"Suara Keadilan: Jumpa di mahkamah"…kata PM disambut tepukan gemuruh peneroka. Felda akan teruskan saman terhadap akhbar PKR Suara Keadilan setelah tamat tempoh seminggu notis tuntut maaf dan gantirugi RM200 juta hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak umum demikian dalam ucapannya di Hari Felda di Trolak pagi Rabu. Beliau telah mengulas dengan panjang lebar mengenai isu dakwaan berkenaan di depan lebih 10,000 peneroka yang hadir di majlis itu.
Perdana Menteri berkata pihak yang mendakwa Felda bankrap telah membuat tuduhan liar yang tidak berasas serta melakukan satu dusta.
"Tak bankrap...bukan Suara Keadilan yang tentukan," katanya sambil disambut dengan teriakan peneroka yang melaung supaya Felda meneruskan saman.
"Hari ini suara perhimpunan hendak kita teruskan...kita jumpa di mahkamah," katanya sekali lagi disusuli tepukan gemuruh.
----------------------------------------------------------------
Jawapan kepada mereka yang menuduh Felda Bankrap sedangkan Felda telah membuat pelaburan bijak untuk kesejahteraan rakyat dan merupakan sebuah institusi yang berjaya.
1. Felda kini mempunyai wang tunai sebanyak RM1.3 bilion dan ini tidak termasuk wang yang terdapat dalam beberapa anak syarikatnya.
2.Felda ada RM1.3 bilion tunai. Felda labur dalam saham dan membelinya pada harga RM844 juta, hari ini dah naik lima kali ganda.
3. Saham-saham yang dibeli Felda adalah daripada syarikat besar seperti MISC dan Maybank yang tersenarai di Bursa Malaysia dan jika dijual sekarang boleh memperoleh RM4.6 bilion.
4.Ladang-ladang yang dimiliki Felda jika dijual dengan nilai konservatif ladang komersial adalah berharga RM10 bilion.
5.Felda merancang pembangunan untuk jangka panjang dan telah membuat pelaburan di Amerika Syarikat dan Kanada bagi menembusi pasaran global dalam usaha meningkatkan pemasaran produk di peringkat antarabangsa yang akan membantu meningkatkan lagi harga sawit.
6.Felda juga telah membelanjakan RM2.4 bilion untuk tanaman semula. "Kalau pokok dah tua mana nak keluar buah (sawit) atau susu (getah)," katanya.
7.Projek pembinaan Menara Felda yang baru, beliau berkata tanah yang dibeli bagi projek itu kini kalau dijual pun sudah mendapat untung yang banyak. "Kita kalau nak buat bangunan tak kan nak buat di Kampung Keramat atau Kampung Baru (di Kuala Lumpur)...kita buat di sebelah Menara Berkembar Petronas," katanya.
8. Najib sekali lagi menarik perhatian hadirin apabila bertanya sama ada seseorang yang bankrap boleh membayar zakat. "Kalau bankrap boleh tak bayar zakat tak wajib bayar zakat...Felda membayar zakat RM26 juta tahun lepas kepada kerajaan-kerajaan negeri," ujarnya.
9. Felda Kledang Johor dianugerahkan Rancangan Felda terbaik dan meraih wang tunai RM 1 juta ringgit. Sekiranya Felda bankrap mana mungkin dapat memberi hadiah tersebut.
10. Perdana Menteri juga beri jaminan bahawa Felda akan mengeluarkan “duit raya” bagi para penerokanya dan pengumuman mengenainya akan dibuat pada minggu pertama bulan Ramadan nanti. INIKAH YANG DIKATAKAN BANKRAP.
(Kata Waris Pahang :
1. Ramalan menunjukkan Pakatan Rakyat yang digagaskan dahulu oleh pemimpin pembangkang akan berkubur hujung tahun ini, jika tidak berkubur pun hidupnya adalah seperti nyawa-nyawa ikan.
2.Kita sendiri lihat bagaimana orang kuat pembangkang seorang demi seorang keluar dari pakatan haram itu. Mereka yang keluar bukannya kecik punya orang seperti wakil rakyat dan setiausaha agung.
3. Pembangkang sebenarnya bankrap ideal dan moral. Maka hilanglah prinsip perjuangan parti yang sebenarnya.
4. Itulah yang berlaku dalam PKR apabila menolak asas perjuangan parti sehingga parti itu menjadi parti rojak. Begitu juga dengan PAS yang tersasar dari perjuangan Islam dan kini bersekongkol pula dengan parti DAP yang jelas menolak perjuangan parti PAS. Mungkin Karpal pun hairan kenapalah pemimpin PAS ini degil sangat.
5.Apa yang berlaku dalam pakatan pembangkang (PAS+PKR+DAP) hanyalah politik semata-mata. Buat apa kita sertai parti ini sedangkan parti ini RETAK MENANTI BELAH).

6 comments:
Tiada maaf jumpa di mahkamah, PR bakal tutup buku menjelang PRU 13.
saman tetap saman!
jangan sesekali bagi mereka peluang untuk menghina kita.cukup cukup ler main bertahan.
sekarang adalah masa kita menyerang balas.
SLM BRO...DIORANG JAKI SBB KERAJAAN DH MENAIKKAN NAMA FELDA DI MATA DUNIA SSAMPAI JD TERKENAL BEB!. TU YG SI MAZLAN ALIMAN JELES SAMPAI MEMBUSUK DLM HATI DIA TU KEHKEHKEH...HARKK PTUIHH!!
harap ahmad maslan tidak layan sangat si bankrap idea untuk berdebat
A'kum, Isu felda bankrap. knp? pemimpin BN sekor pun x berani atau takut untuk berbahas, berdebat secara langsung dgn pemimpin pembangkang. Mazlan pun tlh memberi surat hand 2 hand kpd maslan slps dewan parlimen tmpoh hari tapi untuk berbahas tetapi tiada respon dari kerajaan, knp??? saya tahu sbbnye PENAKUT< PENAKUT< PENAKUT <PENAKUT. Jadi sayang kamu memilih pemimpin yg PENAKUT di dlm KETAKUTAN. Saya x mahu negara saya dipimpin oleh pemimpin yg PENAKUT. so pilihlah pemimpin yg BERANI, BERANI, BERANI bukan penakut. PIlihlah pemimpin yg berlandaskan AL-QURAN dan HADIS nescaya kamu dan negara kamu mendapat berkaht dari ALLAH s.w.t waris johor
Assalamualaikum wbt.
Berbicaralah dgn akal. Bukannya dgn perasaan. Kami mahu pemimpin yg boleh memimpin. Bukannya yg sekadar pandai berdebat & memfitnah. atau menuduh tanpa bukti.
Berusahalah membaiki diri. Jgn selalu memandang kelemahan org lain sehingga merasakan diri sendiri terlalu sempurna.
Hormatilah pemimpin kami krn kami yg memilih mereka. Itu hak kami. Same sprti hak kamu utk memilih pemimpin kamu sendiri. Tak guna bergaduh. Kita sama2 Melayu. Sama2 Islam.
Tiada pemimpin yg sempurna. & tiada parti yg sempurna. jgn terlalu taksub trhadap perjuangan parti shingga lupa nilai2 Islam. Memfitnah tu lebih besar dosanya drpd membunuh. Kami hargai pemimpin kami krn telah terbukti merka mbawa kebaikan kpd kami. Bknnya janji2 kosong & manifesto pilihan raya. Yg benar ttp benar, yg salah ttp salah. Bukan parti yg menetukan.
Kalau mmg sikap kita menjatuhkan 1 sama lain, pertimbangkanlah utk berubah. sama2 lah berusaha memajukan tanah pusaka ini secara fizikal & rohani.
Saya anak Pahang berdarah Johor. Saya berbangga dgn pemimpin yg saya ada skarang. Mereka pemimpin. Bukan pendebat. Bukan pemfitnah. & bukan penyebar isu2 kontroversi utk meraih sokongan org ramai.
Post a Comment