Wednesday, September 2, 2009

Kes Liwat : Melewat Bicara Bikin Gamat

DSAI akan menghadiri sesi mahkamah tinggi di Kompleks Mahkamah Jalan Duta esok 2hb September 2009(Wednesday),bermula jam 9 pagi.
Mahkamah antara lain akan mendengar permohonan DSAI untuk mengenepikan pertuduhan fitnah terhadap beliau. (Sumber : BlogAnwar)
(Kata Waris Pahang :
-Menurut laman blog Anwar bahawa beliau akan hadir ke Mahkamah Tinggi pada 2 September untuk minta digugurkan kes liwat.
-Sungguh mudah si Anwar mahu melepaskan diri tanpa dibicara sedangkan si Saiful sudah tunggu lama.
-Pepatah Melayu ada mengatakan "Berani Kerana Benar Takut Kerana Salah". Kenapa Anwar beria-ia sangat mahu menggugurkan kes ini?.
-Seandainya sememangnya fitnah maka berjuanglah habis-habisan dengan bukti-bukti kamu di mahkamah dan bukannya mahu mengelak dengan pelbagai alasan.
-Bagaimana kalau mahkamah menolak permohonan Anwar untuk menggugurkan kes?. Apa pula drama yang akan dibuat oleh Anwar dan siapa pula pelakon-pelakon setia Anwar?.
-Harap mahkamah dengar luahan rakyat yang sudah tidak sabar mahu mendengar perbicaraan kes liwat tersebut.
-Harap mahkamah mendengar suara Saiful mangsa yang dizalimi yang mahukan kes ini dibicarakan. "Allah memakbulkan doa orang yang dizalimi".
-Di bulan Ramadhan yang mulia ini, sama-samalah kita berdoa kepada Allah supaya kes liwat ini dibicarakan).

15 comments:

mat yen said...

Salam,

Oleh itu janganlah mencari jalan mudah, buktikan sekiranya anda tidak bersalah...
Jika tidak bersalah apa perlu takut,
jika dimasa Timb Perdana Menteri apa juga boleh berlaku tetapi apabila jadi pembangkang semua tidak boleh, itu Anwar yang cuma pentingkan diri untuk berkuasa.

udanggalah said...

Liwat,lewat,liwat,lewat...
Bunyinya nak sama ..begitulah nada Anwar dari dulu serupa tu juga.Dia kan cari jalan mewujudkan isu-isu lain tuk melewatkan kes liwatnya,gamaknya sampai PRU ke13

YANG GAMBI said...

Salam, Anwar pengkhiant tetapi terlalu bacul....., kalau dia benar mengapa harus lari dari kebenaran....

EM said...

Jika mahkamah menggugurkan kes .. marilah kita beramai2 solay sunat hajat agar allah turunkan bala keatas hakim yang tidak menegak keadilan....

KHAIRUL NAZRI said...

Setuju dengan EM

Waris Pahang said...

Bekas Speaker DUN Perak, V Sivakumar dilihat antara pelakon tambahan (macam pelakon import dari India punya mari) bakal mengadakan kecoh pg ini?.

Tujuannya barangkali mahu mengalih perhatian orang ramai daripada tertumpu ke perbicaraan kes liwat (Anwar).

"Perbuatan itu bukan saja tidak mengikut undang-undang tetapi terang-terang satu bentuk penderhakaan pakatan pembangkang kepada Sultan Perak".

bungaraya said...

Kenapa seolah-olah Hakim yang membicarakan kes liwat anwar ibrahim ini bertindak tidak berlandaskan keadilan? Sibuk melayan kerenah awnar ibrahim sehinggakan mengabaikan kaadilan kepada pihak Saiful dan sebahagian besar rakyat yang sangat ingin mengetahui perkara sebenar.
Bertangguh-tangguh seperti ini juga merupakan permainan politik pihak kehakiman negara. anwar belum menjadi pemimpin kerajaan telah mula menunjukkan kejahatannya mempermainkan perundangan negara yang beliau sangat maklum direka hanya oleh manusia yang serba lemah ini.

Ipoh Marley said...

ANWAR IBRAHIM ADALAH DAJAL

mat kelubi said...

Salam........
klu anwar berahim ni berani dah kompom la dia mintak kerajaan tubuh suruhanjaya diraja. dah orang salah takut la tu mcm2 la dia wat nya nak ngelak kena bicara.
orang mcm ni tak layak ada kat muka bumi ni wat banyak turun bala je.

Waris Pahang said...

Anwar berjaya tangguhkan lagi kes bicara liwat.

Maka Anwar berjaya buat org lupa seketika kesnya.

Kita tunggu sahajalah masanya, kita doa kepada Allah minta Anwar dan saiful panjang umur supaya kita dapat tahu siapa yang benar dan siapa yang salah.

AnTi AljUbuRi said...

Tangguh 2 bulan lagi ... alahai mahkamah!!! Teruk nampaknya diliwat oleh anu war al juburi .. sehingga perlu berehat selama 2 bulan..

Tak pernah aku tengok orang yang tak buat salah takut dibicarakan ...

Selalunya yang aku tengok, pihak pendaka yang terhegeh hegeh, itu tak siap ini tak lengkap ... tapi kali ini Pendakwa dan adik kita si Saiful begitu bersemangat untuk membuka topeng di muka al juburi ...

Apakah agaknya wajah al juburi apabila topengnya dibuka oleh Saiful semasa dalam perbicaraan itu kelak???

Akah nampak jelaskah kepada kita muka seorang munafik? Pengkhianat dan Pembohong nombor wahid ???

Setiap kali aku dengar al juburi membuat komentar semakan meluat aku mendengarnya .. apakah dia orang pertama yang bakal menerima baling kasut dari ku ...

Kita tunggu sahajalah saat dan ketikanya ... InsyaAllah

Waris Pahang said...
This comment has been removed by the author.
Waris Pahang said...

Ada org cakap Anwar berjaya meliwat mahkamah. Patuhlah dengan keputusan mahkamah.

Jangan Lupa Dengan Pepatah Melayu Yang Mengatakan : "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua".

ababina 328 said...

Aku heranlah kamu orang ni.....terlalu mengikut perasaan.

Kamu membicarakan dan menghukum Anwar sebelum Anwar di bicarakan di mahkamah.

Sebenarnya kami dari PR tiada pilihan, kalau di ikutkan kami tak yakin langsung dengan Mahkamah dan Hakim yang mahu membicarakan Anwar berdasarkan pengalaman 1998 lalu.

Tapi apa yang boleh kami buat, BN yang sedang memerintah buat masa sekarang.

Tapi jangan lupa di Jepun parti LDP yang memerintah selama 54 tahun pun dah tumbang.

Maka di PRU13 nanti, BN juga akan tersungkur dan teori RAHMAN hanya tamat dengan nama N @ Najib je......

Di bulan puasa ni jadi-jadilah memfitnah Anwar, biarlah Mahkamah deme memproses dan membicarakannya.

Kami walau pun tak yakin dengan Mahkamah deme.......terpaksa terime juge lah...nak kata apa lagi....

Muhammad faiz mahayudin said...

yang demeh dok beria fanatik sangat ni ngape.. Pastikan Kuasa Di Tangan Rakyat..!

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP