Wednesday, May 12, 2010

ADUN Kerdau : Stabil Tetapi Kritikal

Gambar Hiasan : Kesungguhan ADUN Kerdau
meninjau masalah yang dihadapi penduduk
dengan menaiki motosikal amat dikagumi.

Keadaan Adun Kerdau stabil tapi masih kritikal: MB Pahang

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakobberkata keadaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) petang semalam kini berada keadaan stabil tetapi masih kritikal.

Beliau berkata Zaharuddin, 63, dipindahkan ke IJN selepas berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya setelah menjalani pembedahan ulser usus di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas)."Saya diberikan taklimat oleh doktor ketika saya melawatnya di Hoshas pada Sabtu lalu dan diberitahu keadaannya stabil tetapi sangat kritikal, tetapi semalam (keadaannya) stabil tetapi kritikal" katanya. (Sumber : Berita Harian)

(Kata Waris Pahang :

1. Sebagai Umat Islam dan rakyat Malaysia yang prihatin tanpa mengira apa-apa fahaman politik, marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah supaya YB Datuk Zaharudin Adun Kerdau cepat sembuh dan kembali berkhidmat untuk rakyat.

2. Waris Pahang kecewa dengan sesetengah pihak yang menyebarkan khabar angin kononnya satu pilihan raya kecil akan diadakan berikutan ADUN Kerdau sedang kritikal. (Keadaan kesihatan Zaharudin yang kritikal minggu ini telah mencetuskan khabar angin pagi ini mengenai kemungkinan pilihan raya kecil membabitkan kawasannya - Sumber : Malaysiakini)

3. Waris Pahang agak terkilan dengan perangai pembangkang yang sungguh biadab kerana mereka sepatutnya mendoakan supaya Allah menyembuhkan penyakit yang dialami ADUN Kerdau.
4. Tetapi pembangkang dengan lagak ghairahnya berkira-kira dan berangan mahu bertanding dan menang pilihan raya kecil DUN Kerdau. Bahkan bukan itu sahaja pembangkang mahu mengukur sejauh mana kekuatan BN di negeri Perdana Menteri ini.

5. Pembangkang mesti segera memohon maaf dengan keluarga ADUN Kerdau di atas keceluparan mereka. Jika beginilah perangai buruk pembangkang maka eloklah kita lupakan sahaja pembangkang.)

6 comments:

zulkifli said...

Apa yang nak marah sangat...Bn dan PR sama saja...ada PRK kan bagus, projek datang mencurah, rakyat juga yang mendapat faedah, selain dari pemilik hotel, restoran, gerai makan. Nak suruh pembangkang minta ampun, tu kerja sia-sia sebab tak nampak apa pun keslahan ynag mereka lakukan sebagai orang politik. sesiapa ynag aktif dalam politik, mestilah suka pilihanraya.

WARIS PAHANG said...

Kalau suka sangat dengan pilihan raya tetapi janganlah sampai menyentuh hati dan perasaan keluarga YB ADUN Kerdau.

Pendekar Melayu said...

Biasalah puak pembangkang inikan gila kuasa. Start dari Anuar sampailah pada nik aziz dan lim kit siang.

sebab itulah mereka bergembira sakan kalau ada mana mana adun yang meninggal dunia.

YANG GAMBI said...

Salam bro, semoga beliau segera sembuh dan dapat menjalankan amanah kepada masyarakat di DUN Kerdau..Amin....

azman said...

masa prk hulu selangor, ada sorang pakcik umno dari johor cakap kat aku... "lepas tiap solat fardhu ko mintak doa ada lagi adun/mp pr yang meninggal..." terkedu aku kejap... memang piau umno tol pakcik ni...

Unknown said...

Sapa kata pembangkang suka sangat prk..... yang diketahui UMNO Kuala Krau yang dah sibuk berebut calon, konon katanya ada yang sampai menulis surat kepada Menteri Besar menaikkan nama sendiri dan memburukkan YB Zaharudin, konon tak buat kerja dan asyik sakit..... teruklah UMNO kita mcm ni.... mcm mana nak menang

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP