Tuesday, June 23, 2009

Nik Aziz : Gila Tahta Galak Sengketa

Seratah mendedahkan pengalamannya ketika bertemu Allahyaraham Datuk Asri semasa hayatnya. Beliau sendiri yang dengar dari Datuk Asri dan bukan cerita yang disampaikan oleh orang tentang Nik Aziz.

Kata Datuk Asri : "kita tak terlepas dari tiga TA.1. Harta 2. Wanita. 3. Tahta. Nik Aziz terlepas dari harta dan wanita tetapi dia tak terlepas dengan TAHTA, sebab itu Nik Aziz pernah bercakap pada ambo nak jadi MB sampai mati".

Datuk Asri menyifatkan Nik Aziz sebagai seorang yang ego tapi orang tidak nampak.

Kata Datuk Asri lagi " dulu ambo yang bawa masuk dalam Pas, masa tu Pas tak cukup calun, ambo suruh tanya Nik Aziz nak jadi calun atau tak?".

Nik Aziz kata "ambo tak ada pitih". Datuk Asri kata "nak atau tak, bukan tanya pasal pitih".

Nik Aziz pun setuju, maka pada malam itulah juga Nik Aziz isi borang calun dan sekali dengan borang jadi ahli Pas.

Namun apa yang mendukacitakan Datuk Asri sehingga hayatnya ialah sikap Nik Aziz yang lupa diri dan menghargai jasanya yang membawa Nik Aziz sehingga ke kedudukanya memegang teraju Kerajaan Negeri Kelantan.

"Setelah jadi MB tak talipon pon beritau atau terima kasih" kata Datuk Asri dengan penuh kesal.

(Kata Waris Pahang :

-Datuk Asri sudah dedah siapa Nik Aziz sebenarnya kini terbukti sebagaimana yang digambarkan oleh Datuk Asri.

-Sungguh sombong dan angkuh seorang ulama apabila enggan memaafkan orang UMNO dan membentuk kerajaan perpaduan.

-Sedangkan nabi memaafkan umatnya inikan pula kita. Nik Aziz ini ulama jenis apa?. Ramai orang hairan dengan sikap Nik Aziz.

-Walaupun mereka menggagalkan usaha murni ini namun moral PAS di kalangan umat Islam telah jatuh kerana menolak perpaduan dan bermaaf-maafan).

13 comments:

Media Siber said...

uiks? iyer ke cerita nie?

Tungaklangit said...

SALAM BRO
BOLEH DAPATKAN SUMBER MAKLUMAT NI TAK... INSYALLAH KALAU ADA KITA AKAN BUAT ROAD SHOW SECARA BESAR BESARAN UNTUK MEMAKLUMKAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA TENTANG BAHAYA SEORANG ULAMA BERNAMA NIK AZIZ

SALAM

Srikandi said...

kibarkan lagi semangat orang Melayu...biarlah PAS tidak mahu join BN asalkan kita tidak berpecah belah dan bertelagah sesama sendiri...apa yg penting budaya fitnah memfitnah ni tidak tertanam dalam diri kita..

melur45 said...

Mu tak cariselidik bagaimana mana puak puak umno dok tackle ustaz nik aziz yang baru balik dari al-azhar sampai bagi sebutir Lambaretta dan dilantik sebagai ustaz kemas pada masa mudanya.

melur45 said...

Salam tuan,
Mu kena ghicari cerita bagaimana geng-geng UMNO dok tackleUstaz Nik Aziz semasa beliau baru pulang dari Al-Azhar sehngga menghadiahkan sebuah skuter Lamberetta dan diberi jawatan Penyelia agama Kemas

Waris Pahang said...

Salam ukhwah media siber, tungaklangit, srikandi dan melur45.

Cerita ini diperolehi sendiri oleh seratah semasa Datuk Asri melawat pahang.

Pada masa itu Tun Khalil menjadi Menteri Besar Pahang.

MB Pahang masa itu terlalu sibuk dengan tugas dan tidak dapat menghadiri majlis tersebut.

Apabila MB Pahang dengar Datuk Asri akan datang maka dia telah hadir ke program tersebut.

Seratah dikhabarkan oleh Datuk Asri sendiri tentang perilaku Nik Aziz yang sungguh mengecewakan beliau.

Sungguh tidak bermoral, orang telah mengangkat dia sehingga berjaya tetapi dia tidak kenang jasa.

.@blogger.com said...

Salam,
Atas rasa keprihatinan serta hasrat untuk membantu dan bersama-sama berjuang,saya telah membina satu rangkaian link dalam blog Beranikan Hati, menamakannya Blogger Pembela Gabungansuara Anak Pahang dimana blog anda juga ada dalam senarai berkenaan. Harapan saya agar blog-blog berkenaan dapat diketengahkan dan mendapat kunjungan dari lebih ramai pembaca. Salam Perjuangan ~ bRAVEhEART

pemimpinrakyat said...

Tolak gelaran Dato' ................
Dalam sibuk2 orang nak muqobalah dan kerajaan perpaduan......ramai orang/ahli PAS marah......sebab tak setuju dengan nak bergabung atau nak berbaik2 dengan umno...

Saya mendapat berita...... Hj Mohamad Sabu telah menolak tawaran untuk mendapat Dato' untuk ulangtahun TYT Penang yang akan datang nie......

Ini bukan kali pertama rupa2nya....

Ini kali kedua beliau menolak tawaran penganugerahan Dato' dari TYT Penang.....

Walau sebenarnya cuma Penang sahaja yang ingatkan kat dia...... negeri lain yang PAS perintah jangan harap...

Walaupun sebenarnya ....itulah prinsip beliau kerana...Dato' tiada membawa apa2 makna di dunia ni.....beliau berkata begitu, setelah merujuk kepada para ustaz dan ulama ....kerana hidup di dunia ini yang penting ialah mencari "Mardho Tillah....." bukan nama atau pangkat, disamping keikhlasan untuk berjuang.....

Bak kata Mat Toi juga......." semua dunia tu......."

Prinsip pemimpin PAS lain......ha ha .....saya tahu

Z-MAY said...

masih ada yg tak sunyi dari kelabu akal san gelap minda.

geecantik@blogspot.com said...

Jangan lupa Nik Aziz pun manusia sama macam Najib. Mesti ada kelemahan dan kekurangannya. Kepada pengikut PAS jangan terlalu taasub kepada Nik Aziz. Lebih baik kita tukar taasub itu kepada Allah.

pemimpinrakyat said...

Dalam cerita UG, kita pandang adalah fitnah umno/bn....tetapi selain itu juga bagaimana berpunca dari dalam...kita tak kaji...TGHA menjadi mangsa.....sebenarnya idea ini bukan dari TGHA.....2 orang yg berperanan bersungguh2 iaitu Ustaz Nasha dan Mustapha Ali....kejap cakap A, kejap cakap B....kejap cakap C....akhirnya yang menjadi mangsa TGHA dan TGNAA

Kalau kita cakap itu strategi pemimpin...lain kali kita bincang....tapi sekarang kita tak sedar 2 orang nie.....adakah di "plan"kan utk menggodam PAS dari dalam? mungkin tak benar...tapi kita check.....Dan saya menyokong kedua TGHA dan TGNAA ...kerana mereka berdua dapat menyelamatkan keadaan...

Kenapa Ustaz Nasha di plan utk melawan keluar Ustaz Hassan Shukri....bukankah Ustaz Hassan Shukri juga Ulama? kenapa perlu berlawan sesama ulama..kalau masa tu Ustaz Hassan masih mampu dan waras...jadi digunakan hal Kohilal utk menjatuhkan dia...kenapa pula Ustaz Harun Taib berlawan utk ganti Timbalan Presiden sessi 2007, kenapa ulama perlu berlawan dengan ulama lagi....dan kenapa kali ini pula Husam dan Mohamad Sabu bertanding untuk berlawan dengan Ustaz Nasha?

Sejak bila TV3, Utusan Malaysia berminat dan membela serta memberi ruang kepada Ustaz Nasha nie.....kita kata kita tak percaya dan boikot kedua media tu?

Tapi duri dalam daging sebenar...kita kena siasat...bukan untuk memecah belahkan parti atau ahli2 kita....sebab kita bercakap kerana kita sayangkan parti kita....adakah betul ada atau tidak?....kenapa Ustaz Nasha sekarang hilang....dah berapa hari tak datang parlimen? Dia ke mana? hanya muncul dalam sessi jumpa TGNAA masa tarik balik dakwaan hari tu.....lepas tu hilang, mesyuarat AJK Pas Pusat pun tak hadir.....kenapa takut? kalau berani kerana benar...muncullah....segala apa yg berlaku tak perlu takut sebab dia benar....berhujah lah dengan kenyataan kebenaran....kalau TGNAA salah (sebab ada orang kata TGNAA dah nyanyok macam penghujung hayat Imam Bukhari).....

Dan kenapa pula setiausaha akhbar TGHA dipecat? mana pergi Roslan SMS....apa kaitan mereka berdua.....? Kenapa Roslan SMS dikeluarkan dari YDP Kelana Jaya oleh ahli2 di kawasan itu?

Dalam kemenangan PR2008 dan PRK akhir2 ini kita dimenangkan oleh ALLAH dengan cara ALLAH mengubahkan hati2 Cina dan India kepada menyatakan sokongan kepada kita...(tak kiralah kalau ini strategik politik mereka) tetapi boleh ke jadi kalau bukan kuasa ALLAH untuk mengubah hati2 mereka? dan sekarang nie hati mereka mula kendur kepada kita, kita tak dapat nafikan....pergilah buat study dan tanya kepada Cina dan India satu Malaysia....mereka udah mula "cuak" dengan PAS...."hati mereka terluka dan kepercayaan mula kurang" atas cerita UG ini....

Adakah ini kita katakan kesilapan strategik kepimpinan (Ustaz Nasha atau Mustapha Ali) yang ahli tak faham apa maksud sebenar UG ini.....atau ianya di "plan" kan oleh orang luar yang lebih pandai ber "strategik" untuk memporak-perandakan PAS?

Strategik apa yg digunakan? kerja amal jamaei apa yg dia ikut.....?Tarbiyah marhalah takrif dan takwin mana yg dia guna....kerana dia .....PAS telah porak peranda sekejap.....?

Kalau betul kesilapan Ustaz Nasha....dia kena dan wajib untuk letak jawatan.....demi memulihkan imej PAS dan meredakan kekalutan serta pandangan serong kepada PAS....dia boleh jadi ahli biasa....pulihkan imej dirinya dulu baru nanti dia naik semula....

Wallahu A'lam

Semuga kita menjadi orang yg berfikrah dan beramal......

Kemaafan dipohonkan pada semua..yang tersentuh dan terguris....

Salam Perjuangan Demi Memartabatkan Islam

Allahu Akbar, Allhu Akbar, Allahu Akbar

Waris Pahang said...

Salam ukhwah dan salam perjuangan @blogger,pemimpin rakyat, z-may dan geecantik.

Terima kasih atas komen dan info yang diberi.

Di sini Waris Pahang petik dari Malysiakini :

(Datuk Seri Najib Razak berkata, perpecahan dalaman PAS berhubung isu kerajaan perpaduan bukan disebabkan konspirasi dan mainan politik Umno kerana ia dicadangkan parti Islam itu sendiri.

"Macam mana pula ia mainan Umno, sebab mereka yang mencadangkannya. Cadangan (kerajaan perpaduan) dibuat oleh pihak PAS," kata perdana menteri dalam sidang media di Masjid Wilayah Persekutuan petang tadi.

Najib diminta mengulas rancangan Pakatan Rakyat menganjurkan perhimpunan raksasa Selasa ini bagi menjelaskan segala "fitnah dan konspirasi Umno dan BN" berhubung isu tersebut – yang menimbulkan kegelisahan dalam PAS dan gabungan pembangkang.

Mengulas lanjut, Najib berkata pandangan beberapa pemimpin PAS menolak kerajaan perpaduan tidak menggambarkan pendirian keseluruhan pemimpinnya.

“Dalam PAS pun banyak pendapat. Tidak semestinya pendapat itu pendapat pucuk pimpinan PAS. Sebab ada pihak yang setuju dan ada pihak yang tidak setuju.

“Kita tidak boleh kata pendapat yang dibawa dalam perjumpaan PAS itu (perhimpunan minggu depan) sebagai pendapat pucuk pimpinan. Mungkin pendapat beberapa pemimpin PAS,” katanya.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub hari ini dilaporkan berkata 'Himpunan Perdana Perpaduan' akan diadakan di Stadium MPPJ, Kelana Jaya jam 9 malam.

Najib menambah, banyak NGO Islam menyokong idea tersebut kerana ia merupakan tuntutan agama.

“Perpaduan dan usaha-usaha untuk memperjuangkan kepentingan umat Islam itu wajib kita perjuangkan, yang wajib kita lakukan supaya mendapat barakah nanti atas apa yang kita lakukan.

“Kalau itu yang dianjurkan agama, sepatutnya kita lakukan. Bukan soal politik (yang) mengatasi apa yang dituntut oleh agama kita,” katanya).

Dapatlah kita rumuskan, konspirasi dalaman PAS yang menyebabkan idea perpaduan ini dikuburkan begitu sahaja.

Amatlah malang bagi umat Islam yang mahukan perpaduan kerana PAS meminta dan menerima nasihat dari Anwar Al ChinPengi dan DAP yang jelas tolak negara Islam.

Proton Saga said...

Nik Azih Bukan Ulamak tetapi hanya guru pondok sahaja .

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP