Saturday, July 11, 2009

Wacana : Melayu Mesti Berani Berubah



PWTC Kuala Lumpur - Pertubuhan Gerak Gempur Pemikir Tanah Air Malaysia (Gempita!) telah bekerjasama dengan UMNO dan SS Prominent Minds (SSPM) mengadakan program Wacana yang membincangkan kedudukan Institusi Raja dan orang Melayu dari sudut pentadbiran kerajaan sekarang yang mempelopori konsep 1Malaysia.
Tun Dr. Mahathir telah diberi ruang bicara selama dua jam untuk membincangkan tajuk : Dilema Orang Melayu Di Era Liberalisasi Dan Globalisasi.
Pelbagai nasihat diberikan supaya bangsa Melayu terus maju dan kata-kata semangat supaya bangsa Melayu tidak alpa. Beliau juga menyentuh senario ekonomi dan politik semasa.
Program ini telah dihadiri oleh 3,000 orang peserta dari tokoh-tokoh politik, pertubuhan NGO, blogger-blogger, ahli perniagaan dan orang perseorangan.
Tun mengajak bangsa Melayu supaya tidak merasa selesa dan mendabik dada dengan kejayaan yang dinikmati selama ini.
Tun juga menyedarkan orang Melayu supaya berhati-hati dalam situasi pollitik yang tidak menentu kini kerana segelintir bangsa sendiri kini bertindak mengikut telunjuk orang lain.
Walaupun Hak Keistimewaan Orang Melayu termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan tetapi orang Melayu jangan lalai kerana pelbagai pihak cuba menafikannya.
Apabila orang Melayu mempertahankannya dianggap rasis sedangkan mereka mempertahankan hak mereka sahaja sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Malaysia telah mencapai kemerdekaan hampir 52 tahun dan berjaya membangunkan negara walaupun menempuhi pelbagai onak duri untuk mencapai ke tahap sekarang.
Bangsa Melayu mampu duduk sama tinggi rendah dengan bangsa lain sekiranya diberikan peluang.
(Kata Waris Pahang :
-Orang Melayu banyak bekorban seperti menukarkan nama Tanah Melayu kepada Malaysia.
-Orang Melayu sanggup memberi kerakyatan kepada bangsa lain untuk menjadi warganegara Malaysia.
-Orang Melayu sanggup lakukan apa saja termasuk berkongsi kuasa politik demi bangsa dan negara.
-Namun malang pada hari ini orang Melayu malu untuk pertahankan hak mereka yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
-Malahan ada juga orang Melayu sendiri yang pertikai Hak Keistimewaan Melayu dan menganggap tindakan mempertahankan ini adalah rasis atau perkauman.
-Melayu sudah hilang identiti dan jati diri kerana lebih mempertahankan parti politik contohnya PAS daripada mempertahankan kepentingan bangsa.
-Berbanding dengan kaum Cina yang bersatu bila sesuatu perkara menyentuh kepentingan bangsa mereka walaupun mereka daripada parti yang berbeza).

No comments:

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP