KUALA LUMPUR 24 Mei - S. Vell Paari yang merupakan anak Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menuduh UMNO menggunakan 'pembunuhan politik' (political assassin) untuk memecahbelahkan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.
Sambil merujuk kepada desas-desus mengenai kewujudan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) mendapat restu daripada pemimpin tertinggi UMNO, Vell Paari yang juga Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC menyelar UMNO kerana memulakan satu tindakan yang berbahaya.
"Adalah sesuatu yang berbahaya jika 'orang luar' terlibat (dalam urusan parti komponen). Lupakan dahulu bahawa bapa saya adalah Presiden MIC dan lihat isu ini dari perspektif demokrasi. Beliau dipilih oleh ketua-ketua bahagian.
''Jadi, apabila ada pemimpin yang tidak setuju dengan kuasa yang diberikan itu, adakah mereka menggunakan 'pembunuh politik' untuk menjatuhkan beliau?
''Apabila anda tidak gembira (dengan keadaan itu) anda gunakan orang dalam parti untuk melakukan perkara itu. Ia melemahkan asas demokrasi dan semangat BN serta keputusan ahli-ahli parti berhubung pemimpin yang mereka pilih,'' katanya. (Sumber : Utusan Malaysia)
(Kata Waris Pahang :
(Kata Waris Pahang :
1. Samy Velu sebenarnya sudah tiada UMPP! lagi bagi MIC dan Barisan. Beliau semakin hilang dari hati kita. Tindakan Samy Vellu yang mahu kekal jawatan lagi telah memberi ruang yang luas kepada pembangkang untuk terus kukuh dan aktif. Samy Vellu sengaja pejamkan mata ke?.
2. Akibat tidak mahu undur maka timbullah GAS (Gerakan Anti Samy). MIC telah memecat serta merta orang yang menentang Samy Vellu, persoalannya berapa ramai lagi SamyVellu mahu pecat ahli MIC yang tidak sokong beliau, tindakan Samy Vellyu ini tidak profesional langsung.
3. Ramai orang kata Samy Vellu telah banyak menabur jasa kepada masyarakat kaum India namun ada juga yang berkata sebaliknya sehingga mereka kata eloklah kisah perjuangan Samy Velu diletakkan di arkib atau muzium sahaja.
4. Jika Samy Vellu letak jawatan sekarang maka orang tidak akan menghina Samy Vellu kerana sokongan kaum India sudah sedikit pulih semenjak PM melancarkan Gagasan 1Malaysia. Pengunduran Samy Vellu adalah sesuatu yang mulia dan kita mengharapkan tidak berlaku lagi undi protes akibat bencikan Samy Vellu.
5. Permintaan Samy Vellu berundur bukanlah arahan dan mainan UMNO sebaliknya ianya adalah permintaan dari suara rakyat dan suara politik baru dari rakyat. Jadikanlah Tun Dr. Mahathir sebagai idola Samy Vellu kerana walaupun beliau sudah bersara tetapi masih aktif ke sana-sini membantu kerajaan dan rakyat).
6 comments:
Wajar sangat Samy Vellu berundur, jagan jadikan MIC macam warisan keluarga Samy..... lama-lama jadi Parti Samy's Dinasty Malaysia pulak...
Ni sengaja nak biar MIC tu ditolak terus oleh kaum India.
Tools of the Illuminati in Malaysia.
inilah yang dikatakan kepentingan poliik peribadi
Inilah sebenar-benar kebijaksanaan politik ala BN. Samy Vellu sebenarnya belajar dari sahabat baik beliau Dr.M begitu juga Taib Mahmud di Sarawak. Kebijaksanaan politik beginilah sebenarnya yang telah memberikan ruang kepada PR untuk terus maju dan mengalahkan BN pada PR ke 13 yang akan datang.Mudah-mudahan semua pemimpin parti komponen BN akan terus memimpin parti macam nak tongkat langit. MCA pulak pilih pelakon filem lucah jadi presiden...
Analisa awal MELAYU tentang PRU 13 menggerunkan. Semoga ada pihak yang perihatin
Dah sampai masa Samy Vellu turun tahta. Orang India ramai meluat tengok muka dia.
Terlampau lama sangat kot...
Post a Comment