Kata-kata ini menghina Titah Tuanku Sultan Selangor yang melarang berpolitik di dalam masjid. Memang pembangkang saki baki penjajah kerana hanya penjajah yang mahu lucutkan kuasa Sultan sebagaimana yang dilakukan oleh penjajah melalui Malayan Union.
Tuesday, April 27, 2010
PRK Hulu Selangor : Super Boneka Tetap Menang
Kata-kata ini menghina Titah Tuanku Sultan Selangor yang melarang berpolitik di dalam masjid. Memang pembangkang saki baki penjajah kerana hanya penjajah yang mahu lucutkan kuasa Sultan sebagaimana yang dilakukan oleh penjajah melalui Malayan Union.
Saturday, April 24, 2010
PRK Hulu Selangor : PKR Nazak Tersungkur Awal
PKR umpama sudah tahu keputusan pilihan raya bakal memihak kepada BN malah menang besar pula tu dalam PRK Hulu Selangor. 2.Semalam TV1 memaparkan luahan rakyat Kelantan yang tidak berpuashati dengan Zaid semasa menjadi Ahli Parlimen Kota Baharu kerana tiada pembangunan yang di bawa semasa menjadi wakil rakyat. Wah! kini menabur janji manis pula di Hulu Selangor?.
3.PKR semakin nazak dan batu nisannya telah pun disiapkan oleh orang dalam PKR sendiri. Orang akan tidak peduli lagi dengan PKR setelah kalah PRK nanti.
4.Yang paling malang lagi, PKR dan Pakatan Pembangkang mendapat Ketua Pembangkang yang terumbang ambing dengan pelbagai kontroversi dan kes. Bagaimana pembangkang mahu stabil kalau pemimpinnya sendiri tidak stabil.
5.Paling melucukan semalam pembangkang mempersoalkan usul membawa Ketua Pembangkang ke Jawatan Kuasa Hak Dan Kebebasan kerana menyamakan dasar 1Malaysia dengan 1Israel. Kita ingin bertanya "Kalau tak salah kenapa takut"?. Kes ini samalah dengan seruan supaya Anwar bersumpah dulu bagi menafikan beliau tidak meliwat Saiful.
6.Pengundi Hulu Selangor, faham-faham ajelah dengan gelagat pembangkang ini. Mereka semakin terdesak dan tertekan. Mereka semakin nazak menjelang hari pengundian PRK Hulu Selangor dan kadang-kadang orang mereka sendiri mengakui yang mereka akan kalah kali ini).
Friday, April 23, 2010
PRK Hulu Selangor : Gempar Khalid Sabotaj PKR?.
Khalid 'galak' pemimpin, ahli PKR keluar partiThursday, April 22, 2010
PRK Hulu Selangor : Zaid Tunggang, Tonggek, Tonggeng

Sebelum Penamaan Calon : Nama Zaid disebut-sebut sebagai calon PKR bagi PRK Hulu Selangor. Maka Zaid digelar kuda tunggangan Anwar-PKR demi kepentingan politik Anwar.
Selepas Penamaan Calon : Zaid digelar 'bapa tonggek arak'. Walaupun Zaid mengakuinya namun Zaid masih gagal membersihkan namanya.
Selepas PRK : Zaid bakal digelar 'bapa tonggeng' (frust nonggeng) sebab kalah PRK. Bunga-bunga kekalahan telah nampak apatah lagi dua calon BEBAS menarik diri dari pertandingan dan menyokong penuh BN. Apo Nak DiKato Wahai PKR?.
(Kata Waris Pahang :
-Bagaimana pengundi Hulu Selangor mahu sokong PKR kerana :
i. Orang dalam PKR sendiri tidak puas hati dengan pemilihan Zaid yang dikatakan bukan pilihan dari akar umbi sebaliknya pilihan Anwar demi kepentingan peribadi politiknya.
ii. Satu demi satu kepimpinan dan ahli PKR keluar parti tersebut kerana sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti terutamanya Anwar dan perjuangan parti yang terpesong jauh dari matlamat asal penubuhannya.
iii. Tiada pembangunan yang dibawa oleh PKR selepas menang dalam pilihan raya umum yang lalu. Adakah pengundi Hulu Selangor mahu terima YB yang hanya goyang kaki dan makan gaji buta sahaja? Fikir-fikirkan lah).
Thursday, April 1, 2010
Firaun Kecil, Little Napoleon Dan Tangang Kenit
Choo Keong selar Little Napoleon PKRWednesday, March 31, 2010
MEB : Tidak Perlu Tunggu Pembangkang Memerintah
Model Ekonomi baru (MEB) meletakkan keutamaan untuk membasmikan tanpa mengira kaum dengan meningkatkan tahap pendapatan semua golongan rakyat yang kurang bernasib baik.Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, berkata tumpuan keutamaan MEB ini adalah terhadap keperluan semua rakyat, mereka yang tinggal di rumah panjang di Sabah dan Sarawak serta golongan miskin luar bandar di Semenanjung yang sering kali tersisih daripada aktiviti ekonomi negara.
“Golongan nelayan, peniaga kecil dan petani juga tergolong dalam kategori ini.
“Begitu juga Orang Asli dan penduduk pandar berpendapatan rendah yang bekerja keras untuk menyara kehidupan dalam keadaan ekonomi yang sukar,” kata Presiden UMNO pada Persidangan Melabur di Malaysia 2010 anjuran Bursa Malaysia, di sini, pagi ini.
Saturday, March 27, 2010
PRK Hulu Selangor : Medan Tempur Bukti Sokongan
MP Hulu Selangor meninggal duniaAhli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.
Beliau meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak.Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.
Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, beliau merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.
Antara jawatan exco yang dipegangnya termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia. Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.
Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari parti MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.
Kerusi itu berjaya dirampasnya untuk PKR dengan hanya majoriti 198 undi. (Sumber : Malaysiakini)
(Kata Waris Pahang :
Jika dilihat situasi kini banyak sokongan rakyat kepada BN berbanding Pembangkang Yang Terkangkang-Kangkang. Antara faktor-faktornya :
1. Kes liwat membabitkan DSAI memberi kelebihan kepada BN kerana rakyat kecewa dengan sikap DSAI yang suka menangguh-nangguh perbicaraan kes dan menarik negara luar masuk campur tangan urusan negara ini.
2. Ramai wakil rakyat PKR telah keluar parti PKR menjadi parti BEBAS memberi kesan kepada kepercayaan pengundi kepada pembangkang atau dalam erti kata lain "Pembangkang Tidak Lagi Boleh Dipercayai".
3. Perselisihan faham dalam PAS-PKR-DAP sukar dibendung lagi dan parti masing-masing seperti membawa haluan masing-masing. Pertikaman lidah antara satu sama lain mewarnai politik Malaysia.
4. Pengkhianatan DAP terhadap Melayu Pulau Pinang menimbulkan perasaan marah yang memuncak dikalangan masyarakat Melayu seluruh Malaysia.
5. Ramai rakyat yang keliru dengan fatwa songsang ulama-ulama PAS yang menghalalkan cara demi mencapai matlamat.
6. Namun yang paling utama ialah kesungguhan Perdana Menteri menjayakan slogannya "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" berbanding dengan pembangkang "Politik Didahulukan Pilihanraya Diutamakan".
Jika betul caranya BN mampu menang besar kerana dalam piliharaya umum 2008, BN menang kesemua kerusi DUN kecuali kerusi Parlimen.
i. DUN Hulu Bernam, Datuk Isris Abu Bakar (BN) menewaskan calon PAS Abdul Shukor Ali dengan majoriti 3,549 undi. Idris mendapat 7,985 undi manakala Shukor 4,436 undi. Jumlah semua pengundi seramai 17,549 pengundi.
ii. DUN Kuala Kubu Bharu,Wong Kun Moon (BN) menewaskan calon DAP Annamalai Ramu dengan majoriti 448 undi. Wong mendapat 6,107 undi manakala Ramu 6,555. Jumlah semua pengundi seramai 18,212 orang.
iii.DUN Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim (BN) menewaskan calon Mohd Nasarudin Abdul Aziz dengan majoriti 2,179 undi .Mohd Isa mendapat 11,724 undi manakala Mohd Nasarudin 9,545 undi. Jumlah semua pengundi ialah seramai 27,832 orang.
iv. Parlimen Hulu Selangor, Allahyarham Dr Zainal (PKR) mengalahkan Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel. Beliau dapat 22,979 undi manakala Allahyarham Dr Zainal 23,177. Jumlah semua pengundi seramai 63,593 orang.
Pembangkang menang bagi Parlimen Hulu Selangor bukan kerana pembangkang kuat sebaliknya rasa tidak puas hati pengundi terhadap pemilihan calon BN dan pengaruh kuat Dr Zainal.
Semoga BN tidak salah langkah lagi dalam memilih calon yang sesuai bagi kawasan Hulu Selangor dan pengundi jangan memilih pembangkang yang sudah jelas kapal mereka akan karam atau dalam erti kata lain tiada harapan lagi untuk membantu rakyat.
Friday, February 12, 2010
'Mengkafir' UMNO Cara Baru?

Blogger Menyerah Tidak Mengalah!
Nik Aziz sanggup menghina Allah dengan mengatakan bahawa Tuhan juga mencarut, semata-mata kerana hendak membela seorang ahli seumur hidup PAS yang menulis buku berjudul ‘shit’.
Dia juga yang telah menyokong doa butakan mata rakyat yang hendak mengundi BN dan memohon malapetaka ke atas ahli-ahli UMNO.
LAGU WARISAN
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini
Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki
Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan
KATA HIKMAH
‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”
Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.
PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :
Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.
Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?
''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.
Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?
"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?
Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.
Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.
Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.
Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''
PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :
Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.
WASIAT RAJA-RAJA MELAYU
“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.
Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).
Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.
Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.
Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.
Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
WASIAT RAJA-RAJA MELAYU






