PKFZ bukannya satu pembaziran. Ia mampu merangsang dan mempergiatkan perdagangan Negara serta memperkukuhkan industri logistic dan menjadikan Pelabuhan Klang hab transit perkapalan serantau.
Hingga kini PKFZ telah menarik pelaburan sebanyak RM 1 bilion daripada 56 syarikat. Pelabur yang terkini ialah daripada SIMS Copper Sdn Bhd dengan nilai pelaburan sebanyak RM 100 juta bagi fasa pertama pembinaan kilangnya.
Banyak pelabur asing menunjukkan minat hendak melabur di PKFZ dan sekarang Lembaga Pelabuhan Klang (Port Klang Authority, PKA) sedang mempergiatkan rundingan dengan pelabur yang berminat.
Adakah terdapat sebarang penyelewengan dalam proses pengambilan tanah untuk projek PKFZ?.
Proses pengambilan tanah telah melalui proses yang sepatutnya termasuk mendapat kelulusan daripada jemaah Menteri (pada 24 Mac 1999) dan Kementerian Kewangan untuk mengambil tanah secara pembelian.
Harga pembelian oleh PKA adalah berdasarkan nilaian dan cadangan daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).
Jawatan kuasa ditubuhkan terdiri daripada wakil-wakil Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan, Unit Perancang Ekonomi, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan Kerajaan Selangor bagi mengkaji dan menilai isu-isu yang berbangkit mengenai PKFZ melalui laporan yang dikeluarkan oleh Pricewaterhouse Coopers Advisory Services Sdn Bhd (PWC).
Sebuah pasukan khas turut dibentuk yang diwakili oleh pihak luar yang berwibawa antaranya seperti peguam, akauntan, juru ukur bahan dan perunding kos pembinaaan yang diketuai oleh peguam terkenal Vinayak Pradhan (former Commissioner with the United Nations Compenstation Commission).
Kenapa harga tanah terlalu berbeza (terlalu tinggi) (RM25 berbanding RM 10.16 kaki persegi) dalam masa hanya 3 tahun?.
Pengambilan tanah oleh PKA adalah berdasarkan cadangan dan nilaian harga daripada JPHH yang mencadangkan bahawa Kuala Dimensi Sdn Bhd (tuan tanah) harus menyediakan infrastruktur asas (perparitan, jalan, elektrik dan air) dan ditembak sepenuhnya.
Dengan persetujuan Kementerian Kewangan dan Kabinet, pembelian dilakukan oleh PKA pada harga RM 1,088 juta iaitu RM 25 kaki persegi dilengkapi kemudahan infrastruktur dan ditambak penuh. Berbanding jika mendapatkan tanah secara wajib pada harga RM442 juta iaitu RM 10.16 kaki persegi tetapi tanpa kemudahan infrastuktur dan ditambak sebahagian.
Kabinet telah mengambil keputusan ini berdasarkan cadangan daripada Kerajaan Negeri Selangor yang menayatakan bahawa pengambilan tanah secara wajib tidak akan diluluskan oleh kerajaan negeri keana tanah yang diluluskan permohonan pembangunan merupakan projek berunsur ekonomik dan bukan untuk tujuan utility awam.
Tanah tersebut telah diluluskan melalui Arahan Pembangunan 1995.
No comments:
Post a Comment