Wednesday, July 28, 2010

YB Semantan No 1?.


Waris Pahang baru-baru ini dimaklumkan oleh seorang kenalan baru dari Temerloh. Beliau cukup kecewa dengan ahli PAS Temerloh yang menghina wakil rakyat BN ketika berlaku bencana.

Contohnya jika berlaku kebakaran maka mereka pun kata "tengok YB PAS dulu sampai di tempat kejadian, mana dia wakil rakyat BN" (Datuk Saifuddin Abdullah, Ahli Parlimen Temerloh dan YB Sharkar Shamsudin, Ketua Bahagian UMNO Temerloh).

Jawapannya mudah sahaja Datuk Saifuddin Abdullah adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi jadi dia menjaga seluruh Malaysia jadi tidak boleh nak disamakan dengan YB Semantan (PAS). Begitu juga dengan YB Sharkar, Exco Kerajaan Negeri Pahang yang menjaga satu negeri Pahang.

PAS Temerloh ini ingat rakyat Temerloh bodoh sangat dan mudah termakan hasutan. Orang di Temerloh sudah bosan dengan YB PAS ini yang mereka anggap sebagai YB tiada kerja.

Kenalan baru Waris juga cerita, pernah berlaku kejadian lemas maka pasukan penyelamat pun bergegas ke tempat kejadian. Dalam masa yang sama orang PAS juga pergi ke sana dan apabila sampai mereka kata "mana YB BN, YB PAS dulu yang sampai di tempat kejadian".

Lepas itu mereka mengedarkan air mineral kepada pasukan penyelamat, kata mereka "tengoklah PAS dulu yang beri bantuan".

"TAKKAN LAH YB BAGI AIR MINERAL SAHAJA" kata penduduk kampung. Walaupun YB BN lewat hadir ke tempat kejadian tetapi pasukan penyelamat disediakan makan minum yang diuruskan dulu oleh pejabat YB. Jika mereka guna taktik sebagaimana cerita di atas maka marilah kita pakat ketawa berdekah-dekah kerana taktik ini sudah lapok.

*Marilah kita sama-sama berdoa agar ada sinar dalam PAS selepas kesuciannya dicabul oleh pemimpin PAS. Hasan Ali mesti berani berubah untuk selamatkan umat Melayu yang berpecah parah sehingga kaum lain berani membuat pelbagai ugutan dan tuntutan yang tidak munasabah.

10 comments:

udanggalah said...

Taktik YB PAS memang begitu, seolah-olah merekalah yang sangat mendekati rakyat..padahal habok pun tarak.
Bila tiba diaorang berkuasa hilang semua janji dan mendekati rakyat,maklumlah HARTA dah ditangan..bila lagi nak rebut..!

Anonymous said...

Wapa,

ADUN dan MP yang memegang jawatan dalam kerajaan tidak boleh disamakan dengan ADUN biasa kerana kerja mereka sebulan kehadapan sudah penuh, malah kadangkala jadual sudah sampai bulan berikutnya. Begitu juga ADUN-ADUN BN,tetapi tidaklah seketat EXCO dan kabinet.

2. Wakil Rakyat dari PAS,PKR dan DAP tidak mempunyai sebarang kerja tetap atau rasmi kecuali tugas-tugas rasmi parti/politik. Oleh itu mereka bolehlah berpolitik 24 jam.Gaji mereka dibayar hanya untuk berpolitik. Satu kelebihan pada mereka.Mereka boleh berada masjid sepanjang masa, hospital setiap waktu, kerumah orang kawain,sunat,tahlil, kedai kopi, setesen bas malah boleh berkebun, berniaga runcit dsb.Tida heran jika mereka jika ada sebarang musibah kepada rakyat segera mereka muncul. Dengan membawa sekotak dua air sejuk.

Kemudian mereka menjaja mana sianu, mana siini, mana siitu? kemudian bawa dalam ceramah.

Tetapi, bagi wakil BN mereka akan menyelesaikan segala masalah berbangkit jika memudharatkan. Jika bencana Wakil-wakil rakyat BN adalah AJK Bencana daerah.semua pegawai berkaitan terlibat.Tetapi siapa mahu bertanya hal ini.

Jadi kita fahamlah tugas YB PAS itu
" PENCACAI "

Anonymous said...

Salam Bro WaPa,

Itulah psycho dr puak-puak fuckatan. Jgn la tgk kepiah kat pale ke, atau janggut panjang, sebab mentaliti 'spin' telah diajar oleh mahfuz omar, direstui oleh n.ajis dan diliwati oleh sheik anwar al jubooree.

lompinlai said...

Semua wakil rakyat BN memang baik-baik dan bijak -bijak belaka. Tak dak apa yang cacat cela.. semua beres.Kira-kira semua A plus plus.

Orang lain semua tak betul dan bodoh. Hentam wang rakyat pun tak apa. U MAU NO (UMNO)Apa kira pun projek besar-besar aku kebas dulu.

Unknown said...

Salam semua, dengar-dengar YB Kerdau dimasukkan semula ke hospital dan katanya pula kemasukan itu disebabkan berlebihan mengambil minuman beralkohol, mudah-mudahan kahabar ini yang didapati dari sumber yang rapat dengan pihak hospital merupakan perkhabaran palsu tetapi kalau ianya benar, itu amatlah mengecewakan para pengundi Kerdau yang telah mengundi beliau pada PRU yang lalu.

WARIS PAHANG said...

Jangan orang gelar dia YB Mineral sudah ler

Gerakan Timur said...

Salam Perjuangan,

Blog ini adalah kesinambungan dari Blog KALAM TIMUR yg telah disabotaj oleh blogger fuckatan!

Mohon link dari blog tuan.

http://gerakantimur.blogspot.com

suara kuantan said...

Bro WP,buat sikit cerita tentang MP Kuantan(PKR) yang tak nampak muka sampai sekarang..Ke kena sorok ngan bunian..

Unknown said...

Salam Perjuangan,

TAHNIAH, kerana perjuangan kita dalam menegakkan kebenaran mengenai kepincangan Pakatan Pembangkang pimpinan Anwar Al Juburi mendapat maklum balas positif dari kalangan pengunjung. Kami juga begitu teruja membaca artikel2 yang disampaikan di dalam blog anda.

Untuk pengetahuan saudara, blog kami yang dahulunya diberi nama UNIT MEDIA WANGSA MAJU telah dibubarkan dan kini telah melakukan beberapa penjenamaan semula. Kami telah membuat keputusan untuk menukar blog kami kepada GELOMBANG WANGSA MAJU.

Nama GELOMBANG WANGSA MAJU ditubuhkan atas permintaan beberapa pengunjung setia yang mahu blog kami dikekalkan di samping semangat perjuangan kami untuk meneruskan agenda menidakkan Anwar Al Juburi serta barisan keparat beliau.

GELOMBANG WANGSA MAJU akan menjadi lebih kritis dan terus mengkritik pihak pembangkang secara konsisten. Pihak pemerintah juga tidak akan terkecuali dari kritikan dan teguran blog ini. Tidak ada satu pun parti politik yang akan terlepas pandang.

Wadah perjuangan blog ini akan menjadi lebih universal dan bebas sekalipun masih tertumpu kepada usaha menyampaikan mesej pada isu isu nasional dan khususnya isu isu tempatan berkisar Parlimen Wangsa Maju.

KAMI juga TIDAK LAGI TERIKAT DALAM MANA2 PARTI POLITIK sebaliknya bebas menumpukkan isu2 yang dirasakan wajar ditegur dan dikritik.

Oleh itu, Kami berharap agar anda dapat MENUKAR NAMA BLOG KAMI DARI UNIT MEDIA WANGSA MAJU kepada GELOMBANG WANGSA MAJU di dalam list blog anda agar tidak berlaku sebarang kekeliruan dari pihak anda mahupun sahabat2 kita yang lain..


SEKIAN,

UMNO Didahulukan...
BN Diutamakan...

Muhammad said...

Majlis KUALA LUMPUR BERSELAWAT : http://wp.me/piAx4-3wY

PENDAFTARAN SEKOLAH TINGGI ISLAM AS SOFA 2011, KINI DI BUKA : http://wp.me/piAx4-2Yc

WACANA ILMU (26/11/2010) : http://wp.me/piAx4-3tw

SYARAHAN PERDANA SHEIKH PROF. DR. MOHAMMAD SAID RAMADHAN AL BOUTI : http://wp.me/piAx4-3tQ

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP