Thursday, March 12, 2009

Melayu Perlu Sedar Agenda Melemahkan Bangsa

UCAPAN Raja Dr. Nazrin Sultan Azlan Shah semasa melancarkan buku The Malays hasil kajian Profesor Anthony Milner dari Universiti Kebangsaan Australia kelmarin menghuraikan banyak perkara tentang bangsa Melayu.

Kata baginda, takrif bangsa Melayu telah diperkemas, diikat dengan adat, disimpul dengan bahasa, disalut dengan agama. Itulah resipi kekuatan Melayu di bumi Malaysia.

Ucapan itu juga sarat dengan pelbagai nasihat yang sangat relevan dengan perkembangan terkini dan survival masa depan bangsa Melayu khususnya di negara ini.

Nasihat itu diberikan kerana baginda sangat menyedari bahawa ada usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk melemahkan orang Melayu dengan pelbagai muslihat yang halus.
Matlamat akhir pihak terbabit ialah menjadi bangsa Melayu lemah, tunduk kepada segala tekanan daripada mereka dan akhirnya membawa kepada terhapusnya ketuanan Melayu di negara ini.


Antara aspek yang disentuh oleh Raja Nazrin ialah institusi Raja-raja Melayu yang bukan sahaja merupakan satu warisan tetapi juga telah bertindak seumpama simen kepada kepada kekuatan bangsa Melayu selama ini.

Namun, adakah orang Melayu hari ini sedar tentang perkara itu atau mereka sengaja mahu melupakannya semata-mata untuk mencapai cita-cita politik mereka.

Atau apakah sesetengah orang Melayu masih tidak sedar bahawa ada pihak-pihak tertentu yang sanggup menggunakan apa sahaja cara untuk melemahkan orang Melayu termasuk menderhaka kepada raja mereka sendiri.

Dalam aspek ekonomi, orang Melayu perlu tegas mempertahankan hak mereka seperti yang digariskan oleh kerajaan sejak sekian lama.

Jangan ada mana-mana Melayu yang sanggup mempertikaikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) atau apa sahaja dasar ekonomi yang mengutamakan orang Melayu.

Kumpulan yang mempertikaikan dasar itu tidak akan menghentikan usaha mereka tetapi mereka tidak akan berjaya selagi orang Melayu sedar dan terus mempertahankan hak dan keistimewaan bangsanya.

Orang Melayu hari ini perlu berpegang kepada walaupun semoden mana sekalipun dunia hari ini, bangsa Melayu wajib dipertahankan dan terus diangkat supaya dihormati.

Jangan kita cetekkan ilmu dan minda dengan menganggap usaha mempertahankan hak orang Melayu sebagai tidak bertamadun dan bertentangan dengan arus pemodenan.

Kita sebagai generasi hari ini akan menanggung dosa jika kita gagal memastikan bangsa Melayu terus gah dalam segala aspek kehidupan dan dihormati oleh bangsa-bangsa lain.

Dalam mengharungi gelombang globalisasi dan dinamik politik di negara ini sekarang, orang Melayu pasti akan terus survive, berkembang dan kuat, dihormati dan diiktiraf sebagai rumpun bangsa yang agung jika akar tradisinya terus kukuh.

Itulah satu-satunya kemungkinan untuk orang Melayu.

(Sumber : Utusan Malaysia)

(Kata Waris Pahang :

- Kita bersyukur kerana ada orang yang memperingati kita supaya orang Melayu terus maju dalam pelbagai bidang. Apatah lagi ketika ada anasir-anasir jahat secara halus dan nyata yang cuba melemahkan orang Melayu dengan pelbagai cara.

- Waris Pahang sangat dukacita dan malu kerana ada orang Melayu yang sanggup diperkudakan oleh Dap.

- Adakah mereka sudah lupa, agenda pertama yang mahu dilakukan oleh Dap semasa memerintah Pulau Pinang ialah menghapuskan DEB beerti melemahkan orang Melayu.

- Dap secara senyap mengatur langkah bersama Pakatan Pembangkang untuk memerintah Negeri Pahang.

- Siapa yang untung jika Pakatan Pembangkang memerintah Pahang?. Lihatlah apa yang berlaku di Perak.

- Orang Melayu Pahang seharusnya memulau Pas dan PKR yang kini sedang berusaha memenangi hati orang Melayu.


- Jika kita bantu Pas dan PKR beerti kita membantu Dap mencapai hasrat cita-citanya untuk menguasai 5-6 kerusi DUN Negeri Pahang).

No comments:

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP