Tuesday, March 31, 2009

Disebalik Topeng Nizar Kalah

Ramai orang cakap Nizar bakal tersungkur di Bukit Gantang kerana :

1) Nizar hanya boneka DAP dan diperkudakan oleh Ngeh dan Nga.
2) Nizar MB kepada DAP bukan rakyat Perak.
3) Meluluskan hak milik tanah kekal 999 tahun kepada penduduk kampung baru.
4) Penduduk Perak kecewa dan menuntut hak yang sama sebagaimana yang diberikan kepada penduduk Kampung Baru.
5) Pakatan Rakyat di Perak hanya sibuk berpolitik dan rakyat Perak tidak mendapat apa -apa.
6) Membeli kereta toyota Camry untuk dirinya dan Exco kerajaan negeri Perak.
7) Sebuah Camry masih dibawa lari dan enggan memulangnya.
8) Peristiwa Nizar enggan keluar dari kediaman Menteri Besar Perak selepas pemecatanya sangat memalukan rakyat Negeri Perak.
9) Nizar derhaka kepada Sultan Perak, katanya "Patik Mohon Derhaka Tuanku".
10) Nizar gila kuasa kerana beliau dilantik oleh raja tetapi berang bila dilucut jawatan oleh raja.
11) Nizar hasut rakyat supaya derhaka kepada Sultan Perak.
12) Nizar memang gila kuasa, sudah dapat kerusi DUN tapi mahu pula kerusi Parlimen.
13) Orang Perak sudah bosan dengan Nizar mereka mahu YB baru yang dapat bawa perubahan.
14) Pakatan Pembangkang menganjur perhimpunan haram membantah majlis angkat sumpah Datuk Dr. Zambry sebagai Menteri Besar baru.
15) Nizar turut serta dalam persidangan pokok dan meluluskan usul di bawah pokok hujan.
16) Membina plak haram sebagai simbol penderhakaan kepada Sultan Perak. Pembinaan ini
adalah lambang kebodohan Pakatan Pembangkang.
17) Nizar menipu rakyat Perak kerana semasa mengisi borang penamaan calon PRK Bukit Gantang beliau menulis jawatan ADUN bukan MB Perak. Memang sahlah beliau bukan MB Perak kerana dia sendiri mengakuinya.
18) Nizar menggunakan strategi topeng seperti Anwar semasa PRK Permatang Pauh, cara ini sudah basi dan tidak diterima.
19) Mengenakan bayaran cukai pintu yang 500% lagi tinggi dari tahun-tahun sebelum ini.
20) Perangai Nizar (bekas MB) macam budak-budak tidak setaraf dengan MB Negeri lain yang ketrampilan, bijak dan profesional.

(Kata Waris Pahang :

- Terjemahkan protes anda terhadap Nizar dan kuncunya dengan memberi kemenangan kepada Barisan Nasional.

- Jelas sekali Nizar boneka DAP, adakah kita mahu orang seperti beliau untuk membela maruah bangsa dan nasib anak cucu cicit kita di masa akan datang?.

- Nizar bukan Melayu tulen kerana beliau turut serta Pakatan Pembangkang mempertikai hak keistimewaan Orang Melayu. Malaysian Malaysia menjadi agenda utama mereka.

- Selamatkan Bukit Gantang beerti Selamatkan Malaysia daripada penjajah acuan dan bentuk baru).

30 comments:

Faiz said...

Nizar bukan Melayu tulen kerana beliau turut serta Pakatan Pembangkang mempertikai hak keistimewaan Orang Melayu. Malaysian Malaysia menjadi agenda utama mereka.

- Bagaimana dengan Dr Mahathir?
- Bagaimana dengan Zambry (MB kulit hitam pertama)
- Bagaimana dengan Syed Hamid Albar?
- Bagaimana dengan Najib, atau digelar sebagai Mr C4?
- Bagaimana dengan anak Najib dan anak Nazri yang berpoya-poya di luar negara, memeluk/mencium gadis-gadis seksi, meminum arak dan sebagainya? (google gutter uncensored untuk gambar)
- Bagaimana dengan Ahmad Ismail (atau dikenali sebagai Ahmad Racist)?

Adakah mereka layak digelar sebagai Orang Melayu Tulen dan mengamalkan Islam Tulen? I don't think so. Kebanyakan Melayu sekarang adalah Melayu Celup. Mungkin juga penulis Melayu Celup. *hehe*

Saya orang Melayu, tapi tak mengaku Melayu Tulen. Saya orang Melayu Celup dan Bangsa Malaysia.

Kalau penulis ada bukti untuk menyokong apa yang anda tulis, sila nyatakan. Saya sedia membacanya.

zackdanial said...

Jgn lupa ,

Abdul Azeez , Niana Marican , Mohd Noor yakoop - semua melayu ke ?????

Mustapahakamaljebah said...

dalam umno mana de org melayu bro..
sume mamak dan jawa..
tanda kejatuhan umno lah tu..
org melayu sejati tak minat lagi dengan umno..

jatuh kota melaka kerana pengkhiantan org jawa dan mamak 500 thn akan berulang...

anakbugis

Mustapahakamaljebah said...

dalam umno mana de org melayu bro..
sume mamak dan jawa..
tanda kejatuhan umno lah tu..
org melayu sejati tak minat lagi dengan umno..

jatuh kota melaka kerana pengkhiantan org jawa dan mamak 500 thn akan berulang...

anakbugis

AnakWarisan said...

Siapa yang gatal mulut kata semua orang perak tak suka pada DS NIZAR?.Aku anak jati perak berbangsa jawa umur 43 tahun di lahirkan disebuah desa bandor ayor,kota setia daerah kg gajah,sekarang menetap di ipoh.Alhamdullilah walau pun aku dan sedara mara aku berbangsa jawa kebanyakkan kami menjadi penyokong setia PARTI ISLAM SEMALAYSIA(PAS).Kami tak mengharapkan sebarang pangkat dan jabatan dalam parti tapi kami berpegang pada janji.

TokMudim said...

Hangpa tolong jadi cerdik macam KJ...bagi timbalan urus PRK Bukit Gantang.

KJ cerdik dah tahu BN akan kalah teruk kat bukit gantang...yang tak cerdik macam hang ......kempen bagi kalah.


Just ban yourself from oral sex. Hargai doa dari bibir merah isteri anda.

lebah said...

hang tk yah laa nak sibuk2 pasal perak. aku anak perak aku tau lee, nak bagi tau hang satu benda. pasal tanah tu aku penduduk kampung tersusun dah 20 dok situ, bn tak pernah ura2 nak bagi hak milik, bila pr perintah baru dapat hak milik. dah untuk pegetahuan hang yang bangang tuu. hampir 70 keseluruhanya adalah melayu. tak yah laa nk sibuk2 jaga pahang hang tuu, baik2.

lebah said...

hang orang pahang, dengar cakap aje, terutamanya dalam tv kerajaan. semua hang cakap tuu, tak betuii.yb nizar kami sayang. dan yb zamry juga kami sayang, tapi aku marah bila ada orang kutuk yb aku, dan mencaci benda2 yang tak betui. enkau jaga jee lah ngri pahang. tak yah nak sibuk2.

momotaro said...

sory yer aku nak celah skit... sumber dari mana ko amik nie...? banyak auta dari fakta.... ni tulisan syok sendiri ker aper?

AnakWarisan said...

Betol tu mamataro dan lebah,kita anak perak lebih tau tentang perak orang luar tak payah sibuk.Aku pun macam tu juga aku sayang semua pemimpin tak kira dia umno,pas,pkr atau dap yang penting depa dapat membela rakyat.Tapi aku benci pemimpin pengamal rasuah menafikan hak orang lain yang tak pernah memberi keadilan pada rakyat itu lah yang ada pada pemimpin umno sekarang.Setiap perbuatan mereka rakyat akan pertikaikan(kecuali ahli umno)contoh lihat aje di perhimpunan umno baru-baru ini,perasuah telah di di lantik jadi pemimpin.

sri tribuana said...

Maksud Melayu di sini bukan melayu kononnya tulen. Melayu di Malaysia dah malas aku nk ulas darisegi perlembagaan, penganut agama Islam, mengamalkan adat resam dan budaya melayu, lagipun etnik seperti jawa, banjar, bugis dan minang adalah dalam rumpun bangsa melayu.
Kenyataan Nizar bukan melayu tulen itu merujuk kepada tindakannya sebagai MB Perak yang menyanggah Sultan.
Beliau juga terpaksa byk mengalah dan akur dengan tekanan DAP kerana DAP yang byk menang kerusi DUN Perak.
itu saja.

Demi bangsa dan agama!

AnakWarisan said...

Oh!kalau menyanggah sultan dah kira bukan melayu lah yer?.Tapi kalau melucut kekebalan sultan-sultan macam mana pulak?.

Wong Pencen said...

Mustapahakamaljebah

Eloknya sebelum kita menulis, kita membaca dulu. Bila kita membaca baru kita ada perkara yang boleh ditulis untuk dikongsi dengan orang lain.

Kalau definasi Melayu pun tak tahu, jauhi dari menulis sesuatu yang berkaitan dengan status Melayu.

Setiap hasil tulisan sebenarnya menggambarkan apa yang ada dalam minda kita. Apabila kita menulis ulasan yang sangat cetek, pembaca akan dapat mengesan secetek mana minda kita.

Eloklah sekiranya dicari dahulu maklumat berhubung Melayu, dah faham baru ulas. Baru nampak ulasan yang bernas. Sekiranya ada orang yang ingin mengulas balas sekalipun, perlu berfikir terlebih dahulu baru boleh menang perdebatannya.

Juga perlu diingat bahawa BAHASA ITU JIWA BANGSA. Sekiranya tulisan-tulisan yang kita utarakan dipenuhi dengan bahasa dan kata-kata kesat, mencarut dan kotor, bagaimana agaknya jiwa bangsa kita.

Jangan kita kononnya menulis untuk membela bangsa kita tetapi hasil tulisan kita sebenarnya mempamerkan kekotoran dalam diri kita. Jangan kita menulis dengan tujuan menaikkan martabat bangsa tetapi hasil tulisan kita merendahkan lagi maruah kita.

Waris Pahang said...

Zaman gelap bangsa Melayu

Adakah P.059 menandakan bermulanya zaman gelap Bangsa Melayu dan Institusi diRaja...

Melihat dari senario semasa dengan isu dan putar belit yang sedang dicanaikan oleh Pakatan pembangkang serta disokong oleh segolongan pengikut fanatik dan serta mereka yang terpengaruh dengan dakyah Pas maka boleh dibuat kesimpulan ianya adalah zaman kegelapan Melayu yang kecil sebelum berlakunya zaman kegelapan yang besar jika PAS menang dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang.

Ini kerana sebagaimana yang dikatakan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bahawa terdapat hakikat kewujudan usaha radikal oleh pihak-pihak tertentu yang boleh dilihat pihak tersebut ialah Pakatan Rakyat untuk mengubah resipi kekuatan bangsa Melayu.

Dengan jelas resipi yang mahu diubah oleh Pakatan Rakyat itu terdiri daripada faktor-faktor agama, bahasa dan budaya di bawah naungan dan perlindungan raja-raja Melayu serta termaktub dalam Perlembagaan.

Dalam konteks bangsa Melayu di negara ini, resipi kekuatan itu merujuk kepada elemen utama penyatuan dan kekuatan bangsa.

Kita boleh melihat dengan jelas usaha PAS dan PKR yang bergabung dengan DAP yang membentuk Malayan Union baru yang mahu hapuskan kekuatan orang Melayu dan menjadikan orang Melayu berpecahbelah.

Dan ini ditambah pula kenyataan Tun Dr Mahathir yang menyifatkan tindakan Pakatan Rakyat lebih merbahaya dari Malayan Union

“Tetapi negeri Melayu – bukan negeri orang Melayu. Dahulu mungkin. Tetapi tidak sekarang. Sekarang Malaysia, hak orang Malaysia dan bukan hak orang Melayu. Kesanggupan dan kerelaan orang Melayu berkongsi milik negara ini tidak sedikit pun dihargai.

“Pemberian satu juta kerakyatan oleh Tunku Abdul Rahman Putra kepada kaum lain tidak dihargai bahkan tidak diingati, dilupakan dengan begitu sahaja,”katanya.

Inilah sebenarnya bermulanya zaman gelap bagi orang Melayu akibat politik rakus Pakatan Rakyat yang tidak menghiraukan latar belakang sejarah, budaya dan sensitiviti kaum di negara ini.

Melayu pakatan rakyat hari ini dilihat sebagai alat untuk DAP, mereka yang sanggup dihadapan bila melakukan demosntrasi sedangkan kaum Cina tidak pernah pun bersama mereka pada setiap demonstrasi yang mereka lakukan.

Melayu jugalah yang biadap dan sembah derhaka serta menyanggah titah sultan. Nizar pada sidang media Pakatan Rakyat Perak telah berkata "Tuanku mentitahkan saya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar, tetapi saya tidak setuju"

Sebagai seorang Menteri Besar yang sepatutnya taat setia kini menjadi jebat derhaka. Bukan sahaja beliau menderhaka bahkan membawa rakyat seluruhnya menderhaka terhadap sultan.

Apakah maknanya jika titah sultan tidak lagi dihormati dan digunapakai oleh mereka yang telah dilantik oleh baginda untuk taat setia. Apakah jenis manusia seperti ini, seperti seorang tuan telah memberi sesuatu alat (jawatan)untuk dipinjamkan tetapi boleh mengaku bahawa alat itu dia yang punya!Ianya sangat memalukan!

Oleh itu amat penting bagi umat Melayu sedar dan bangkit dengan segala kedajalan yang sedang dibawa oleh Pakatan Rakyat. Mereka sanggup menggadai apa sahaja walaupun Tanah Milik Orang Melayu, Hudud dan sebagainya. Mereka sanggup merobek kekuatan dan budaya bangsa Melayu.

Sumber : Aspirasi Bangsa

momotaro said...

salah fakta tu bro... aku tak tau la sumber mane ko dpt.. mungkin dari sumber utusan kot...

saper sebenarnya yg putar belit nie bro... Pakatan atau umno?
membantah perintah sultan bukan bermakna derhaka... kena ingat tu! sebagai contoh, kalau sultan perintahkan seseorang mufti menghadap baginda sedangkan ketika itu mufti tersebut mempunyai hal yg lebih penting, mufti tersebut boleh memohon derhaka kepada sultan. Mohon derhaka ini bermaksud tidak dapat memenuhi permintaan sultan..

begitu juga dengan kes nizar.. sultan hanya boleh mencadangkan nizar meletak jawatan dan sultan tiada kuasa melucutkan jawatan MB.. Jawatan MB berbeza dengan exco dimana sultan berkuasa penuh untuk melucut jawatan exco...


bro kena banyakkan membaca.. jangan baca lebih sangat utusan.. utusan nie putar alam...

sehingga hari ini DAP tidak pernah mempertikaikan hak dan keistimewaan orang melayu.. apatah lagi cuba untuk mempertikaikan apa yg dah termaktub dalam perlembagaan malaysia....

ada yg pertikaikan kenapa mesti pas bekerjasaman dengan DAP... Berdamping dengan DAP dpat memberi ruang kepada PAS untuk menerangkan lebih lanjut tentang islam... selama umno memerintah, tak nampak pun ciri-ciri islam yang nak dibawa...
umno lebih kepada projek kroni...

nizar jual tanah pada cina? tolong bagi tau aku part mana yg dimaksudkan... biar aku terangkan dengan jelas pada ko.....
ada utusan dedahkan umno jual tanah kat pahang pada syarikat bukan bumiputra? ada utusan dedahkan rampasan tanah kat johor?

jangan terjerat dengan utusan milik umno..

EmahTimah said...

Bn ada kelebihan di 2 bukit 1 batang. sila layari http://proumno.blogspot.com/

Waris Pahang said...

"Nizar bukan Melayu tulen kerana beliau turut serta Pakatan Pembangkang mempertikai hak keistimewaan Orang Melayu. Malaysian Malaysia menjadi agenda utama mereka".

Faiz sengaja putar belit ayat saya di atas. Bagi saya orang yang tidak pertahankan hak keistimewaan orang Melayu bukan Melayu Tulen.

Waris Pahang said...

Terimah kasih kerana memberi komen.

Bacaan terkini di Bukit Gantang:
BN : 65%
PAS : 35%

Tahniah BN.
Kenapa orang Perak tidak sokong Nizar? Orang Perak sendiri tahu kenapa!.

momotaro said...

sudah2 la tu waris pahang...

keputusan di bukit gantang akan melenyapkan segala tohmahan ko bahawa rakyat perak menolak nizar...
kalau dinilai dari ceramah politik antara umno dan pas, kita dah boleh agak....
cakap banyak pon tak guna... tunggu dan lihat.....

sri tribuana said...

momotaro kalau Melayu dan Islan sgt ngapa pakai bendera Israel ni?

Waris Pahang said...

Hai momotaro, banyak berusaha lagi lah, 65% BN dan 35% PAS jauh sangat tu.

PAS pasti kalah sebab orang Bukit Gantang mahu yb orang tempatan.

Nizar sukar ditemui kerana sibuk melayan Ngeh dan Nga.

Barangkali yang ramai dengar ceramah pembangkang itu ialah orang luar? He He He.....

momotaro said...

ko rabun ker sri tribuana? g amik cermin mata. klu takde cermin mata ko zoom jer lambang tu.. zoom besar2 skit....

momotaro said...

silap tu waris pahang...

65% BN
35% PAS dari sumber utusan...

kalau dari sumber internet...

99% PAS
1& BN..

hehehe...
umno jgn harap dapat undi dari cina.. sebab umno asyik jaja cerita pasal isu pemberian tanah pada kaum cina....
dari isu ni kita dah boleh agak,, adakah cina akan mengundi parti yg menjaja isu perkauman?

rakyat perak lebih mengenali siapa nizar sebenarnya...
Dah la waris pahang. aku dah jemu dah nak layan cerita nizar nie... tak yah la di bangkitkan lagi isu nie.. sama2 kita tunggu keputusan 7 april nie....

Waris Pahang said...

Pembangkang mendakwa BN main isu perkauman sebenarnya kamulah yang putar alam mainkan isu ini.

Pengundi Cina di Perak marah juga Pakatan Pembangkang bagi tanah kepada kaum cina yang hanya kroni mereka.

Aku dapat maklumat kaum Cina kecewa kerana tanah tersebut diberi 999 tahun tidak kira kepada Cina atau Melayu kerana ianya menyekat kerajaan yang memerintah pada masa itu untuk membangunkan kawasan tersebut untuk anak dan cucu cicit mereka pada masa hadapan. Inikah yang dikatakan kerajaan Nizar yang 'adil'?.

Barangkali kamu juga jadi Pak Turut Ngeh dan Nga lepas tu ternganga!. He He He!

sri tribuana said...

aku nampak momotaro ada lambang UMNO dlm Israel tu, ish ish ish tak baik hang, Umno pun org Melayu dan Islam jugak. Takkan hang nk samakan dgn Israel.

Sesama Islam pun hang nk lagu ni, mcm mana. Kalau beza pendapat pun x yah lah kafir mengafir kalau tak hang la yang Israel sbb tu aku kata hang sanjung lambang Israel tu

momotaro said...

haaaa... nampak pon sri tribuana... ingatkan dah rabun...

chek kat sini
http://asrobudi.blogspot.com/2009/03/umno-dan-agen-yahudi.html

http://asrobudi.blogspot.com/2009/03/umno-dan-agen-yahudi-episod-dua.html

selama nie umno banyak menipu,, korang jer yg tak sedar2 lagi...berita2 macam nie mane nak keluar kat utusan... utusan kan milik ANDA!!! hehehe

buat waris pahang,, cakap banyak pon tak guna... kita tunggu dan lihat...

Waris Pahang said...

Semakin hari sokongan kepada BN semakin kuat walaupun peningkatanya masih perlahan.

Bukit Gantang akan merubah segalanya almaklumlah dulu kubu BN.

momotaro, blog anda penuh dengan fitnah. Blog didaftar di luar negara pula tu, takut agaknya.

"Nizar bapa huru hara Perak"

momotaro said...

sory waris pahang... bukan nizar yg huru harakan perak.. tapi umno..!!!

YANG GAMBI said...

semasa Pemabangkang perintah perak, BN tidak buat huru hara. Tapi masa BN ambil alih Nizar dan kuncunya bikin kecoh, hampeh!.

Keputusan terkini : 70% BN 28% PAS Bebas 2%

Puncanya kekalahan PAS:
1. Nizar bukan calon tempatan.
2. Pembangkang derhaka kepada Sultan.
3. Orang Melayu kecewa pAS ikut telunjuk DAP.
4. UMNO semakin kuat selepas perhimpunan Agung UMNO.
5. Aura PM baru, Datuk Seri Najib.

YANG GAMBI said...

Sdr Faiz, Zackdanial,mustahakamaljebah dan lain-lain :

Ngapa kita asyik nak persoalkan sangat siapa Melayu Tulen ? Apakah kerana matahati tuan2 sudah jauh tekambus dgn debu2 DAP,PAS, PKR, sampai sudah tidak perlu lagi untuk terbuka semua pancaindera ?

Melayu - dari bahasa jawa bermaksud LARI

Semasa UMNO (PERTUBUHUAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU)nak ditubuhkan dulu, Onn Jaafar, meletakkan semua etnik yang beragama Islam tak kira jawa, banjar, bugis, boyan, bajau, aceh, minang yang ada di Tanah Melayu disatukan dengan hanya perkataan Melayu, bangsa Melayu yang beragama Islam. Sebab itu sehingga hari ini kita semua dipanggil orang Melayu, untuk menyatukan kita supaya kuat, tidak ditindas, memerdekakan diri, hanya dengan perkataan Melayu.

Sedarlah tuan2 semua,kita hidup bermaruah sehingga sekarang kerana UMNO mendaulatkan Melayu..... ngapa ada Melayu mempertikaikan pejuangan UMNO.....

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP