Tanggal 25 Januari, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi PKR Pahang.
Pemerhati politik di Pahang melihat PKR Pahang seperti retak menanti belah. Mereka seolah-olah menantikan perubahan dalam PKR tetapi kemunculan 2 kapal ini menjarakkan lagi sokongan ahli kepada PKR.
Bukan pekak atau bisu mahu membaiki PKR tapi apa kan daya hanya Anwar sahaja yang mampu memulihkannya. Inilah masalahnya kalau parti hidup kerana berpaut pada Anwar sahaja. Pasti ada yang kecewa apabila Anwar bertandang ke Pahang tetapi tidak berusaha memulihkan PKR Pahang dan menyentuh apa-apa tentang kepimpinan PKR Pahang dalam ceramahnya di Indera Mahkota baru-baru ini.
Inilah masalahnya kalau tidak mendengar gerak nadi dan jantung ahli PKR, yang penting baginya politik peribadi mahu menawan Putrajaya untuk menjadi Perdana Menteri.
Sebut pasal mendengar gerak nadi rakyat, sudah ramai penduduk Indera Mahkota kecewa kerana Indera Mahkota seolah-olah tiada wakil rakyat...ke mana menghilangnya wakil rakyat Indera Mahkota?. Jika nak carinya maka carilah sewaktu ceramah pembangkang diadakan,...itupun belum tentu dia hadir kesemuanya...kata penyokong tegar PR.
Perletakan jawatan beliau sebagai Timbalan Pengerusi PKR seolah-olah memberi petunjuk yang beliau akan terpaksa berundur setapak lagi dari menjadi Ahli Parlimen Indera Mahkota kepada kalah dalam PRU 13 (itupun kalau bertanding lagi..., ramai ahli PKR intai kerusi tu....).
3 comments:
kesian...
Salam,
Syabas WP, akhirnya tuan sudah kebah 'demam' dan boleh berblog semula. Mari kita rapatkan saf perjuangan kita ~ bh
kawe ucap terima kasih atas sokongan tuan, semoga kita terus berblog...
Post a Comment