Wednesday, February 18, 2009

Kes Anwar Lebih Hebat Dari Elizabeth

Parti Komponen BN melahirkan rasa simpati terhadap kes terbaru yang menimpa ADUN Bukit Lanjan YB Elizabeth Wong. Pelbagai persepsi yang diperkatakan oleh orang kebanyakan, antaranya :
i. Ianya serangan terancang BN terhadap PR.
ii. Konspirasi dalaman PKR yang mahu menjatuhkan beliau.
iii. Angkara bekas teman lelaki beliau yang mengkhianati.

Pandangan Waris Pahang, biarlah Polis membuat siasatan kes ini janganlah kita buat andaian sendiri bertujuan mendapat keuntungan popularity dan politik disebalik isu ini.

Waris Pahang kagum dengan Eliza kerana meletak jawatan EXCO dan ADUN Lanjan. Bermakna dia bertanggungjawab atas apa yang berlaku walaupun bukan tangan beliau yang menyebarkan gambar tersebut.

Persoalannya, bagaimana dengan Anwar, bukan sahaja tidak mahu bersumpah tidak melakukan liwat terhadap Saiful Bukhari malahan DNA pun tidak mahu serah.

Rakyat juga masih ingat, beliau sanggup berlindung di Kedutaan Turki kerana bimbang ditangkap polis selepas Saiful membuat laporan polis

Terpulang kepada rakyat menilainya, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena sebenarnya Harap rakyat fikir-fikirlah sendiri kenapa beliau bertindak demikian.Kesimpulannya, Pakatan Rakyat ini menyusahkan rakyat sahaja. Dulu mereka perjuangkan ‘Negara Kebajikan’ tetapi apa yang pasti kini, rakyat terpaksa menghabiskan duit rakyat aje mahu buat pilihanraya.

Kita mahu pemimpin yang boleh berkhidmat dalam masa panjang bukan pemimpin ‘biskut’ sekejap ada sekejap ganti lain pula. Camne kalu kita undi protes dengan tidak sokong calon PR.

Waris Pahang sudah bosan dengan PR kerana banyak kontroversi yang timbul. Kita hilang kepercayaan kepada PR kerana tiada pembangunan yang dibawa tetapi mereka tidak habis-habis bermain isu-isu. Hari ini isu ini dibawa esok isu lain pula yang dihebohkan. Itulah PR.

13 comments:

Tai said...

PR=Perompak rakyat. Biasalah tu encik.

WARIS PAHANG said...

Anwar juga wajar letak jawatan

Mohammad Roslan said...

Salam,
Moral ahli politik diandaikan sebagai permata dikalangan rakyat..ramai blogger-blogger PR sedih dan pilu dengan scandal seks Liz Wong ini.Bagi seorang ahli politik moral peribadi adalah wajar di perjaga sentiasa..di rumah,di luar atau di Luar negara..tidak kira dari parti BN atau PR..ini kes moral..bukan kes peribadi.Apabila kita berjuang dalam politik ,masyarakat memandang berat..tentang moral peribadi ahli politik tersebut... Amerika yang termaju didunia pun kes skendal seks merupakan kes yang serius..di negara ini yang berpaksikan agama Islam..walau pun orang yang terbabit itu bukan Islam tetapi dia juga adalah wakil untuk masyarakat Islam yang mengundinya dan ahli bukan Islam harus perlu memahami kehendak pengundi Islam dalam soal moralnya.Mamak cuma heran beitu banyak desakan-desakan dari PR dalam kes Bekas Menteri Kesihatan suruh beliau berundur dari karier politik tapi dalam kes kena batang hidung sendiri ramai ahli PR yang teralu perihatin terhadap Liz..kenapa.Mungkin satu lagi Pilihanraya kecil ke?.Yang amat pelik Dewan Muslimah Pas begitu terdesak sehingga sanggup membuat tuduhan dan tohmahan terhadap BN dalam skendal ini.Kalau ada bukti ini kerja BN kenapa menuduh saja..buat lapuran polis...ini tidak memfitnah ...inikah contoh wanita dari parti Pas.."kata Muslimah" inikah tingkah laku dan tauladan yang di tunjukan wanita Parti Pas..?.Benda dah terjadi....apa yang perlu ialah.. kita nasihatkan kepada ahli Parlimen atau Adun yang lain-lain..ini tidak asyik nak cari alasan menghentam orang lain..Hak Asasi Manusia lah..peribadi oranglah..Hapraak..salah tetap salah..jangan berselindung dibawah batu..kerana otak nanti jadi batu..kerana kepala batu hampa..tak terfikir..wakil rakyat mesti menjadi contoh dan tauladan pada masyarakat yang dipimpinnya..jangan-jangan kes Mat Sabu dulu pun kena cover-up begini di Kelantan Tak?..ingin tengok gambak...mat sabu kena tangkap basah dulu..wasalam.

singamaraja said...

Auuuum !

Dengar berita bahwa waris Pahang adalah Tengku Wong !
apa bener he he he he

Haji Mokhtar Mohd said...
This comment has been removed by the author.
Syed @ Don said...
This comment has been removed by the author.
Syed @ Don said...

kepada mamak penang. Minta jgn disamakan kes Elizabeth Wong dgn Chua Soi Lek. Jauh bezanya.

1) video dan gambar
2) hotel dan rumah
3) sedar dan tidur
4) seks dan hak peribadi

yang menyedihkan ialah yang suspek adalah seorang melayu (yang secara automatiknya Islam dalam istilah perlembagaan). Astagfirullah!

adeh. tersilap delete lak yg atas ni.

Mohammad Roslan said...

Kepada syed Don,

Salam,agaknya saudara salah faham kot kes liz gambar bogel.Ini bukan cerita ambil gambar semasa tidur..cerita benarnya cerita skendal seks..si anwar putar belitkan.Jadi hampa pun terkeliru.ceritanya yang jurugambar itu..bukan pecah masuk atau memasang kamera cc tapi yang jurugambarnya mempunyai akses masuk bilik tidurnya dan eli tahu siapa dia..kenapa dulu tak repot polis.YB itu sendiri mengaku dia mempunyai hubungan intim dengan si jurugambar Hilmi itu..maka disini perkara tersebut di panggil scandal sex Liz..kalau jurugambarnya pecah masuk rumah atau ambil gambar tanpa kebenaran di panggil jenayah..mcm -mcm boleh bubuh lagi..yang dirisaukan YB itu ialah banyak gambar lagi mcm ini.Tapi video tak ada kot?.selepas ini.Fahamkan..jangan cuba tegakan benang basah..Di Taiwan 2001 gempaq pasai cerita sama juga, ahli politik yang bernama Chu Fei Feng dan di Hong Kong Lau Kar Ling ..hang kena faham ada keluarga tak ada keluarga ke ada video ke semuanya sama..kes moral sesorang ahli politik.jangan disebabkan dia itu ahli PKR dan YB Pas Muslimah mai berduyun nak support dia..berpeluk-peluk menagis sama..ada tonton sidang media Liz?...di sini bukan persolan kalau tak kahwin belum kahwin!ada video ke tak ada video..Hotel ke rumah setingan atau seks peribadi ke seks orang ramai (orgy)..tapi moral seseorang..tak malu ke nanti nak pii jumpa murid-murid sekolah beri ceramah..Moral dan Pendidikan...pikiak oii saudara.Banyakan baca Al-quran..surah yusuf 12:23-25.cerita Nabi Yusuf a.s dengan Zulaikha..semoga dapat ikhtibar..wssalam.

Syed @ Don said...

salam kembali,
tiada benang yang basah di pihak saya. Saya cuba ingin menimbulkan "reasonable doubt" dalam kes ini.

Sume sedia maklum, yang menangkap gambar ini adalah teman rapat beliau. Tiada kes pecah rumah. Tiada kes curang kerana beliau belum berumahtangga.

Saya juga sedar wujudnya "pre-marriage issue" dan kemungkinan berlaku juga "pre-marriage sex"

Isu ini adalah salah di sisi agama Islam dan mungkin juga di dalam agama lain tetapi status "bersekedudukan" adalah amalan biasa yang diamalkan oleh ramai orang cina. Jadi saya tidak pasti adakah status bersekedudukan ini salah dan mengapa ianya sering dipraktikkan seperti budaya barat?

Jika ya, adalah ianya satu isu moral yang besar bagi masyarakat cina? Maklum tahu Dr Chua masih diterima oleh masyarakat cina selaku Timbalan Presiden MCA walaupun skendel seks nya jauh lebih teruk kerana mengkhianati keluarganya sendiri - dan pasangannya adalah kawan beliau sendiri.

Oleh itu, seteruk manakah isu ini sebenarnya atau diperbesarkan? Kerana saya juga kurang jelas dengan kehidupan bangsa Cina dan amalan harian mereka. Jika elizabeth wong memeluk islam, berkahwin dengan Hilmi, dan keluar isu gambar ini, maka jauh lebih mudah menjatuhkan tuduhan moral dan agama ke atasnya. Tp belum lagi.

Ali Abdullah said...

Salam mamak,

Skandal gambar Eliz sepatutnya menjadi masalah yang harus ditanggung oleh PR itu sendiri.

Sokong, tidak ada kene mengena dengan BN. Tidak ada sabotaj daripada pihak BN. Semua ini masalah moral. Samada Eliz atau Sipengambil gambar itu, kedua-duanya adalah orang PR sendiri.

Kita hairan, mengapa begitu mudah orang2 pakatanrakyat meletakkan syak wasangka terhadap saudara agama sendiri?

WARIS PAHANG said...

Kata kat pemimpin PR, sila buktikan yang BN terlibat dalam kes Eliz

WARIS PAHANG said...

Kes Eli: Najib cabar bukti dakwaan BN terbabit

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar pihak pembangkang supaya mengemukakan bukti terhadap dakwaan mereka bahawa Barisan Nasional (BN) terlibat dalam penyebaran gambar bogel Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat Elizabeth Wong baru-baru ini.

Sambil menegaskan BN tidak terlibat sama sekali dalam insiden itu, Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata pembangkang sewajarnya tidak menuduh sembarangan jika tidak mempunyai bukti, lapor Bernama.

"Tuduh apa... bukti siapa yang buat, saya tidak tahu menahu tentang hal ini tiba-tiba meletus dalam surat khabar.

"Kalau hendak menuduh kena keluarkan bukti, jangan cakap macam itu sahaja, jangan tuduh sewenang-wenangnya," katanya

Sebelum ini beberapa anggota PKR, termasuk Penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa BN menjadi dalang dalam penyebaran gambar anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan itu.

Ekoran penyebaran gambar itu, Wong, 37, menawarkan diri untuk meletak jawatan sebagai Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna Selangor serta Adun Bukit Lanjan.

Sumber : Malaysiakini

Tai said...

Mereka ni tak ada modal lain dah encik. jadi, mereka pakailah modal lama ni.

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP