadi kita kena serang, itu cara terbaik untuk mempertahankan diri," katanya ketika berucap pada Program Penerangan Isu-Isu Semasa di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Menurut Dr. Mahathir, orang Melayu sejak dahulu mempunyai sikap yang lemah lembut dan ada kalanya tidak mahu mempertahankan diri walaupun tahu diri mereka tidak bersalah selain enggan menuduh orang lain bersalah.

Sebab itu katanya, apabila terdapat pihak mempertikaikan sosial kontrak, orang Melayu hanya mempertahankan diri bahawa mereka mempunyai keistimewaan yang telah ditetapkan dalam kontrak tersebut.

Bagaimanapun jelas beliau, orang Melayu tidak mendedahkan perkara-perkara yang dipersetujui mereka dalam kontrak sosial yang telah dinikmati oleh kaum lain di negara ini.

''Kita cuma pertahankan bahawa kontrak sosial beri keistimewaan tetapi kita tidak kata tentang apa yang kita beri dalam kontrak sosial, kita bagi banyak.
''Tunku (Abdul Rahman Putra) memberikan satu juta kerakyatan kepada orang bukan Melayu tanpa apa-apa soalan, ini ada dalam ucapan Tun Tan Siew Sin.
''Kalau hendak ambil balik hak Melayu, kita juga nak ambil balik hak yang diberikan kepada mereka," katanya.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir menyatakan, selepas pilihan raya umum lalu, banyak pihak menyatakan mereka menolak perkauman tetapi mereka secara terang-terangan mempersoalkan mengapa orang Melayu mendapat begitu banyak hak di negara ini.

''Mereka mahu bahasa mereka digunakan dalam papan tanda dan mempersoalkan Melayu sebagai pendatang yang dikatakan tidak berbeza dengan orang Cina dan India," katanya.
Beliau turut mempertikaikan tindakan sesetengah pihak menyamakan kemenangan Barack Obama sebagai Presiden ke-44 Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini sebagai satu petanda bahawa negara ini juga perlu dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang bukannya dari kalangan orang Melayu.

''Sejak Obama menang, ia jadi masalah pula kepada kita, sedangkan beliau tidak boleh disamakan dengan kita.

''Memang dia berkulit hitam dan ada campuran sedikit tetapi hakikatnya dia menerima budaya dan bahasa di AS yang asalnya dijajah oleh Anglo-Saxon. Dia cukup dengan identiti Amerika," katanya.

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI 2009

LANGKAH DRASTIK RANGSANG EKONOMI NEGARA

(RM7 billion Suntikan Perbelanjaan Kukuhkan Pertumbuhan Ekonomi Hasil Daripada Penjimatan Subsidi Minyak)

Agihan Peruntukan Daripada Penjimatan Subsidi Minyak:-

-RM1.2 billion bagi Pembinaan Kos Rendah dan Sederhana
-RM500 juta bagi menaik taraf, membaik pulih dan menyelenggara balai dan kuarters serta kem dan kuarters tentera
-RM600 juta bagi projek-projek kecil di bawah program Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS)
-RM500 juta bagi menyelenggara dan membaik pulih kemudahan awam; antaranya sekolah, hospital dan jalanraya
-RM500 juta untuk membina, menaik taraf jalan-jalan di luar bandar, jalan-jalan kampung dan jalan-jalan pertanian, termasuk di Sabah dan Sarawak
-RM200 juta bantuan untuk Sekolah Agama, Sekolah Mubaligh, Sekolah Cina dan Tamil
-RM300 juta Dana Program Latihan
-RM500 juta penyelenggaraan dan menaik taraf Pengangkutan Awam
-RM1.5 billion Dana Pelaburan bagi menarik pelaburan swasta
-RM400 juta mempercepatkan perlaksanaan Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi
-RM200 juta bagi program pembangunan modal insane
-RM100 juta program Pembangunan Belia pelbagai kaum
-RM200 juta pemulihan Projek Rumah Terbengkalai
-RM100 juta pembangunan pecan kecil terpilih
-RM200 juta program Permata Negara dan Pra-sekolah

(Kata Waris Pahang :

i. Bukti kebijaksanaan Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Kewangan Malaysia.

ii. Terima kasih kerana rakyat sokong usaha kerajaan membela nasib rakyat.)

Nik Aziz "tidak sabar nak berhenti" jika diminta Adun Pas


Nik Aziz "tidak sabar nak berhenti" jika diminta Adun Pas

KOTA BHARU 25 Nov. — Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau “tidak sabar” untuk melepaskan jawatan itu jika Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan daripada Pas memintanya berbuat demikian.

“Kalau orang Pas suruh saya berhenti, saya berhenti petang ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar mingguan bahawa beberapa wakil rakyat daripada parti itu mahu beliau meletak jawatan “pada masa gemilang beliau” dan memberi laluan kepada pemimpin muda parti itu bagi menerajui kerajaan Kelantan.

Malahan, menurut laporan Mingguan Watan itu, golongan berkenaan mahu Nik Aziz yang dianggap sudah berumur dan mengalami masalah kesihatan, menyediakan pelan peralihan kuasa segera kerana kerap berlaku mesyuarat penting membabitkan keputusan segera kerajaan negeri terpaksa ditangguh kerana beliau berada di hospital.

Nik Aziz, 77, yang menjadi Menteri Besar sejak 1990, berkata sehingga kini beliau belum mendengar gesaan itu disampaikan kepadanya.

Katanya jika pihak yang membuat gesaan itu tidak berani memberitahu perkara itu kepada beliau secara berdepan, mereka sepatutnya berdiam diri.

Nik Aziz berkata beliau memegang Menteri Besar itu adalah kerana desakan anggota Pas yang mahukan beliau terus menerajui Kelantan.

“Orang tidak bagi pun saya turun,” katanya.

Ketika ditanya mengenai penggantinya jika beliau meletak jawatan, Nik Aziz berkata: “Saya boleh jadi ada calon (tapi) mana boleh sebut”.

Katanya beliau menyerahkan isu mengenai penggantinya itu kepada parti.

Nik Aziz juga berkata beliau bersetuju dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan senaman yoga untuk umat Islam kerana dua sebab iaitu ia melibatkan penggunaan jampi dan juga senaman itu menghubungkan manusia dengan Tuhan.

Bagaimanapun, katanya, pelaksanaan fatwa itu di Kelantan adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

— BERNAMA

Tuesday, November 25, 2008

PAS Kecewa Dato Fauzi menyertai PKR bukan PAS


Wednesday, July 23, 2008

DATO FAUZI MENYERTAI PKR

Berita gembira buat penyokong Pakatan Rakyat di Pahang. Namun bagi saya terselit sedikit kecewa. Saya mengetahui penyertaan Dato Fauzi ke dalam PKR ini lebih kurang jam 12. 30 mlm. Itupun selepas menonton TV 502 Berita Bernama sebaik sampai dirumah setelah Kuliah di Keratong 9.

Bukan satu rahsia lagi Dato Fauzi akan menyertai PAS. "Menyertai parti lain adalah adat (kebiasaan), bersama PAS adalah ibadat" Inilah lafaz yang keluar dari mulut beliau membayangkan komitmen untuk bersama PAS semasa bertemu pimpinan PAS peringkat negeri Pahang. Saya tidak katakan Dato Fauzi memungkiri janji. Tetapi semua ini berlaku kerana kelemahan kita (baca pimpinan PAS). Pimpinan PAS Pahang telah menghubungi Pimpinan A (bukan nama sebenar) untuk tindakan selanjutnya sehinggalah telah ditetapkan tarikh pengisytiharan beliau ke dalam PAS. Bloger MSO telah mewar-warkan penyertaan bekas Timbalan Menteri dari Pantai Timur ke dalam PAS dalam blog beliau.

Saya dimaklumkan beberapa kali Dato Fauzi menghubungi sahabat kita di Kuantan bertanyakan bilakah pimpinan A akan menghubungi dan mengunjungi beliau.

Mungkin kecewa dengan kerenah pimpinan PAS yang lambat bertindak untuk menguruskan kemasukannya. Kelihatannya pimpinan A bertaraf Dewan Harian Pusat tidak berminat untuk menarik tali yang kami berikan. Beliau lebih berselera untuk bertemu pimpinan tertinggi UMNO malah sampai tiga kali bertemu, sedangkan hasilnya hampir-hampir PAS terjebak dalam jerangkap samar UMNO.

Sepatutnya di Pahang bulan Julai ini akan menerima 2 kemasukan anggota baru, Rakan Ezam dalam GERAK Zukri Aksah dan Bekas Timbalan Menteri Dato Fauzi Abd Rahman.
Saya tak berniat untuk merosakkan reputasi mana-mana pimpinan PAS Pusat. Belajarlah dari kelemahan ini. Antara Abu Jahal dan Abdullah Umi Maktum, Allah memerintahkan nabi pilih Abdullah Umi Maktum kerana beliau berkehendak pada hidayah berbanding Abu Jahal yang angkoh dan sombong. Kenapa bertemu dengan pemimpin UMNO, geraknya pantas, bertemu dengan mad'u bergerak agak malas.

Abu Sufian menanggalkan baju Jahilliah selepas merasakan beliau tetap mendapat pengiktirafan nabi walaupun awalnya adalah penentang dakwah. Bukan tujuan saya untuk menyamakan Dato Fauzi dengan 2 sahabat nabi ini, namun belajarlah dari kebijaksanaan nabi.

Manusia yang telah berada di depan pintu rumah kita, yang sepatutnya kita tarik tangannya masuk ke dalam rumah, namun kita biarkan dia terus berdiri seumpama peminta sedekah, akhirnya beliau beralih ke rumah jiran sebelah.

Pun begitu kita ucapkan kepada Dato Fauzi selamat berjuang dalam Pakatan Rakyat.
Diposting oleh Najmi di 10:02 PM 0 komentar
Tuesday, July 22, 2008

(Kata Waris Pahang :
PAS kecewa Dato Fauzi menyertai PKR bukan PAS, kesian dia..........!)

Jangan Lupa Kesalahan Suhaimi

Sunday, November 16, 2008

ISU KHUTBAH SAYA TERUS PANAS !!

Sinar harian melaporkan muka depan dengan tajuk KHUTBAH HENTAM KERAJAAN. Ramai yang bertanya "Macammana Ust? Terus terang saya katakan saya tak hentam kerajaan. Apa yang saya hentam ialah KEZALIMAN dan KETIDAKADILAN. Ada komen nakal menghentam saya kerana menentang ISA. Saudara harus menyelami penderitaan anak-anak yang bapa ditahan di bawah ISA. Rintihan isteri yang berhempas pulas mengharungi kepayahan tanpa suami. Ada yang membangkitkan bagaimana pula penjenayah dipenjara. Mereka berbeza dengan tahanan ISA. Mereka telah diberi peluang membela diri.. segala bukti dibongkar di mahkamah. Hakim menjatuhkan hukuman, ada yg 4 tahun ada yang 10 tahun malah ada yang 20 tahun, seumur hidup pun ada.

1. Maknanya mereka mengetahui berapa lama mereka akan duduk dalam jeriji besi. Anak mereka boleh membilang hari, bila bapa bebas tetapi ISA tidak diketahui berapa lama di tahan. Selepas dua tahun sambung lagi 2 tahun sambung lagi 2 tahun sambung lagi 2 tahun.

2. Bila saya ziarah anak dan isteri ISA, mereka mendakwa pertemuan mereka dihadang oleh cermin tebal dan bercakap hanya menggunakan intercom. Tiada sentuhan, belaian yang hanya ada linangan air mata.

3. Isteri penjenayah dipenjara tak diganggu. Apa yg terpaksa mereka hadapi hanyalah tohmahan masyarakat. Tetapi isteri tahanan ISA diganggu oleh manusia yang mengaku SB. Psikologi mereka diganggu, panggilan telefon mengganggu mereka, malah ada rumah tangga mereka hancur akibat gangguan ini.

4. Kak Norlaila (isteri Mat Sah Satray) mendakwa, SB memberi amaran, kalau beliau terus aktif dalam GMI membantu kempen kesedaran mansuh ISA dan membantu kebajikan tahanan, suaminya akan terus merengkok dalam tahanan, dengan tujuan 'padan muka'.Manusia yang menulis menyokong ISA, anda hanya duduk dalam bilik berhawa dingin tanpa anda mengetahui jerih payah anak dan isteri mereka. Bacalah buku karya isteri-isteri tahanan ISA bertajuk "DUNIA TANPA SUAMI" Selamilah isi hati mereka.

Tambahan pula perjuangan menentang ISA ini tidak boleh dilihat sebagai agenda pembangkang. Ia telah diterima oleh sebahagian rakyat malah yang tak berparti pun sehingga mereka menjadi aktivis Gerakan Mansuh ISA (GMI). Bukan itu sahaja, hari ini parti GERAKAN, MCA, MIC, SAPP juga sedang mendesak supaya ISA ini dikaji semula. Malah Mufti Perlis Sahibus Samahah Dr Asri menolak penggunaan ISA dan minta ISA dihapuskanLaporan mingguan Malaysia muka 3 pula KHUTBAH: JAIP SIASAT IMAMSaya sedia memberikan kerjasama. Saya tak bimbang sebab saya hanyalah tunaikan tanggung jawab sebagai pendakwah.

Saya menghormati Jabatan Agama Islam Pahang. Mereka juga bertungkus lumus dalam kerja kerja Islam. Malah semasa JAIP mengambil tindakan terhadap 2000 remaja Islam yang menghadiri pesta muzik dan pesta arak di genting Highland (Keratan akhbar di bawah), beberapa tahun yang lalu, JAIP dibelasah oleh NGO pro Islam Liberal atas tuduhan menceroboh hak asasi manusia, termasuk juga ada ahli parlimen dan menteri membelasah tindakan JAIP, Namun saya dan Pemuda PAS konsisten membela dan mempertahankan JAIP

Dalam buku yang saya baca saya teringat kisah imam Izzuddin Abd. Salam.
Seorang ulama terkenal sezaman dengan Imam Nawawi iaitu Imam Izz Assalam menegur Raja Zahir Baiber pemerintah Memluk di Mesir dalam Khutbah. Belau menegur pemerintah yg ingin menaikkan cukai kerana perbelanjaan tak mencukupi bagi menghadapi perang dengan Monggol. Imam Izzuddin Abd Salam menyebut 'Haram kamu mengutip cukai dari rakyat sebelum kamu jual perhiasan mewah dalam mahligai kamu. Imam Izzudin berkata Jual diri kamu terlebih dahulu sebelum kamu jual rakyat kamu.Lagi keras peringatan ini daripada khutbah saya dan pemerintah masa tu insaf....

Sebenarnya Mesyuarat Dewan Pemuda PAS bulan Ramadhan yang lalu, kami telah memutuskan untuk mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Masalah umat Islam yang memenuhi premis perjudian semakin membarah, berpeleseran tak solat jumaat dan banyak lagi, semua kesalahan itu disebut dalam enakmen dan hukumannya.

Kami melihat kelemahan ini perlu diatasi. Maka kami bersedia untuk bertemu JAIP untuk berbincang.

Maka bila isu khutbah ini berlaku, maka saya melihat mungkin ini hikmah untuk kita duduk semeja Selain bincang isu Khtbah saya, memorandum itu juga akan saya ajukan dan kita boleh berbincang.
Ada beberpa tuduhan dalam komen pengunjung blog Pahang Daily.. saya akan jawab Insya Allah.
Diposting oleh Najmi di 2:16 AM

4 komentar:
Dato' Seri Dr Jamaludin Jaris said...
This post has been removed by the author.
November 16, 2008 11:06 PM
MatKreko said...
Salaam sdr,Sekiranya kerajaan begiru beria2 utk mengambil tindakan terhadap khutbah yg sdr sampaikan, ia membenarkan fakta bahawa kerajaan sekarang memang kerajaan yang zalim terhadap rakyatnya sendiri.Dan menentang kezaliman menjadi perkara wajib ke atas setiap muslim....
November 17, 2008 7:00 PM
jaypahang said...
Sejak dulu, kini dan selamanya BN/UMNO tidak gemar kalau diberikan peringatan tapi mereka lebih suka kalau dipuji.Usah gentar ustaz, carilah redha ALLAH ALLAH, uztaz hanya berkata benar, biarkan mereka tapi jangan lemah semangat kerana yakinlah, ALLAH bersama ustaz. Lawan tetap lawan kerana kebenaran.
November 19, 2008 4:23 PM
Commander said...
we support u ustaz,,, kebanyakkan pemimpin kita sekarang banyak yang jahil agama ...
November 19, 2008 8:51 PM
Post a Comment

(Kata Waris Pahang :

Jangan Lupa Kesalahan Suhaimi

i. Beliau pembaca khutbah yang tidak bertauliah.

ii. Beliau tidak membaca khutbah mengikut teks yang disediakan oleh Pejabat Mufti Pahang.

iii. Beliau menggunakan masjid untuk berpolitik atau dalam erti kata lain membawa isu-isu yang cenderung dan menguntungkan sesuatu parti politik contoh isu ISA.

iv. Beliau tidak membaca doa untuk Sultan Pahang dalam khutbahnya. )


Wednesday, November 19, 2008

PAS SEKONGKOL DAP HAPUS KETUANAN MELAYU


19.11.2008

Kepimpinan Melayu Islam akan dihapuskan oleh orang bernama Nik Aziz Nik Mat.Ketuanan Melayu dianggap tidak ada dalam al quran.

Siapa orang Melayu ni? Mereka adalah orang Islam. Adakah Nik Aziz mahu beri jawatan Perdana Menteri kepada bangsa lain sedangkan orang Melayu adalah majoriti rakyat di negara ini.
Nik Aziz juga menggambarkan, parti politik selain daripada PAS seolah-olahnya tidak memperjuangkan Islam.

Bagaimana perasaan ahli-ahli PKR? Nik Aziz jelas mahu beri jawatan ini kepada bangsa lain. seolah-olahnya orang Melayu tidak jadi PM tidak apa, namun yang penting baginya parti kuat (UMNO) tumbang.

PAS hanya berani ganyang UMNO sahaja tetapi bersekongkol dan takut dengan DAP. Yes Bos (DAP) ! kata orang PAS.

WARISAN PAHANG

19.11.2008

Bersyukurlah Rakyat Malaysia : Diskaun tol 10 peratus

Pengguna kenderaan persendirian Kelas 1 yang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Elite dari 12 tengah malam hingga 7 pagi akan menerima diskaun tol 10 peratus untuk tempoh dua tahun mulai 1 Januari tahun depan.

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP