Tuesday, August 11, 2009

HINA ISLAM SIASAT SEGERA

Biar sekarang…jangan nanti sudah terlambat

Cacamarba ,mengarut dan sangat membimbangkan.Itu antara komen sebilangan pembaca Agendadaily melihat hu ha antara parti pakatan pembangkang khususnya terbaru PAS dan DAP di Selangor.

Kebanyakan mereka sudah dapat membuat jangkaan bagaimana rupa bentuk gelagat masing-masing jika ditakdirkan seluruh negara ini jatuh dibawah naungan pakatan itu.

Bagi mereka biar semua orang buka mata sekarang dari sudah terlambat.Sekalipun kebelakangan ini pakatan pembangkang cuba untuk gambarkan kononnya dapat berpadu dibawah satu bumbung perbezaan antara PAS dan DAP dan sikap ‘ play safe’ PKR membuka banyak ruang kepada sengketa berlarutan.

Selain isu arak di Selangor apa yang sangat mengejutkan ramai pihak ialah isu kenyataan terlampau dan biadap Ketua Pemuda Kebangsaan DAP yang juga Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook terhadap penceramah bebas Dr Ridhuan Tee Abdullah.

Orang kanan DAP itu itu tidak mungkin berani buat kenyataan seumpama itu jika tidak kerana melihat ia dapat ‘ dapat muka’ dalam kegairahan pakatan pembangkang untuk menarik sebanyak mungkin sokongan dari apa jua isu yang ada.

Apa lagi orang orang PAS masih boleh mampu tersenyum melihat kelibat Karpal Singh sekalipun Pengerusi DAP Kebangsaan itu tidak tarik balik kenyataannya langkah mayatnya jika PAS nak laksanakan pentabiran Islam di negara ini jika berkuasa.

Semua orang tahu tentang tuntutan DAP dan keluarga Teoh Beng Hock kepada kerajaan agar beri keistimewaan iktiraf anak yang kini dalam kandongan tunangnya sebagai anak mendiang dalam surat daftar kelahiran kelak.

Persoalan besar bagaimana nanti jika ramai lagi yang minta keistimewaan seumpama itu.Contohnya teman lelaki yang terbunuh dalam kemalangan jalanraya sedangkan tunang mereka sudah ‘ ter-mengandung’.

Kematian Teoh mungkin satu tragedi yang misterinya belum terjawab.Namun peraturan tetap peraturan.

Sekalipun laman blog http://sjsandteam.wordpress.com/ yang siar kenyataan Loke sudah dimatikan tetapi kenyataan itu tetap satu kenyataan. Mereka yang cuba melayari laman blog itu mendapati ia kini bertulis “The authors have deleted this blog. The content is no longer available.”

Semua ini bermula apabila blog berkenaan menyiarkan kenyataan Loke menuntut Dr Ridhuan memohon maaf kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock.

Sebabnya, Dr Ridhuan dalam tulisannya yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia baru baru ini mempertikaikan langkah menghalalkan "anak luar nikah" yang didakwa kepunyaan mendiang Teoh Beng Hock dengan tunangnya.

Loke mengutuk tulisan Dr Ridhuan yang dianggap menghina keluarga Teoh dan membangkitkan sentimen perkauman yang melampau.

Ekoran kritikan Loke Siew itu, ada beberapa komen disiarkan oleh blog berkenaan yang salah satu daripadanya telah ‘mencarutkan Islam’.

Walaupun blog berkenaan telah ditutup dan artikel berkenaan ditarik balik, mujurlah Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin membuat salinan kenyataan Loke Siew dan komen yang ‘mencarutkan Islam’ di dalam blognya http://zul4kulim.blogspot.com/.

Berbeza dengan sikap pimpinan PKR lain yang gemar main selamat, Zulkifli ini sekalipun beliau Ahli Parlimen PKR,beliau tidak akan berselindung pendirian dalam isu melibatkan Islam. Apa agaknya nak dikata Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Datuk Zaid Ibrahim terhadap gelagat Loke ini?

Mengulas kebidapan itu, Zulkifli memuatkan komen yang ‘mencarutkan Islam’ berkenaan dalam bahasa Inggeris dan menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu.

Memang apabila membaca komen berkenaan, tiada seorang pun umat Islam yang waras boleh mengampunkan kebidapan blog yang menyiarkan komen yang dibuat oleh seorang yang menamakan dirinya Tuhan Chin mengulas kritikan DAPSY terhadap tulisan Dr. Ridhuan.

Malah tidak kurang juga yang menghubungi Agendadaily menyatakan kebiadapan DAPSY yang membuka ruang kepada komen menghina Islam. Mereka menyifatkan umat Islam tidak lagi boleh bertolak ansur dengan kebiadapan berkenaan.

Menurut mereka, jika mereka tidak berpuashati dengan tulisan Dr Ridhuan, kenapa Islam yang dicarutkan dan dimaki hamun.

Bayangkan jika ada yang ‘membabikan” kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan DAPSY itu, sudah tentu ia akan diserang dan akan dianjurkan perhimpunan mendesak tindakan tegas dan kenyataan itu ditarik balik.

Zulkifli yang mengulas perkara itu menuntut Ketua Pemuda DAP itu meminta maaf kepada Dr. Ridhuan khususnya dan umat Islam umumnya.

Beliau juga meminta polis menyiasat segera kenyataan tersebut serta pengendali web tersebut menurut peruntukan sedia ada seperti Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Ini bukanlah kali pertama mereka yang mempunyai kedudukan dalam DAP membangkitkan isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

Ketua Staff Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi baru-baru ini menyifatkan Jemaah Islam Malaysia (JIM) sebuah pertubuhan bukan kerajaan sebagai ‘ekstrimis’ dan di Selangor pula Exco Ronnie Liu campurtangan apabila Majlis Bandaraya Shah Alam merampas minuman keras daripada kedai serbaneka di kawasan kediaman penduduknya majoriti Islam.

MBSA diarahkan memulangkan semua arak yang diramapas kerana alasan yang diberikan Ronnie, bir yang dirampas tidak boleh dikategorikan sebagai minuman keras kerana kandungan akoholnya rendah.

Siapa yang memberikan kuasa kepada Ronnie Liu untuk mentafsirkan sesuatu yang telah jelas haram dalam Islam.

Malangnya Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mencerca UMNO kerana tidak Islamik hanya mengambil sikap tidak mahu campur dalam isu arak di Selangor walaupun terang-terang Ronnie Liu seperti kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mencampuri bidang kuasa orang lain.

Jika masih ada yang ingat, semasa isu seorang lagi Exco Selangor, Elizabeth Wong berbogel “Tok Guru Nik Aziz’ inilah yang membelanya sedangkan gambar itu didakwa dirakam oleh teman lelaki Elizabeth, seorang pemuda Melayu dan Islam.

Apakah Tok Guru tak kisah Elizabeth berbogel depan teman lelakinya yang dikatakan mereka berkesedudukan?

Jawapnya...faham faham sajalah demi politik semua boleh kasi londeh (Sumber : Agendadaily)

(Kata Waris Pahang :

-Tahniah kepada penulis agendadaily yang mengupas isu ini dengan menarik sekali. Ramai umat Islam di Malaysia terkejut kerana kes menghina Islam kini berlaku di negara kita sendiri.

-Kebiasaannya apabila isu penghinaan terhadap Islam dan Nabi berlaku di luar negara maka umat Islam tanpa ideologi politik bangkit memprotes tindakan yang melampau tersebut.

-Ada juga pertubuhan politik yang kononnya memperjuangkan Islam mengadakan demontrasi bantahan tersebut di hadapan masjid terutamanya selepas sembahnyang jumaat.

-Namun dalam kes Ketua Pemuda DAP menghina Islam, kenapa umat Islam sunyi sepi sedangkan kes hina Islam ini berlaku di negara kita.

-Alhamdulillah ada insan yang prihatin bernama Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengarahkan polis untuk menyiasat blog dan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin pembangkang yang 'mencarutkan' Islam dalam komen mereka.

-Menurut Najib, dalam apa-apa pun keadaan, negara mempunyai undang-undang dalam salah satunya Akta Hasutan. "Harap pihak berkuasa siasat dan jika didapati ada kesalahan yang boleh disabitkan maka tindakan perlu diambil terhadap sesiapa pun yang menyebabkan perkara yang dikaitkan dengan hasutan," katanya.

-Menurut Najib, undang-undang seperti Akta Hasutan bukan hanya ditujukan kepada Islam sahaja tetapi untuk semua agama dan juga kaum dalam negara ini. "Kalau kita menghina sesiapa dan penghinaan itu boleh menyebabkan ketegangan kaum maka tindakan boleh diambil disisi undang-undang hasutan negara kita," ujar beliau.

-Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein memberi jaminan jika siasatan mendapati pihak tertentu bertanggungjawab mencarutkan Islam, tindakan tegas tetap akan diambil.

-Tambahnya lagi "ini bukan amaran. Tindakan tegas akan diambil". Beliau juga meminta pihak polis segera menjalankan siasatan bagi mengelakkan tanggapan masyarakat bahawa penguatkuasaan tidak mampu bertindak tegas dalam isu berkenaan.

-Persoalannya apa yang PAS dan PKR buat?. Kenapa diam seribu bahasa di atas kenyataan Ketua Pemuda DAP yang menghina Islam itu.

-Adakah kerana kepentingan politik maka Islam tidak perlu dipertahankan. Eloklah kita lupakan sahaja PAS dan PKR kerana mereka masih bersekongkol dengan DAP).

2 comments:

YANG GAMBI said...

Salam,

Kerajaan mesti gunakan peruntukan undang-undang yang ada agar puak-puak ni tahu berbudi bahasa....

WARIS PAHANG said...

Betul tu, undang-undang penyelesai masalah, jangan buat sesuka hati sahaja, negara kita ada undang-undanglah.

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP