Friday, June 19, 2009

Manik Urai : Harapan Terburai Atau Belenggu Terlerai?.

Pengundi Kelantan suatu ketika dulu sangat unik kerana mereka memilih calon berdasarkan reality politik atau mana yang terbaik bagi mereka.

Namun tradisi ini semakin berkurangan kerana mereka ditanamkan dengan sikap taasub kepada parti dan pemimpin PAS.

Kini Pilihan Raya Kecil Manik Urai bakal menjengah Kelantan. Maka bagaikan pesta akan disambut oleh kedua-dua parti Melayu iaitu UMNO dan PAS untuk mendapatkan kuasa.

Persoalanya apa yang pengundi akan dapat selepas semua jentera pilihan raya kecil Manik Urai pulang ke destinasi masing-masing. Adakah nasib pengundi akan dibela atau pembangunan ‘macam tu le’ (tidak berubah).

Senario kini yang diperolehi, pengundi Manik Urai yang terpaksa berdepan dengan belenggu masalah mahukan perubahan dan pembangunan di kawasan mereka.

Baru-baru ini sebuah media mendedahkan tentang rakan persekolahan Nik Aziz sendiri yang kecewa dengan pembangunan yang ada sekarang di Manik Urai.

Tidak mustahil pengundi Manik Urai akan menyesal sekali lagi dalam tempoh satu penggal lagi apabila tersalah memilih calon semasa membuang undi kelak.

Seperti mana biasa, janji-janji pilihan raya akan dijadikan kayu pengukur pengundi Manik Urai untuk memilih calon. Mampukah parti-parti yang bertanding memenuhi segala tuntutan pengundi?.

Kita sedia maklum bahawa PAS mengamalkan tradisi ceramah menabur air liur sahaja daripada menjanjikan keselesaan kepada rakyat.

Sepatutnya ia bukan lagi menjadi ukuran pengundi untuk memilih calon. Adakah lawak jenaka pembangkang dalam ceramahnya mampu menyelesaikan masalah rakyat.

Masalah tempatan yang dihadapi oleh penduduk memerlukan pembelaan seperti kemiskinan tegar, jalan rosak, jambatan runtuh, bekalan air dan elektrik dan sebagainya.

Mungkin agaknya YB sekarang tidak rasa ianya sebagai satu tanggungjawab kerana segala masalah tempatan diselesaikan oleh badan kerajaan dan Majlis Bandaran.

Wahai YB Pembangkang, jangan sekadar mahu berkuasa selepas itu goyang kaki sahaja. Tahukah YB banyak masalah tempatan telah menyebabkan bergaduh laki bini (suami isteri), kesulitan kanak-kanak ke sekolah, hasil perniagaan gagal dibawa keluar, banyak masa terbuang begitu sahaja dan rakyat terpaksa mengeluarkan kos hidup yang tinggi.

DUN Manik Urai akan menyaksikan dua buah parti politik popular ini akan mempertaruhkan calon masing-masing. Mungkin calon bebas akan turut bertanding sekaligus mewarnai perjalanan demokrasi yang subur di negara kita.

Bukan sahaja calon anak tempatan yang akan menjadi pilihan tetapi yang mempunyai sentuhan mesra yang dikagumi.

Latar belakang pendidikan, pengalaman juga diambil kira supaya tidak menimbulkan rasa tidak puas hati pengundi.

Apa yang penting, sikap pengundi perlu lebih terbuka,berfikiran panjang tidak sempit, melihat ke hadapan untuk kemajuan Manik Urai dan berani berubah demi agama,bangsa dan Negara.

Berikan Manik Urai satu peluang untuk membangun seperti kawasan-kawasan lain di negara kita dan rakyat Manik Urai terlerai dari belenggu dan mengurai senyuman tanda kepuasan yang tidak memburaikan harapan.

3 comments:

PUTRA MERDEKA said...

salam tuan,
PAS hidup dengan pembohongan, Janji Palsu, Putar belit fakta. Ini akan terus digunakan dalam PRK Manik Urai nanti...dulu, kini & selamanya. tak heran...! Cuma melihat kepada sokongan pengundi yang semakin baik, sedar dan tidak lagi mengizinkan diri mereka diperbodohkan maka angin perubahan semakin kuat terhadap UMNO / BN Insyaallah kemenangan akan dikecapi..amin
terima kasih

poyosede said...

Wahai pengundi Manik Urai berubah la buka minda gunakan otak yang waras dalam PRK. Apa yang kamu semua tunggu dari PAS yang sudah terserlah pembohongannya. Apa kamu tidak dapat menilai kerana terlalu taasub dengan Syurga yang dijanjikan PAS. Allah hanya memandang orang yang bertaqwa kepadanya bukan taat pada PAS. PAS tidak akan dapat membela nasib rakyat. Even UMNO tidak semuanya betul at least pemimpin UMNO bukan lah hipokrit macam Nik Aziz.Bertopengkan lebai kononnya Ilmu agama tinngi melangit. Tepuk dada tanya Iman....

AdiPutera007 said...

Asalamualaikum...Tuan...

kawan tak berape setuju dengan awok....Pandangan awok x berape tepat...X cyay nti PAS menang lagi...

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP