Saturday, March 27, 2010

PRK Hulu Selangor : Medan Tempur Bukti Sokongan

MP Hulu Selangor meninggal dunia

Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.

Beliau meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak.Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, beliau merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.

Antara jawatan exco yang dipegangnya termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia. Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.

Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari parti MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.

Kerusi itu berjaya dirampasnya untuk PKR dengan hanya majoriti 198 undi. (Sumber : Malaysiakini)

(Kata Waris Pahang :

Jika dilihat situasi kini banyak sokongan rakyat kepada BN berbanding Pembangkang Yang Terkangkang-Kangkang. Antara faktor-faktornya :

1. Kes liwat membabitkan DSAI memberi kelebihan kepada BN kerana rakyat kecewa dengan sikap DSAI yang suka menangguh-nangguh perbicaraan kes dan menarik negara luar masuk campur tangan urusan negara ini.

2. Ramai wakil rakyat PKR telah keluar parti PKR menjadi parti BEBAS memberi kesan kepada kepercayaan pengundi kepada pembangkang atau dalam erti kata lain "Pembangkang Tidak Lagi Boleh Dipercayai".

3. Perselisihan faham dalam PAS-PKR-DAP sukar dibendung lagi dan parti masing-masing seperti membawa haluan masing-masing. Pertikaman lidah antara satu sama lain mewarnai politik Malaysia.

4. Pengkhianatan DAP terhadap Melayu Pulau Pinang menimbulkan perasaan marah yang memuncak dikalangan masyarakat Melayu seluruh Malaysia.

5. Ramai rakyat yang keliru dengan fatwa songsang ulama-ulama PAS yang menghalalkan cara demi mencapai matlamat.

6. Namun yang paling utama ialah kesungguhan Perdana Menteri menjayakan slogannya "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" berbanding dengan pembangkang "Politik Didahulukan Pilihanraya Diutamakan".

Jika betul caranya BN mampu menang besar kerana dalam piliharaya umum 2008, BN menang kesemua kerusi DUN kecuali kerusi Parlimen.

i. DUN Hulu Bernam, Datuk Isris Abu Bakar (BN) menewaskan calon PAS Abdul Shukor Ali dengan majoriti 3,549 undi. Idris mendapat 7,985 undi manakala Shukor 4,436 undi. Jumlah semua pengundi seramai 17,549 pengundi.

ii. DUN Kuala Kubu Bharu,Wong Kun Moon (BN) menewaskan calon DAP Annamalai Ramu dengan majoriti 448 undi. Wong mendapat 6,107 undi manakala Ramu 6,555. Jumlah semua pengundi seramai 18,212 orang.

iii.DUN Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim (BN) menewaskan calon Mohd Nasarudin Abdul Aziz dengan majoriti 2,179 undi .Mohd Isa mendapat 11,724 undi manakala Mohd Nasarudin 9,545 undi. Jumlah semua pengundi ialah seramai 27,832 orang.

iv. Parlimen Hulu Selangor, Allahyarham Dr Zainal (PKR) mengalahkan Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel. Beliau dapat 22,979 undi manakala Allahyarham Dr Zainal 23,177. Jumlah semua pengundi seramai 63,593 orang.

Pembangkang menang bagi Parlimen Hulu Selangor bukan kerana pembangkang kuat sebaliknya rasa tidak puas hati pengundi terhadap pemilihan calon BN dan pengaruh kuat Dr Zainal.

Semoga BN tidak salah langkah lagi dalam memilih calon yang sesuai bagi kawasan Hulu Selangor dan pengundi jangan memilih pembangkang yang sudah jelas kapal mereka akan karam atau dalam erti kata lain tiada harapan lagi untuk membantu rakyat.

4 comments:

hilbert said...

Salam bro,

harap BN terutamanya UMNO harus berani membuat keputusan agar kekalahan tidak akan berulang lagi.

Saya rasa disitu patut diletak calonnya dari UMNO, sebab saya lihat Melayu adalah majoriti di kawasan tersebut.

Lagipun isu yang pernah menjadi isu besar sejak beberapa bulan yang lalu masih lagi mempengaruhi fikran orang Islam iaitu tentang isu Kalimah ALLAH.

Jadi kalau BN benar-benar mahu berubah maka mereka satu diantara mereka harus berkorban demi kebaikan bersama...

hilbert said...

bro.. saya mintak izin gambar data diatas.. terima kasih :-)

YANG GAMBI said...

salam bro, kalau dinilai dari fakta yg telah tuan paparkan, jelas sekali Parlimen ini adalah kubu UMNO...

Walau bagaimanapun kesetiaan dari kalangan parti komponen BN perlu dipertingkatkan walau pun siapa calon yg bakal mewakili BN..... penyokong UMNO sudah tetap dgn UMNO, PAS tetap dgn PAS, yg penting kesetiaan pengundi MCA dan MIC harus diambil kira untuk mencapai kemenangan....

Waris Pahang said...

bn kena berani berubah sebelum rebah. buatlah analisa terbaik siapa calon yg layak dan dengarlah suara pengundi akar umbi.

bagi waris pahang, siapa yg boleh beri kemenangan maka dialah calon yang layak.

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP