Friday, January 23, 2009

Tahun Baru Cina Disabotaj

Selamat meraikan perayaan Tahun Baru Cina pada 26 dan 27 haribulan ini, Waris Pahang ucapkan. Banyak juga Waris pahang terima buah limau yang diberikan oleh rakan-rakan.

Bagi pegangan masyarakat kaum Cina, buah limau yang bewarna oren jingga seperti emas bermaksud 'ONG' atau Tuah.


Manakala Tahun Lembu pula bermaksud rajin bekerja, sekiranya rajin berusaha maka akan mendapat hasil, ujar rakan saya berbangsa Cina.

Kedai-kedai dan pasar raya di sekitar bandar Kuantan meriah dengan perhiasan tanglung. Pasar raya juga penuh sesak dengan orang ramai yang berpusu-pusu kerana banyak jualan murah namun kebanyakannya adalah orang Melayu.

Seperti kelaziman, kerajaan BN akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka untuk sebarang perayaan di setiap negeri. Majlis ini diadakan bertujuan merapatkan hubungan antara kaum, perpaduan dan muhibbah.

Gempar
Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang kecewa kerana kerajaan baru Pakatan Pembangkang di Pulau Pinang telah menolak permohonan mereka untuk mengadakan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina.

Alasan yang diberikan, program ini tidak memberi pulangan keuntungan kepada Kerajaan Negeri.

Rakyat Pulau Pinang hairan kerana :

i. Manifesto kerajaan Pakatan Pembangkang ialah Negara Kebajikan tetapi tiada kebajikan diberikan untuk sambutan Tahun Baru Cina.

ii. Kerajaan Negeri lebih memikirkan tentang keuntungan dan seolah-olah menggangap sambutan ini membazirkan wang.

iii. Kerajaan BN lebih memupuk Muhibbah dan perpaduan di antara kaum berbanding Kerajaan Negeri yang menolak untuk menganjurkannya.

DAP Triang, Pahang pula tidak mengeluarkan peruntukan tahun ini bagi sambutan Tahun Baru Cina atas alasan ekonomi meleset.

DAP Triang juga mendakwa bahawa mereka tidak perlu mengeluarkan peruntukan kerana orang ramai telah menyumbangnya.

Namun apa yang dikesalkan, di mana kebajikan yang laungkan dulu semasa Pilihan Raya Umum Ke 12.

Masyarakat tempatan di Triang kecewa kerana sambutan Tahun Baru Cina tahun ini hambar kerana kurang tanglung-tanglung yang digantung berbanding dahulu.

"Selamat Tahun Baru Cina".

19 comments:

Sedingin Salju said...

Ha, terima kasih pasai ucap selamat tahun baru cina. Tahun lembu. Rajin kerja no? Tapi kalau dah lembu tu, lembu jugak.

Negara berkebajikan hanyalah retorik depa saja. Cakap saja pandai.

Mamak Penang said...

Salam,
Hadiah Tahun Baru Cina kat Tanjung ini paling glamour bagi PKR kerana Timbalan Ketua Menteri 1 kena pecat..u orang tahu kenapa tak ada pegawai bawahan nak kerja dengan dia...kenapa ya?Ganas Sangat ke?.Baru setahun bayangkanlah kalau memerintah Negara?tak tahulah apa yang nak jadi?.Ini berita bagui jugak dari Tanjung..Parti Pas yang gigit jari tak dapat sebarang jawatan asyik buat demo je!dari I-dance beraleh kepada Hantar Batu Nisan ke pejabat YDP JAIPP..heran juga bagi cenderahati itu kepada YDP JAIPP ..apa maksud mungkin amaran sumpah mati atau masalah tanah kubur?.Pas ini selagi tak dapat kuasa sama perangainya..di mana-mana..kononnya berjuang untuk Islam..yakin pulak ahli-ahlinya...apa punya samdol lah yang yakin perjuangan Paih itu!.

Tentang nak Merayakan Tahun Baru Cina itu..biaq padan muka penggundi Cina yang tak sedar diri kebaikan kerajaan BN selama ini!!!cuma kita dapat limau mandrin yang diimpot je!.Wassalam.

Sedingin Salju said...

Ya mamak penang. padan muka orang cina! Padan muka depa! Aku adalah orang cina, tapi aku nak sokong mamak penang ucap, padan muka cina Penang sebab tak kenang jasa. Padan muka!

Mamak Penang
has left a new comment on the post "
Tahun Baru Cina Disabotaj":

Salam,
Hadiah Tahun Baru Cina kat Tanjung ini paling glamour bagi PKR kerana Timbalan Ketua Menteri 1 kena pecat..u orang tahu kenapa tak ada pegawai bawahan
nak kerja dengan dia...kenapa ya?Ganas Sangat ke?.Baru setahun bayangkanlah kalau memerintah Negara?tak tahulah apa yang nak jadi?.Ini berita bagui jugak
dari Tanjung..Parti Pas yang gigit jari tak dapat sebarang jawatan asyik buat demo je!dari I-dance beraleh kepada Hantar Batu Nisan ke pejabat YDP JAIPP..heran
juga bagi cenderahati itu kepada YDP JAIPP ..apa maksud mungkin amaran sumpah mati atau masalah tanah kubur?.Pas ini selagi tak dapat kuasa sama perangainya..di
mana-mana..kononnya berjuang untuk Islam..yakin pulak ahli-ahlinya...apa punya samdol lah yang yakin perjuangan Paih itu!.

Tentang nak Merayakan Tahun Baru Cina itu..biaq padan muka penggundi Cina yang tak sedar diri kebaikan kerajaan BN selama ini!!!cuma kita dapat limau mandrin
yang diimpot je!.Wassalam.

Abelitokjoro said...

asalm waris pahang.. saya la yg selalu kat radio pahang tu....salam kenal.. kita pertahan kan negeri pahang tercinta

Waris Pahang said...

Aku pernah dengar Tok Nan (MB Pahang) cakap, "kalau nak majukan pahang senang sahaja, sodok sana sodok sini tetapi yang untung siapa?. Harap-harap fahamler.

Kekayaan bumi pahang ni perlu dinikmati bersama tidak kira apa bangsanya, jangan dua tiga orang sahaja yang memonopolinya sehingga menjadi kaya raya.

Masyarakat kaum Cina pula mestilah berterima kasih kepada kerajaan dengan terus memberi sokongan.

Jangan jadi seperti kaum Cina Pulau Pinang, bermatian sokong DAP kononya akan mendapat habuan yang besar tetapi perayaan tahun baru cina pun tak mahu support.

Apa lagi, PRU 13 kita tukar sokong BN.

Ahmad Saabun said...

Bila pakatan buat apa saja tidak ada yang salah rasanya kalau bn yang buat macam2 salah dicari.

Sedingin Salju said...

Betul tu encik, cina harus berterima kasih dengan kerajaan BN. Susah, kalau cina tak kenang budi.

Waris Pahang
has left a new comment on the post "
Tahun Baru Cina Disabotaj":

Aku pernah dengar Tok Nan (MB Pahang) cakap, "kalau nak majukan pahang senang sahaja, sodok sana sodok sini tetapi yang untung siapa?. Harap-harap fahamler.

Kekayaan bumi pahang ni perlu dinikmati bersama tidak kira apa bangsanya, jangan dua tiga orang sahaja yang memonopolinya sehingga menjadi kaya raya.

Masyarakat kaum Cina pula mestilah berterima kasih kepada kerajaan dengan terus memberi sokongan.

Jangan jadi seperti kaum Cina Pulau Pinang, bermatian sokong DAP kononya akan mendapat habuan yang besar tetapi perayaan tahun baru cina pun tak mahu support.

Apa lagi, PRU 13 kita tukar sokong BN.

Ami Farhani MNA said...

Maafkan saya. saya rasa adalah tidak wajar meletakkan gambar Tuan Guru Nik Aziz sedemikian rupa di side bar blog ini. Seolah- olah memfitnah beliau yang merupakan seorang ulama' yang sepatutnya kita hormati.

keretalembu said...

Kalau tak buat majlis2 besar ni menjejaskan sambutan perayaan kah? Musykil aku. PM jugak yang suruh berjimat cermat dulu. Heran aku dgn korang..

Mamak Penang said...

Salam kereta lembu!

Memang betul berjimat adalah bagus untuk kerajaan negeri..tapi kalau difikirkan manfaat "Intergerasi Kaum" yang kebelakangan ini renggang akibat,Hindraf dan Sekolah sealiran-Mukriz dan Ketuanan Melayu sedikit sebanyak telah terjejas.Kehormanian dan perpaduan kaum adalah kunci utama untuk negara ini mencapai kemajuan dan aman sentosa.Tanpa ini sukar diramalkan keadaan negara ini.Perayaan keagamaan yang disertai oleh semua kaum dan golongan rakyat sedikit sebanyak memberi kebaikan untuk perpaduan perkauman (Mengurangkan racial Tension).Jadi perkara ini bukanlah di kategorikan pembaziran lagi pun yang nak kelurkan perbelanjaan adalah NGO-NGO bukan seperti mana kita fikir Kerajaan negeri..cuma mereka nak sokongan kerajaan negeri dalam sambutan ini...Wassalam.

Mamak Penang said...

Sedingin Salju Mamak Lupa ucapkan Selamat tahun Baru Cina..harap maaf kalau bahasa Mamak terkasar tentan"Padan Muka Pengundi Cina"..ok.Tak Sangka kita punyai seorang blogger Istimewa dari keturunan Cina yang begitu memahami perjuangan melayu....!

Sedingin Salju said...

Tak apa, apa yang mamak cakap tu, betul belaka.

Mamak Penang
has left a new comment on the post "
Tahun Baru Cina Disabotaj":

Sedingin Salju Mamak Lupa ucapkan Selamat tahun Baru Cina..harap maaf kalau bahasa Mamak terkasar tentan"Padan Muka Pengundi Cina"..ok.Tak Sangka kita
punyai seorang blogger Istimewa dari keturunan Cina yang begitu memahami perjuangan melayu....!

Syed @ Don said...

Untuk paparan kali ini, saya terpaksa bersetuju dengan keretalembu. Sudah zahir lagi nyata bahawa keadaan ekonomi memang tidak mengizinkan duit negara dibazirkan untuk sambutan perayaan secara besar-besaran. Kalau dikajikan di Pulau Pinang, semakin byk perusahaan menutup pintu dan ini bakal diikuti dengan jumlah pengangguran yg meningkat. Nauzubillah. Jika ketiadaan sambutan peringkat negeri kali ini mampu menjamin pekerjaan puluhan ribu rakyat walaupun untuk satu hari lagi, usaha ini dianggap kebajikan kalau dibandingkan dengan sambutan besar-besaran. Jika 30% pendapatan negara datangnya daripada PETRONAS, penurunan harga minyak dan pemberhentian langganan produk PETRONAS oleh negara-negara secara tidak langsung akan menurunkan pendapatan negara dengan sangat banyak. Mintak jangan digunakan isu sepenting ini untuk menaikkan "racial tension". Jika keadaan berlanjutan, mungkin hari raya kita pun akan hambar jika kepala keluarga menjadi penggangur. Kepada yg masih bekerja, bekerjalah bersungguh-sungguh.
Tambahan info : pekerja tidak diberhentikan lagi setakat ini tetapi pekerja kontrak telah "tamat kontrak". renung-renungkan lah jumlah pengangguran negara. Ini tidak termasuk lepaasn ijazah yang tiada hala tuju.

Waris Pahang said...

Sambutan Perayaan Kaum tidak menjejaskan akidah umat Islam kerana kita bukan mengamalkan ajaran agamanya.

Sudahkah saudara/saudari pergi menziarahi rumah sahabat handai berbangsa Cina pada hari ini atau semalam?

Sambutan perayaan kaum bukan satu pembaziran kerana harga sebuah perpaduan dan keharmonian itu lebih bernilai untuk dinikmati bersama.

Jangan negara sudah menjadi huru hara dan perpecahan kaum menjadi parah baru kita mahu mengadakan perayaan rumah terbuka.

Program Rumah Terbuka adalah pelaburan yang menguntungkan semua masyarakat Malaysia yang mahu melihat negara aman dan maju setanding dengan negara-negara maju.

Apai Ngelai said...

salam,

Jelasnya semua kata-kata dan janji pakatan rakyat hanya tipu semata-mata. Malang sungguh bagi rakyat yang sudah tertipu dengan janji mereka.. Sebab itulah kita tidak boleh bersandar kepada parti yang taksubkan pemimpin dalam segala urusan pentadbiran. Inilah yang akan terjadi.

Sedingin Salju said...

ya, sungguh menakutkan sekali.

Syed @ Don
has left a new comment on the post "
Tahun Baru Cina Disabotaj":

Untuk paparan kali ini, saya terpaksa bersetuju dengan keretalembu. Sudah zahir lagi nyata bahawa keadaan ekonomi memang tidak mengizinkan duit negara
dibazirkan untuk sambutan perayaan secara besar-besaran. Kalau dikajikan di Pulau Pinang, semakin byk perusahaan menutup pintu dan ini bakal diikuti dengan
jumlah pengangguran yg meningkat. Nauzubillah. Jika ketiadaan sambutan peringkat negeri kali ini mampu menjamin pekerjaan puluhan ribu rakyat walaupun
untuk satu hari lagi, usaha ini dianggap kebajikan kalau dibandingkan dengan sambutan besar-besaran. Jika 30% pendapatan negara datangnya daripada PETRONAS,
penurunan harga minyak dan pemberhentian langganan produk PETRONAS oleh negara-negara secara tidak langsung akan menurunkan pendapatan negara dengan sangat
banyak. Mintak jangan digunakan isu sepenting ini untuk menaikkan "racial tension". Jika keadaan berlanjutan, mungkin hari raya kita pun akan hambar jika
kepala keluarga menjadi penggangur. Kepada yg masih bekerja, bekerjalah bersungguh-sungguh.
Tambahan info : pekerja tidak diberhentikan lagi setakat ini tetapi pekerja kontrak telah "tamat kontrak". renung-renungkan lah jumlah pengangguran negara.
Ini tidak termasuk lepaasn ijazah yang tiada hala tuju.

Ti Lian Ker said...

Selamat Tahun Baru Cina. Moga kita terus berjaya di bawah Barisan Nasional....dan membawa kejayaan kepada negara dan bangsa.
Kadang-kadang bila ramai hidup senag, mereka mula lupa dan buat macam-macam tuntutan...

Waris Pahang said...

Jom Bincang/Sembang/Tukar2 Fikiran

1. Wajarkah Sambutan Rumah Terbuka Tidak Perlu Diadakan langsung?

2. Sambutan Rumah Terbuka Adalah Satu Pembaziran?

3. Sambutan Rumah Terbuka Yang Diadakan Secara Sederhana Juga Dianggap Satu Pembaziran?

Mamak Penang said...

Salam,
Orang pakatan Rakyat kata rumah terbuka ini satu pembaziran...!!!.kerana ia telah dilakukan semasa BN memerintah negeri-negeri ini?.Biasalah tu nak lain dari lain kononnya yang lama punya idea tak boleh pakai...kalau takat RM15,000 itu pembaziran bagaimana dengan membuat majalah negeri yang berbentuk propaganda parti menggunakan wang rakyat di Penang dan Perak.Membelanjakan
RM300,000 bukan pembaziran mencetak sebuah majalah propaganda DAP yang mempunyai 52 muka surat cuma tiga edisi setahun yang setiap edisi diberi percuma edaran 20,000 yang diberi nama "Suara Rakyat" di Penang dan di Perak Citra Perak???.

Kerja DAP di Selangor pulak memberi kelulusan 130 hektar tanah dan perbelanjaan 100 juta diluluskan untuk projek babi tak nampak ke ia bukan pembaziran wang rakyat cuma nak jaga hati sesuatu kaum..MB proxy Melayu nak kata apa..kerana gagap susah nak kata yang merintah bukan dia....

kerja DAP di Perak memberi 60,000 tapak tanah di KG.Baru / New Village yang bertaraf TOL kepada "pegangan Bebas" oleh MB senyum kambing tak membazir?

Takat RM15,000 itu dikatakan bazir ..eloklah mamak suggest sesiapa nak kahwin tahun ini buat kahwin tak payah buat kenduri..pakai baju Melayu raya tahun lepas je!..Tapi kat Penang ini kalau nak anak mami "Hidung mancung Macam Pelancung"takat tak ada RM10,000.00 agaknya minta maaf noo..pasai kenduri pun satu kepala makan saja jatuh RM8.00 X 2000 = RM16,0000..!!!belum beli gelang emas ..rantai emas macam tali feri..!!!.Kalau kita rajin berusaha dan bekerja keras insyallah tak perlu yang sedikit pun kata boros!..kalau tak caya tanya artis glamour.."cek boros kah?"taklah cuma hand bag chek... beli noh..RM2,000 dari gucci Italy..ha!ha!.Wassalam.

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP