Friday, June 19, 2009

Perosak Perpaduan Mesti Ditentang

Baru-baru ini orang Pahang tertanya-tanya dan kebingungan dengan tujuan sebenar lawatan Lee Kuan Yew ke Negeri Pahang. Apakah keistimewaan Pahang bagi Lee Kuan Yew?.

Adakah Pahang menyimpan nostalgia Lee Kuan Yew atau adakah sesuatu maksud tersirat disebalik lawatan tersebut yang sedang diperkirakan oleh tokoh politik ini?.

Kenapa Lee Kuan Yew melawat Malaysia ketika negara sedang berdepan dengan isu Chin Peng mahu pulang ke Malaysia dan isu Kerajaan Perpaduan?.

Adakah Lee Kuan Yew menjadi juru cakap Chin Peng untuk memujuk kerajaan Malaysia supaya membenarkan Chin Peng pulang atau Lee Kuan Yew bimbang dengan orang Melayu akan bersatu di bawah Kerajaan Perpaduan?.

PAS lebih rela bekerjasama dengan DAP daripada bekerjasama dengan UMNO kerana menganggap UMNO zalim.

Adakah orang PAS tahu bahawa DAP ditubuhkan atas saranan mantan perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew?.

Malah DAP penyambung kepada perjuangan PAP di semenanjung. Diperingkat awalnya DAP mendapat bimbingan dan sokongan kewangan dari PAP.

Ikatan ’darah perjuangan’ PAP dengan DAP tetap kekal walaupun Singapura telah keluar dari Malaysia.

DAP meneruskan dasar PAP yang anti Islam, menentang status Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan menolak kepimpinan Islam, berhasrat menukar institusi raja kepada kerajaan rebuplik dan mempertikai hak keistimewaan orang Melayu.

Tokoh-tokoh politik DAP seperti Lim Guan Eng dan Nga Khor Ming telah berjaya mengaburi orang Melayu Islam terutama PAS kerana mereka menggunakan pendekatan ‘mesra Islam’.

Lim Guan Eng berkata beliau menjadikan Omar Bin Abdul Aziz sebagai ikutan dan idolanya untuk memperdayakan orang-orang Melayu Islam.

Manakala Nga Khor Ming lebih berani kerana berceramah menggunakan ayat Al Quran. Walaupun sebutan ayat tidak betul tetapi orang PAS yang telah gelap mata menyambutnya dengan takbir ‘allahuakhbar’.

Taktik Lim Guan Eng dan Nga Khor Ming ini sebenarnya adalah sama dengan apa yang pernah dilakukan oleh Lee Kuan Yew.

Orang Melayu Singapura jadi serba salah apabila Lee Kuan Yew memperlekehkan Islam dan mereka tidak membantah kerana adalah sesuatu yang mustahil Lee Kuan Yew yang boleh baca Al Quran itu berniat jahat terhadap agama Islam.

Samalah dengan sesetengah orang Melayu yang sudah termakan bulat-bulat tipu daya Lim Guan Eng dan Nga Khor Ming. Sehingga ada orang Melayu yang memberi gelaran ‘ustaz’ kepada mereka!.

Semoga kita berhati-hati dengan DAP. Jangan kita memberi ruang dan peluang kepada orang kafir terus menghina dan memperlekehkan Islam.

Pakatan DAP, PKR dan PAS tidak baik kepada orang Melayu dan agama Islam untuk mempertahankan hak Melayu dan agama Islam di negara kita.

Jangan tutup mulut orang PAS untuk bersuara tentang Kerajaan Perpaduan. Tindakan Nik Aziz yang menolak mentah-mentah cadangan pembentukan kerajaan perpaduan umpama diktator.

Di manakah demokrasi dalam PAS, apabila Nasharudin Isa bersuara dimintanya letak jawatan Ahli Parlimen Bachok dan dianggap pula sebagai sampah?.

Ramai umat Islam kini mempertikai Nik Aziz yang bergelar ulama tetapi menolak perpaduan sebagaimana yang dituntut oleh Islam.

UMNO dan Pas hanyalah parti politik, bukannya agama! Agama kita ialah Islam. Adakah slogan PAS itu Islam dan Islam itu PAS masih menebal dalam sanubari orang PAS sehingga mengunci pintu rundingan ke arah perpaduan.

Adakah orang Islam di luar Negara tidak Islam kerana tidak menyertai PAS. Belum kita terjumpa Nas Al Quran dan Hadis yang mewajibkan orang Islam menyertai PAS kerana PAS itu Islam.

Apa istimewanya Lee Kuan Yew bagi Nik Aziz sehingga mengangkat jari tanda bagus. Yang istimewa kita lihat ialah Lee Kuan Yew pandai beradab ketika kunjung mengadap Sultan Pahang. DAP mesti mencontohi Lee Kuan Yew.

Apa yang penting, jangan kita terpedaya dengan Lee Kuan Yew, DAP, Anwar dan Nik Aziz yang berbeza watak tetapi matlamat mereka sama iaitu merosakan perpaduan orang Melayu di negara kita.

6 comments:

poyosede said...

There must be a mission behind that. So beware of this people especially Lee and his partner Anwar who will ruin our nation.

Aspirasi said...

memang lah istimewa lee kuan yew... cuna bagi serban nik aziz pada lee kuan yew... muka serupa je...

.@blogger.com said...

Salam WP,
Ada yang tersirat dari yang tersurat, ada maksud disebalik kata. Yang kita bimbangi nasib bangsa akan tergadai ~ bERANIKAN hATI

Apache said...

salam..sepatutnya Nik ajis dimasukkan ke Kamunting kerana fahaman sesat nya yang menyesatkan rakyat..Hidup Islam..Hidup Umno

YANG GAMBI said...

Nik Aziz begitu yakin pada ramalan Sifu Lee, PAS akan memerintah Malaysia......

Sebab itu dis tak mahu terima kerajaan Perpaduan, sebab itu dia nak singkir orang-orang PAS yang sokong kerajaan perpaduan.

WARIS PAHANG said...

Terima kasih geecantik, aspirasi, bh, apache dan yanggambi kerana beri komen.

PAS kini di dua persimpangan, ke jalan yang benar (perpaduan) atau ke jalan yang sesat (perpecahan).

Benar itu ikut sunnah nabi, sesat itu ikut syaitan.

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP