Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan Negeri, Datuk Hoh Khai Mun berkata, kanak-kanak yang berasal dari Perkampungan Chengal Lempong Baru 2, Balok, dekat sini meninggal dunia 7 Ogos lalu setelah mengalami sesak nafas dan batuk berkahak sejak 2 Ogos lalu.
Menurutnya, mangsa dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada 6 Ogos lalu oleh Hospital Pakar Kuantan dan disahkan H1N1 pada 9 Ogos lalu. “Kanak-kanak itu meninggal dunia pada 7 Ogos lalu kira-kira jam 4.58 pagi dengan diagnosis pneumonia dan septicaemia.
Sempal diambil pada tarikh kanak-kanak itu meninggal dunia dan disahkan H1N1 hanya pada 9 Ogos lalu kira-kira jam 6 petang,” katanya melalui satu kenyataan media yang difakskan semalam.
Beliau berkata, sehingga semalam, terdapat 190 kes positif H1N1 iaitu 12 kes import dan 178 kes tempatan dengan tiga kematian.
Menurutnya, sebanyak 148 kluster yang disyaki H1N1 dilaporkan berlaku di seluruh negeri ini melibatkan 10 daerah.
Katanya, daripada jumlah itu, 66 institusi (sekolah dan institusi pengajian tinggi) disahkan H1N1 dan 52 institusi sudah pun diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dengan 14 kluster lagi sedang dipantau Pejabat Kesihatan Daerah masing-masing.
“Kuantan mencatatkan bilangan institusi positif H1N1 tertinggi iaitu 31 diikuti Rompin (9), Maran (8) Pekan (7), Raub, Temerloh, Bentong (3), Lipis, Bera (1) manakala Jerantut dan Cameron Highlands masih selamat.
“Sebanyak 15 institusi sudah pun dibuka semula dan tiada kes baru terjadi di institusi tersebut,” katanya (Sumber : Sinar Harian)
(Kata Waris Pahang :
-Takziah diucapkan ke atas keluarga arwah mangsa wabak selsema babi atau influenza A (H1N1). Marilah sama-sama kita sedekahkan Alfatihah.
-Seramai 500 orang umat Islam menunaikan sembahyang hajat serta qunut nazilah selepas sahaja sembahyang jumaat di Masjid Negeri di Kuantan.
-Mereka berdoa minta dijauhkan daripada wabak selsema babi atau influenza A (H1N1) yang kini telah menjadi ancaman serius Negeri Pahang.
-Rata-rata orang ramai, kakitangan kerajaan, swasta, peniaga dan individu disekitar Kuantan dilihat memakai topeng bagi mengelak dijangkiti wabak ini.
-Namun begitu jumlah mereka yang memakai topeng tidaklah begitu ramai mungkin kerana kesedaran tentang bahaya wabak ini kurang atau harga topeng yang agak mahal bagi pengguna.
-Orang ramai juga mesti mengambil langkah pencegahan dengan menjaga kebersihan seperti membasuh tangan dan memakai topeng terutama ketika berada di tempat terbuka.
Info Kes Terkini :
Jumlah Kematian : 51 orang
Jumlah Kes Positif : 2,253
Kedudukan Dunia : Tangga Ke 9).
1 comment:
salam
dunia hari ini menghadapi macam2 musibah dan di malaysia kita terkena juga kesan H1N1...
cuma satulah nasihat saya jaga permakanan dan banyak makanan bervitamin dan kurang bergaul di luar rumah...
kalau nak terkena selepas kita berhati2 tu maka ianya adalah dugaan Allah...
tapi janganlah pulak pergi ikut serta demo PPSMI yang cuba di atur oleh pihak pembangkang dalam masa terdekat ni...
itu namanya cari nahas
salam
Post a Comment