Itulah reaksi Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak Isnin bila ditanya wartawan hajat Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat nak bertemu dengannya bagi mengatur cadangannya hendak adakan debat.
Perdana Menteri ulangi bahawa tiada guna untuk berdebat. Katanya bukan saja beliau berpandangan demikian tetapi semua para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.
"Saya dah kata debat tidak ada gunanya dan semua orang berkata demikian,”katanya semasa ditemui wartawan selepas merasmikan majlis pecah tanah menara pejabat 50 tingkat Kumpulan Naza di Kuala Lumpur.
Ahad Nik Aziz kata beliau berhasrat bertemu dengan Najib terlebih dahulu sekiranya cadangan untuk mengadakan debat menjadi kenyataan bagi membincangkan garis panduan debat itu.(Sumber : Agendadaily)
(Kata Waris Pahang :
-Tahniah Najib kerana menolak pelawaan berdebat dengan Nik Aziz, tindakan Najib ini bukan kerana beliau takut dan pengecut sebaliknya berdebat sememangnya tidak memberi apa-apa faedah dan membuang masa sahaja.
-Najib telah memberi jawapan melalui media bahawa beliau menolak debat tetapi Nik Aziz tetap berdegil dan mendakwa telah menghantar surat rasmi jemputan debat.
-Jika Najib membalas surat tersebut maka tidak mustahil surat tersebut akan dijajanya dalam internet, akhbar dan ceramah-ceramah pembangkang. Jadi Najib tidak perlu layanlah orang yang macam ini.
-Mereka fikir PAS saja yang Islam di dunia ini dan mereka sahaja yang betul. Mereka sudah tidak dapat membezakan antara parti politik dan Islam sehingga menganggap PAS adalah Islam.
-Tajuk debat yang diberi pula lebih bersifat menghukum dan mengutuk terlebih dahulu macamana orang mahu berdebat.
-Nik Aziz kata isu antara PAS dan UMNO tidak akan selesai selagi beliau tidak berdebat dengan Najib. Namun kerjasama beliau dengan DAP yang jelas menolak Islam tidak perlu berdebat pun. Bagaimana pula dengan PKR, adakah mereka tidak Islam kerana tidak menyertai PAS?.
-Nik Aziz sengaja menimbulkan isu debat ini semasa PRK Manik Urai supaya pelbagai pihak menghentam balas beliau maka penyokong atas pagar dan penyokong PAS akan simpati dan memihak kepadanya).
2 comments:
Koi pun setuju Najib tidak berdebat ngan Nik Aziz. Buang masa je..
Apa lah yang nik Najis nik nak dengan Najib. UMNO dah tak nak debat, bimbang dia orang merapu tah apa - apa. Pesan kan Najib tu tak payah jumpa pun buang masa je. Orang macam ni tak boleh percaya. Janggut je panjang akal pendek.
Post a Comment