Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesahkan tiada bahan kimia berbahaya jenis sianida dalam kawasan perlombongan emas di Bukit Koman, Raub yang boleh mengancam kesihatan penduduk sekitarnya.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah berkata, JAS yang menjalankan kajian ke atas sampel air di Sungai Koman dan bawah tanah di kampung itu mendapati tiada kandungan bahan kimia sianida diperoleh.
Berikutan itu, kata Murugiah, lombong emas itu dibenar meneruskan operasinya sekali gus menyifatkan masalah yang dibangkitkan Jawatankuasa Bertindak Menentang Penggunaan Sianida Dalam Perlombongan Emas di Bukit Koman (BKACAC) baru-baru ini sebagai selesai.
“Kita memutuskan kilang itu boleh beroperasi dan tidak membawa kemudaratan kepada kesihatan manusia,” katanya.
“Kita memutuskan kilang itu boleh beroperasi dan tidak membawa kemudaratan kepada kesihatan manusia,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat penyelesaian kes aduan di Pejabat Biro Pengaduan Awam (BPA) Pahang di sini hari ini.
Beliau mengulas memorandum yang diserahkan Setiausaha BKACAC, Mustapha Hussin di Parlimen kelmarin, yang mendakwa nyawa lebih 3,000 penduduk terancam akibat penggunaan bahan kimia berbahaya dalam perlombongan emas di kampung berkenaan.
Jawatankuasa itu turut mendakwa bunyi bising dan bau daripada aktiviti perlombongan itu mengganggu kehidupan penduduk kampung terbabit. Sumber : Utusan Malaysia
(Kata Waris Pahang :
-Isu penggunaan bahan kimia Cyanide bagi perlombongan emas di Bukit Koman, Raub nampaknya telah selesai apabila ia didapati tidak berbahaya dan mengancam kira-kira 3,000 penduduk kawasan itu.
-Laporan dari Jabatan Alam Sekitar mendapati :
i. Gangguan Bunyi :
Mendapati ia berada di bawah paras bunyi bising yang dibenarkan.
ii. Gangguan Bau :
Tidak ada sebarang pencemaran bau yang berlaku dan bau yang dikeluarkan kilang terbabit adalah dibenarkan dan selamat.
iii. Pencemaran Sungai :
Tidak ada sebarang unsur-unsur Cyanide dikesan dan selamat digunakan manusia.
-Isu ini telah diputarbelitkan oleh DAP untuk meraih undi dari penduduk kawasan Bukit Koman Raub.
-Kini pengundi telah sedar bahawa mereka selama ini dibuaikan dengan isu dan ditipu oleh pembangkang. Pengundi Bukit Koman wajar memilih BN dalam Pilihan Raya Umum Ke 13).
No comments:
Post a Comment