Thursday, July 2, 2009

Manik Urai : BN Lebih Layak Dan Cerah

Dalam meniti saat menunggu tiba hari penamaan calon pilihan raya kecil Manik Urai Isnin ini dan hari mengundi pada 14 Julai ini, gendang pilihan raya sudah dipalu, bermula dengan serangan psikologi.

Ia bermula dengan serangan serangan terhadap calon Barisan Nasional (BN) Tuan Aziz Tuan Mat, kurang daripada 24 jam selepas beliau diumumkan sebagai calon, Ahad lepas.

Ketua Pemuda Umno Kuala Krai yang juga bekas pengurus Bahagian Pemantauan Projek Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) itu didakwa kononnya terlibat dalam perbuatan salah laku, namun Tuan Aziz, 39, pantas menafikannya dalam sebuah portal berita siber.

Sehingga laporan ini ditulis, belum ada serangan peribadi ditujukan terhadap lawannya, Mohd Fauzi Abdullah, 50, bendahari PAS Kuala Krai yang juga pemborong ikan di Pasar Besar Kuala Krai. Sumber : Bernama
Biodata Calon BN

Nama :Tuan Aziz Tuan Mat
umur: 39
Berpengalaman menjadi Pengurus Pemantauan & Penyelarasan Projek di Kesedar.
Graduan Pengurusan Teknologi dari UTM
Di besarkan di Kuala Krai
Bapanya seorang guru manakala ibunya surirumah
Menetap di Guchil.
Boleh bertutur bahasa mandarin.
Mendapat didikan awal di Sk Sultan Yahya Petra,Kuala Krai dan SM Sultan Yahya Petra,sebelum menyambung pelajaran ke SM TeknikTerangganu dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke UTM.
Beliau pulang ke Kuala Krai pada 1997 dan berkhidmat di Kesedar dengan azam anak tempatan mampu bangunkan Kuala Krai,
Pada 2005 beliau di lantik CEO Kesedar Perkilangan SDN BHD.
Anak ke 4 daripada 6 beradik
Berkahwin dengan Suzana Hussin,seorang guru
Dikurniakan seorang anak lelaki dan perempuan.
Beliau juga adalah mantan Naib Pengerusi Majlis Belia Jajahan Kuala Krai.

(Kata Waris Pahang :

-Waris Pahang baru menerima panggilan telefon dari rakan yang mengatakan peluang BN adalah cerah untuk menang berbanding dengan PAS.

-Pemilihan calon BN, Tuan Aziz sebagai calon adalah tepat bagi penyokong BN dan pemilihan calon PAS, Mohd Fauzi sebagai calon adalah tepat bagi penyokong PAS.

-Namun calon BN dilihat lebih tepat dan ketrampilan untuk dipilih sebagai wakil rakyat Manik Urai kerana latar belakang pendidikan dan pekerjaannya.

-Serangan yang tidak bermoral dan taktik kotor daripada PAS terhadap calon BN telah menerbitkan rasa simpati pengundi Manik Urai.

-Apalah ertinya jika seseorang yang berperwatakan ulama tetapi tandus dalam pengetahuan pentadbiran.

-Maksud Hadis :
"Apabila diserah sesuatu urusan kepada bukan ahlinya, tunggulah kehancurannya".

-Pengundi Manik Urai sedang melihat dan menilai calon BN. Sehingga kini mereka berpendapat Tuan Aziz yang lebih layak).

Tajuk Menarik Manik Urai Terdahulu :

5 comments:

hilbertmontell said...

Salam,

Semoga UMNO dan BN akan menang di Manek Urai. Harap rakyat juga mesti bersikap adil kepada UMNO dan BN.

Jangan hanya untuk memenangkan PAS/DAP/PKR saja pada setiap kali pilhanraya.

Rakyat juga harus ada perasaan bertanggungjawab terhadap negara pada diri dengan memberikan terus kepercayaan kepada UMNO yang telah memang terbukti telah banyak sangat menaburkan jasa dan bakti kepada negara ini.

YANG GAMBI said...

Pengundi-pengundi diManek Urai bukan semuanya dungu, asyik nak dengar ceramah tok guru pangkah PAS masuk syurga....... dia pun tahu kalau tak beramal belum tahu........

PaKMie said...

Salam...

Kemenangan berpehak kpd Umno di MU- InsyaAllah.

Semakin ada kesedaran nampaknya pengundi di MU. JIka ada sedikit kesedaran pengundi2 pas dan kesepakatan ahli-ahli Umno sdh tentu membuka jln yg baik 14july nanti.

Sama2lah kita bersatu dan mendoakan agama kita tdk dicanang oleh org2 yg berkepentingan yang mahukan kpd kuasa.

Marilah kita berjuang utk agama,bangsa dan negara.

Salam singgah dari Pakmie.blogspot.com

Asalamualaikum dan salam sejahtera.

garamanis said...

ANGIN PERUBAHAN KUAT DI MANEK URAI..

MEREKA MAHUKAN PERUBAHAN BUKAN PERUBAHAN YANG DITUKAR MENJADI PASAR BORONG IKAN...

PAS GELISAH DI MANEK URAI KERANA CALON YANG DITONJOLKAN BN ADALAH CALON YANG KUAT PERSONAL TOUCH DENGAN PENDUDUK...

Waris Pahang said...

Nak pilih calon pun kena tengok juga, pengundi kini telah bijak.

Macam lah pengundi manik urai bodoh sangat, bila calon yang diletak ikut suka hati dan selera orang tertentu mereka sahaja.

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP