11/04/2017 – Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd. Ariff Sabri mahu pihak berkuasa menangkap dan penjarakan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman kerana telah mengkafirkan orang Islam sebelum ini.
Ahli Parlimen Raub itu mendakwa Mufti Pahang itu perlu masuk penjara kerana kesalahannya.
“Tangkap mufti pahang kerana tuduh orang kafir. Saya diberitahu dia (Abdul Rahman) bila time raya Cina dia menyorok takut orang (Cina) tanya,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa sesi perbahasan olok-olok Rang Undang-Undang 355 (RUU 355), malam tadi.
Malah Mohd Ariff yang juga bekas ahli UMNO dan kini wakil rakyat Melayu daripada DAP itu juga mengecam parti Islam itu yang dikatakan suka mengkafirkan orang berhubung RUU 355.
Dalam pada itu, beliau juga mendakwa masyarakat Cina tidak suka kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berbanding dengan Allahyarham, Datuk Nik Aziz Mat.
Ini kerana menurut Mohd Ariff, Abdul Hadi tidak disukai kerana sering berubah termasuk memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP.
Di samping itu, beliau juga mempersoalkan jika diluluskan RUU 355 adakah ia dapat menangani masalah moral dalam kalangan umat Islam sekiranya keadilan sosial lain tidak dilakukan.
Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad juga kononnya meluahkan rasa kesal apabila ada pihak menuduh pembangkang dalam kalangan muslim tidak beriman kerana menentang tindakan menangguhkan perbahasan RUU 355 di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Malah beliau juga menyifatkan pihak yang menuduh sedemikian dikatakan tidak pandai berbahas dengan mereka.
RUU 355 pertama kali dibentangkan Hadi pada Mei 2016, dan pada November lalu, ahli Parlimen Marang itu meminda usul tersebut dengan mencadangkan hukuman penjara ke atas pesalah syariah ditambah kepada 30 tahun, denda kepada maksima RM100,000 dan hukuman sebat kepada maksima 100 kali.
No comments:
Post a Comment