Friday, June 12, 2009

Hidupkan Semula DARA, LKWJ

Perasmian LKWJ oleh Sultan Pahang

Penduduk Negeri Pahang amat kecewa dengan pembubaran Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (Dara) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) sejak tahun 1990.

Apakah dosa LKWJ dan Dara dibubarkan sedangkan agensi-agensi seumpama itu di negeri lain seperti Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) di Kelantan, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dikekalkan.

Pembubaran Dara dan LKWJ menyebabkan :
i. Pembangunan kawasan tersebut terabai.
ii. Pelbagai projek pembangunan sosial dan ekonomi setempat kurang diberi perhatian.
iii. Perancangan kemajuan bandar yang dirancang sekitar tahun 1980-an terbantut.
iv. Bandar yang sediada kelihatan tidak terurus dan ceria berbanding semasa LKWJ masih wujud.

(Kata Waris Pahang :

- Diharap Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang meneruskan legasi Tun Abdul Razak mewujudkan semula DARA dan LKWJ supaya pembangunan terurus dan rakyat mendapat pembelaan.

- 1Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan).

7 comments:

ape - ape je...lah said...

Benda yg dah mati mcmmana nak di hidupkan, terimalah nasib kerana org Phg tak pandai berpolitik.
Akibat terlalu menyokong BN inilah jadinya.....
Lihat Kelantan dan Terengganu tiada masaalah.

Junah said...

Salam,

Banyaklah!

Sekarang dia ada cabaran besaq, PERPADUAN yg dikucar kacirkan pengkhianat negara.

Kita sm2 support dia sampai masalah ni pulih.

Waris Pahang said...

Apa yang Waris Pahang bangkitkan ini adalah apa yg terbuku dihati, mungkin orang lain puu sama dengan Waris Pahang tidak berpuashati dgn isu ini.

Malaysia adalah negara kita dan pemimpin pun adalah orang kita, maka tidak mustahil ianya boleh dihidupkan semula.

Namun kalau boleh ianya diwujudkan semula dalam bentuk yang baru bersesuaian dengan keadaan semasa kini.

Harap orang di Felda bersabar dan kita serahkan kepada PM untuk menyelesaikanya.

Kenyataan 'ape-ape je...lah' bahawa kelantan tiada masalah adalah satu pembohongan.

AKU ANAK GURUN said...

DARA ditukar kepada TRAS DARA siapa punya kroni punya. FELDA untuk rakyat dijadikan Ladang pekerja 10 orang rakyat malaysia 100 orang tenaga kerja asing. macam mana nak ubah balik nanti kroni2 yang bawa masuk Pekerja asing dan tRAS DARA marah. tak payah merayu lah. tepuk dada, pangkah ikut selera

BAH JANTAN said...

Bah ucap terima kasih dengan tuan kerana memaparkan cerita ini, lama dah Bah terbuku bila DARA tutup ganti pula dengan TDK.

Tuan nanti tengok-tengok blog Bah, akan dipaparkan satu persatu penyelewengan TDK yang diterajui Dato' Sri JJ.

Orang-orang kawasan FELDA KEratong dengan Selancar macam pulut kalau jumpa JJ, dia orang tak tahu harta benda dia orang habis JJ jual....

Waris Pahang said...

Terima Kasih berbicara tentang DARA dan LKWJ, saya pun seperti Bah dan tahu tentang DARA dan LKWJ.

Apa yang penting kini kita perjuangkan DARA dan LKWJ dihidupkan semula. Sesiapa nak marah waris pahang,marahlah.

Tetapi ingat, semua penduduk pahang tidak kira latar belakang politik (UMNO/PAS) mahukan DARA dan LKWJ dihidupkan semula.

Tun Khalil pernah berkata beliau mahu jadikan Bandar Jengka Pusat sebagai bandar bagi Wilayah Jengka yang maju. Namun bandar Jengka terbantut.

Penduduk di bawah pentadbiran DARA pula berasa amat selesa dengan pengurusanya namun selepas penutupanya umpama permata yang hilang.

Semoga Datuk Sri Naib melihat perkara ini dan mewujudkan semula.Hidup Pahang!.

Hidup Melayu said...

asal sume bersatu, sy rasa ia dapat diselamatkan lagi...Moh kita sepakat weh....

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP