Apa pula strategi Khalid kantoi nak buat apabila sudah tersalah strategi, mungkin mereka sedang fikirkan sesuatu apa nak buat sebelum khamis ini. Adakah drama baring atas jalan raya menghalang kenderaan ke istana akan berulang sebagaimana berlaku di Perak semasa zaman Nizar degil?.
Barangkali mereka sedang fikirkan untuk membawa perkara ini ke mahkamah, macam kes Nizar dulu tu dan akhirnya Nizar degil kantoi. Nak buat apa lagi agaknya wahai khalid kantoi yang umpama sama spesis Nizar?.
Aku Waris Pahang rasa elok Khalid kantoi patuh sahaja titah Sultan Selangor, tidak manis rasanya seorang Menteri Besar membelakangkan titah Sultan, malulah sikit dekat rakyat Selangor yang taat setia kepada raja. Bagi rakyat Selangor "Raja dan rakyat berpisah tiada".
Janganlah ikut sangat nasihat DAP (jika ada), mereka ini buat apa sahaja asalkan berkuasa, bagi mereka "matlamat menghalalkan cara asalkan dapat Putrajaya". Sampai bilalah mahu jadi boneka kepada DAP?
Barangkali Khalid kantoi mahu buat kenyataan media pula untuk membalas kenyataan dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani atau Khalid kantoi berdiam diri sahaja, kita tengoklah nanti episod seterusnya dalam masa yang sudah tinggal kurang dari 48 jam.
Aku Waris Pahang cadangkan ADUN Sri Muda Suhaimi Shafie buat kenyataan media untuk menjelaskan kata-kata sindiran menyatakan D.Y.M.M. Sultan Selangor seolah-seolah sebagai "beraja di mata, bersultan di hati" . Katanya ini adalah amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat.
Menurut Munir kenyataan beliau yang sedemikian boleh dianggap sebagai cuba memberi amaran kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor dan cuba mempengaruhi rakyat untuk membenci Baginda.
Semoga Khalid kantoi redholah dengan ketentuan ilahi, terimalah Datuk Khusrin sebagai rakan dan sahabat. Apa yang penting "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan". Tindakan Khalid kantoi mahu pilih calon-calon lain bagi jawatan SUK Negeri setelah calon dilantik hanya tinggal sejarah yang bakal disemadikan dalam Muzium Pakatan Pembangkang.
Semoga Khalid kantoi redholah dengan ketentuan ilahi, terimalah Datuk Khusrin sebagai rakan dan sahabat. Apa yang penting "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan". Tindakan Khalid kantoi mahu pilih calon-calon lain bagi jawatan SUK Negeri setelah calon dilantik hanya tinggal sejarah yang bakal disemadikan dalam Muzium Pakatan Pembangkang.
No comments:
Post a Comment