Surah AlImraan ayat 118Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.
Surah Al-Imraan ayat 78Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada (Ketua-ketua ugamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu. Dan mereka pula berkata: "(bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah", padahal ia bukanlah dari sisi Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).
ASTARGHFIRULLAHHAL'AZIM, apa ke hel nye yeop Nizar kome ni. Tau ler kepola otak dah mereng, tapi takkan nak jual agama semata-mata nak ngikut kater Ngeh dan Nga. Sampe sanggup berlilin-lilin macam paderi Kristian.
Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.
ASTARGHFIRULLAHHAL'AZIM, apa ke hel nye yeop Nizar kome ni. Tau ler kepola otak dah mereng, tapi takkan nak jual agama semata-mata nak ngikut kater Ngeh dan Nga. Sampe sanggup berlilin-lilin macam paderi Kristian.
Amalan "vigil" ni amalan orang Kristian, kalau yer pun nak tarik pengaruh orang Kristian takkan nak mengamalkan amalan agama mereka. Rasullulah pernah bersabda orang Nasrani dan Yahudi takkan puas hati sehingga orang Islam ikut cara mereka.
Nampaknya Nizar dah ikut cara Kristian. Malah Mufti Tan Sri Harun Sani pun dah cakap amalan ini bertentangan dengan ajaran Islam. Takkan nak tinggalkan cakap mufti ikut cakap Nga dan Ngeh.
Inilah sebenarnya Nizar bertopengkan agama. Kita nak tengok apa kata pemimpin PAS tentang amalan ahli jawatankuasa pusat PAS yang dapat undi tertinggi dalam pemilihan parti itu.
-Hari ini umat Islam bertanya kepada para ulama, adakah Nizar sudah sesat atau sudah jatuh murtad?.
-Umat Islam bertanya adakah sudah terjejas akidah Nizar?. Barangkali Nizar tidak rasa bersalah sebab semuanya halal belaka asalkan dapat undi?.
-Masih kita ingat masa Sambutan Rumah Terbuka yang dianjurkan oleh kerajaan, PAS bermati-matian mengatakan kita sesat mengamalkan ajaran agama lain.
-Sedangkan kita cuma meraikan dan bertemu suai kenal sahaja, kita bukan mengamalkan ajaran mereka sebagaimana yang dilakukan oleh Nizar.
-Nik Aziz pernah berkata Saiful bersumpah macam orang kristian pegang kitab. Tapi kini orang kuat PAS sendiri yang amal macam ikut cara Kristian.
-Barangkali kalau perlu bakar colok dan calit dahi dilaksanakan asalkan dapat undi?. PAS juga telah membuka kelab penyokong PAS bagi bukan beragama Islam, pelikkan?.
-Dulu sibuk kafirkan UMNO, sekarang upacara menyalakan lilin macam amalan mereka pun dia orang ikut.
-Semoga mana-mana para Ulama dan Mufti buatlah teguran dan keluarkan fatwa berhubung isu menyalakan lilin ini).
3 comments:
Salam Bro,
Saya kurang pasti, apa agama mendiang Teoh itu...Buddha? Kristian?...Kristian, mazhab apa? Yahudi?
Kalau Kristian Roman Katholik, tiada pun orang buat macam tu..pegang-pegang lilin..
Cuma pada masa Hari Paska dan juga jika ada diadakan "seminar dalam roh kudus" memang ada lah... tapi pada masa hari kematian tiada.
Pegang-pegang lilin tu kepercayaan dalam agama Majusi orang Yahudi tu... orang Roman Katholik tak pernahpun buat.
Yang Melayu PAS dengan Melayu PKR tu terikut sama buat perkara munafik dan syirik begitu apa ke hal... kan kelakuan itu memang ditegah sama sekali dalam ajaran Islam.
Saya taulah, pasal saya masa di sekolah dulu pun pernah belajar tentang hukum-hakam agama Islam dari Ustaz-ustaz yang bertauliah.
Banyak sangat dah saya lihat Melayu PAS dan Melayu PKR ini yang tersesat dan disesatkan...bila lagi mereka semua mahu insaf dan sedar...
saya sokong comment hilbertmontell.. sebab apa tiada satu kejadian seperti itu berlaku dalam mana2 agama kristian melainkan agama sesat saja buat demikian..
Aku hairan kenapa Nizar boleh ikut pegang lilin. Sedangkan kaum lain hanya tunduk sahaja kalau kita baca doa sambil menadah tangan.
Post a Comment