Saiful dalam blognya berkata, Anwar seolah-olah terlalu yakin mahkamah akan menggugurkan pertuduhan ke atas beliau kerana masih boleh bersenang hati ke luar negara. “Sampai bila beliau perlu diberi layanan istimewa?
Masih bebas ke serata dunia walaupun sedang menghadapi pertuduhan dan perbicaraan mahkamah yang amat berat.
Jika kes ini gugur sebelum ia dibicarakan bagaimana pula dengan hak saya sebagai pengadu dan mangsa?” katanya.
Sementara ura-ura mengatakan Anwar akan berlepas ke Washington bagi menghadiri satu persidangan dan disahkan Anwar dalam laman blognya dengan berkata beliau tidak bimbang jika pulang lewat kerana tarikh perbicaraannya ditunda 8 Julai depan.
Mahkamah akan mendengar permohonan Anwar membatalkan pertuduhan (gugur pertuduhan) pada 8 Julai ini dan jika mahkamah menolak permohonan beliau perbicaraan akan dimulakan pada hari sama. Sumber : Sinar Harian
(Kata Waris Pahang :
-Layanan istimewa sungguh yang Anwar kecapi sehingga sempat lagi pergi ke luar negara. Beliau sebelum ini berjaya menangguhkan perbicaraan kes liwat dan tidak takut pulang lewat.
-Apa pula strategi Anwar selepas ini dan kenapa beria-ia benar mahu pergi ke negara yang berisiko tinggi dilanda virus selesema babi.
-Adakah beliau sedang berusaha mendapat perlindungan dari rakan yahudi nya atau beliau mohon suaka politik?.
-Barangkali Anwar sedang atur strategi ála thaksin' atau Anwar memang bercadang cabut lari?. Wallahuallam.
-Apa-apa pun rakyat Malaysia memang tidak sabar-sabar mahu mendengar perbicaraan kes tersebut apatah lagi yang melibatkan orang no 1 pembangkang
-Blogger-blogger yang selama ini menyokong penuh Saiful juga tidak sabar-sabar mahu memberi sokongan moral kepada Saiful dan mereka akan hadir ke Mahkamah pada tarikh tersebut.
-Biar apa pun yang pembangkang katakan tentang kes ini, kita harap mahkamah beri peluang dibicarakan.
-Tidak sepatutnya kes ini dibuang begitu sahaja tanpa dibicara. Selamat Berjuang Saiful Bukhari Azlan).
3 comments:
Salam,
sama2 kita tengok nnt.
Salam sejahtera,
Pulang awal ke pulang lewatnya Anwar dalam kes liwat dia nanti mungkin tidak akan dapat mengubah pandangan sesetengah orang yang mempersoalkan kewibawaan serta ketidaktegasan mahkamah dan kerajaan terhadap Anwar yang telah melakukan kesalahan yang sangat serius. Banyak sangat kesalahan yang telah Anwar telah lakukan seperti memfitnah, berbohong dan sebagainya tetapi perkara itu seperti tenggelam didalam kes liwat beliau.
Persoalan yang terus bermain di kotak fikiran kita ialah "jika kesalahan yang dilakukan dilakukan oleh rakyat biasa sama juga dengan yang dilakukan oleh Anwar, apakah rakyat biasapun akan mendapat layanan istimewa sama seperti yang telah diberikan kepada Anwar ???
Pembohongan yang paling besar telah dilakukan oleh Anwar adalah tuduhan dia bahawa "nyawa" dia diancam dan ada orang nak bunuh dia, maka itulah sebab dia melarikan diri ke pejabat kedutaan Turki di Kuala Lumpur demi untuk mendapatkan perlindungan.
Jadi, apakah kerajaan telah, sedang atau akan menubuhkan satu suruhanjaya bebas untuk menyiasat dakwaan Anwar itu ?. Jika tidak dilakukan sesuatu terhadap dakwaan Anwar itu, bagaimana kerajaan hedak membersihkan nama serta imejnya yang telah tercemar teruk angkara perbuatan yang paling tidak bertanggungjawab Anwar itu ?.
Terima Kasih Junah dan hibertmontell.
Sama-sama lah kita tengok nanti apa pula drama Anwar.
Adakah ceritanya menarik bagi Anwar atau ceritanya perik telinga kita mendengar kes sumbang melibatkan vip pembangkang ini.
Teruskan perjuangan Saiful.
Post a Comment