PULAU PINANG 25 Sept. - Polis menahan dua lelaki yang baru tiba di
Lapangan Terbang Antrabangsa Pulau Pinang dari Bangkok, Thailand kerana
membawa beberapa barangan yang mempunyai kaitan dengan Parti Komunis
Malaya (PKM) malam tadi.
Kedua-dua mereka yang berusia 59 dan 66 tahun ditahan sebaik sahaja
tiba dari negara jiran menaiki pesawat Thai Airways yang mendarat pada
pukul 9.50 malam.
Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Bayan Baru untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, hasil
pemeriksaan polis, dua lelaki itu membawa masuk beberapa barang seperti
cakera padat, buku, video, cenderahati yang tertera perkataan 'Kenangan
Abadi Almarhum Chin Peng'.
"Polis menahan mereka kerana berada dalam keadaan mencurigakan dan
setelah memeriksa dua bagasi yang dibawa, kita menemukan pelbagai
barangan itu.
"Buat masa ini kita sedang menyiasat latar belakang dua lelaki ini.
Lelaki berusia 59 itu berasal dari Hong Kong manakala yang berusia 66
tahun itu rakyat tempatan," katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis
Bayan Baru lewat malam tadi.
Menurut Abdul Rahim, kedua-dua mereka kini ditahan untuk membantu siasatan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 2012.
"Kedua dua suspek tiada mempunyai hubungan persaudaraan dan polis
sedang menyiasat motif mereka membawa masuk barang tersebut," katanya. -
UTUSAN ONLINE. Sumber Gambar : TAIPING MALI.
Syabas dan Tahniah PDRM kerana berjaya menyekat cubaan membawa barangan milik komunis. Adalah tidak mustahil puak-puak pro Komunis ini mampu mewujudkan MUZIUM KOMUNIS untuk tatapan generasi akan datang sekiranya operasi seludup ini berjaya. Tahniah sekali lagi PDRM, sekat jangan tak sekat!!!!! Mereka yang pro komunis perlu dibawa kemuka pengadilan dan disiasat sehabis-habisnya.
No comments:
Post a Comment