Saturday, November 29, 2008

Arak: Dewan Ulama Pas kecewa keputusan Selangor


KOTA BHARU 27 Nov. – Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Mohamed Daud hairan dengan Kerajaan Selangor yang terlalu sukar untuk menerima cadangan parti itu berhubung peraturan membataskan jualan minuman beralkohol di negeri tersebut.

Beliau berkata, cadangan peraturan tersebut hanya melibatkan umat Islam dan tidak timbul masalah dengan masyarakat beragama lain kerana mereka masih bebas mengamalkan cara hidup sendiri.

“Pas tidak mempunyai kuasa ke atas DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun kita sama-sama berada dalam pakatan pembangkang, jadi kita hanya mampu memberikan cadangan dan terpulang kepada kerajaan yang memerintah untuk menerimanya.

“Keputusan berhubung peraturan penjualan minuman keras dan mengurangkan premis judi di lima buah negeri pakatan pembangkang dibuat ketika muktamar tahunan parti Pas baru-baru ini, dan ia memang menjadi hasrat parti untuk melihat negeri-negeri di bawah pakatan untuk melaksanakannya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kerajaan campuran Selangor di bawah pimpinan PKR yang menolak usaha Pas Selangor untuk memperkenalkan peraturan membataskan jualan arak berkuat kuasa Januari depan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberikan alasan keputusan itu terpaksa dibuat kerana penduduk di negeri itu terdiri daripada berbilang kaum dan agama.

Sebelum ini, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) disebut sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Selangor yang meluluskan usul berkenaan yang bakal berkuat kuasa Januari depan.

Bagaimanapun, usaha murni itu dikecam DAP apabila ketua publisitinya, Tony Pua menyifatkan Pas sebagai bongkak dan sukar bekerjasama kerana tidak merujuk terlebih dahulu dengan parti-parti lain dalam pakatan pembangkang.

(Kata Waris Pahang :

i. Masalah arak pun dah kantoi, bagaimana nak tubuh Negara Islam.

ii. PAS terlalu kecil bagi DAP, betullah kata orang, PAS hanya parti menumpang atau parti kelas ke 3.

iii. Hairan! PAS terlalu takut dekat DAP, maknanya PAS dan PKR ni bonekalah ye!.

iv. Kadang-kadang rasa simpati juga dekat PAS sebab setiap usul yang dibawa PAS ditolak oleh rakan kongsi mereka. Kalu macam tu baik chow aje dari Pakatan Rakyat, baru DAP tahu tinggi atau rendahnya langit.

v.Tony Pua menyifatkan "Pas sebagai bongkak dan sukar bekerjasama kerana tidak merujuk terlebih dahulu dengan parti-parti lain dalam pakatan pembangkang". Jelas di sini betapa beraninya DAP tetapi malang bagi PAS kerana penakut.)

2 comments:

Kak Saba said...

Moh ler duduk dalam jemaah...jangan sekadar beri komen berdasarkan Akhbar yang dimiliki oleh kerajaan yang dah lapuk..jangan ler aok jadi katak bawah tempurong...fikir-fikirlah wahai anak warisan Pahang yang dari dulu kini dan mungkin selamanya di takuk yang sama. Pahang apa nak jadi ..dengar pun Negeri Pahang ni dah nok Bankrup!! PEPALIH WEII... MANCHISTERCITY MARI..

pahang@blogger.com said...

Tak akan ada yang berubah kerana sikap pemimpin PAS dan PKR pun sama dengan UMNO. Bila dah naik lupa orang dibawah. La ni dah pandai main golf, dulu kutuk. Masalah dengan orang PAS adalah apapun yang mereka buat adalah betul dan apa yang orang lain buat adalah salah dan berdosa serta haram. Hukum akan berubah mengikut kesesuaian semasa dan menguntungkan mereka.

Perjuangkan Islam tetapi tak semestinya melalui politik kerana parti PAS bukanlah Islam dan Islam bukanlah PAS. Orang-orang mengikut PAS dah dibutakan mata dan hatinya serta taksub kepada pemimpin. Haram berkerjasama dengan UMNO kerana UMNO berkerjasama dengan MCA kafir. Halal berkerjasama dengan DAP WALAUPUN DAP kafir kerana DAP akan BERSAMA PAS MENEGAKKAN ISLAM.

TAKBIR SIKIT ORANG-ORANG PAS? Huk! Huk! Huk!

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP